apo nak dikato

Archive for September 2009

Assalamualaikum, di kesempatan ini (barangkali saya tidak dapat online dalam tempoh beberapa hari mendatang) saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada seluruh Muslimin serta Muslimat, semoga diberkati pada hari lebaran di samping keluarga tersayang. Maaf zahir dan batin. Insya Allah, saya akan kembali menulis sesudah pulang daripada bercuti bersempena Aidilfitri.

عِيْدُ مُبَارَكْ

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan “تُقُبَِّلَ  مِنَّا وَمِنْكُمْ

Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

rayaku1


eidmubarakHTMsekalung penghargaan kepada akhi Faizal (syabab tajdid)

Assalamualaikum.

“malas petanda awal kegagalan”

Demikianlah perkataan yang tertulis di dinding sebuah rak buku di sebuah bilik. Termenung sekejap saya dibuatnya. Walaupun mesejnya ringkas dan kita semua sudah sedia maklum mengenainya, namun ayat tersebut benar-benar memberikan kesan kepada diri saya. Maklumlah, manusia ni kan pelupa (bukan Melayu je tau yang mudah lupa) – perlu diberikan peringatan demi peringatan supaya tidak hanyut dibawa arus kehidupan. Usahkan perkara yang besar, benda yang remeh seperti di mana kunci bilik pun kadang-kadang ada juga yang boleh terlupa. Apatah lagi tentang kewajipan yang telah sekian lama dilalaikan.

Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada penulis (merangkap seorang pengamal vandalisme – part ni yang tak baik, jangan ikut tau) atas nasihat yang diberikan. Kini semangat yang semakin pudar kembali membara semula. Dengan berbekalkan semangat ini, saya akan berusaha menangani kekecewaan dan juga seribu satu permasalahan yang sedang saya hadapi pada waktu ini. Moga-moga urusan saya dipermudahkan. Banyak sungguh dugaan yang melanda. Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini, Allah telah mempermudahkan saya dalam menghadapinya satu persatu.

Bila difikirkan semula, barangkali inilah antara punca mengapa umat Islam pada hari ini terkebelakang dan berada dalam “kegagalan”. Kerana umatnya semakin “malas” berfikir dan mengambil tahu darihal saudara seagama mereka. Jika adapun yang prihatin, tidak ramai pula yang terdorong untuk melakukan sesuatu bagi merubah kedudukan ini. Dalam kalangan yang bertindak ini pula, tiada tindakan yang tuntas mampu diambil. Ada juga yang berusaha bersungguh-sungguh, namun tidak terdaya kerana keterbatasan dari segi kemampuan. Para penguasa pula disibukkan dengan urusan masing-masing, akhirnya umat Islam terpecah kepada berbilang negara – yang tidak sama sekali mampu untuk menangani tekanan dan juga penindasan baik dari dalam mahupun dari luar. Rasanya tak perlu bagi saya untuk “mensyarahkan” secara panjang lebar mengenai peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” agar kita menyedari peri pentingnya kesatuan dalam menghadapi segala macam cabaran. Baca baki entri ini »

1. Assalamualaikum, cepat benar masa berlalu. Kini kita sudah memasuki fasa sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Pada fasa ini jugalah kita dianugerahkan Allah SWT dengan sebuah nikmat yang teramat besar, iaitu malam al-Qadar. Dengan penuh kesedaran dan rendah diri, saya menyeru supaya kita semua bersama-sama berusaha gigih dalam memperbanyak amalan-amalan pada khasnya malam-malam ganjil dalam tempoh 10 malam terakhir ini. Namun, tidak bererti pada malam-malam lain kita lalai pula ya.

2. Rasanya sudah banyak artikel-artikel, ceramah, dan juga majlis ilmu yang membicarakan tentang malam al-Qadar serta perihal mengenainya. Tidak kurang juga yang membawakan pelbagai mitos serta amalan yang lari daripada garis panduan syarak. Justeru, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk memberikan huraian dan syarah secara mendalam mengenai lailatul qadar. Sebaliknya sekadar ingin mendorong supaya kita semua, khasnya tangan yang sedang menaip ini dan juga mata yang sedang membaca penulisan ini, agar berusaha menghidupkan amalan semampu mungkin sepanjang fasa 10 malam terakhir ini, insya Allah.

3. Dalam masa yang sama, jangan pula kita mengabaikan kewajipan yang lain. Saya dapati ada sebilangan orang (semoga Allah mengampunkan kita semua), begitu bersemangat apabila menceritakan tentang lailatul qadar serta keajaiban yang terjadi pada malam tersebut (yang kebanyakannya diambil daripada sumber yang tidak berasas), sedangkan amal yang wajib pun tidak terurus apatah lagi ibadah sunat. Sikap sebegini hendaklah dijauhkan daripada diri kita semua. Jangan sampai amalan puasa kita menjadi sia-sia dan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.

4. Ketika kecil dahulu, saya seringkali mendengar kisah-kisah daripada kenalan, mengenai tanda-tanda malam al-Qadar. Ada yang benar sebagaimana yang dicatatkan oleh nas, manakala sebahagian yang lainnya pula ditokok tambah tanpa sebarang nas. Misalnya pokok sujud, air paip menjadi beku, munculnya seorang tua berjubah putih, dan sebagainya. Sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati dalam menerima perkhabaran sedemikian. Dalam masa yang sama, perbetulkan niat kita, bahawasanya kita bukannya berusaha mencari keajaiban yang dikatakan berlaku pada malam tersebut. Sebaliknya kita mengejar keredhaan Allah serta berusaha mendapatkan doa yang makbul pada malam tersebut. Baca baki entri ini »

Assalamualaikum, alhamdulillah. Dakwah Islam berkembang lagi sejajar dengan kemunculan laman blog sebuah gerakan mahasiswa Muslim, Jundu asy-Syabab yang bakal dibuka secara rasmi selepas Aidilfitri 1430H. Berikut merupakan sebahagian daripada petikan dan juga ‘snapshot’ laman tersebut. Para pengunjung dijemput memeriahkan lagi percambahan pemikiran di sana di samping bertukar pengetahuan dalam kerangka fikrah Islami. Mudah-mudahan laman tersebut menjadi titik-tolak yang mencetuskan gelombang kebangkitan mahasiswa yang berkesedaran. Amiin…

Jundu asy-Syabab

Salam Ta’ruf

Jundu Asy-Syabab adalah sebuah gerakan mahasiswa yg terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti di seluruh Malaysia yang bangkit atas kesedaran untuk berjuang menegakkan kembali kemuliaan Islam yang sudah dilupakan.
Kami akan membahas, membincang dan memuhasabah segala jenis pemikiran, ideologi dan ragam kehidupan masyarakat terutamanya berkaitan cabaran sebagai mahasiswa harini dengan kupasan berlandaskan Islam.
Sila Klik untuk Mengunjungi Laman Jundu asy-Syabab

Baca baki entri ini »

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama tidak menulis dalam blog ini. Agak sibuk dengan sedikit urusan pembelajaran, di samping itu sedang berusaha mengejar peluang yang hanya hadir dalam bulan Ramadhan serta kewajipan lainnya. Berikut merupakan artikel soal-jawab yang saya terjemahkan daripada sebuah laman blog soal-jawab Islam iaitu Konsultasi Islam (link terdapat pada bahagian links “For Islam” pada bahagian kiri blog ini). Untuk membaca artikel asal (pengantar Indonesia), sila klik di SINI.

Status Golongan yang Tidak Berhukum dengan Hukum Allah

Soalan:

Dalam al-Quran terdapat celaan yang amat keras terhadap mereka yang tidak menerapkan hukum berdasarkan hukum yang diturunkan Allah swt. Dalam ayat 44 surah al-Maidah, mereka dicela sebagai orang kafir. Dalam ayat seterusnya, disebut sebagai orang yang zalim, dan dalam ayat ke-47 surah al-Maidah pula mereka dicela sebagai orang fasik. Bagaimanakah kedudukan status ketiga-tiga sifat tersebut?

Jawapan:

Memang benar, terdapat celaan yang keras bagi mereka yang tidak menerapkan hukum selari dengan hukum Allah swt. Allah swt telah berfirman:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” (TMQ al-Maidah [5]: 44)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (TMQ al-Maidah [5]: 45)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (TMQ al-Maidah [5]: 47)

Ayat-ayat tersebut, meskipun diturunkan berkenaan kaum Yahudi dan Nasrani, namun tidak terhad ke atas mereka semata-mata kerana ungkapan ayat tersebut bersifat umum. Perkataan ‘man’ menunjukkan bahawa ia makna umum, dan tidak dikhususkan kepada kelompok tertentu. Sedangkan dalam kaedah yang rajih ada dinyatakan:

الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

Berlakunya hukum dilihat dari umumnya lafaz, bukan khususnya sebab.

Oleh kerana itu ketiga-tiga ayat tersebut bersifat umum, merangkumi kesemua golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah swt. Kesimpulan ini juga dinyatakan oleh Ibnu Mas’ud, al-Nakhai, Ibnu Abbas, Ibrahim, al-Hasan, al-Sudi, Fakhruddin al-Razi, Ibnu ‘Athiyyah, al-Qinuji, al-Samarqandi, dan Mahmud Hijazi.

Sungguhpun bersifat umum, namun tidak bererti semua orang yang tidak memutuskan perkara dengan hukum Allah itu tergolong sebagai kafir. Penilaian secara lebih teliti wajar dilakukan agar tidak termasuk dalam perbuatan takfir (mengkafirkan) yang tidak kena pada tempatnya. Baca baki entri ini »


Calendar

September 2009
J S A I S R K
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?


  • Tiada
  • hasiah pukim: Mohon keizinan untuk memetik kata-kata puitis puisi di atas....mengagumi bakat insan pemuisi yang digeruni...
  • muhammadghazi: Dipersilakan untuk menyebarkannya, mudah-mudahan sumbangan kecil ini diterima sebagai amal kebajikan di sisi-Nya... Amiin...
  • muhammadghazi: Sama-sama.

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other subscribers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 132,914 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]