apo nak dikato

Posts Tagged ‘seruan



Mesir : Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Perubahan Sistem Menuju Khilafah



Sumber: mykhilafah.com – sila klik untuk membaca artikel berkaitan.

Advertisements

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia ini kita masih lagi dikurniakan kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati limpahan rezeki kurniaan Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Pada tengahari tadi, saya telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Sudah agak lama juga saya tidak mengunjungi masjid tersebut. Pada kali ini, sengaja saya memilih untuk solat Jumaat di masjid tersebut bagi mengisi kekosongan waktu cuti yang amat jarang diperoleh ini. Selalunya saya hanya menunaikan solat di dalam kariah saya sahaja. Seusai solat, kedengaran pengumuman daripada luar yang meminta para jemaah untuk tunggu sebentar bagi mendengar seruan yang ingin disampaikan. Suara tersebut sayup kedengaran, lalu menyukarkan saya untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya yang membuat pengumuman tersebut.

Saya pun mengambil keputusan untuk menghampiri kawasan di mana suara tersebut berpunca. Senyuman lebar terukir di wajah saya apabila melihat wajah-wajah yang dikenali berhimpun dengan sepanduk dan kibaran bendera ar-Rayah dan al-Liwa’, berdiri megah melaungkan takbir. Ya, merekalah para syabab Hizbut Tahrir Malaysia.

Gambar Seruan diambil daripada Mykhilafah.com

 

Saya mengambil keputusan untuk berdiri dalam kelompok hadirin yang mendengar seruan tersebut. Pembukaan bicara disampaikan oleh Ustaz Umar, Naib Presiden HTM. Penyampainya pula merupakan seorang kenalan lama saya. Kami berkenalan sewaktu menghadiri sebuah seminar anjuran Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir Malaysia. Masya Allah, seruan yang disampaikan begitu bersemangat dan menjentik jiwa para pendengar.

Seruan tersebut menyentuh mengenai peristiwa kebangkitan umat di Tunisia, Mesir dan beberapa negara kaum Muslimin yang lain. Beliau menyatakan bahawa revolusi tidak sewajarnya berkisar mengenai menumbangkan rejim semata-mata, hanya untuk digantikan dengan rejim yang lain. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa hanya dengan mengembalikan syariah dan khilafah sahajalah umat Islam akan kembali bangkit.

Cuaca yang panas terik tidak menghalang sebilangan hadirin daripada terus kekal mendengar seruan yang disampaikan itu. Dalam pada itu, beberapa orang syabab HTM turut mengedarkan risalah rasmi mereka iaitu Soutun Nahdhah keluaran ke-247 MESIR – BANGKITLAH MENUJU PERUBAHAN HAKIKI DENGAN KHILAFAH!” kepada hadirin yang berada di sekitar perkarangan masjid.


Sebaik sahaja seruan selesai dibacakan, Ustaz Umar menyampaikan kata dua serta mengingatkan umat Islam supaya bersama-sama Hizbut Tahrir Malaysia menumbangkan rejim zalim yang sekular serta menegakkan kembali Khilafah atas Minhaj Kenabian. Seruan tersebut disahut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Saya tampil bersalaman dengan para syabab sekalian sebaik sahaja majlis bersurai. Ada antara mereka yang tidak saya kenali. Merekalah generasi baru pelapis yang bakal meneruskan lagi kesinambungan dakwah yang didokong. Ada juga syabab senior yang menyahut mesra salam yang diberikan. Demikianlah eratnya ukhuwwah antara kami. Biarpun berasal dari latarbelakang yang berbeza, namun itu tidak menjadi penghalang antara kami dalam menjalin ukhuwwah Islamiyah. Kerana kami mendokong aspirasi yang sama, iaitu ingin mengembalikan Islam dalam kehidupan. Ikatan fikrah Islamiyah yang terbina mengukuhkan lagi hubungan sesama kami biarpun berjauhan. Alhamdulillah.

Update: Laporan daripada MyKhilafah.com – Mesir: Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Kebangkitan Hakiki

 

*Lewat petang tadi, saya mendapat makluman bahawa demonstrasi berasingan juga telah diadakan bermula di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Demo tersebut dianjurkan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap rakyat Mesir yang berdepan dengan rejim zalim Hosni Mubarak. Saya dikhabarkan bahawa demonstrasi tersebut berjalan lancar sehinggalah sewaktu mereka hendak bersurai, apabila pihak FRU menyerbu mereka yang sedang beransur pulang.

 

 

 

Assalamualaikum, tatkala umat Islam sedang dilanda kemelut yang tak berkesudahan. Hinggakan ada yang hampir-hampir berputus asa dan mengalah. Ingatlah akan janji Allah, bahawa kemenangan akan tetap menjadi milik Islam. Kita akan kembali gemilang. Namun semua itu tidak akan menjadi realiti seandainya kita hanya duduk bersimpuh atau sekadar menggoyang kaki tanpa mengambil sebarang tindakan. Hayatilah ayat ke-11 surah ar-Ra’ad; yang membawa mafhum bahawa kita juga memainkan peranan dalam menentukan halatuju kita dalam kehidupan (…”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri… – sehingga akhir ayat.”)

Wahai Umat Muhammad, usahlah gusar dan berputus asa kerana kita pasti akan kembali gemilang. Islam akan kembali menguasai dunia. Risalah Islam akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah dan jihad. Umat Islam yang tertindas akan dibela dan diberikan perlindungan seadanya.

Wahai Umat Muhammad, namun semua itu tidak akan datang percuma. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Semua ini tidak akan terjadi sekiranya kita tidak mengorak langkah untuk mencapainya. Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Usahlah berasa kerdil dan tidak berdaya, kerana kita mempunyai kekuatan yang tidak ada pada kaum kuffar, iaitu Islam. Ya, Islam sebagai mabda’ yang mencorak kehidupan kita pada hari ini serta ketamadunan umat sejak berkurun lamanya.

Wahai Umat Muhammad, seruan ini akan hanya menjadi retorik yang tak berpenghujung sekiranya kalian tidak menyahutnya. Ya, seruan ini akan menjadi sia-sia seandainya kalian ingin terus kekal dalam status quo. Seruan ini juga tidak akan membawa sebarang impak sekiranya kalian enggan melepaskan kenikmatan yang palsu lagi menipu.

Ayuh, sahutlah seruan ini. Kembalilah kepada Islam dengan sepenuh hatimu. Usahlah ragu dan bimbang akan kemuliaan yang telah dijanjikan. Semua ini bukanlah retorik kosong. Semua ini akan menjadi realiti. Ingatlah, bahawa Allah tidak memerlukan kita untuk kembali memuliakan deen-Nya. Sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam dalam memacu kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. [al-Anfaal: ayat 24]

Segalanya bermula dengan diri anda. Sekiranya kesedaran dan keinginan untuk berubah telah mengetuk pintu hati kalian, sila hubungi saya dengan meninggalkan komen serta cara untuk dihubungi. Insya Allah, kita bersama-sama berusaha untuk menjadi sebahagian daripada batu asas binaan yang membuka jalan ke arah kegemilangan ad-deen serta keredhaan Allah swt. Saya bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak mengatakan bahawa hanya melalui saya sahajalah kalian akan menemui kebenaran. Sebaliknya tujuan saya menyampaikan seruan ini adalah supaya kita bersama-sama dapat menjalinkan sinergi dalam mencapai kemuliaan yang telah dijanjikan. Sama ada kita berjaya atau syahid dalam mencapainya.

Wallahua’lam…

Kembali Gemilang

Tanah dijarah bumi berkuah darah
Kitab dihancur senjatanya dilebur
Istana diroboh maruah diceroboh
Islam seakan terkubur selamanya

Pun begitu kenangan tetap menyala
Pada sisa Rom Parsi yang masih nostalgia
Pada kemeriahan terus dipuja
Darah dan keringat mengumpul semangat

Ketulusannya (pernah) menjulang dunia
Keadilannya (pernah) jua dinikmati
Islam pernah merentasi samudera
Menjejaki benua ke benua
Demi menawarkan sejahtera

Bagaikan air mengalir ke muara
Bagai angin menyisir tanpa henti
Islam tetap kan membara di jiwa
Buat umat di serata dunia
Dulu kini selama-lamanya

Islam bukan pada harta
Bukan jua pada senjatanya
Tapi pada iman di jiwa
Taqwa sebagai perisainya
Menghuni di jiwa penganutnya
Tak kan padam sampai bila-bila

Pasti Islam kan bangun semula
Dengan wajah di celahan hiba
Senyuman kan terukir kembali
Kerna janji sejak bermula

Tidak kan padam cahaya Ilahi
Walau dirantai seribu tirani
Walau dibelenggu seribu tragedi
Islam pasti agung kembali

Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (EMI Music (Malaysia) Sdn. Bhd.)
Penerbit : Munif Ahmad
Program Muzik : Firdaus

Disclaimer: Lirik lagu ini dipaparkan sebagai pembakar semangat, dan bukanlah bertujuan untuk promosi komersil dsb. Sekalung penghargaan kepada pengarang lagu dan penulis lirik. Semoga Allah memberkati sumbangan kalian yang ikhlas.

Hizbut Tahrir Malaysia menyeru umat Islam agar meraih kemuliaan di bulan Ramadhan

banner

21 Ogos 2009 – Sempena Hari Al-Aqsa sedunia, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) Mahalliyah Kuala Lumpur telah melakukan seruan kepada umat Islam di kawasan perkarangan Masjid Negara. Seruan ini adalah untuk mengingatkan kembali tentang kebiadaban seorang Yahudi (laknatullah), yang telah membakar hangus Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969, 40 tahun yang lalu. Seruan ini bukanlah setakat untuk memperingati hari tersebut, malah lebih dari itu adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam, agar segera kembali untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini secara kaffah dengan menegakkan semula institusi Khilafah Islamiyah, selaras dengan banner yang dipaparkan di dalam seruan itu – “Bebaskan Palestin Dengan Khilafah”.

Seruan dibacakan oleh Ustaz Isa Abdullah dengan mengungkapkan realiti yang pernah berlaku di masjid Al-Aqsa, bagaimana seorang pelampau Yahudi berketurunan Australia bernama Micheal Denise Rohan telah membakar hangus Masjid Al-Aqsa. Sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan, dan salah satu khazanah umat Islam yang berharga iaitu mimbar Salahuddin Al-Ayyubi juga turut hangus dalam peristiwa itu.

Ustaz Isa Abdullah dengan lantang menyuarakan bahawa seruan pada kali ini ingin mengajak umat Islam berfikir tentang 2 perkara. Pertama, berkenaan persoalan siapakah yang akan membebaskan Al-Aqsa? Adakah kita (umat Islam) masih mengharapkan kepada OIC yang selama ini terbukti gagal untuk membebaskan Al-Aqsa. Untuk itu, umat Islam sebenarnya memerlukan pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayyubi, iaitu seorang khalifah yang dibaiat kaum Muslimin untuk menerapkan Islam dan melancarkan jihad. Oleh sebab itu, HTM mengajak umat Islam, khususnya kepada orang-orang yang memegang kekuasaan agar meninggalkan segala bentuk penjajahan pemikiran yang ada seperti Demokrasi, Sekularisme, Liberalisme dan sebagainya, dan segera berhukum kepada hukum Allah. Umat Islam diseru untuk tidak takut kepada Amerika Syarikat, Eropah, Britain dan negara kafir lainnya, tetapi hanya takut kepada Allah SWT.

placardKedua, berkenaan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan merupakan bulan diturunkannya Al-Quran, dan di dalamnya Al-Quran menyebut tentang Al-Aqsa, iaitu masjid ketiga suci umat Islam. Ramadhan merupakan bulan untuk memuhasabah diri, menambahkan kefahaman Islam, meningkatkan ketakwaan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan untuk kita selalu berpaling daripada kekufuran dan berpihak kepada Islam dan Iman dengan meninggalkan segala bentuk kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT, dan melaksanakan seluruh perintah Allah SWT. Di samping itu, umat Islam digesa untuk meningkatkan aktiviti dakwah, untuk merebut seluruh kebaikan yang Allah bentang kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jadikanlah bulan Ramadhan kali ini, sebagai bulan yang mana kita bersama perjuangan Islam untuk membuktikan kita adalah hamba-hamba-Nya yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Seruan akhirnya ditutup dengan bacaan doa kepada Allah SWT agar umat Islam diberi kemenangan, kejayaan dan umat Islam bersatu dalam kesatuan Khilafah Islamiyah.

123


Calendar

Oktober 2017
J S A I S R K
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 111,952 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: