apo nak dikato

Posts Tagged ‘Haji

SN Keluaran 27 November 2009

KHUTBAH AL-WIDA’
Pesanan Dan Peringatan Penting Buat Umat Islam dan Pemimpin Mereka

[SN196] Di sebalik amaran dan ancaman penyakit selesema H1N1, musim haji kali ini tetap berjaya menghimpunkan jutaan umat Islam bagi melakukan suatu pengorbanan yang besar di sisi Allah SWT. Namun demikian, terdapat satu amaran lain ke atas umat Islam dalam menunaikan ibadah haji tahun ini. Ia merupakan satu ancaman yang datangnya dari ‘penjaga’ haramain (pemerintah Saudi) itu sendiri, di mana beliau mengancam umat Islam agar tidak menjadikan pertemuan besar di tanah suci itu untuk membincangkan perkara-perkara politik. Sungguh hina apa yang dilakukan oleh si pengkhianat umat ini! Beliau melarang umat Islam dari membincangkan urusan politik walhal politik itu adalah sebahagian dari Islam. Siapa tak kenal Raja Abdullah yang sesungguhnya merupakan penjaga kuffar Amerika dan langsung tak layak menjadi penjaga rumah Allah yang suci.

Tidak ada seorang manusia pun yang berhak menghalang manusia lain dari membincangkan perihal Islam, apatah lagi di tanah suci, baik dari segi perbincangan politik, ekonomi, sosial, ibadah dan sebagainya. Sesungguhnya di tanah suci inilah Rasulullah SAW dahulu memulakan perjuangan politik baginda di mana para sahabat diseksa dan dibunuh dalam usaha mereka membebaskan rumah Allah ini dari segala taghut dan kekufuran untuk digantikan dengan hukum dan sistem Islam. Setelah 13 tahun perjuangan berlangsung di Mekah, Rasulullah dan kaum Muslimin kemudian berhijrah ke Madinah dan peristiwa hijrah yang penuh bersejarah itu telah menjadi titik perubahan kepada landskap politik dunia di mana Daulah Islam yang pertama telah ditegakkan dan agama Allah buat pertama kali telah diterapkan dalam bentuk bernegara.

Setelah Islam menjadi tampuk politik negara, negara baru (Daulah Islam) ini mencapai kemenangan demi kemenangan, sehinggalah kota Mekah, tempat di mana kaum Muslimin dahulunya ditindas dan diusir, berjaya ditawan. Lalu berakhirlah segala sistem kufur di tanah suci ini dan diganti dengan sistem Islam. Sejak itu, manusia boleh beribadah kepada Allah dengan aman di bawah naungan sistem politik dan pemerintahan Islam. Pada tahun ke-10 setelah hijrah, satu lagi peristiwa bersejarah tercatat di kota suci ini di mana Rasulullah dan kaum Muslimin telah berangkat menyambut perintah Allah untuk menunaikan ibadah haji. Setibanya di Mekah, baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari pada 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehinggalah tergelincir matahari (waktu zohor). Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu baginda menaikinya sehinggalah tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, para sahabat dan ribuan kaum Muslimin semuanya menanti dengan penuh sabar dan debar untuk mendengar apakah yang akan disampaikan oleh kekasih Allah ini. Padang Arafah menjadi saksi akan satu peristiwa penting yang tidak akan dilupakan oleh setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasul. Di sinilah Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah baginda yang terakhir kepada umatnya yang dikenali dengan Khutbah al-Wida’ (khutbah perpisahan), satu khutbah yang menyentuh jiwa dan perasaan setiap manusia yang mendengarnya.

Isi kandungan khutbah wida’ yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu merupakan sesuatu yang sentiasa segar di ingatan umat Islam sepanjang zaman. Dan jika diperhalusi dan diteliti dengan mendalam akan kandungan khutbah tersebut, sesungguhnya ia penuh dengan pesanan dan ingatan kepada umat Islam amnya dan para pemimpin khususnya akan hukum-hukum (undang-undang), kewajiban dan keharaman yang wajib mereka patuhi. Khutbah ini mengandungi pesanan yang menyeluruh untuk memandu manusia dalam segenap aspek kehidupan, sama ada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Persoalannya, sejauh manakah umat Islam dan pemimpin mereka pada hari ini mematuhi dan menerapkan khutbah ini di dalam kehidupan? Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini- Baca baki entri ini »

Assalamualaikum… Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kita telah dikurniakan kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan bulan Zulhijjah.  Bersempena dengan tibanya bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit tentang keutamaan Zulhijjah, khasnya 10 hari terawal dalam bulan tersebut, serta amalan yang dianjurkan sepanjang tempoh tersebut. Mudah-mudahan bermanfaat.

Dalam sebuah hadis ada dinyatakan mengenai keutamaan 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah:

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda:  “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.”  HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad

Antara amalan yang digalakkan ialah berpuasa sunat sepanjang tempoh 9 hari terawal.  Untuk mengetahui pembahasan lanjut, sila klik di SINI. [Sebahagian daripada entri ini ditulis berdasarkan dalil-dalil dan perbincangan daripada sumber tersebut. Sekalung penghargaan kepada penulis dan semoga Allah memberkati sumbangan yang diberikan].  Hal ini didasarkan kepada hadis berikut:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya HR Abu Daud

Kita juga digalakkan untuk sekurang-kurangnya berpuasa di hari Arafah (9 Zulhijjah), sejajar dengan hadis berikut:

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”  HR Muslim

Di samping berpuasa, umat Islam juga digalakkan untuk mempertingkat amalan-amalan ibadah seperti zikir, membaca al-Quran, solat sunat, dsb sepanjang tempoh tersebut. Hal ini kerana sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis di awal rencana ini, Allah mencintai amal-amal soleh yang dilakukan sepanjang tempoh ini jauh berbanding pada hari-hari lainnya. Selaku seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah, sewajarnya kita berusaha untuk memanfaatkan “bonus” yang telah diberikan ini.  Ayuh, marilah kita bersama-sama mempertingkat mutu amal ibadah kita serta memperbanyak ibadah sunat tanpa mengabaikan kewajipan yang lainnya. Baca baki entri ini »

Assalamualaikum, Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya saya berkesempatan juga untuk mencoret di sini. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca coretan-coretan dan juga perkongsian saya selama ini. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dan juga manfaat daripada perkongsian saya yang tidak seberapa ini dan sungguh saya berdoa supaya Allah menerimanya sebagai pahala amal kebajikan dan mengurniakan pengampunan kepada kita semua. Ameen.

baitullah

Baitullah menggamit kehadiran Muslimin di seluruh pelusuk dunia

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji sekalian, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang serta dikurniakan haji yang mabrur hendaknya… Ameen. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon supaya kalian mendoakan kejayaan dan keselamatan kami yang tidak berkesempatan untuk ke sana pada tahun ini. Mohon didoakan supaya dipermudahkan segala urusan kami dan diberikan hidayah dalam meneruskan kehidupan. Doakan juga supaya kami turut dikurniakan ruang untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun Islam ke-5 ini pada tahun-tahun mendatang.

Dari Shafwan bin Abdullah bin Shafwan dari Ad-Darda, ia berkata: Aku datang ke Syam dan aku mendatangi Abu Darda di rumahnya. Tapi aku tidak menemukannya dan bertemu dengan Ummi Darda. Ia berkata, “Apakah engkau hendak berangkat Haji pada tahun ini?” Aku berkata, “Ya.” Ia berkata; ‘Berdoalah kepada Allah minta kebaikan untuk kami, kerana Nabi SAW pernah bersabda:

Doanya seorang Muslim kepada saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa minta kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata, “Amin.” Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.’ Shafwan berkata ‘kemudian aku keluar menuju pasar dan bertemu dengan Abu Darda, ia pun berkata sama seperti istrinya’.

HR Muslim

“Wahai saudaraku, janganlah engkau melupakan kami dalam doamu” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

Aidil Adha 1429 H, Jatuh Pada Hari Isnin, 8 Disember 2008

hajj


Berdasarkan maklumat daripada Haramain Syarifain: Dzulqa’dah digenapkan 30 hari, sehingga 1 Dzulhijjah jatuh pada hari Sabtu 29 November 2008. Wukuf di Arafah jatuh pada hari Ahad 7 Disember 2008. Dengan demikian maka Aidil Adha 1429 H jatuh pada hari Isnin 8 Disember 2008.


Salam Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat…


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: