apo nak dikato

Malas Petanda Awal Kegagalan

Posted on: September 14, 2009

Assalamualaikum.

“malas petanda awal kegagalan”

Demikianlah perkataan yang tertulis di dinding sebuah rak buku di sebuah bilik. Termenung sekejap saya dibuatnya. Walaupun mesejnya ringkas dan kita semua sudah sedia maklum mengenainya, namun ayat tersebut benar-benar memberikan kesan kepada diri saya. Maklumlah, manusia ni kan pelupa (bukan Melayu je tau yang mudah lupa) – perlu diberikan peringatan demi peringatan supaya tidak hanyut dibawa arus kehidupan. Usahkan perkara yang besar, benda yang remeh seperti di mana kunci bilik pun kadang-kadang ada juga yang boleh terlupa. Apatah lagi tentang kewajipan yang telah sekian lama dilalaikan.

Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada penulis (merangkap seorang pengamal vandalisme – part ni yang tak baik, jangan ikut tau) atas nasihat yang diberikan. Kini semangat yang semakin pudar kembali membara semula. Dengan berbekalkan semangat ini, saya akan berusaha menangani kekecewaan dan juga seribu satu permasalahan yang sedang saya hadapi pada waktu ini. Moga-moga urusan saya dipermudahkan. Banyak sungguh dugaan yang melanda. Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini, Allah telah mempermudahkan saya dalam menghadapinya satu persatu.

Bila difikirkan semula, barangkali inilah antara punca mengapa umat Islam pada hari ini terkebelakang dan berada dalam “kegagalan”. Kerana umatnya semakin “malas” berfikir dan mengambil tahu darihal saudara seagama mereka. Jika adapun yang prihatin, tidak ramai pula yang terdorong untuk melakukan sesuatu bagi merubah kedudukan ini. Dalam kalangan yang bertindak ini pula, tiada tindakan yang tuntas mampu diambil. Ada juga yang berusaha bersungguh-sungguh, namun tidak terdaya kerana keterbatasan dari segi kemampuan. Para penguasa pula disibukkan dengan urusan masing-masing, akhirnya umat Islam terpecah kepada berbilang negara – yang tidak sama sekali mampu untuk menangani tekanan dan juga penindasan baik dari dalam mahupun dari luar. Rasanya tak perlu bagi saya untuk “mensyarahkan” secara panjang lebar mengenai peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” agar kita menyedari peri pentingnya kesatuan dalam menghadapi segala macam cabaran.

Sedarkah kita, tatkala kita sedang menikmati juadah berbuka dan beribadah dengan selesa di bulan Ramadhan yang mulia, ada dalam kalangan saudara kita yang hidup dalam suasana terlalu tertekan dan menderita sehingga tidak mampu untuk melaksanakan ibadah puasa? Sila klik di SINI.

Sedarkah kita, tatkala kita sedang bersungguh-sungguh ingin mengejar lailatul qadar, menghadiri majlis-majlis ilmu, beriktikaf di masjid dengan aman, ada saudara kita yang ditekan bahkan dilarang daripada mengerjakan ibadah puasa? Sila klik di SINI.

Bagaimana pula dengan nasib saudara kita yang dijamu dengan hujanan peluru dan dentuman bom? Bagaimana dengan saudara kita yang saban hari hidup dalam ketakutan kerana diancam dengan pembunuhan?

Tidak cukup dengan hanya mengatakan, “Oleh demikian, sewajarnya kita bersyukur kerana tidak seperti di tempat-tempat lain, kita diberikan kebebasan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya dalam keadaan aman dan selesa”. Sekali pandang, memang kebanyakan kita tidak akan perasan di mana silapnya pernyataan tersebut. Namun hakikatnya, di sebalik pernyataan tersebut tersembunyi sentimen asabiyah nasionalisme yang menebal sehingga mengatasi ikatan persaudaraan sesama Muslim. Tidakkah mereka ingat akan hadis Rasulullah saw berikut?

Sabda Rasulullah saw yang lain: “Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam.” (Riwayat Bukhari)

“Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan daripada bahan yang saling sokong-menyokong antara satu dengan lain sehingga tercipta sebuah binaan.” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis-hadis tersebut, tiada pula baginda SAW menyatakan umat Islam di Jazirah Arab ibarat tubuh badan, manakala umat Islam di tempat lain tubuh badan yang lain. Sungguh, nasionalisme itu haram di sisi Islam!

Segalanya bermula dari diri kita. Anda yang menentukannya, kita mampu mengubahnya. Mungkin akan ada yang bertanya, “Aku ni orang biasa je, tak mampu nak buat perubahan. Diri sendiripun terumbang-ambing…” Maka jawab saya, “Saya pun bukanlah orang besar, orang biasa je. Tetapi kita ada peranan kita yang tersendiri. Setiap individu Muslim berkewajipan dalam menyampaikan dakwah. Tak kira sama ada kita kaya ataupun miskin, kita lelaki ataupun perempuan, kita Melayu atau Cina (atau bangsa lain), kita pandai atau jahil, dan sebagainya. Selagimana kita bergelar Muslim, selagi itu kewajipan berdakwah tidak terlepas daripada bahu kita”.

Kalau ilmu kita tak banyak, tak mengapa. Tak seharusnya ia menjadi penghalang bagi kita daripada berdakwah. Sebaliknya matlamat kita untuk berdakwah akan menjadi pendorong bagi kita dalam menambahkan lagi pengetahuan kita. Cuma kenalah pastikan sumbernya sahih dan pengajarnya terpercaya (thiqah).

Sibuk? Betul ke sibuk? Cuba kita teliti semula perjalanan hidup kita sehari-hari. Adakah benar setiap detik tersebut dipenuhi dengan urusan demi urusan sehingga langsung tiada ruang untuk berdakwah? Tidakkah kita lupa akan peranan kita sebenarnya tatkala Allah menciptakan manusia dan jin? Adakah kita hanya nak masuk ke syurga seorang diri? Sedangkan diri kita sendiripun belum tentu lagi masuk syurga. Bahkan berdakwah ini telah menjadi suatu kewajipan. Bagaimana mungkin seseorang itu akan masuk ke syurga sekiranya dia tidak melaksanakan perintah Allah. Bagaimana mungkin seseorang itu akan mendapat redha Allah sekiranya dia tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaan-Nya serta menjauhi perkara yang membawa kepada kemurkaan-Nya?

Bagaimana jika di Hari Pengadilan kelak, ada pihak yang mengadu terhadap kita di hadapan Allah, “Ya Allah, dia langsung tidak pernah menegur aku ketika aku hanyut dibuai kemaksiatan di dunia dahulu…” ?

Namun harus diingat, dalam kita melaksanakan kewajipan ini, jangan pula sampai kita mengabaikan tanggungjawab yang lainnya pula. Bagi para pelajar, jangan sampai pelajarannya terabai, bagi yang sudah bekerja jangan sampai menyebabkan prestasi terjejas. Apa yang penting, kita harus bijak dalam mengatur jadual serta meninggalkan perkara-perkara sia-sia, dengan itu kita akan dapat mengoptimumkan diri kita dalam melaksanakan kewajipan demi kewajipan yang tertanggung di bahu kita. Saya bukanlah yang terbaik, bahkan hidup saya ini pun boleh dikatakan agak terumbang-ambing juga. Banyak masalah tercetus, banyak juga dilema yang dihadapi. Namun alhamdulillah, di medan dakwah ada saudara dan juga rakan seperjuangan kita yang acapkali menghulurkan bantuan serta memberikan bimbingan dan dorongan. Saya bersyukur kepada Allah atas segala yang saya ada pada hari ini, dan saya mendoakan agar para pembaca juga terdorong untuk turut serta melaksanakan kewajipan ini.

Di mana harus kita mulakan? Mulakan dengan mengucapkan basmalah, kemudian diikuti dengan membuang rasa malas dalam diri kita. Pertingkatkanlah kefahaman kita dalam tsaqafah Islam, dan sampaikan kepada yang lain-lain. Dalam masa yang sama, tingkatkan prestasi hidup kita, sama ada yang melibatkan urusan duniawi, lebih-lebih lagi urusan ukhrawi.

Ingat, MALAS PETANDA AWAL KEGAGALAN!!

tido


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2009
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: