apo nak dikato

Posts Tagged ‘raya

Diolah daripada artikel asal (pengantar Indonesia – Konsultasi Islam ‘Hukum Sholat Jum’at Pada Hari Raya (Idul Fitri /Adha’ )

Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya

Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut (i.e. hari Jumaat)?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada Idul Fitri mahupun Idul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi, dinyatakan bahawa:

“Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih, dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur daripada penduduk kampung (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan. Demikianlah menurut pendapat Imam Shafie yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikat solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya. Tetapi mereka wajib solat Zohor. Menurut ‘Atha’, solat Zohor dan solat Jumaat gugur bersama-sama pada hari tersebut. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain daripada solat Asar.”

Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.”

Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:

Pertama, solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul amshaar / ahlul madinah) yang di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun (ahlil badaawi / ahlul ‘aaliyah), yang di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan. Maka sekiranya mereka – iaitu mereka yang datang dari kampung – telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Shafie. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.

Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan yang dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.

Ketiga, tidak wajib solat Jumaat, tetapi mereka wajib solat Zohor. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.

Keempat, solat Zohor dan Jumaat gugur kewajipannya pada hari tersebut. Tiada solat sesudah solat hari raya melainkan solat Asar. Demikianlah pendapat ‘Atha’ bin Abi Rabbah. Turut dikatakan bahawa demikian juga pendapat Ibu Zubayr dan ‘Ali.

Pendapat yang Rajih

Setelah diteliti, didapati bahawa pendapat yang paling rajih adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, rahimahullah. Huraian lanjut mengenai hukumnya adalah seperti berikut: Baca baki entri ini »

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WA LILLAHIL HAMD

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabat-sahabatnya serta sesiapa sahaja yang mencurahkan taat setia dan mengikut baginda, sesiapa sahaja menuruti jejak langkah baginda dalam memperjuangkan akidah Islam sebagai asas pemikirannya dan menjadikan hukum-hukum syarak sebagai kayu ukur perbuatannya serta sumber undang-undangnya.

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya bersumberkan dari Muhammad Bin Ziyad ra yang berkata,

“Aku mendengar Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, atau ia (Abu Hurairah) berkata, ‘Abu Al-Qasim (saw) bersabda: Berpuasalah kalian apbila melihat hilal dan berbukalah (berhari rayalah) apabila melihat hilal, dan jika kalian tidak nampak akannya, maka genapkanlah Sya’ban 30 hari”

Setelah melihat hilal di bulan syawal hari semalam (Isnin – 29 Ramadhan), secara syari’enya, hilal telah disahkan dilihat di beberapa negara umat Islam. Oleh yang demikian, hari ini (Selasa – 1 syawal) adalah hari raya Idul Fitri.

Dalam kesempatan ini, Amir Hizbut Tahrir sedunia al-Alim ‘Atha’ Bin Khaleel Abu Al-Rashta (semoga Allah melindungi beliau), memohon kepada Allah agar merahmati umat ini dan sesiapa sahaja yang telah memperjuangkan risalah Allah. Allahu Akbar! Semoga Allah melindungi umat ini dan menerima segala ibadat kita di sepanjang Ramadhan dan semoga Allah memuliakan umat ini dengan kedatangan Daulah Khilafah al-Rasyidah tidak lama lagi.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, wa lillahil hamd.

Ketua pejabat media Hizbut Tahrir dan kesemua warga kerjanya dengan ini mengucapkan tahniah kepada semua Muslim di hari raya Idul Fitri ini, dan kami memohon kepada Allah agar merahmati umat Islam dengan kedatangan seorang Khalifah Rasyidah yang mana kita akan berjuang dan berlindung di belakangnya.

Semoga Allah swt menerima ibadat kami dan ibadat kalian.

Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.

Sambutan Idul Fitri 1 Syawal 1429H adalah bersamaan dengan 30 September 2008.

[sumber: hizb-tahrir.info]

karyaku I

Karyaku I

[Dihasilkan menggunakan Microsoft Powerpoint 2007, khat diambil dengan izin daripada awangpurba.blogspot.com, manakala gambar ketupat dan lemang diambil secara rawak daripada carian google.com. Terima kasih kepada penyumbang sekalian…]

ikhlas daripada HTM

ikhlas daripada HTM


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: