apo nak dikato

Posts Tagged ‘Soutun Nahdhah

SN Keluaran 8 Januari 2010

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG

[SN202] Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.
Menurutnya lagi, Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menghalang gereja tersebut daripada menggunakan kalimah Allah [UM 1/1/2010]. Umat Islam yang berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi memberi hujah bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan agama lain tidak berhak menggunakannya. Sebahagian umat Islam yang membantah menyifatkan bahawa penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian tersebut boleh mengelirukan akidah umat Islam. Bagaimanapun, kebanyakan pihak yang berdemonstrasi dikatakan terdiri dari puak-puak yang pro-UMNO, kerana itulah mereka diberi liputan besar-besaran oleh media dan pihak polis pula langsung tidak mengambil tindakan atau menghalang para penunjuk perasaan yang melakukan ‘demonstrasi haram’ ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang sementara dia berjanji akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin di mana beliau akan mengadap Agong dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Di sebalik apa yang berlaku, tidak kurang juga pihak yang menyifatkan bahawa ada agenda politik di sebalik keputusan ini agar parti pemerintah dapat tampil sebagai jaguh dalam ‘mempertahankan’ Islam, di samping dapat menutup segala kemelut dalaman yang semakin banyak dan semakin parah. Apa pun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luar mahkamah terhadap isu ini dengan mencadangkan agar diadakan dialog di antara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan. Dengan kata lain, konsep ‘dialog antara agama’ telah kembali menjadi modal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelas merupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agama mereka yang sesat itu. Alih-alih ingin menyelesaikan masalah, umat Islam terus memasuki perangkap kuffar dengan konsep pluralisme [sila baca SN76 Dialog Antara Peradaban: Umat Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur].
Baca baki entri ini »

Advertisements

SN Keluaran 27 November 2009

KHUTBAH AL-WIDA’
Pesanan Dan Peringatan Penting Buat Umat Islam dan Pemimpin Mereka

[SN196] Di sebalik amaran dan ancaman penyakit selesema H1N1, musim haji kali ini tetap berjaya menghimpunkan jutaan umat Islam bagi melakukan suatu pengorbanan yang besar di sisi Allah SWT. Namun demikian, terdapat satu amaran lain ke atas umat Islam dalam menunaikan ibadah haji tahun ini. Ia merupakan satu ancaman yang datangnya dari ‘penjaga’ haramain (pemerintah Saudi) itu sendiri, di mana beliau mengancam umat Islam agar tidak menjadikan pertemuan besar di tanah suci itu untuk membincangkan perkara-perkara politik. Sungguh hina apa yang dilakukan oleh si pengkhianat umat ini! Beliau melarang umat Islam dari membincangkan urusan politik walhal politik itu adalah sebahagian dari Islam. Siapa tak kenal Raja Abdullah yang sesungguhnya merupakan penjaga kuffar Amerika dan langsung tak layak menjadi penjaga rumah Allah yang suci.

Tidak ada seorang manusia pun yang berhak menghalang manusia lain dari membincangkan perihal Islam, apatah lagi di tanah suci, baik dari segi perbincangan politik, ekonomi, sosial, ibadah dan sebagainya. Sesungguhnya di tanah suci inilah Rasulullah SAW dahulu memulakan perjuangan politik baginda di mana para sahabat diseksa dan dibunuh dalam usaha mereka membebaskan rumah Allah ini dari segala taghut dan kekufuran untuk digantikan dengan hukum dan sistem Islam. Setelah 13 tahun perjuangan berlangsung di Mekah, Rasulullah dan kaum Muslimin kemudian berhijrah ke Madinah dan peristiwa hijrah yang penuh bersejarah itu telah menjadi titik perubahan kepada landskap politik dunia di mana Daulah Islam yang pertama telah ditegakkan dan agama Allah buat pertama kali telah diterapkan dalam bentuk bernegara.

Setelah Islam menjadi tampuk politik negara, negara baru (Daulah Islam) ini mencapai kemenangan demi kemenangan, sehinggalah kota Mekah, tempat di mana kaum Muslimin dahulunya ditindas dan diusir, berjaya ditawan. Lalu berakhirlah segala sistem kufur di tanah suci ini dan diganti dengan sistem Islam. Sejak itu, manusia boleh beribadah kepada Allah dengan aman di bawah naungan sistem politik dan pemerintahan Islam. Pada tahun ke-10 setelah hijrah, satu lagi peristiwa bersejarah tercatat di kota suci ini di mana Rasulullah dan kaum Muslimin telah berangkat menyambut perintah Allah untuk menunaikan ibadah haji. Setibanya di Mekah, baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari pada 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehinggalah tergelincir matahari (waktu zohor). Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu baginda menaikinya sehinggalah tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, para sahabat dan ribuan kaum Muslimin semuanya menanti dengan penuh sabar dan debar untuk mendengar apakah yang akan disampaikan oleh kekasih Allah ini. Padang Arafah menjadi saksi akan satu peristiwa penting yang tidak akan dilupakan oleh setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasul. Di sinilah Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah baginda yang terakhir kepada umatnya yang dikenali dengan Khutbah al-Wida’ (khutbah perpisahan), satu khutbah yang menyentuh jiwa dan perasaan setiap manusia yang mendengarnya.

Isi kandungan khutbah wida’ yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu merupakan sesuatu yang sentiasa segar di ingatan umat Islam sepanjang zaman. Dan jika diperhalusi dan diteliti dengan mendalam akan kandungan khutbah tersebut, sesungguhnya ia penuh dengan pesanan dan ingatan kepada umat Islam amnya dan para pemimpin khususnya akan hukum-hukum (undang-undang), kewajiban dan keharaman yang wajib mereka patuhi. Khutbah ini mengandungi pesanan yang menyeluruh untuk memandu manusia dalam segenap aspek kehidupan, sama ada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Persoalannya, sejauh manakah umat Islam dan pemimpin mereka pada hari ini mematuhi dan menerapkan khutbah ini di dalam kehidupan? Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini- Baca baki entri ini »

Assalamualaikum, semua dijemput hadir… Insya Allah kita akan mendengar penjelasan daripada syabab Hizbut Tahrir berkenaan isu rukyah dan hisab serta persoalan matla’ yang menjadi perselisihan pendapat antara kaum Muslimin di negara-negara kaum Muslimin saban tahun. Pembincangan akan menyentuh dari segi fiqh dan juga waqi’ serta menghuraikan penjelasan berdasarkan pendapat-pendapat yang ada, dan akhirnya membawa kepada pendapat yang paling rajih untuk diamalkan. Kalian juga boleh membaca huraian serba sedikit mengenai isu matla’ serta penetapan 1 Ramadhan dan 1 Syawal yang dikeluarkan oleh pihak HTM melalui lidah rasmi mereka iaitu Soutun Nahdhah keluaran ke-92. Sila klik di SINI.


Liputan Munaqashah – sila klik


Di samping masyarakat umum, dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengundang para asatizah serta ilmuan yang arif dalam bidang ini supaya turut hadir bagi menghidupkan lagi perbincangan sekaligus mencari penyelesaian yang tuntas mengenai isu ini. Maklumat lanjut ada dipaparkan pada poster berikut:

munaqashah

Khilafah Centre, 47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bangi. 03-89223149. 6 September 2009 (AHAD), 830 pagi - 1 tengahari

.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: “Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” 
 
(HR Muslim)
 
Penderitaan kaum Muslimin Rohingya telah berlangsung semenjak sekian lamanya. Ancaman demi ancaman, tekanan demi tekanan, serta penindasan demi penindasan yang menimpa mereka ibarat tak berkesudahan. Terbaru, kita digemparkan lagi dengan berita kejam yang menimpa saudara seakidah kita. Ibarat lari dari mulut harimau, masuk pula ke mulut singa. Mereka terpaksa melarikan diri daripada penindasan pemerintah junta Myanmar yang majoritinya menganut Buddha, akhirnya menerima layanan buruk oleh pihak berkuasa Thailand dan kemudiannya dibiarkan terkandas di laut lepas. Dilaporkan bahawa ada yang telah terkandas selama lebih daripada 20 hari di atas sampan yang tidak mempunyai enjin dan terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman serta kebuluran. Bahkan terdapat laporan bahawa mereka mendapat layanan buruk dan disebat dengan begitu teruk ketika dalam tahanan. Ke mana menghilangnya nilai kemanusiaan? Ke mana perginya rasa belas ehsan? Baca baki entri ini »

Calendar

Disember 2017
J S A I S R K
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 112,743 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: