apo nak dikato

Posts Tagged ‘exam

Assalamualaikum, insya Allah dalam tempoh sebulan ini (berkuatkuasa mulai hari ini) blog ‘apo nak dikato’ akan berada dalam mode ‘autopilot’ bagi memberi laluan kepada penulis untuk berhadapan dengan peperiksaan akhir yang bakal berlangsung dalam tempoh 11 hari lagi. Dalam ertikata lain, penulis akan berada dalam mode “pertapaan” sepanjang tempoh tersebut. Sungguhpun demikian, sebarang komen yang diberikan dalam mana-mana post akan diluluskan dari masa ke masa mengikut kelapangan penulis.

Di kesempatan ini, saya (i.e. penulis) juga ingin menyusun jari memohon kemaafan seandainya saya ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang saya menulis di blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dari segi fakta mahupun dari sudut ilmiah, mohon jasa baik pembaca sekalian untuk menegurnya.

Insya Allah saya akan menyambung semula curahan pemikiran dan perasaan saya di blog ini sesudah tamat peperiksaan kelak. Mohon didoakan supaya saya berjaya menghadapi peperiksaan tersebut dengan baik dan dalam masa yang sama tidak terleka daripada melaksanakan tanggungjawab saya yang lebih besar iaitu sebagai seorang Muslim serta sebagai seorang daie.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung dan juga pemberi komen yang telah banyak membantu saya dalam membentuk keperibadian saya serta meningkatkan lagi kematangan saya dalam berfikir. Saya masih lagi teringat sewaktu di awal-awal kelahiran blog ini, saya tidak pernah menyangka bahawa blogging ini berupaya memberikan kesan yang agak mendalam kepada kehidupan saya. Sebaliknya dahulu saya beranggapan bahawa blogging ini cumalah aktiviti sampingan, sekadar tempat meluah perasaan dan juga berkongsi fikrah. Namun, Alhamdulillah, melalui blogging, sedikit-sebanyak saya telah menjadi lebih matang dan terbuka kepada teguran, komen, dan juga kritikan.

Terima kasih yang tak terhingga khasnya kepada akhi FM, akhi wuzara, sdr amir,  sdr sulaiman akhlaaken (hehe, unik  benar ‘nickname’ tersebut), ukht Insyirah dan juga individu-individu yang banyak membimbing serta memberikan nasihat berguna kepada saya. Maaf sekiranya saya tidak menyebut nama kalian yang lain di sini, namun tidak bererti segala sumbangan kalian dipinggirkan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Ameen.

Insya Allah, saya akan kembali semula kelak dengan membawa sedikit pembaharuan kepada blog ini. Saya berazam untuk terus menulis dari masa ke masa dan menjadikan medan blogging ini sebagai salah satu uslub dalam menyebarkan dakwah Islam di samping pendekatan lain. Semoga Allah menerima sumbangan kecil saya ini serta membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat… Ameen. Saya juga berdoa supaya diberikan petunjuk untuk terus kekal di jalan-Nya. Ameen ya Allah…

Sekian dahulu, sehingga “bertemu” lagi di kemudian hari. Buat masa ini, dengan rasminya saya mengisytiharkan bahawa blog “apo nak dikato” akan berada dalam mode ‘autopilot’ sepanjang tempoh sebulan akan datang.

Wassalam.

Assalamualaikum… Musim peperiksaan semakin hampir. Dan kali ini merupakan antara yang terpenting dalam sejarah kehidupan saya. Kerana ia merupakan peperiksaan terakhir saya sepanjang 5 tahun pengajian di peringkat sarjana muda. Sudahkah saya bersedia? Sejujurnya setiap hari yang dilalui pasti mengundang kegelisahan dan kerisauan. Bukannya apa, semakin banyak yang dibaca dan dipelajari, rasanya semakin banyak pula ilmu dan kemahiran yang masih belum dikuasai.

Alhamdulillah, kerana Allah masih mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam mendepani hari-hari yang semakin mencabar. Tatkala saya berasa begitu tertekan dan kebuntuan, saya dikurniakan nikmat untuk kembali ‘mengadu’ kepada-Nya. Saya juga bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan sebuah keluarga yang begitu memahami serta sentiasa memberikan sokongan dalam saya menghadapi cabaran ini.

Tiba-tiba saya teringat kepada kata-kata seorang fulan… “Kita sebagai student ni kena fokus kepada dua perkara je, pertama study dan kedua Islam (dakwah dsb). Kebiasaannya orang yang terlibat dalam medan dakwah ni akan hanyut apabila mereka mula memasukkan perkara yang ketiga, i.e. main-main. Main game lah, borak-borak kosong, cintan-cintun dsb…”. [Pada waktu itu saya masih lagi bersama dengannya dalam sebuah organisasi dakwah kampus. Alhamdulillah kami masih berhubungan walaupun sudah tidak semesra dulu. Bukan kerana benci disebabkan tindakan saya keluar daripada organisasi tersebut, sebaliknya disebabkan kesibukan dan juga jadual yang berbeza].

Ada benarnya kata-kata si fulan tu. Saya masih menjadikan kata-katanya itu sebagai panduan sehingga ke hari ini. Cuma adakalanya saya terleka dan disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia. Bahkan pernah ke satu tahap, hidup saya hampir-hampir menjadi tidak keruan dek penangan cinta buta (buta? or is it? sigh). Alhamdulillah, saya telah tersedar dari lamunan yang telah menyelimuti saya dalam jangkamasa yang agak panjang. Saya bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah tampil memberikan bimbingan serta tunjuk ajar dalam menghadapi dilema tersebut.

Jujur saya akui betapa sedikit-sebanyak pelajaran saya terganggu dek dilema yang melanda diri saya. Namun, segalanya masih belum terlewat. Insya Allah, mulai detik ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kembali pelajaran saya yang telah jauh ketinggalan ini. Oleh demikian, barangkali saya akan “bercuti” buat sementara waktu daripada menulis di laman blog ini. Namun tidak bererti blog ini akan terus tenggelam ditelan zaman. Insya Allah saya akan berkunjung dari masa ke masa. Cuma barangkali penulisan saya tidak akan sekerap dahulu lagi. Namun sebarang komen yang dikirim akan tetap dilayan mengikut kelapangan saya. Saya juga akan merencana semula jadual hidup saya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir dan juga ujian-ujian setiap posting. Insya Allah, kewajipan yang tergalas di bahu akan tetap dilaksanakan.

Mohon jasa baik kenalan sekalian untuk mendoakan supaya urusan saya dipermudahkan dan saya dikurniakan kejayaan yang diidamkan. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Ameen.

Kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang turut berdepan dengan musim peperiksaan, semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kita semua. Bittaufiq wan-Najah~

“…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. [TMQ Ali Imran:159]

*****

Jangan jadi macam dia orang ni pulak ye... hehehe... | Exam Cheaters

*****

p.s.  Maaf kerana penulisan saya kebelakangan ini sebahagiannya bersifat peribadi. Tapi tak salah rasanya, sebab tujuan asal kewujudan blog ini adalah sebagai perkongsian peribadi mengenai ilmu dan juga pengalaman saya… =)

Kadang-kadang jeles jugak tengok students course lain. Masing-masing dapat cuti panjang. Ada yang sampai sebulan lebih. Ku pulak rasanya lepas-lepas ni dah takda cuti panjang dah… Paling panjang pun rasenye seminggu je kot. Apo nak dikato… Dah ambil course ni, kenalah tahan sikit… Nanti dah kerja lagi lah sibuk…

Exam pun dah dekat. Orang lain dah nak start sem baru, ku exam pun belum lagi… So, kenalah gandakan usaha terutamanya tang aspek praktikal. Bukanlah nak cakap ku ni dah expert kat part teori. Cumanya, dari segi praktikal tu ku agak ketinggalan. Jauh ketinggalan. Nak kata ku tak rajin praktis, takdelah pulak. Selalu je buat. Maybe tak cukup lagi rasanya.

Jadi, apa yang perlu ku buat dengan masa yang masih berbaki lagi ni?

1. Susun semula hidup. Kemas bilik, susun meja, agih-agihkan masa untuk cover semua part. Yang penting, cover posting ni dulu.

2. Sucikan diri. Muhasabah dan perbetul semua kesilapan yang dilakukan. Namun bukan kerana exam dah dekat ye… Niatkan kerana Allah taala.

3. Fokus kepada study. Namun jangan tinggalkan kewajipan lain pula. Cuma lebihkan fokus kepada study. Dalam masa yang sama, buat list mengikut keutamaan. Mungkin buat masa ni ku akan kurangkan fokus kat blog ni. Kiranya cuti sekejap la… hehe. Kalau tulis pun, yang pendek-pendek je kot…

4. Paling penting, lepas usaha kita gantungkanlah pengharapan kepada Allah.

Label: ,

Calendar

Ogos 2017
J S A I S R K
« Jun    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 111,160 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: