apo nak dikato

Circle Discussion – Modul

Assalamualaikum, di sini saya ingin berkongsi sebuah modul yang digunapakai di kolej kediaman saya untuk tujuan pengisian di surau secara mingguan. Program ini masih di peringkat awal, dan telahpun menjalani percubaan di kalangan pelajar tahun pertama sesi yang lepas. Insya Allah program ini akan diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha memakmurkan surau serta menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Alhamdulillah program ini telah diluluskan oleh pihak pentadbiran kolej.

Program ini diadakan pada setiap minggu, kebiasaannya selepas solat Maghrib. Seperti mana-mana halaqah ataupun usrah, sekumpulan pelajar akan dibimbing oleh seorang fasilitator. Program ini dirancang supaya melibatkan interaksi dua-hala antara fasilitator dan juga ahli kumpulan. Bentuk modul juga disusun menjadi sesi brainstorming yang mengandungi persoalan-persoalan yang turut disertakan jawapanSungguhpun demikian, ahli tidak akan ‘disuap’  sepenuhnya. Sebaliknya mereka akan digalakkan untuk turut terlibat dalam proses perbincangan.

Sebahagian besar daripada kerangka dan isi modul ini telah disusun oleh beberapa orang senior saya yang berada di kampus utama. Saya hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja memandangkan jarak yang agak jauh daripada kampus utama (menyukarkan saya untuk hadir ke mesyuarat editorial) serta kesibukan semenjak kebelakangan ini. Semoga Allah memberkati usaha hamba-Nya dalam menegakkan deen-Nya.

Modul ini terbahagi kepada 10 bahagian, namun tidak semestinya setiap sesi akan meliputi sebuah topik. Bagi topik-topik yang bersifat umum, maka ia akan digabungkan dalam satu sesi. Manakala topik yang memerlukan perbincangan panjang lebar pula akan dibuat dalam dua atau tiga sesi.

Tiada hak cipta dalam Islam, justeru sesiapa yang ingin menggunapakai modul ini untuk dimuatkan dalam pengisian di surau/masjid ataupun dalam halaqah masing-masing, teramatlah dialu-alukan. Sebarang feedback dialu-alukan dan saya dahului dengan sekalung penghargaan.

P/s: Sila berikan komen dan juga pandangan untuk penambahbaikan.

11 Respons to "Circle Discussion – Modul"

SESI 1 : Kewujudan Allah Sebagai Pencipta Sebuah Kepastian

Objektif:
1.Menjelaskan kepada pelajar-pelajar perbezaan aqidah Islam dengan ideologi Komunis dalam melihat kewujudan alam.

2.Menjelaskan bagaimana cara berfikir yang sepatutnya dalam mencari kebenaran.

Persoalan1 : Adakah alam ini terjadi dengan semulajadi (natural)? Atau ia diciptakan oleh sesuatu?

Atheis & Kaum Komunis mengatakan alam ini terjadi dengan sendirinya!

Bagaimana pula dengan pendapat atheis @ communism yang mengatakan apa yang ada di alam, manusia dan kehidupan berasal daripada materi(benda). Materi-materi ini berhubungan dan saling berinteraksi antara satu sama lain secara berterusan sehingga alam ini mengalami perubahan dan berkembang- proses perubahan materi (dialektika materialisme). Sebagai contoh manusia dan haiwan memakan tumbuhan (interaksi) untuk membesar dan tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Dan disebabkan oleh kejadian ini, manusia, haiwan dan tumbuhan membesar dan membiak. Contoh lain, air di laut dan sungai menjadi wap disebabkan cahaya matahari (interaksi) kemudian hujan diturunkan untuk dimanfaatkan oleh tumbuhan untuk tumbesaran (berubah dan berkembang). Selain itu, manusia berinteraksi dengan batu-batu atau kayu dan tanah untuk membuat rumah (berubah), kemudian di rumah itu mereka membina keluarga (berkembang). Semua yang ada ini merupakan materi. Bagi komunis, materi merupakan asal segal sesuatu sehingga menolak agama samawi.
Kenapa perubahan berlaku? pendapat mereka, perubahan berlaku kerana terdapat sifat kontradiksi(pertentangan) dalam materi-materi ini yang menyebabkan proses perubahan berlaku. method perubahan ialah melalui teori tesis, antitesis dan sintesis. Contohnya, mereka mengatakan bahawa kulit yang mengelupas dan proses terbentuknya kulit baru adalah bentuk dialektika materialism. Sebab pada awalnya kulit seperti sedia ada (tesis), kemudian di dalam struktur sel yang menyusun terdapat protoplasma dan sitoplasma yang saling bertarung (antitesis) , sehinggalah terbentuk kulit baru (sintesis) setelah kulit lama mengelupas kerana matinya sel di dalamnya. Contoh lain, adalah proses pengklonan haiwan yang mencampurkan antara sel sperma jantan dan sel telur betina sehingga menghasilkan keturunan (sintesis). Iaitu, adanya dua hal yang berlawanan (antitesis) – sel sperma dan sel telur.

Bantahan:
Kes kulit mati berubah menjadi kulit baru tersebut tidak boleh disederhanakan keranan adanya protoplasma dan sitoplasma dalam mempengaruhi sel sahaja, sebab ada factor-faktor lain yang juga ikut mempengaruhi, seperti kondisi cuaca, kekurangan zat tertentu dalam tubuh manusia atau pengaruh keadaan di luar diri manusia yang semuanya itu menunjukkan bahawa perubahan material tersebut mustahil terjadi secara automatic kerana adanya tesis, antitesis dan sintesis dalam satu eksistensi material. Di samping itu, hakikat kes kulit mati ini merupakan kewujudan dan kemusnahan satu materi@benda. Di mana, setiap materi akan mengalami kewujudan dan kemusnahan. Jadi, ini bukanlah proses berlawanan yang terjadi dalam diri manusia.

Dalam kes pengklonan haiwan yang mencampurkan antara sperma jantan dengan sel telur betina sehingga menghasilkan keturunan baru yang dikatakan sebagai bentuk dialektika materialisme. Namun, uniknya sel sperma dan sel telur mestilah ada kromosom (katakan manusia) yang berjumlah 23 dengan 23 sehingga sama dengan 46 kromosom. Apabila jumlah kromosomnya kurang (lebih dpd satu), maka tidak dapat membentuk zygot. Ini membuktikan bahawa adanya sel sperma dan sel telur sahaja belum mencukupi, melainkan mesti ada jumlah tertentu. Dan jumlah tertentu ini merupakan sunnatullah yang tidak dapat dikawal oleh sesiapapun. Dan selepas disenyawakan mestilah ia berkembang di dalam rahim dan bukan dalam tabung atau yang lain. Jadi, ini bukan dialektika materialisme, bahkan ia membuktikan eksistensi Zat Yang Ada di sebalik perciptaan ini. Zat yang menentukan keunikan-keunikan proses dan keistimewaan setiap benda. Konsep dialektika materialism ini juga menyokong teori evolusi kerana evolusi adalah proses perubahan materi- iaitu dari satu sepsis kepada sepsis yang lain.

Dalam teori evolusi Darwinism, kehidupan ini terbentuk secara kebetulan dan tidak sengaja, berkembang daripada makhluk yang simple kepada yang kompleks(berubah dan berkembang). Melalui pilihan semula jadi (natural selection) ; semua hidupan yang lebih sesuai dengan persekitaran akan mampu melanjutkan bakanya supaya kekal selamat, sementara yang lemah dan tidak sesuai akan berkurangan, mati dan pupus; sesuatu makhluk akan berubah atau bermutasi kepada keadaan yang lebih baik dan lebih kompleks supaya kekal selamat. Bukti darwin:
Sekawan rusa yang dikepung oleh binatang buas secara semula jadi akan berlari pantas dan berjaya kekal selamat. Bantahan:- memang benar, tetapi ini tidak menjadikan rusa-rusa itu berubah menjadi binatang lain.

Melanin industri oleh Futuyama D. (1986). Pada permulaan Revolusi Perindustrian di England, warna pohon kayu sekitar Manchester agak terang, maka rama-rama yang berwarna gelap lebih mudah dikesan oleh burung-burung pemangsa dan menjadikan populasinya berkurang. Selepas 15 tahun, pencemaran yang berlaku menyebabkan pokok-pokok berubah menjadi gelap; maka rama-rama yang berwarna cerah pula yang menjadi mangsa sementara rama-rama gelap menjadi bertambah. Inilah bagaimana rama-rama cerah berubah menjadi gelap.

Bantahan:- KeduA-dua rama-rama ini telah pun muncul sebelum revolusi industri lagi. Cuma disebabkan kelebihan rama-rama gelap, ia dapat terus membiak ketika pencemaran. Tetapi ini tidak membuktikan rama-rama cerah bertukar menjadi gelap.
Mutasi pada bacteria terhadap antibiotik dan imuniti serangga terhadap DDT. Bacteria yang pada awalnya boleh dibunuh dengan antibiotic kemudian untuk sela masa tertentu dikatakan mengalami mutasi genetic untuk resistan terhadap antibiotic seperti MRSA begitu juga dengan serangga terhadap DDT.

Bantahan:- setiap spesis bacteria mempunyai variasi. Sebahagian daripada variasi ini mempunyai maklumat gengetik untuk pertahanan kepada beberapa jenis dadah, bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain. Apabila didedahkan antibiotic tertentu kepada sekumpulan bacteria, maka yang tidak dapat bertahan daripada dadah ini akan musnah dan yang berjaya bertahan akan selamat dan mempunyai peluang unutk membiak. Bacteria yang tidak dapat bertahan akan hilang daripada populasi mereka dan hanya yang dapat bertahan akan terus membiak dan seterusnya memenuhi populasi mereka. Maka yang tinggal adalah hanya populasi bacteria yang resistan terhadap antibiotic itu. Hal ini juga berlaku pada serangga.

Kesimpulan bagi teori komunis:
Dengan demikian jelas, bahawa aqidah Sosialisme ini tidak diasaskan kepada akal. Mereka melihat phenomena alam dengan proses berfikir yang cetek/superficial dan akhirnya menolak naluri manusia yang ingin menyembah Tuhan. Konsep inilah yang dijadikan asas kepada kehidupan masyarakat komunis dan negara komunis.

Persoalan2 : Apakah benar alam ini terjadi dengan sendirinya & kekal abadi ?????

Untuk mendapat jawapan sebenar, cukup sekadar pemikiran rasional tetapi menyeluruh dan sempurna yang menjadi landasan berfikir (qiyadah fikriyyah) yang benar. Pemikiran tentang kehidupan ini akan membentuk aqidah manusia yang daripadanya lahir penyelesaian bagi masalah-masalah lain. Dan aqidah yang benar ialah sebuah jawapan yang sesuai dengan fitrah manusia, memuaskan akal dan memberikan ketenangan jiwa. Pemikiran menyeluruh tidak akan terbentuk kecuali dibentuk pemikiran tentang alam semesta, manusia dan kehidupan; tentang Zat yang ada sebelum dan selepas kehidupan; dan keterkaitan antara kehidupan dengan zat yang ada sebelum dan sesudah kehidupan itu. Jika kita amati apa yang boleh dijangkau oleh akal kita, kita akan dapati penginderaan kita sebatas alam semesta (bumi seisinya dan angkasa lepas) , manusia dan kehidupan ( proses kehidupan yang berlaku dalam alam ini – lawan kepada mati/tidak bergerak). Ketiga-tiga unsur in mempunyai sifat terbatas, lemah, serba kekurangan dan saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya manusia. Manusia bersifat terbatas, ia tumbuh dan berkembang sampai pada batas tertentu yang tidak dilampauinya lagi. Begitu juga dengan kehidupan kerana memerlukan antara satu sama lain. Alam semesta juga sifat terbatas kerana ia terdiri daripada himpunan benda-benda yang terbatas sifatnya. Jadi ketiga-tiganya bersifat terbatas.

Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, maka dapat disimpulkan bahawa kesemuanya tidak azali. Jika ia adalah azali (tidak berawal dan berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain iaitu Pencipta (al-Khaliq). Apakah sifat yang sesuai dengan al-khaliq? Terdapat tiga kemungkinan:
1. Al-Khaliq itu diciptakan oleh yang lain. [spt Manusia sebagai pencipta kereta]
2. Ia menciptakan dirinya sendiri kemudian menciptakan alam, manusia dan kehidupan.
3. Bersifat azali dan wajibul wujud

Kemungkinan pertama tidak boleh diterima, kerana apabila ia diciptakan oleh yang lain, maka ia bersifat terbatas. Kemungkinan kedua juga tidak masuk akal kerana menyatakan ia menciptakan dirinya sendiri. Oleh kerana itu al-Khaliq mestilah bersifat azali (tidak ada awal dan akhir) dan wajib adanya tanpa diketahui asalnya. Al-Khaliq juga tidak boleh beranak kerana beranak adalah sifat terbatas. Al-Khaliq juga mestilah tunggal, kerana jika ia memerlukan yang lain, maka ia bersifat terbatas.

Jadi siapakah Pencipta itu? Apakah kitab atau agama yang menyatakan sifat Pencipta seperti itu?

Kristian menyatakan Isa anak Allah, dan Tuhan terdiri daripada tiga (three in one) – X

Yahudi menyatakan Uzair anak Allah – X

Hindu, Orang Cina yang menyembah nenek moyang & dewa-dewi, Animisme :-

Polytheist (banyak tuhan) – X

Buddha – Menafikan konsep Tuhan yang menjadikan alam semesta tetapi mengatakan asal usul kejadian alam semesta disebabkan oleh sebab-sebab dan keadaan yang tidak diketahui. Buddha hanya mengajarkan konsep ‘kesedaran dan kebenaran’.
Islam mengajak kepada sentiasa berfikir meneliti fenomena alam semulajadi.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, ( al-Imran : 190)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang Mengetahui. (ar-Rum : 22)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? (al-ghasiyyah : 17-20)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (al-baqarah : 164 )

Surah al-ihklas menerangkan sifat Allah sebagai Tuhan yang tunggal dan semua makhluk bergantng ke kepadaNya.

Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (al-ikhlas :1-4)

Persoalan 3: Bagaimana kita hendak mempercayai (mengimani) Allah sedangkan kita tidak dapat memahami Zat Allah?

Sebenarnya, tidak semestinya kita mesti melihat sesuatu barulah dapat kita mempercayai kewujudannya. Cukup bagi kita menginderakan kewujudanNya. Sebagai contoh, ketika kita tiba suatu tempat dan didapati jalan raya di situ basah. Apakah yang kita fikirkan? Pastinya kita percaya bahawa di situ berlaku hujan sebelum kita tiba walaupun pada masa itu tiada hujan berlaku. Penginderaan terhadap kesan hujan dapat membuktikan kewujudan hujan. Contoh lainnya, apabila terdengar bunyi pesawat terbang di atas rumah sedangkan kita berada di dalam rumah, pastinya kita mengakui kewujudan pesawat tersebut kerana kita mengindera bunyi pesawat itu. Begitulah kewujudan Allah swt sebagai Pencipta yang penginderaan terhadap alam semulajadi dan manusia dapat memahami bukti kewujudannya. Tetapi diingatkan di sini bahawa kita sesekali tidak dapat memahami hakikat ZatNya kerana akal kita memang tidak terjangkau. Akal kita hanya menjangkau sebatas alam semesta, manusia dan kehidupan tetapi tidak lebih daripada itu.

Wallahu’alam bisawab.

Rujukan:
1. Marx and Engels, Vol. XIV
2. Dialectical and Historical Materialism, Stalin. Sept 1938
3. Refreshing pemikiran Islam, Muhammad Muhammad Ismail
4. Nizhamul Islam, S. Taqiyudin an-Nabahani
5. Our Philosophy (Falsafatuna), Muhammad Baqir al-Sadr
6. Buddha, Wkikipedia Free ensiklopedia

SESI 2 : Kebenaran Rasul Dan Al Quran

Objektif:
1.Menjelaskan cara sebenar untuk mengimani Rasul dan Al-Quran melalui aqal yang rasional.

2.Menjelaskan jenis-jenis perbuatan Rasulullah (sunnah).

Keperluan Manusia terhadap Rasul

Persoalan : Kenapakah kita manusia memerlukan seorang Rasul? Tidak bolehkah manusia beribadah terus kepada Allah asalkan hatinya ikhlas dan baik? Bukankah semua agama mengajak kepada kebaikan?

Tidak dapat dinafikan akan hakikat bahawa sesungguhnya manusia memerlukan rasul. Adapun bukti keperluan manusia terhadap para Rasul :

•Dapat kita lihat dari kenyataan bahwa manusia adalah makhluk Allah SWT dan bahwa beragama adalah sesuatu yang fitrah pada diri manusia. Dalam fitrahnya, manusia sentiasa mensucikan Penciptanya. Aktiviti ini biasa dinamakan ibadah, yang berfungsi sebagai tali penghubung antara manusia dengan Penciptanya. Apabila hubungan ini dibiarkan begitu saja tanpa aturan, tentu akan menimbulkan kekacauan ibadah, bahkan dapat menyebabkan terjadinya penyembahan kepada selain Pencipta yang sebenarnya.

Contohnya: agama animisme yang menyembah pokok-pokok, semangat tanaman, laut atau matahari kerana menganggap bahawa ianya ada kuasa Tuhan. Agama hindu menyembah Tuhan Pencipta, Tuhan Pemusnah, dewa-dewi dan berimiginasi Tuhan yang berkuasa mempunyai banyak tangan dan kaki (berhala). Agama hindu juga percaya apabila mandi di Sg. Ganges dapat menghapuskan dosa. Agama buddha dan hindu juga percaya bahawa tentang kehidupan akan datang selepas mati. Ada yang menganggap bahawa berhala bukanlah Tuhan, tetapi symbol yang menyambungkan hubungan antara manusia dengan Tuhan.

Jadi harus ada aturan tertentu, yang mengatur hubungan ini dengan suatu peraturan yang benar. Oleh itu, aturan ini tidak boleh datang dari manusia. Sebab, manusia tidak mampu memahami hakikat Al-Khaliq (maksudnya tentang perbuatan, apakah perbuatan itu diterima atau ditolak) sehingga dapat meletakkan aturan antara dirinya dengan Pencipta. Maka aturan tersebut harus datang dari Al-Khaliq. Dan karena aturan ini harus sampai ke tangan manusia, tidak boleh tidak harus ada para Rasul yang menyampaikan agama Allah ini kepada umat manusia.

•Pemenuhan manusia akan tuntutan gharizah (naluri) serta keperluan jasmani (makan, minum, tidur), adalah suatu keharusan yang sangat diperlukan. Pemenuhan ini apabila dibiarkan berjalan tanpa aturan akan menjurus ke arah pemenuhan yang salah dan menyimpang, yang akhirnya akan menyebabkan kesengsaraan umat manusia. Maka dari itu, harus ada aturan yang mengatur setiap naluri dan keperluan jasmani ini. Hanya saja aturan ini tidak boleh datang dari manusia. Sebab, pemahaman manusia dalam mengatur naluri dan keperluan jasmani selalu berpeluang terjadinya perbedaan, perselisihan, pertentangan, dan terpengaruh lingkungan tempat tinggalnya. Dan akhirnya akan menjerumuskannya ke dalam kesengsaraan. Oleh karena itu aturan tersebut harus datang dari Allah SWT melalui para Rasul.

Contoh: Orang asli yang hidup di dalam hutan akan menyembah semangat hutan. Orang yang menanam padi akan menyembah semangat padi. Orang yang berada di tepi pantai atau sungai akan menyembah atau memberi korban kepada laut atau sungai. Ada juga menjadikan binatang berbisa seperti ular atau binatang buas seperti buaya atau harimau sebagai Tuhan atau perlindung mereka kerana haiwan itu terdapat di kawasan mereka. Selain itu, terjadinya ajaran sesat kadang-kadang disebabkan mereka ‘terlihat sesuatu yang pelik’ di sekitar mereka seperti kubur, kemudian menganggap kubur itu keramat yang boleh memberi bantuan kepada manusia. Banyak lagi contoh-contoh lain, yang apabila diperhatikan pasti kita dapati ia berpunca daripada penafsiran manusia terhadap kawasan sekitarnya.

Kebenaran Al Quran

Persoalan: Betul ke al-quran daripada Allah swt bukan Muhammad bin Abdullah yang tulis atau orang Arab lain yang tulis? Sebab al-quran itukan dalam bahasa Arab, maka mungkin orang Arab yang tulis. Apa buktinya ia daripada Allah?

Bukti al-Quran Bukan Ciptaan Rasul

Mengenai bukti bahwa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahwa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah Sayyidina Muhammad SAW. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.

•Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
•Kedua, karangan Muhammad SAW.
•Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.

Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.

Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah mencabar mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :

“Katakanlah: ‘Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya” (Hud 13).

Di dalam ayat lain :

“Katakanlah: (‘Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cobalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya”
(Yunus 38).

Orang-orang Arab telah berusaha untuk mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahwa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa.

Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa Al-Quran itu karangan Muhammad SAW, adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Muhammad SAW adalah orang Arab juga. Bagaimanapun geniusnya seseorang itu, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila baginda–yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab– tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh karena itu, jelas bahwa Al-Quran itu bukan karangan baginda SAW. Terlebih lagi dengan banyaknya hadits shahih yang berasal dari Nabi Muhammad SAW –yang sebagian malah diriwayatkan lewat cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadits dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad SAW, disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadits. Namun, ternyata keduanya tetap berbeda dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Karena semua itu merupakan bagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh karena memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadits, berarti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad SAW. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbedaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab –orang yang paling tahu gaya dan sastera bahasa arab– pernah menuduh bahwa Al-Quran itu perkataan Muhammad SAW, atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahwa Al-Quran itu disadur Muhammad SAW dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :

“(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: ‘Bahwasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa ‘ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas” (An-Nahl 103).

Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Muhammad SAW, maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya iaitu terbukti bahawa Muhammad bin Abdullah itu adalah Rasulullah saw, kerana al-quran yang dibawanya tidak mampu baginda membuatnya sendiri kecuali ia datang daripada Zat Yang Berkuasa, ALLAH SWT. Dan oleh karena Nabi Muhammad SAW adalah orang yang membawa Al-Quran –yang merupakan firman dan syari’at Allah, serta tidak ada yang membawa syariat-Nya melainkan para Nabi dan Rasul– maka berdasarkan akal dapat diyakini secara pasti bahwa Muhammad SAW itu adalah seorang Nabi dan Rasul. Inilah dalil aqli tentang iman kepada Allah, kerasulan Muhammad SAW, dan bahwa Al-Quran itu merupakan firman Allah.

Persoalan: H.A.R. GIBB pula memanipulasikan fakta bahawa Al-hadis yang menjadi salah satu sumber hukum Islam merupakan perkataan, perbuatan dan diamnya(taqrir) Rasulullah saw dan bukan daripada al-quran. Apabila sumber Islam datangnya daripada al-quran – daripada Tuhan; dan Sunnah/Al-Hadis yang datang daripada Muhammad (manusia), maka Islam itu tidak tulen daripada Tuhan melainkan terdapat campur tangan daripada manusia.???

Meskipun al-hadis atau as-sunnah yang sama dari segi maknanya, merupakan perkataan (qaul), perbuatan (‘amal) dan diam (taqrir) Rasulullah saw, namun sumbernya bukan daripada Nabi sendiri, melainkan wahyu daripada Allah swt. Sehingga al-hadis atau As-Sunnah adalah wahyu yang hanya berbeza dari segi susunan teksnya sahaja, sedangkan isinya sama.
Firman Allah swt:

“Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu, sesungguhnya bukanlah bersumber daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

“ Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.” ( Al-An’am: 50)

“ Katakanlah (Muhammad): ‘Aku hanya akan mnegikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku.’ ( Al-A’raf: 203)

“Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku.” (al-Yunus: 15)

“Katakanlah (Muhammad) : aku hanya akan memberi peringatan kepada kamu dengan wahyu.” (al-Anbiya’: 45)

Kesimpulan:

Dengan ini terbukti Al-Quran adalah ciptaan Allah SWT dan bukan daripada manusia , Nabi Muhammad saw yang membawa al-quran beserta syariat Islam adalah Rasul(Utusan) Allah. Dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah selepas dilantik sebagai Nabi, bukan hasil akal fikiran dan hawa nafsunya sendiri, tetapi ia adalah wahyu (perintah) daripada Allah swt.

Memahami Perbuatan Rasulullah

Persoalan: Apakah semua perbuatan Rasulullah itu wajib diikut? Atau Sunnat diikut? Apabila R saw menaiki kuda atau unta, adakah kita wajib atau sunat menaiki unta atau kuda?

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah SAW boleh dibahagikan kepada :

•Perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahwa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah SAW maupun bagi umatnya. Oleh karena itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

•Perbuatan bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah SAW (dimana tidak seorang pun dibolehkan mengikutinya) atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus untuk baginda.

Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi baginda SAW, seperti baginda melanjutkan shaum (puasa) pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan baginda; maka dalam hal ini kita tidak dibolehkan meneladani baginda dalam perbuatan semacam ini. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi baginda berdasarkan ijma’ Shahabat.

Berbeza halnya dengan perbuatan baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahwa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut bisa berupa perkataan, seperti sabda beliau:

“Shalatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat”

“Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)”

Hadits ini menunjukkan bahwa perbuatan baginda merupakan penjelasan, agar kita mengikutinya. Penjelasan baginda boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

“Maka potonglah tangan keduanya.” (Al-Maidah 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Nabi SAW, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, mandub atau mubah –sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan baginda yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahwa hal itu merupakan penjelas –bukan penolakan dan bukan pula ketetapan– maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk ber-taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk ber-taqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub/sunnat, dimana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan hukuman jika meninggalkannya. Misalnya Shalat Dluha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk ber-taqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah. Maka dengan ini, kita haruslah jelas tentang perbuatan Rasulullah saw supaya kita tidak mewajibkan(sentiasa melakukan) yang sunat dan memilih-milih atau meninggalkan yang wajib. Dan agar kita tidak terkeliru mana perbuatan Rasulullah yang harus dan mana yang sunat.

Pernyataan anda `tiada hak cipta dalam Islam ` menimbulkan persoaalan pada diri saya, adakah ianya telah dipersetujui oleh para ulamak Islam ataupun hanya ijtihad kelompok tertentu sahaja. Kita seharusnya berhati-hati apabila mengaitkan sesuatu dengan Islam bimbang termasuk dalam golongan yang disebut sebagai mengikut syaitan yang menyuruh manusia ` wa an taquulu alallahi ma la ta`alamun `, iaitu menganjurkan kita agar mengatakan sesuatu (berkaitan dengan) Allah apa yang sebenarnya kita sendiri tidak tahu (benar tidaknya ).

Persoalan harta intelek ini ,pada hemat saya ,perlulah diperhalusi betul-betul ,lebih-lebih lagi dizaman serba kompleks ini kerana ianya melibatkan banyak hal. Bahkan dalam apa jua yang berkait dengan Islam perlulah diteliti dari pelbgai sudut terutamanya bila ianya melibatkan hukum-hakam dalam sesebuah pemerintahan .Ia boleh menyebabkan orang melihat Islam sebagai sistem yang tidak cukup dinamik dalam memenuhi keperluan masyarakat manusia. Sedang sebenarnya tidak begitu . Pintu ijtihad sentiasa terbuka dalam hal yang tiada ketentuan mutlak dari alQuran dan sunnah.Barulah kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan secara `bil ma`aruf ` dan setiap yang berakal sehat dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bayangkan jika langsung tidak ada perlindungan hakcipta ini, siapa sahaja boleh menambah,merobah, menjadikan apa sahaja sekehendaknya terhadap kitab contohnya Sohih Bukhari.Sedangkan ulamak Islam cukup memeliharanya dari dimasuki unsur luar yamg menjadikannya tidak lagi asli kepunyaan Al Bukhari….

Lagi contoh, seorang yang berbelas tahun berusaha dengan sabar menyusun sebuah kamus,apabila diterbitkan, tidak berhak mendapat hasil dari penjualan kitabnya; penerbit sahaja dapat. Keadilan Islamkah itu ?(kalau orang tempat saya panggil Islam `totok ` kalau macamni,ia menggambarkan suatu idea yang masih diperingkat awal dan perlu dikembangkan lebih lanjut;belum cukup diperhalusi).Dan berbagai contoh lagi yang boleh kita kaitkan.

Kesimpulannya tidak boleh pakai ikut apa yang orang kata sahaja ,perlu diperiksa dulu dapatkan kepastian ,apa lagi bila berkait dengan Islam. Tolong betulkan saya jika saya salah.
Pernyataan izin untuk dimanafaatkan itu sudah cukup baik,tak perlu ditegaskan pasal hak cipta, rasanya,lainlah kalau sudah disepakati.

Waallahu`alam.Terima kasih , jazaakalllu khoir, kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman
melalui web ini.

Assalamualaikum, terima kasih atas teguran yang diberikan. Maaf kerana tak dapat memberikan maklumbalas buat masa ni kerana saya sedang berdepan dengan peperiksaan. Insya Allah saya akan bawakan pembahasannya kelak setelah selesai ujian kelak.

Saya bukanlah seperti yang disangka. Alhamdulillah, saya telah mengetahui pembahasannya sebelum saya mengeluarkan kenyataan tersebut. Harap jangan ada yang menganggap saya ni menerima sahaja kata-kata orang secara semberono ataupun “pakai ikut apa yang orang kata sahaja”. Tak baik berburuk sangka… =)

Cumanya buat masa ini saya ingin menyentuh mengenai Sahih Bukhari dan pemeliharaan keasliannya. Ini tiada kaitan dengan hak cipta, kerana Imam Bukhari dan keturunannya tidak menerima royalti untuk setiap naskhah Sahih Bukharinya yang dicetak sejak berzaman. Kita perlu bezakan antara konsep hak cipta dengan pemeliharaan keaslian karya. Dalam konsep hak cipta, seseorang itu akan menerima royalti berganda-ganda atas karyanya.

Yang ditentang ialah monopoli terhadap ilmu tersebut sehinggakan orang lain tidak boleh memanfaatkan ilmu tersebut, dan pemilik hak cipta akan diberikan royalti berganda-ganda. Perkara ini jauh berbeza dengan pemeliharaan keaslian karya.

Wallahu’alam… insya Allah perbincangan selanjutnya akan saya bawakan kemudian. Samalah, kalau ada kenyataan saya yang tersilap, mohon ditegur. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya dan meninggalkan komen di sini…

Wassalam…

Salam Mariah,

Sebagai pencerahan elok rasanya saya lampirkan sebuah tulisan berkaitan isu ‘hak cipta’ berdasarkan pandangan Islam.

Sekiranya ada sebarang keraguan dan kemusykilan bolehlah Mariah nyatakan di sini. Insya’Allah perkara ini akan menjadi jelas selepas ini.

Saya harap Mariah dapat memberikan masa untuk membaca tulisan ini. Kalau boleh baca seperti perpatah Wong Jowo, “Alon-alon asal kelakon”. Selamat membaca:-

FAKTA DAN HUKUM SYARA’ TENTANG PERLINDUNGAN HAK CIPTA

Perlindungan hak cipta adalah ide yang berasal dari ideologi kapitalisme. Negara-negara kapitalis–industri telah membuat persidangan Paris pada tahun 1883 dan persidangan Bern pada tahun 1886, tentang perlindungan hak cipta. Selain kesepakatan-kesepakatan tersebut, mereka juga membuat beberapa kesepakatan lain yang jumlahnya tidak kurang dari 20 kesepakatan. Kemudian terbentuklah Lembaga Antarabangsa untuk Hak Cipta yang bernama WIPO (World Intellectual Property Organization), yang bertugas mengawal dan menjaga kesepakatan tersebut. Pada tahun 1995, WTO telah mengesahkan adanya perlindungan hak cipta, dan WIPO menjadi salah satu bagiannya. WTO mensyaratkan bagi negara-negara yang ingin bergabung dengannya, harus terikat dengan perlindungan hak cipta, dan membuat undang-undang terkait guna mengatur perlindungan hak cipta.

Undang-undang Hak Cipta yang dilegalisasi oleh negara-negara tersebut, harus memberikan hak kepada individu untuk melindungi hasil ciptaannya, serta melarang orang lain untuk memanfaatkan ciptaan tersebut kecuali dengan izinnya. Negara harus menjaga hak tersebut dan memberikan hukuman bagi setiap orang yang melanggarnya dengan hukuman penjara puluhan tahun, baik ketika (penciptanya) masih hidup atau telah mati. Undang-undang yang dilegalisasi juga harus mencakup undang-undang perlindungan (bagi) perusahaan-perusahaan pemegang hak paten.

Maksud dari karya cipta adalah, pemikiran atau pengetahuan yang diciptakan oleh seseorang, dan belum ditemukan oleh orang lain sebelumnya. Bagian terpenting dari karya-karya cipta tersebut adalah pengetahuan yang boleh dimanfaatkan dalam perindustrian serta pembuatan barang dan perkhidmatan, dan apa yang saat ini dinamakan dengan ‘teknologi’.

Dengan demikian, orang-orang kapitalis menganggap bahwa pengetahuan-pengetahuan individu sebagai ‘harta’ yang boleh dimiliki, dan bagi orang yang mengajarkan atau mempelajari pengetahuan tersebut tidak diperbolehkan memanfaatkannya, kecuali atas izin pemegang patent dan ahli warisnya, sesuai dengan standard -standard tertentu. Jika seseorang membeli buku, ‘disket’ atau ‘kaset’, yang mengandung pemikiran baru, maka ia berhak memanfaatkan sebatas apa yang dibelinya saja, dalam batas-batas tertentu, seperti membaca atau mendengarkan. Dia dilarang, berdasarkan Undang-undang Perlindungan Hak Cipta, untuk memanfaatkannya dalam perkara-perkara lain, seperti mencetak, dan menyalin untuk diperjualbelikan atau disewakan.

Lalu apa hukum syara’ tentang kepemilikan individu (private property) terhadap barang-barang dan pemikiran-pemikiran ?

Islam telah mengatur kepemilikan individu dengan suatu pandangan bahwa kepemilikan tersebut merupakan salah satu penampakkan dari naluri mempertahankan diri (gharizah baqa’). Atas dasar itu, Islam mensyariatkan bagi kaum Muslim ‘kepemilikan’ untuk memenuhi naluri ini, yang akan menjamin eksistensi dan kehidupan yang lebih baik. Islam membolehkan bagi seorang Muslim untuk memiliki harta sebanyak-banyaknya, seperti: binatang ternak, tempat tinggal, dan hasil bumi. Di sisi lain Islam mengharamkan seorang Muslim untuk memiliki barang-barang, seperti: khamr, daging babi, dan dadah. Islam telah mendorong seorang Muslim untuk berfikir dan menuntut ilmu, begitu juga Islam membolehkan seorang Muslim untuk mengambil upah karena mengajar orang lain. Islam juga telah mensyariatkan bagi seorang muslim sebab-sebab yang dibolehkan untuk memiliki suatu barang, seperti: jual-beli, perdagangan, dan waris; dan mengharamkan seorang Muslim sebab-sebab kepemilikan lain yang bertentangan dengan Islam, seperti: riba, judi, dan jual beli valas (tidak secara tunai dan langsung).

Kepemilikan dalam Islam, secara umum diartikan sebagai izin Syaari’ (Allah) untuk memanfaatkan barang. Sedangkan kepemilikan individu adalah hukum syara’ yang mengatur barang atau perkhidmatan yang disandarkan kepada individu; yang memungkinkannya untuk memanfaatkan barang dan mengambil ganti-rugi (conpensation) darinya. Kepemilikan individu dalam Islam tidak ditetapkan kecuali atas dasar ketetapan hukum syara’ bagi kepemilikan tersebut, dan penetapan syara’ bagi sebab kepemilikan tersebut. Karena itu, hak untuk memiliki sesuatu tidak muncul dari sesuatu itu sendiri, atau manfaatnya; akan tetapi muncul dari izin Syaari’ untuk memilikinya dengan salah satu sebab kepemilikan yang syar’iy, seperti jual-beli dan hadiah.

Islam telah memberikan kekuasaan kepada individu atas apa yang dimilikinya, yang memungkinkan ia dapat memanfaatkannya sesuai dengan hukum syara’. Islam juga telah mewajibkan negara agar memberikan perlindungan atas kepemilikan individu dan menjatuhkan hukuman bagi setiap orang yang melanggar kepemilikan orang lain.

Mengenai kepemilikan atas Pemikiran Baru, mencakup dua jenis dari kepemilikan individu. Pertama, sesuatu yang terindera dan teraba, seperti jenama perniagaan dan buku. Kedua, sesuatu yang terindera tetapi tidak teraba, seperti pandangan ilmiah dan pemikiran jenius yang tersimpan dalam otak seorang pakar.

Apabila kepemilikan tersebut berupa kepemilikan jenis pertama, seperti jenama perniagaan yang mubah, maka seorang individu boleh memilikinya, serta memanfaatkannya dengan cara mengusahakannya atau menjual-belikannya. Negara wajib menjaga hak individu tersebut, sehingga memungkinkan baginya untuk mengelola dan mencegah orang lain untuk melanggar hak-haknya. Sebab, dalam Islam, jenama perniagaan memiliki nilai material, karena keberadaanya sebagai salah satu bentuk perniagaan yang diperbolehkan secara syar’iy. Jenama perniagaan adalah Label Product yang dibuat oleh pedagang atau industriawan bagi produk-produknya untuk membedakan dengan produk yang lain, yang dapat membantu para pembeli dan penguna untuk mengenal produknya. Definisi ini tidak mencakup jenama-jenama perniagaan yang sudah tidak digunakan lagi, sebagaimana oleh sebagian undang-undang didefinisikan sebagai: “Jenama apapun yang digunakan atau jenama yang niatnya hendak digunakan.” Sebab, nilai jenama perniagaan dihasilkan dari keberadaanya sebagai bagian dari aktivitas perdagangan secara langsung. Seseorang boleh menjual jenama perniagaannya. Jika ia telah menjual kepada orang lain, manfaat dan pengelolaannya berpindah kepada pemilik baru.

Adapun mengenai kepemilikan fikriyyah (idea), yaitu jenis kepemilikan kedua, seperti pandangan ilmiah atau pemikiran briliant, yang belum ditulis pemiliknya dalam kertas, atau belum dirakamnya dalam disket, atau pita kaset, maka semua itu adalah milik individu bagi pemiliknya. Ia boleh menjual atau mengajarkannya kepada orang lain, jika hasil pemikirannya tersebut memiliki nilai menurut pandangan Islam. Bila hal ini dilakukan, maka orang yang mendapatkannya dengan sebab-sebab syar’iy boleh mengelolanya tanpa terikat dengan pemilik pertama, sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hukum ini juga berlaku bagi semua orang yang membeli buku, disket, atau pita kaset yang mengandung bahan pemikiran, baik pemikiran ilmiah ataupun sastera. Demikian pula, ia berhak untuk membaca dan memanfaatkan informasi-informasi yang ada di dalamnya. Ia juga berhak mengelolanya, baik dengan cara menyalin, menjual atau menghadiahkannya, akan tetapi ia tidak boleh mengatasnamakan (menasabkan) penemuan tersebut pada selain pemiliknya. Sebab, pengatasnamaan (penisbahan) kepada selain pemiliknya adalah kedustaan dan penipuan, di mana keduanya diharamkan secara syar’iy. Oleh karena itu, hak perlindungan atas kepemilikan fikriyyah merupakan hak yang bersifat maknawi, yang hak pengatasnamaannya dimiliki oleh pemiliknya. Orang lain boleh memanfaatkannya tanpa keizinan dari pemiliknya. Jadi, hak maknawi ini hakekatnya digunakan untuk meraih nilai akhlaq. Akan tetapi, orang-orang kapitalis telah memfokuskan seluruh aktivitas dan undang-undang mereka untuk meraih nilai materi saja. Nilai materi itu pula yang digunakan sebagai totok ukur (standard) ideologi mereka dalam kehidupan. Bahkan mereka telah mengabaikan nilai-nilai ruhiyyah, insaniyyah (kemanusiaan), dan akhlaq yang difitrahkan dalam diri manusia untuk meraih nilai-nilai materi. Mereka telah menenggelamkan orang alim dengan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan.

Adapun, syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum-hukum positif, yang membolehkan pengarang buku, atau pencipta program, atau para penemu untuk menetapkan syarat-syarat tertentu atas nama perlindungan hak cipta, seperti halnya hak cetak dan perlindungan penemuan (patent), merupakan syarat-syarat yang tidak syar’iy, dan tidak wajib terikat dengan syarat-syarat tersebut. Sebab, berdasarkan akad jual-beli dalam Islam, seperti halnya hak kepemilikan yang diberikan kepada pembeli, pembeli juga diberi hak untuk mengelola apa yang ia miliki (yang telah ia beli). Setiap syarat yang bertentangan dengan akad (syar’iy) hukumnya haram, walaupun pembelinya rela meski dengan seratus syarat. Dari ‘Aisyah ra:

“Barirah mendatangi seorang perempuan, yaitu seorang mukatab yang akan dibebaskan oleh tuannya jika membayar 9 awaq (1 awaq=12 dirham=28 gr). Kemudian Barirah berkata kepadanya, “Jika tuanmu bersedia, aku akan membayarnya untuk mereka jumlahnya, maka kesetian [mu] akan menjadi milikku.” Mukatab tersebut lalu mendatangi tuannya, dan menceritakan hal itu kepada mereka. Kemudian mereka menolak dan mensyaratkan agar kesetian [hamba tersebut] tetap menjadi milik mereka. Hal itu kemudian diceritakan ‘Aisyah kepada Nabi saw. Rasulullah saw bersabda: “Lakukanlah.” Kemudian Barirah melaksanakan perintah tersebut dan Rasulullah saw berdiri, lalu berkhutbah di hadapan manusia. Beliau segera memuji Allah dan menyanjung namaNya. Kemudian bersabda: “Tidak akan dipedulikan, seseorang yang mensyaratkan suatu syarat yang tidak sesuai dengan apa yang tercantum dalam Kitabullah.” Kemudian beliau bersabda lagi: “Setiap syarat yang tidak ada dalam Kitabullah, maka syarat tersebut adalah bathil. Kitabullah lebih berhak, dan syaratnya (yang tercantum dalam Kitabullah) bersifat mengikat. Kesetian dimiliki oleh orang yang membebaskan.”

Mantuq (teks) hadis ini menunjukkan bahwa syarat yang bertentangan dengan apa yang tecantum dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul, tidak boleh diikuti. Dan selama syarat perlindungan hak cipta menjadikan barang yang dijual (disyaratkan) sebatas pada suatu pemanfaatan tertentu saja, tidak untuk pemanfaatan yang lain, maka syarat tersebut adalah batal dan bertentangan dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Sebab, keberadaannya bertentangan dengan ketetapan aqad jual-beli syar’iy yang memungkinkan pembeli untuk mengelola dan memanfaatkan barang dengan cara apapun yang sesuai syar’iy, seperti jual-beli, perdagangan, hibah, dan lain-lain. Syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal adalah syarat yang batil, berdasarkan sabda Rasulullah saw:

“Kaum Muslim terikat atas syarat-syarat mereka, kecuali syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan yang haram.”

Oleh karena itu, secara syar’iy tidak boleh ada syarat-syarat hak cetak, menyalin, atau perlindungan atas suatu penemuan. Setiap individu berhak atas hal itu (memanfaatkan produk-produk intelektual). Pemikir, ilmuwan, atau penemu suatu program, mereka berhak memiliki pengetahuannya selama pengetahuan tersebut adalah miliknya dan tidak diajarkan kepada orang lain. Adapun setelah mereka memberikan ilmunya kepada orang lain dengan cara mengajarkan, menjualnya, atau dengan cara lain, maka ilmunya tidak lagi menjadi miliknya lagi. Dalam hal ini, kepemilikinnya telah hilang dengan dijualnya ilmu tersebut, sehingga mereka tidak berwenang melarang orang lain untuk memanfaatkannya; yaitu setelah ilmu tersebut berpindah kepada orang lain dengan sebab-sebab syar’iy, seperti dengan jual-beli atau yang lainnya.

Adapun peringatan yang tercantum pada beberapa ‘disket komputer’, yakni tidak diperbolehkan menyalin program; di mana pemiliknya telah melarang orang lain untuk menyalinnya kecuali atas izinnya; berdasarkan sabda Rasulullah saw. :

Kaum Muslim terikat atas syarat-syarat mereka

dan sabda Beliau :

tidak halal harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya

juga sabdanya :

barang siapa mendapatkan paling awal sesuatu yang mubah, maka ia adalah orang yang paling berhak.

Maka kesalahan ‘peringatan’ tersebut terletak pada pengumuman yang menggunakan lafazd ‘syarat-syarat mereka’, tanpa ada pengecualian sebagaimana yang telah dikecualikan oleh Rasul dengan sabdanya, “…kecuali syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal…”. Dua hadits terakhir tidak sesuai dengan manath kasus tersebut, sebab hadits, ‘…tidak halal harta seseorang …”, manath-nya adalah harta milik orang lain, sedangkan ‘disket komputer’ telah menjadi milik pembeli. Adapun hadits, “barang siapa mendapatkan paling awal sesuatu yang mubah, maka ia orang yang paling berhak,” manath-nya adalah harta milik umum, sebagaimana hadits, “(Kota) Mina menjadi hak bagi siapa saja yang datang lebih dahulu (untuk menempatinya)”. Sedangkan ‘disket komputer’ tergolong kepemilikan individu.

Sesungguhnya, Undang-undang Perlindungan Hak Cipta merupakan salah satu cara penjajahan ekonomi dan peradaban yang telah dipaksakan oleh negara-negara kapitalis besar kepada negara-negara di seluruh dunia dan penduduknya melalui WTO. Setelah negara-negara tersebut berhasil menguasai teknologi –yakni pengetahuan yang berhubungan dengan industri, pembuatan barang dan perkhidmatan– mereka membuat undang-undang agar boleh ‘menimbun’ pengetahuan-pengetahuan tersebut, dan mencegah negara-negara lain mengambil manfaat hakiki dari penemuan tersebut; agar negara-negara lain tetap menjadi pasar konsumtif bagi produk-produk mereka dan tunduk dibawah pengaturannya; juga agar mereka boleh mencuri kekayaan dan sumber alam negara-negara kecil atas nama pelaburan dan globalisasi.

Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang agung dengan kekuatan kepemimpinanya. Orang-orang kafir telah menyadari kekuatan dan bahaya umat Islam bagi mereka apabila umat Islam kembali kepada ideologi Islam. Oleh karena itu, mereka memaksakan kepada umat Islam hukum-hukum positif mereka, seperti Undang-undang Perlindungan Hak Cipta dan yang sejenisnya. Tujuannya, untuk mencegah (umat Islam mendapatkan) sebab-sebab kekuatan, dan menjauhkan umat Islam dari ideologi Islam. Maka dari itu, kaum Muslim harus menyadari bahaya hukum-hukum positif tersebut bagi agama mereka dan kehidupan mereka. Kaum Muslim-lah yang dijadikan sasaran mereka. Mereka telah ‘menimbun’ pengetahuan-pengetahuan ilmiah untuk mencegah kaum Muslim mendapatkan manfaat-manfaatnya. Semua itu dilakukan agar kaum Muslim tetap terbelakang dan tidak dapat bangkit dengan landasan Islam. Berdasarkan hal ini, kaum Muslim harus menolak dan tidak boleh terikat dengan hukum-hukum tersebut. Sebab, hukum-hukum tersebut bukan berasal dari Islam, dan dibuat untuk menimpakan kehancuran bagi umat Islam.

Kaum Muslim wajib mengetahui setiap kunci dan nafas dalam rangka menegakkan kembali Negara Khilafah yang akan mengembalikan kemuliaan, kesatuan, dan kekuatan mereka. Dan agar mereka mampu membersihkan dunia dari kehinaan dan imperialisme kapitalis untuk menuju keadilan Islam. Allah Swt berfirman:

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama (ideologi dan pemikiran), walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (QS. at-Taubah [9]:33)

Wasalam.

Assalamualaikum, terima kasih FM atas perkongsian yang diberikan. Cumanya saya nak tahu juga, apa yang dimaksudkan dengan “alon-alon asal kelakon” tu ye? hehe

Hm, dah lama juga saya tak update page ini… Modul Circle Discussion ini masih belum siap diletakkan di sini. Insya Allah saya akan usahakan kemudian…

Salam,

Pasal apa yang dimaksudkan dengan perpatah Jawa, “Alon-alon asal kelakon” tu, kalau dalam BI “slow, but sure” dan dalam BM “biar lambat asal selamat”.
:)

Wasalam.

Cuma nak peringatkan, perbincangan “alon-alon asal kelakon” ini adalah luar dari persoalan sama ada saya ini orang jawa atau pun tidak… hehehe!

Salam, oh itu ke maksudnya… Hehe, bertambahlah vocab ana… Ana pun bukan wong jowo. Tapi tak taula nak kata orang mana, sebab bercampur-campur… “glokal”… =)

Diharapkan Sdr. Mariah berpuas hati dengan penjelasan dalam artikel yang telah diberikan…

salam ziarah ghazi..
baru jumpa blog enta ni..ana marul…kefhal?

Salam ziarah… Alhamdulillah ana bi khair… sudi-sudilah bertukar-tukar link ye… :D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2016
F S S M T W T
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: