apo nak dikato

Posts Tagged ‘daulah

Assalamualaikum,

1. Hari ini telah genap 87 tahun semenjak khalifah terakhir dipecat dan sistem khilafah Islam dimansuhkan secara rasminya oleh Kemal Atarturk lalu digantikan dengan sistem sekular yang bersifat kebangsaan.

2. Bermula dengan runtuhnya khilafah, satu demi satu ikatan Islam terungkai sebagaimana yang telah dinukilkan dalam hadis berikut:

 

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Daripada Abi Umamah al-Bahiliy daripada Rasulullah s.a.w. yang bersabda:

“Pasti akan dileraikan ikatan/simpulan islam, satu persatu. Maka setiap kali terlerainya satu simpulan, manusia bergantung ke simpulan yang berikutnya, dan simpulan pertama yang dirungkaikan ialah al-Hukmu dan yang akhir sekali ialah Solat.”

3. 3 Mac bukanlah sekadar tarikh meratapi keruntuhan khilafah semata-mata, sebaliknya ia merupakan pemangkin agar kita terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula khilafah yang menerapkan syariat Islam serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah dan jihad. [Sila rujuk penulisan saya sebelum ini, 3 Mac 1924 – Iktibar dan Pemangkin Kebangkitan]

4. Usaha menegakkan kembali khilafah bukanlah usaha duniawi semata-mata tanpa mempunyai ‘ruh’ Islam. Hakikatnya yang menjadi pendorong kepada kita semua untuk berusaha adalah kerana kesedaran kita terhadap hubungan kita dengan Pencipta serta keterikatan kita kepada hukum syarak. Tanpa menyedari hakikat ini, kita akan hanya berusaha demi mengembalikan kegemilangan duniawi serta berusaha meraih manfaat semata-mata. Sedangkan hakikatnya matlamat kita jauh lebih mulia daripada itu, iaitu untuk mengembalikan kehidupan Islam serta meraih keredhaan Allah SWT.

5. Ada pihak yang menentang usaha mengembalikan semula khilafah, dengan bermacam-macam hujah dan bermacam-macam dalil. Ada juga yang memperlekeh serta meremehkan usaha yang dilakukan, serta mendakwa bahawa usaha sebegini bersifat utopia, dan tidak berpijak di alam nyata.

6. Nasihat saya, usah dilayan provokasi-provokasi sedemikian. Teruskan kerja kita dengan penuh dedikasi.

7. Ada pula yang berpegang bahawa khilafah itu merupakan anugerah Allah, dan kita tak perlu berusaha ke arahnya. Mereka mendakwa kita menjadikan khilafah sebagai matlamat hidup. Sedangkan matlamat kita adalah untuk mengembalikan kehidupan Islam. Khilafah bukan tujuan hidup. Sila rujuk penulisan saya sebelum ini, Khilafah Bukan Tujuan Dakwah.

8. Semoga 3 Mac 2011 merupakan tahun terakhir kita mengenang kejatuhan daulah khilafah Islam. Semoga khilafah kedua atas minhaj kenabian akan segera kembali menaungi dan menyatukan umat Islam seluruh dunia di bawah satu kepimpinan yang ikhlas dan bertaqwa. Ameen.

9. Janji Allah dan Rasul-Nya itu merupakan satu kepastian.

عَنِ النُّعْمَانِ بنِ بَشِيرٍ قَالَ: كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ – وَكَانَ بَشِيرٌ رَجُلاً يَكُفُّ حَدِيثَهُ- فَجَاءَ أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ فَقَالَ: يَا بَشِيرُ

بْنَ سَعْدٍ! أَتَحْفَظُ حَدِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الأُمَرَاءِ؟ فَقَالَ حُذَيْفَةُ: أَنَا أَحْفَظُ خُطْبَتَهُ، فَجَلَسَ أَبُو ثَعْلَبَةَ فَقَالَ

حُذَيْفَةُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا،

ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا

فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّاً، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ

يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ، ثُمَّ سَكَتَ

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

Assalamualaikum, berikut merupakan sambungan kepada post Q&A Khilafah yang terdahulu.

Bagaimanakah layanan yang akan diterima oleh non-Muslim yang menetap dalam khilafah?

Seorang ulama’ terdahulu, Imam Qarafi menyatakan, “Menjadi kewajipan bagi kaum Muslimin terhadap ahlu zimmah (warga daulah non-Muslim) untuk membela mereka yang lemah, memenuhi keperluan mereka yang miskin, memberi makanan, menyediakan pakaian, bersopan-santun terhadap mereka, dan bersabar dengan karenah mereka (termasuklah jiran-jiran kamu), walaupun hakikatnya kaum Muslimin diberikan keutamaan. Kaum Muslimin juga sewajarnya menasihati mereka dalam urusan mereka dengan penuh ketulusan, dan melindungi mereka daripada sesiapa yang cuba menyakiti mereka atau keluarga mereka, sesiapa yang cuba merampas kekayaan mereka, ataupun sesiapa yang mencabuli hak-hak mereka”.

ahlu-zimmah in the shade of Khilafah

Dalam lipatan sejarah, ahlu zimmah telah sekian lama hidup di bawah naungan panji Islam. Sepanjang tempoh itu juga, mereka telah menikmati hak-hak yang setaraf dengan kaum Muslimin. Sungguh, mereka menikmati keamanan, kebahagiaan, kemakmuran, dan juga keselamatan sebagaimana yang diperoleh kaum Muslimin ketika itu. Hal ini juga diperakui oleh seorang sejarawan Barat, Will Durant yang menukilkan, “Ahlu zimmah yang beragama Nasrani dan Yahudi pada masa pemerintahan Khilafah Umayyah menikmati sikap toleransi yang tidak pernah mereka temukan di negeri-negeri Nasrani pada masa sekarang. Mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan mereka, dan boleh memelihara gereja dan rumah ibadah mereka” [The Story of Civilization, Will Durant] Baca baki entri ini »

Assalamualaikum, semoga hari ini lebih baik daripada semalam bagi seluruh umat Islam. Dan kerugian besarlah bagi mereka yang mana hari ini tidak berubah bahkan lebih buruk daripada semalam. Alhamdulillah, segala pujian atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya ke atas seluruh makhluk. Selawat dan salam ke atas Muhammad saw, Rasulullah dan hamba-Nya, serta keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabiin.

Beberapa tahun dahulu (lebih tepat dua tahun yang lalu), ketika saya menghadiri sebuah program anjuran sebuah NGO saya telah bertemu dengan seorang kenalan saya. Beliau merupakan seorang yang peramah, sekali beliau berjenaka, memang tak kering gusi dibuatnya. Boleh dikatakan beliau merupakan jenis orang yang mudah didekati walaupun baru berkenalan. Saya agak rapat dengannya, lebih-lebih lagi kerana kami sama-sama merupakan orang Negeri Sembilan. Oghang Noghoghi ni, sesamo dio bilo berjumpo memang sonang nak masuk (haa, kan dah keluar loghat Noghoghi saya… hehe).  Baca baki entri ini »

Struktur tersebut merupakan ijtihad yang diambil berdasarkan sistem pemerintahan Rasulullah saw.

1. Imam (khalifah – sesudah Rasulullah): Rasulullah saw.

2. Muawwin Tafwidh: Abu Bakr dan Umar radhiallahu ‘anhuma

3. Muawwin Tanfiz: Huzaifah al-Yaman dan Zaid bin Harithah radhiallahu ‘anhuma.

4. Majlis Ummat (Syura): Abu Bakr, Umar, Usman, Ali, Hamzah bin Abd Mutallib, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghifari, Saad bin Muadz, Saad bin Ubadah, Usayd bin Hudhair, Al-Miqdad al-Aswad, Huzaifah al-Yaman, Muadz bin Jabal radhiallahu ‘anhum.

5. Amirul Jihad: Rasulullah saw. Di bawah Amirul Jihad terbahagi kepada dua iaitu Jaisy (angkatan tentera) dan Syurtah (Polis). Polis diketuai oleh: Qays bin Qaid radhiallahu ‘anhu.

6. Qadhi Qudat: Rasulullah saw. Di bawah Qadhi, terbahagi kepada 3; Qadhi Khusumat: Ali radhiallahu ‘anhu, Qadhi Hisbah: Rasulullah saw (kes di pasar), dan Qadhi Mazhallim: Rasulullah saw.

7. Wulat: Para sahabat radhiallahu ‘anhum yang dihantar mewakili Rasulullah saw menjalankan pemerintahan di sesebuah kawasan. Antaranya; Uttab bin Usyad (wali Makkah), Abu Sufyan bin Harb (wali Najran), Tsumamah bin ‘Atsal (wali Yamamah) radhiallahu ‘anhum etc.

8. Amil: Terdapat lebih kurang 30 orang ketika zaman Nubuwwah. Penulis asal memberikan rujukan “al-Taratib al-Idariyyah” karya al-Kattani, hanya 1, halaman 241-245.

9. Mashalih Dawlah (Biro Pentadbiran Umum): Misalnya bidang kesihatan (maaf saya tak ingat), perumahan (Abi Ramtsah radhiallahu ‘anhu) , dan pendidikan (Rasulullah saw).

Wallahu’alam…

Untuk melihat gambarajah struktur khilafah, kalian boleh melayari laman web rasmi HTM, mykhilafah.com berikut: Struktur Daulah

Untuk mengetahui secara mendalam struktur daulah khilafah dan pembahasannya, saya mengesyorkan supaya kalian merujuk buku “Ajhizah Daulah al-Khilafah – fi al-Hukm wa al-Idarah” ataupun versi Indonesia “Struktur Daulah Khilafah – Pemerintahan dan Administrasi”.

n.b. Struktur Khilafah termasuk dalam pembahasan fiqhiyyah dan terbuka kepada ijtihad para mujtahid. Oleh yang demikian, tidak mustahil terdapat perbezaan kecuali bagi perkara yang telah diriwayatkan secara mutawatir dalam hadis Rasulullah saw. Misalnya keharaman membaiah lebih daripada satu khalifah. Pada 2005, Hizbut Tahrir telah mengeluarkan Struktur Daulah Khilafah edisi mu’tamadah yang memperkemas lagi ijtihad Syeikh Taqiuddin an-Nabhani dan pimpinan HT sekalian.


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: