apo nak dikato

Posts Tagged ‘jihad

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog ini… Agak kesibukan dengan sedikit urusan semenjak kebelakangan ini. Insya Allah saya akan cuba luangkan lebih masa untuk terus menulis dan berkongsi melalui uslub blogging ini.

Post kali ini dibuat sebagai respon kepada salah seorang pemberi komen di laman ini, iaitu sdr Wan Solehah al-Halbani, berkaitan isu demokrasi dan juga dakwaan beliau terhadap Hizbut Tahrir. Perlu ditegaskan bahawa respon saya ini adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili pihak Hizbut Tahrir.Respon saya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan akan dikongsikan secara berperingkat. Mudah-mudahan respon saya ini dibaca oleh sdr Wan Solehah dan menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh beliau kepada Hizbut Tahrir. Diharapkan agar kita dapat berbicara secara rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi dalam perbincangan. Tiada siapa yang menyombong, jauh sekali hendak merendah-rendahkan seorang insan yang berusia 64 tahun. Harap maklum.

Dalam komen beliau (sila rujuk SINI), sdr Wan Solehah telah membuat dakwaan seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir adalah pertubahan dan pergerakan Islam yang KAFIR kerana ia mengamalkan agama demokrasi yang KAFIR. Para pengamal agama demokrasi adalah orang-orang KAFIR kerana perbuatan mereka yang mengamalkan agama demokrasi itu bererti :

1. Mereka membuat, menguat kuasa dan mentaati undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;
2. Mereka melantik manusia (para pemerintah) sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;
3. Mereka mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia yang menolak pengabdian manusia kepada Allah;
4. Mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah;
5. Mereka mempercayai bahawa tidak wujud Jihad,Perang dan Revolusi dalam Islam untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang kafir ini.

Orang Islam tidak boleh bunuh orang Islam yang lain. Tetapi orang Islam boleh membunuh orang Islam yang sudah terbatal syahadah mereka serta orang Islam itu mempertahankan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang kafir.

Dakwaan begini adalah tidak berasas sama sekali. Bahkan jauh bertentangan dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan isu demokrasi. Hizbut Tahrir menolak demokrasi, tetapi sdr Wan Solehah mendakwa Hizbut Tahrir mengamalkan demokrasi pula. Dari mana sdr Wan Solehah mendapat maklumat tentang Hizbut Tahrir ini?

Hizbut Tahrir melalui amir keduanya, Syeikh Abdul Qadim Zallum, telah mengeluarkan sebuah buku yang membahaskan mengenai keharaman menerapkan, mengamalkan dan menyebarkan demokrasi. Sila rujuk buku yang berjudul “Ad Dimuqrathiyah Nizham Kufr: Yahrumu Akhdzuha ow Tathbiquha aw Ad Da’watu Ilaiha” atau dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk “Demokrasi Sistem Kufur: Haram Mengambilnya, Menerapkannya atau Menyebarkannya” (boleh download di SINI). Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menolak sistem demokrasi, dan melihat demokrasi sebagai sebuah sistem kufur.

Sungguhpun demikian, Hizbut Tahrir tidak pula mengkafirkan kelompok Muslim yang mengamalkan demokrasi. Inilah yang membezakan Hizbut Tahrir dengan sdr Wan Solehah. Sdr Wan Solehah menghukum mereka yang mengamalkan demokrasi sebagai kafir. Pendapat yang ghuluw ini merupakan amalan kelompok takfir, iaitu golongan yang gemar mengkafirkan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Lebih menyedihkan apabila insan seperti sdr Wan Solehah menghalalkan darah kaum Muslimin yang mendukung demokrasi kerana beranggapan bahawa syahadah mereka sudah terbatal. Inilah contoh klasik pihak yang ghuluw dan cenderung mengkafirkan pihak lain. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua… Ameen…

Kelima-lima point yang disenaraikan oleh sdr Wan Solehah juga langsung tidak kena dengan apa yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir selama ini.

Seterusnya, sdr Wan Solehah meneruskan lagi dakwaan beliau seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir mendakwakan bahawa tidak ada JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam Islam terhadap sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini di atas beberapa sebab :

1. Jihad, Perang dan Revolusi bukan tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam;
2. Tidak wujud Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF, kesemua perang dalam Islam adalah Jihad dan Perang yang DEFENSIF sahaja;
3. Taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu kita tidak memerangi sesebuah kerajaan Jahiliyah pada zaman Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi Malaysia kita ini memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah pada zaman Jahiliyah Mekah, Baginda hanya berperang setelah wujudnya sebuah kerajaan Islam di Medinah.

Sekali lagi ingin saya bertanya, dari manakah sumber maklumat yang sdr Wan Solehah peroleh berkenaan Hizbut Tahrir?

Sejak bila pula Hizbut Tahrir mengatakan bahawa tidak wujud jihad dalam bentuk ofensif? Sila rujuk Soutun Nahdhah keluaran ke 74 – “JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?”. Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menerima keberadaan kedua-dua jenis jihad iaitu ibtida’iyyah (ofensif) dan juga jihad difaiyyah (defensif). Terbukti bahawa dakwaan sdr Wan Solehah terhadap Hizbut Tahrir adalah tidak berasas sama sekali.

Saya dapati sdr Wan Solehah sendiri keliru dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan soal jihad ini. Hizbut Tahrir tidak pernah menolak jihad. Sebaliknya Hizbut Tahrir menolak penggunaan kekerasan / mengangkat senjata sebagai method untuk menegakkan khilafah. Ini jelas dibuktikan berdasarkan sirah nubuwwah… Adakah sdr Wan Solehah sudah terlupa akan kisah “Kita belum diperintahkan lagi”?

al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah menyeru kepada Rasulullah: “Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran sekiranya tuan hamba mahu, esok hari akan kami serang pihak Quraisy dengan pedang kami ini”. Jawab Rasulullah: “Kita belum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke tempat kamu”. Dengan itu mereka semua pun pulang ke tempat masing-masing dan terus tidur hingga ke subuh hari.

Berdasarkan sirah ini, Hizbut Tahrir mengambil pengajaran daripadanya dan menjadikannya sebagai thariqah dalam menuju kebangkitan. Sepanjang 13 tahun Rasulullah saw berdakwah di Mekah, baginda telah membatasi kegiatannya dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat bukan fizikal (pemikiran). Baginda saw tak pernah melakukan aktiviti apapun yang bersifat fizikal, sebagaimana dikatakan kdp para Sahabatnya setelah Bai’at Aqabah II:  “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)”.

Baginda menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jemaah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Baginda tidak mengatakan kepada mereka : “Kita belum mampu”, tetapi baginda mengatakan “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu”. Rasulullah saw mengizinkan mereka melakukan perang, setelah baginda bersama kaum Muhajirin hijrah ke Madinah & setelah berdirinya daulah Islam di sana. Masa itulah diturunkan firman Allah swt :-

“Telah diberi izin (untuk berperang) bagi orang-orang yang telah diperangi, kerana mereka telah dizalimi” (Al-Hajj : 39)

“Mafhum Mukhalafah” dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang) dan dirikanlah solat” (An Nisa’:77)

Ayat ini diturunkan pada masa Daulah Islam belum wujud, sementara telah ada satu gerakan dipimpin Rasulullah saw yang anggotanya adalah individu-individu Muslim yang berusaha keras untuk mendirikan daulah Islam  dengan menghabiskan waktu 13 tahun lamanya. Setelah itu, timbul keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal. Akan tetapi sebelumnya kaum Muslimin sebagai sebuah kesatuan gerakan telah dilarang melakukan aktiviti fizikal tersebut. Malah, mereka diperintahkan untuk bersabar dan menahan emosi sebagaimana yang berlaku kepada Sumayyah & Bilal r.a. Bahkan, sebahagian besar dari mereka diizinkan berhijrah ke Habsyah demi menghindarkan diri dari fitnah (paksaan untuk meninggalkan Islam).

Tidak diturunkannya izin yang membolehkan tindakan kekerasan pada masa itu, menunjukkan adanya larangan keras melakukan tindakan kekerasan tersebut dalam usaha mendirikan daulah Islam pada setiap masa. Sedangkan diturunkannya izin melakukan tindakan kekerasan muncul setelah tegaknya daulah Islam, menunjukkan bahawa aktiviti fizikal merupakan salah satu perkara yang tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan melainkan perkara tersebut termasuk aktiviti dan tanggungjawab daulah Islam.

…bersambung

Advertisements

Dokumen dedah AS laku jenayah perang


LONDON – Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah WikiLeaks menyiarkan kira-kira 91,000 maklumat sulit tentera AS di Internet sejak enam tahun lalu mengenai perang Afghanistan.

Antara maklumat yang bocor termasuk sejumlah insiden pembunuhan orang awam Afghanistan yang tidak dilaporkan selain operasi rahsia terhadap ketua-ketua Taliban. Pembocoran dokumen sulit tentera itu dikecam AS, Britain dan Pakistan.


Assange memberitahu kumpulan wartawan di London bahawa sama ada jenayah perang telah berlaku bergantung kepada mahkamah antarabangsa.

Menurutnya, apa yang pasti, terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen-dokumen itu. Beliau membandingkan impak pendedahan dokumen perang itu dengan pendedahan arkib polis rahsia Jerman Timur.

“Pendedahan ini menyamai pendedahan arkib Stasi (polis rahsia Jerman Timur),” katanya.

Dokumen-dokumen sulit tentera AS itu meliputi apa yang telah diketahui umum mengenai peperangan selama sembilan tahun di Afghanistan antaranya melibatkan operasi khas AS untuk menghapuskan kumpulan militan tanpa perbicaraan, orang awam Afghanistan dibunuh tanpa sengaja dan pegawai-pegawai AS marah berhubung kerjasama perisikan antara Pakistan dengan kumpulan militan yang mahu menghapuskan rakyat AS. WikiLeaks menyiarkan dokumen-dokumen sulit itu di Internet kelmarin tanpa menyebut bagaimana ia diperoleh. Terdahulu, akhbar AS, New York Times, akhbar Guardian di Britain dan akhbar Jerman, Der Spiegel memperoleh akses awal terhadap dokumen-dokumen sulit tersebut. – AP

Sumber : Kosmo Online 27/7/2010

HANYA KHILAFAH YANG AKAN MENGHUKUM SEGALA JENAYAH PERANG YANG DIPERLAKUKAN TERHADAP UMMAH!

Pembongkaran yang dilakukan oleh pihak WikiLeaks hanyalah merupakan sebahagian daripada bukti kekejaman dan jenayah perang yang diperlakukan terhadap umat Islam oleh tentera AS dan sekutunya. Di manakah kemakmuran dan keamanan yang dijanjikan setelah tumbangnya Taliban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq? Yang ada hanyalah kematian, penderitaan dan kemusnahan. Wahai kaum Muslimin, inilah buah tangan demokrasi tajaan Amerika yang kononnya menjanjikan kemakmuran dan keamanan!

Setelah 9 tahun tentera penjajah kuffar berada di Afghanistan, nasib kaum Muslimin di sana menjadi semakin buruk. Kekayaan dan hasil bumi di Afghanistan dijarah. Kedudukannya yang strategik sebagai laluan paip bekalan minyak ke Eropah juga menyebabkan Amerika dan sekutunya begitu ghairah untuk terus menjajah wilayah ”Mujahideen” tersebut dengan meletakkan pemimpin bonekanya.

Kini, dalam meneruskan penguasaannya di wilayah tersebut, Amerika cuba mengheret sebuah lagi negara kaum Muslimin iaitu Pakistan untuk turut serta dalam konflik tersebut. Bahkan dalam diam, pentadbiran Obama telahpun melancarkan serangan terhadap wilayah Pakistan dalam kempen perang di Afghanistan (America’s Undeclared War on Pakistan). Drone kapal terbang tanpa pemandu Amerika telah berulang-kali menceroboh ruang udara Pakistan dan melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan penduduk umat Islam di Lembah Swat. Acapkali serangan tersebut menelan korban di kalangan orang awam. Namun masyarakat antarabangsa secara umumnya berdiam diri terhadap perbuatan keji ini. Siapakah yang akan menuntut bela atas kematian ini?

Wahai kaum Muslimin,

Kesungguhan para mujahidin di sana berjuang menentang penjajah merupakan suatu perjuangan yang mulia. Semoga Allah mengurniakan kesyahidan dan menempatkan mereka di sisi muttaqin di akhirat kelak. Namun, tanpa kekuatan sebuah negara – iaitu Daulah Khilafah yang menyatukan umat Islam – perjuangan tersebut akan berdepan dengan kesukaran. Tanpa sebuah kuasa yang berupaya menyaingi kekuatan ketenteraan Amerika dan sekutunya, umat Islam akan terus ditindas dan diperkotak-katikkan.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya umat Islam mempunyai potensi yang besar. Dengan sumber manusia, hasil bumi serta kekuatan ketenteraan yang ada, sudah tentu penyatuan seluruh dunia Islam di bawah Sistem Khilafah kelak akan menggerunkan negara-negara yang cuba membuat onar.

Khilafah akan memayungi seluruh umat Islam, menerapkan syariat Islam serta melakukan pembelaan dan pembebasan daripada segala bentuk penjajahan. Khilafah juga akan menjadi penggerak dalam menyebarluaskan risalah Islam melalui diplomasi dan peperangan (iaitu dakwah dan jihad).

Semoga dengan kembalinya khilafah, akan terbentuklah ketumbukan tentera yang ikhlas dan bertaqwa lalu mereka akan berjuang sehingga dapat membebaskan umat Islam daripada penjajahan dan penderitaan selama ini.

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].


Assalamualaikum, berikut dikongsikan serba-sedikit mengenai jihad fisabilillah dan juga pembahasannya secara ringkas.  Sebahagian daripada kandungan artikel bersiri ini ditulis dengan merujuk kepada Q&A yang dipaparkan di laman ‘Konsultasi Islam’ berkenaan soal jihad (laman tersebut ada disenaraikan dalam link ‘For Islam’ yang terpapar di sebelah kiri blog ini). Di samping itu, penulisan ini turut memetik fakta dan huraian daripada Soutun Nahdhah, nasyrah rasmi keluaran Hizbut Tahrir Malaysia dan juga beberapa sumber lain. Untuk pembacaan lanjut, disyorkan juga supaya  para pembaca merujuk kepada kitab-kitab fiqh muktabar yang mengupas isu ini.  Artikel ini hanyalah pembahasan ringkas dan terfokus serta tidak bertujuan untuk menggantikan sepenuhnya kitab-kitab tersebut. Sebaliknya siri ini merupakan himpunan terhadap rumusan yang dibuat berdasarkan dalil-dalil dan juga rujukan daripada kitab-kitab muktabar tersebut. Semoga Allah membuka pintu hati kita serta meningkatkan lagi kefahaman kita; dan dalam masa yang sama menjernihkan kekeliruan yang sedang berleluasa dalam umat pada hari ini berkenaan konsep jihad. Insya Allah.

Artikel bersiri ini lebih terfokus kepada hukum jihad, pembahagian jihad, dan juga sikap yang perlu ada dalam kalangan umat Islam tatkala sebahagian daripada kaum Muslimin sedang menderita dijajah dan dijarah oleh musuh. Sebarang komen dan maklum balas teramatlah dialu-alukan, semoga sumbangan yang diberikan itu menjadi sebahagian daripada amal kita yang diterima di sisi Allah swt. Ameen.

Apa itu Jihad?

Berdasarkan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, perkataan ‘jihad’ mengandungi dua makna; Pertama makna bahasa (lughah) dan kedua makna syara’. Pembahasan tentang jihad yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh pun banyak menerangkan tentang kedua makna ini. Secara bahasa, di dalam Kamus al-Muhith, jihad bermakna kesungguhan (juhd), kemampuan menanggung beban (thaqah) dan kesulitan (masyaqah). Ar-Razi mengatakan, mujahadah asal katanya adalah juhd (kerja keras) yang bermakna kesulitan (masyaqah). Di dalam al-Majmu’ juga disebutkan, jihad diambil dari kata juhd (kerja keras) yang bermakna masyaqah. Di dalam Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, dijelaskan bahawa jihad secara bahasa bermakna masyaqah. Dr. Muhamad Khair Haykal mengatakan jihad secara lughawi bermaksud mencurahkan usaha. Selanjutnya Imam an-Naysaburi, dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti jihad menurut bahasa adalah mencurahkan segenap tenaga untuk memperoleh maksud tertentu. Itulah pengertian jihad menurut bahasa (lughah) secara umumnya.

‘Jihad’ dalam konteks syar’i berbeza maknanya dengan makna bahasa. Al-Qur’an telah mengarahkan makna jihad pada erti yang lebih spesifik, iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun tidak, yakni dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat (idea) dan lain-lain [Ibn’ Abidin]. Di dalam kitab Radd al-Mukhtar disebutkan bahawa jihad adalah mengerahkan segenap potensi untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung atau tidak langsung, seperti bantuan material atau pendapat. Di dalam syarah Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, disebutkan bahawa jihad secara syar’i bermakna mengerahkan segenap kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir. Inilah makna jihad sebagaimana dikehendaki oleh syara’ yakni berperang di jalan Allah memerangi orang-orang kafir dengan segenap usaha dari memberikan pendapat sehinggalah ke perang secara fizikal.

Pengertian seperti ini terdapat pada kata jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyyah. Pengertiannya berbeza dalam ayat-ayat yang terdapat pada ayat-ayat Makkiyyah. Dalam ayat-ayat Makkiyyah, kata jihad mengandung makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang di dapati dalam al-Qur’an surah al-‘Ankabut [29] ayat 26 dan 8 serta surah Luqman [31] ayat 15. Lebih dari 26 frasa jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyyah. Semuanya mengisyaratkan bahawa jihad bermaksud perang menentang orang-orang kafir. Antaranya, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui .”
[TMQ at-Taubah:41]

Jihad dengan makna mengerahkan segenap kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga dibincangkan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan, idea dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad berarti peperangan kaum Muslimin menentang orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadikan kalimatNya yang paling tinggi [Muhammad Ilyas]. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahawa jihad adalah perang di jalan Allah. [Huraian lanjut mengenai pandangan para ulama’ terhadap jihad akan dikongsikan dalam siri berikutnya, insya Allah sekiranya penulis dilanjutkan usia dan dikurniakan kelapangan].

Hakikat Jihad

Di dalam membincangkan isu jihad ini, umat Islam mestilah memahami hakikat jihad yang sebenar dari pandangan Islam. Dari sudut hukum, jihad dapat dibahagi kepada dua;

1. Jihad Ibtida’iyyah (Ofensif/Menyerang)

Jihad ofensif bermaksud jihad yang dilaksanakan oleh Negara dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke suatu negara. Aktiviti fizikal (ketenteraan) hanya dilakukan sebagai jalan terakhir setelah usaha ‘persuasif’’ (mengajak kepada Islam atau menyuruh tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar jizyah) ditolak oleh kaum (negara) kafir. Ertinya, ketika proses penyebaran risalah Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Negara kepada bangsa atau negara lain mendapat tentangan fizikal dan mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Islam, maka saat itulah wajib ke atas Negara melancarkan jihad ofensif. Sebaliknya, jika mereka menerima atau memeluk Islam ataupun menolak dari memeluk Islam tetapi bersetuju tunduk kepada pemerintahan Islam, maka jihad ofensif tidak akan dilancarkan. Perlu diingat bahwa taklif hukum untuk melakukan jihad ofensif ini adalah wajib ke atas Negara (Pemerintah) sahaja. Orang perorangan, jemaah, gerakan, parti politik dan sebagainya tidak boleh melakukan jihad jenis ini. Oleh yang demikian, jika pemimpin mengabaikan tanggungjawab ini, mereka telah berdosa besar, apatah lagi fakta pada hari ini menunjukkan kepada kita betapa darah umat Islam ditumpahkan sewenang-wenangnya oleh Sang Kafir, tanpa ada apa-apa pembelaan oleh mereka yang berkuasa (pemimpin) dari kalangan umat Islam. Jihad sebegini ditegaskan oleh Allah dalam al-Qur’an, di antaranya,

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhir, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang haq (Islam), (iaitu orang-orang) yang diberi Al-kitab kepada mereka, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk .” [TMQ at-Taubah:29].

2. Jihad Difa’iyyah (Defensif/Mempertahankan).

Adapun jihad defensif adalah perang untuk membela dan mempertahankan diri dari serangan atau ancaman kafir-musuh. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap individu Muslim untuk mempertahankan dirinya apabila diserang musuh. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin tidak perlu menunggu pengisytiharan jihad dari Negara untuk bertindak. Pada saat berlakunya serangan (diserang), maka setiap orang wajib mengangkat senjata dalam mempertahankan dirinya, keluarganya dan harta bendanya demi Islam. Sekiranya suatu tempat atau sebuah negara umat Islam diserang, maka jihad defensif ini wajib dilakukan oleh kaum Muslimin lain yang berada berdekatan dengan tempat atau negara tersebut. Perlu di ingat bahawa apabila melihat keadaan umat Islam diserang sebegini, maka wajib pula ke atas mana-mana penguasa kaum Muslimin (yang berada di negara lain) melancarkan jihad ofensif ke atas musuh yang menyerang tadi. Jihad defensif ini wajib dilaksanakan sebagaimana seruan Al-Quran yang ertinya:

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .” [TMQ al-Baqarah:190].

Inilah hukum jihad yang berlaku ke atas umat Islam. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para khulafa’ telah menunjukkan kepada kita bagaimana hukum ini diterapkan di sepanjang pemerintahan masing-masing. Di antara peristiwa yang terkenal di dalam sirah Rasulullah adalah jihad yang dilancarkan oleh Rasulullah sendiri ke atas Yahudi Bani Qainuqa’. Diriwayatkan bahawa seorang Muslimah telah pergi ke kedai emas milik seorang Yahudi. Tiba-tiba si Yahudi tukang emas ini datang dari arah belakang dan mengikat bahagian belakang baju Muslimah tersebut dengan alat pengait. Ketika Muslimah itu berdiri, maka tersingkaplah auratnya dan si Yahudi la’natullah ketawa terbahak-bahak diselangi dengan kata-kata cabul. Seorang Muslim yang kebetulan melihat peristiwa tersebut merasa marah dan terus membunuh Yahudi tersebut. Beberapa orang Yahudi lain yang berada di situ secara beramai-ramai telah membunuh Muslim tadi. Peristiwa ini telah sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tanpa berlengah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam terus melancarkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa’, sehingga kaum terkutuk itu berjaya diusir dari bumi Madinah.

… BERSAMBUNG


**********************************************************

*** Berikut merupakan sumber asal yang dijadikan rujukan dalam penyediaan artikel bersiri ini. Kesemuanya merupakan sumber sekunder yang dipetik daripada sumber-sumber syarie iaitu al-Quran, as-Sunnah, serta apa yang terbit daripadanya (ijma’ dan qiyas). Justeru, sekiranya para pembaca ingin merujuk terus kepada sumber asal, sila klik pada URL yang disenaraikan seperti berikut:

Soutun Nahdhah (HIZBUT TAHRIR MALAYSIA)

SN074 – JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?

SN121 – MENGEMBANG DAKWAH : KEWAJIPAN ATAS SEMUA

SN128 – PALESTIN BERDARAH LAGI

Hizbut Tahrir Indonesia

Hizbut Tahrir Indonesia » Pengertian Jihad Menurut Para Ulama

Islam Explained

Article: What is Jihad?

Konsultasi Islam

Berjihad Atau Berdakwah? « Konsultasi Islam

HUKUM JIHAD DAN DAMAI DALAM ISlAM « Konsultasi Islam

Menyerah dan Menyerahkan Negeri Muslim? « Konsultasi Islam

Post kali ini hanyalah luahan peribadi saya, berdasarkan peristiwa yang saya alami. Dan saya tak bermaksud hendak membuat generalization terhadap golongan asatizah semata-mata kerana sikap seorang ustaz ini. Seandainya ustaz tersebut ditakdirkan terbaca post saya ini, saya mengharapkan agar post ini menyedarkan kita semua. Mudah-mudahan post saya ini dapat menyentuh jiwa dan membuka minda kita supaya kita semua terdorong untuk menyucikan diri sifat mazmumah dan menundukkan ego yang menebal dalam diri. Insya Allah. Nama dan maklumat berkaitan tidak disiarkan demi menjaga aib. Apa yang penting adalah pengajaran daripadanya. Saya bukanlah seorang yang mencari-cari kesilapan orang untuk digunakan sebagai modal bagi menjatuhkan serta memburukkan mereka. Wa iyazubillah, minta dijauhkan daripada perbuatan sedemikian. Baca baki entri ini »

Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah forum mengenai Palestin yang dianjurkan di kolej saya. Pada asalnya, saya tidak larat untuk menghadiri program tersebut kerana keadaan fizikal saya yang tidak begitu sihat semenjak pagi lagi. Setelah mengambil ubat, saya pun berbaring dan kemudiannya terlena. Seorang sahabat saya telah cuba menghubungi saya untuk mengajak saya turut serta ke program tersebut. Namun saya tak menjawab panggilan tersebut kerana sedang tidur lena ketika itu. Saya hanya menghubungi beliau beberapa jam kemudian sesudah saya sedar daripada tidur. Ketika itu, program tersebut masih berlangsung disebabkan lambat bermula kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Alhamdulillah, keadaan badan saya juga semakin baik. Akhirnya saya berjaya dengan izin Allah untuk hadir ke program tersebut.

Setibanya saya di tempat program tersebut, saya dapati bahawa sesi soal-jawab sudahpun bermula. Kehadiran boleh dikatakan agak memuaskan, walaupun tidaklah sehebat bilangan yang hadir di PUTIK bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Hadi. Setelah bersalaman dengan sahabat saya serta mengambil tempat, cepat-cepat saya cuba menangkap butir-butir yang diluahkan oleh ahli panel ketika itu. Antara soalan-soalan yang dilontarkan dalam sesi soal-jawab tersebut adalah mengenai hukum pengebom berani mati dan juga seruan jihad ketenteraan di kalangan negara kaum Muslimin bagi membebaskan Palestin. Baca baki entri ini »

[Dipetik daripada laman web rasmi HTM, http://www.mykhilafah.com]

Gaza: HTM serah memo kepada ATM

[For English version: Gaza – Hizbut Tahrir Malaysia handed over memorandum to Malaysian Armed Forces]

[Untuk rakaman video ucapan dan seruan daripada Hizbut Tahrir di Kementah, sila klik di SINI dan juga di SINI]

Delegasi HTM yang diketuai Ustaz Hakim menyerahkan memorandum kepada wakil ATM

Delegasi HTM yang diketuai Ustaz Hakim menyerahkan memorandum kepada wakil ATM

KUALA LUMPUR 9 Jan – Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak  hari ini gempar dengan acara penyerahan memorandum dan juga laungan jihad oleh sejumlah aktivis gerakan Islam, Hizbut Tahrir Malaysia  (HTM). Hizbut Tahrir Malaysia telah menggerakkan umat Islam bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia  untuk bertindak segera menyelamatkan Gaza daripada keganasan rejim Israel. Selesai solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, yang terletak berhampiran Markas ATM tersebut , HTM telah menyeru dan mengajak umat Islam untuk bersama-sama mendesak ATM bagi melancarkan jihad ke Israel. Jihad yang diserukan adalah yang jihad yang sebenar iaitu jihad fi sabilillah, dengan ATM menggerakkan seluruh tentera udara, darat dan laut bagi menyelamatkan umat Islam yang sedang dibunuh dengan kejam oleh Israel di Palestin.  Sebagai salah sebuah angkatan bersenjata kaum Muslimin, adalah wajib bagi ATM menghantar tentera ke Gaza tanpa berlengah sedikit pun.

Baca baki entri ini »

Alhamdulillah, pada hari Jumaat (9 Januari 2009) pihak Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah berjaya menganjurkan demonstrasi aman bagi mendesak pihak angkatan tentera Malaysia (ATM) menghantar ketumbukan tentera untuk membebaskan Ghaza khasnya dan Palestin amnya daripada cengkaman penjajah Zionis yang zalim.

Demonstrasi diadakan di hadapan Kementah setelah selesai solat Jumaat, bermula di hadapan Masjid Khalid al Walid dan kemudiannya bergerak secara aman dan teratur menuju ke Kementah disulami dengan slogan anti-Zionis, laungan takbir, dan seruan jihad kepada angkatan tentera. Delegasi HTM turut tampil menyerahkan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera. Dalam masa yang sama pihak HTM juga telah mengedarkan risalah seruan HT kepada tentera Muslimin bagi mendesak mereka untuk bangkit melakukan pembelaan. (Untuk membaca seruan tersebut, sila klik – Seruan daripada Hizbut Tahrir)

Demonstrasi tamat kira-kira jam 2.45 petang secara aman dan para demonstran kembali ke tempat masing-masing dengan keazaman dan semangat yang tidak pernah pudar dalam berjuang menegakkan syariat Islam di mukabumi. Perjuangan yang tidak akan pernah selesai sehingga hukum Islam ditegakkan ataupun kami terkorban dalam usaha menegakkannya mengikut manhaj nubuwwah.

p.s. Insya Allah, gambar demonstrasi akan menyusul kelak. Maaf kerana penulis tidak dapat menyediakan gambar buat masa ini.

Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada para panglima angkatan tentera kaum Muslimin, agar mereka tergerak untuk mara ke medan jihad bagi membebaskan kaum Muslimin di Palestin daripada cengkaman penjajah Zionis.

Ya Allah, sesungguhnya penguasa kaum Muslimin telah mengkhianati-Mu, telah mengkhianati Rasul-Mu, dan juga umat Islam keseluruhannya kerana membiarkan sahaja umat Islam di Ghaza diratah hidup-hidup oleh pengganas Zionis yang kejam.

Wahai tentera kaum Muslimin, bangkitlah! Keluarlah dari berek-berek tentera dan bersama berangkat menuju ke medan jihad demi meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah!

Wahai umat Islam, sedarlah! Mari kita bersama bersatu hati bagi menghadapi kezaliman yang sedang terjadi ke atas saudara kita di Gaza! Marilah kita bangkit menyeru ke arah penyatuan yang hakiki… Ayuh, marilah bersama menyeru kepada tertegaknya khilafah kali kedua, yang berdiri atas manhaj nubuwwah!

Ya Allah, saksikanlah bahawa sesungguhnya hamba-Mu ini telah menyampaikan..!

Amin



Calendar

Oktober 2017
J S A I S R K
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 111,951 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: