apo nak dikato

Posts Tagged ‘ht

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog ini… Agak kesibukan dengan sedikit urusan semenjak kebelakangan ini. Insya Allah saya akan cuba luangkan lebih masa untuk terus menulis dan berkongsi melalui uslub blogging ini.

Post kali ini dibuat sebagai respon kepada salah seorang pemberi komen di laman ini, iaitu sdr Wan Solehah al-Halbani, berkaitan isu demokrasi dan juga dakwaan beliau terhadap Hizbut Tahrir. Perlu ditegaskan bahawa respon saya ini adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili pihak Hizbut Tahrir.Respon saya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan akan dikongsikan secara berperingkat. Mudah-mudahan respon saya ini dibaca oleh sdr Wan Solehah dan menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh beliau kepada Hizbut Tahrir. Diharapkan agar kita dapat berbicara secara rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi dalam perbincangan. Tiada siapa yang menyombong, jauh sekali hendak merendah-rendahkan seorang insan yang berusia 64 tahun. Harap maklum.

Dalam komen beliau (sila rujuk SINI), sdr Wan Solehah telah membuat dakwaan seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir adalah pertubahan dan pergerakan Islam yang KAFIR kerana ia mengamalkan agama demokrasi yang KAFIR. Para pengamal agama demokrasi adalah orang-orang KAFIR kerana perbuatan mereka yang mengamalkan agama demokrasi itu bererti :

1. Mereka membuat, menguat kuasa dan mentaati undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;
2. Mereka melantik manusia (para pemerintah) sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;
3. Mereka mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia yang menolak pengabdian manusia kepada Allah;
4. Mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah;
5. Mereka mempercayai bahawa tidak wujud Jihad,Perang dan Revolusi dalam Islam untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang kafir ini.

Orang Islam tidak boleh bunuh orang Islam yang lain. Tetapi orang Islam boleh membunuh orang Islam yang sudah terbatal syahadah mereka serta orang Islam itu mempertahankan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang kafir.

Dakwaan begini adalah tidak berasas sama sekali. Bahkan jauh bertentangan dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan isu demokrasi. Hizbut Tahrir menolak demokrasi, tetapi sdr Wan Solehah mendakwa Hizbut Tahrir mengamalkan demokrasi pula. Dari mana sdr Wan Solehah mendapat maklumat tentang Hizbut Tahrir ini?

Hizbut Tahrir melalui amir keduanya, Syeikh Abdul Qadim Zallum, telah mengeluarkan sebuah buku yang membahaskan mengenai keharaman menerapkan, mengamalkan dan menyebarkan demokrasi. Sila rujuk buku yang berjudul “Ad Dimuqrathiyah Nizham Kufr: Yahrumu Akhdzuha ow Tathbiquha aw Ad Da’watu Ilaiha” atau dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk “Demokrasi Sistem Kufur: Haram Mengambilnya, Menerapkannya atau Menyebarkannya” (boleh download di SINI). Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menolak sistem demokrasi, dan melihat demokrasi sebagai sebuah sistem kufur.

Sungguhpun demikian, Hizbut Tahrir tidak pula mengkafirkan kelompok Muslim yang mengamalkan demokrasi. Inilah yang membezakan Hizbut Tahrir dengan sdr Wan Solehah. Sdr Wan Solehah menghukum mereka yang mengamalkan demokrasi sebagai kafir. Pendapat yang ghuluw ini merupakan amalan kelompok takfir, iaitu golongan yang gemar mengkafirkan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Lebih menyedihkan apabila insan seperti sdr Wan Solehah menghalalkan darah kaum Muslimin yang mendukung demokrasi kerana beranggapan bahawa syahadah mereka sudah terbatal. Inilah contoh klasik pihak yang ghuluw dan cenderung mengkafirkan pihak lain. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua… Ameen…

Kelima-lima point yang disenaraikan oleh sdr Wan Solehah juga langsung tidak kena dengan apa yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir selama ini.

Seterusnya, sdr Wan Solehah meneruskan lagi dakwaan beliau seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir mendakwakan bahawa tidak ada JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam Islam terhadap sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini di atas beberapa sebab :

1. Jihad, Perang dan Revolusi bukan tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam;
2. Tidak wujud Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF, kesemua perang dalam Islam adalah Jihad dan Perang yang DEFENSIF sahaja;
3. Taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu kita tidak memerangi sesebuah kerajaan Jahiliyah pada zaman Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi Malaysia kita ini memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah pada zaman Jahiliyah Mekah, Baginda hanya berperang setelah wujudnya sebuah kerajaan Islam di Medinah.

Sekali lagi ingin saya bertanya, dari manakah sumber maklumat yang sdr Wan Solehah peroleh berkenaan Hizbut Tahrir?

Sejak bila pula Hizbut Tahrir mengatakan bahawa tidak wujud jihad dalam bentuk ofensif? Sila rujuk Soutun Nahdhah keluaran ke 74 – “JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?”. Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menerima keberadaan kedua-dua jenis jihad iaitu ibtida’iyyah (ofensif) dan juga jihad difaiyyah (defensif). Terbukti bahawa dakwaan sdr Wan Solehah terhadap Hizbut Tahrir adalah tidak berasas sama sekali.

Saya dapati sdr Wan Solehah sendiri keliru dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan soal jihad ini. Hizbut Tahrir tidak pernah menolak jihad. Sebaliknya Hizbut Tahrir menolak penggunaan kekerasan / mengangkat senjata sebagai method untuk menegakkan khilafah. Ini jelas dibuktikan berdasarkan sirah nubuwwah… Adakah sdr Wan Solehah sudah terlupa akan kisah “Kita belum diperintahkan lagi”?

al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah menyeru kepada Rasulullah: “Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran sekiranya tuan hamba mahu, esok hari akan kami serang pihak Quraisy dengan pedang kami ini”. Jawab Rasulullah: “Kita belum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke tempat kamu”. Dengan itu mereka semua pun pulang ke tempat masing-masing dan terus tidur hingga ke subuh hari.

Berdasarkan sirah ini, Hizbut Tahrir mengambil pengajaran daripadanya dan menjadikannya sebagai thariqah dalam menuju kebangkitan. Sepanjang 13 tahun Rasulullah saw berdakwah di Mekah, baginda telah membatasi kegiatannya dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat bukan fizikal (pemikiran). Baginda saw tak pernah melakukan aktiviti apapun yang bersifat fizikal, sebagaimana dikatakan kdp para Sahabatnya setelah Bai’at Aqabah II:  “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)”.

Baginda menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jemaah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Baginda tidak mengatakan kepada mereka : “Kita belum mampu”, tetapi baginda mengatakan “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu”. Rasulullah saw mengizinkan mereka melakukan perang, setelah baginda bersama kaum Muhajirin hijrah ke Madinah & setelah berdirinya daulah Islam di sana. Masa itulah diturunkan firman Allah swt :-

“Telah diberi izin (untuk berperang) bagi orang-orang yang telah diperangi, kerana mereka telah dizalimi” (Al-Hajj : 39)

“Mafhum Mukhalafah” dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang) dan dirikanlah solat” (An Nisa’:77)

Ayat ini diturunkan pada masa Daulah Islam belum wujud, sementara telah ada satu gerakan dipimpin Rasulullah saw yang anggotanya adalah individu-individu Muslim yang berusaha keras untuk mendirikan daulah Islam  dengan menghabiskan waktu 13 tahun lamanya. Setelah itu, timbul keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal. Akan tetapi sebelumnya kaum Muslimin sebagai sebuah kesatuan gerakan telah dilarang melakukan aktiviti fizikal tersebut. Malah, mereka diperintahkan untuk bersabar dan menahan emosi sebagaimana yang berlaku kepada Sumayyah & Bilal r.a. Bahkan, sebahagian besar dari mereka diizinkan berhijrah ke Habsyah demi menghindarkan diri dari fitnah (paksaan untuk meninggalkan Islam).

Tidak diturunkannya izin yang membolehkan tindakan kekerasan pada masa itu, menunjukkan adanya larangan keras melakukan tindakan kekerasan tersebut dalam usaha mendirikan daulah Islam pada setiap masa. Sedangkan diturunkannya izin melakukan tindakan kekerasan muncul setelah tegaknya daulah Islam, menunjukkan bahawa aktiviti fizikal merupakan salah satu perkara yang tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan melainkan perkara tersebut termasuk aktiviti dan tanggungjawab daulah Islam.

…bersambung

Advertisements

Assalamualaikum,

Ceramah Umum Palestin

Anjuran :  AJK Masjid Nurul Hidayah, Taman Seremban Jaya, NSDK.

Tarikh    : 8 April 2011 (Jumaat)

Masa       : Selepas solat Maghrib

Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Abdul Hakim Osman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia.

Muslimin dan Muslimin dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut.

Wassalam…

Assalamualaikum…

 

“Hidup Sejahtera di Bawah Naungan Khilafah



Mesir : Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Perubahan Sistem Menuju Khilafah



Sumber: mykhilafah.com – sila klik untuk membaca artikel berkaitan.

Keratan Akhbar Sinar Harian 15 Februari 2011

Sinar Harian

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia

Tarikh: Sabtu, 16 Oktober 2010
Masa: 8:30 pagi – 1:00 petang
Tempat: Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia, Lot 1640, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu

Ahli Panel:
1. Ust. Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
2. Ust. Umar Husein (Timb. Presiden HTM)

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia

Tarikh : Sabtu, 7 Ogos 2010
Masa : 8:30 pagi – 1:00 petang
Tempat : Z & H Inn, Lot 2731, Paya Rambai, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan

Ahli Panel :
1. Ust. Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
2. Ust. Umar Husein (Timb. Presiden HTM)

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Semua Dijemput Hadir


Calendar

Disember 2017
J S A I S R K
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 112,743 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: