apo nak dikato

Posts Tagged ‘personal

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama tidak menulis di laman blog ini. Kudrat dan masa saya terpaksa disalurkan kepada kewajipan di dunia nyata yang lebih mendesak sehingga menyebabkan saya tidak lagi berkesempatan untuk menulis di sini sekerap dahulu…

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca penulisan dan juga perkongsian saya di sini. Maaf kerana lewat memberikan respon.

Khas kepada Sdr Wan Solehah, maaf kerana lambat memberikan respon. Insya Allah saya akan berusaha mencari kesempatan untuk mengarang respon saya… Bukan atas kapasiti mewakili HT, sebaliknya atas kapasiti selaku seorang insan yang bersetuju dengan pandangannya. Saya tergerak untuk memberikan respon kerana dakwaan yang dilontarkan oleh sdr Wan Solehah keterlaluan serta tidak benar. Sdr menghukum HT kafir kerana dikatakan HT menerima demokrasi. Sedangkan sebaliknya, HT menolak demokrasi.

Adapun berkenaan isu jihad, pandangan HT adalah jelas… Jihad berterusan sepanjang zaman. Hanya sahaja jihad futuhat tidak mampu dijalankan pada waktu ini kerana umat Islam sudahpun kehilangan kekuatan. Bahkan terpaksa bergantung harap dengan kuasa kuffar dalam memastikan survival mereka. Inilah nasib yang menimpa umat Islam semenjak ketiadaan khilafah yang memayungi mereka…

Insya Allah saya akan menyambung bahagian kedua sebaik sahaja dikurniakan kesempatan… Minta diri dahulu, insya Allah jika dipanjangkan umur saya akan kembali menyambung bicara…

Wassalam…

Label:

Assalamualaikum, sudah lama juga saya tak menulis. Kata orang, sampai berhabuk blog ni dibuatnya. =)

Alhamdulillah, saya masih lagi dikurniakan lagi kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati segala rezeki yang telah tertulis menjadi milik saya.  Masa berlalu, tanpa disedari usia saya sudah meningkat kepada suku abad menjelang tahun 2011 ini. Hari-hari yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali. Sejauh manakah sudah kita manfaatkan setiap detik yang berlalu demi mencapai keredhaan-Nya?

Saya berazam untuk istiqamah dalam meng‘update’ blog ini biarpun dihimpit bebanan kerja dan tuntutan tanggungjawab serta peranan hidup. Semoga blog ini bermanfaat kepada para pembaca dan juga kepada diri saya sendiri. Insya Allah, saya akan usahakan untuk menulis pada setiap minggu walaupun sekadar sepanjang satu perenggan. Mudah-mudahan usaha kecil saya ini diterima di sisi Allah sebagai amal kebajikan. Ameen.

Tuntutan kerja saya telah mengehadkan pergerakan saya sekaligus mengakibatkan saya tidak begitu berkesempatan untuk “turun padang” di medan dakwah. Tidak seperti dulu, saya sudah semakin sukar meluangkan masa ke lokasi untuk menyampaikan seruan, menyuntik kesedaran, bertukar pandangan dan berkongsi ilmu. Justeru, saya terpaksa mengadaptasi dengan perkembangan sebegini.

Biarpun jasad tidak dapat terjun ke dalam masyarakat, saya akan tetap berusaha untuk terus berdakwah melalui medium penulisan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang pandangan, cadangan, ataupun teguran, sudilah kiranya berkongsi melalui ruangan komen yang tersedia… Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah memberkati kalian…

Ada yang mengkritik pendekatan sebegini, katanya pendekatan sebegini tidak mencontohi dakwah cara Nabi. Maksudnya, tidak seperti apa yang Nabi dan para sahabat radhiallahu ‘anhum lakukan iaitu dengan bersemuka dan mengetuk dari pintu ke pintu. Saya tetap menghormati pemahaman sebegini, namun kita perlu jelas bahawa uslub berdakwah adalah luas dan tidak semestinya terhad kepada pendekatan dari pintu ke pintu. Apa yang penting adalah mesej yang disampaikan serta niat yang tersimpan di hati.

Selagimana uslub yang digunakan itu tidak bercanggah dengan syarak, maka selagi itulah kita boleh memanfaatkannya. Saya memohon supaya kita tak disibukkan dengan tindakan memperlekeh usaha orang lain. Lebih baik jika kita fokus kepada usaha kita sendiri, dan sentiasa memikirkan yang terbaik dalam mencapai maksud hidup kita. Jika ada kelemahan atau kesalahan, muhasabah dan teruskan memuhasabah. Namun jika tiada apa yang salah, maka cukuplah, jangan disibukkan lagi mengulang-ulang perkara yang tiada salahnya. Wallahua’lam…

Insya Allah, setiap ruang dan kesempatan yang ada akan saya gunakan demi mencapai keredhaan-Nya. Di celah kesibukan, saya akan tetap berusaha menjalankan peranan saya sebagai seorang daie. Dalam masa yang sama, saya akan turut berusaha untuk memperbaik diri. Doakanlah supaya saya mampu istiqamah di jalan ini. Semoga Allah memberkati kita semua… Ameen…

P.s. Selaku manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tatkala lalai dibuai dugaan dan nikmat duniawi. Mudah-mudahan Allah mengampunkan saya… Justeru, marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa pada setiap hari untuk memuhasabah diri kita… Muhasabah tidak semestinya harus ditujukan kepada orang lain, bahkan dalam masa yang sama kita dituntut melakukan muhasabah diri…

Assalamualaikum… Musim peperiksaan semakin hampir. Dan kali ini merupakan antara yang terpenting dalam sejarah kehidupan saya. Kerana ia merupakan peperiksaan terakhir saya sepanjang 5 tahun pengajian di peringkat sarjana muda. Sudahkah saya bersedia? Sejujurnya setiap hari yang dilalui pasti mengundang kegelisahan dan kerisauan. Bukannya apa, semakin banyak yang dibaca dan dipelajari, rasanya semakin banyak pula ilmu dan kemahiran yang masih belum dikuasai.

Alhamdulillah, kerana Allah masih mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam mendepani hari-hari yang semakin mencabar. Tatkala saya berasa begitu tertekan dan kebuntuan, saya dikurniakan nikmat untuk kembali ‘mengadu’ kepada-Nya. Saya juga bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan sebuah keluarga yang begitu memahami serta sentiasa memberikan sokongan dalam saya menghadapi cabaran ini.

Tiba-tiba saya teringat kepada kata-kata seorang fulan… “Kita sebagai student ni kena fokus kepada dua perkara je, pertama study dan kedua Islam (dakwah dsb). Kebiasaannya orang yang terlibat dalam medan dakwah ni akan hanyut apabila mereka mula memasukkan perkara yang ketiga, i.e. main-main. Main game lah, borak-borak kosong, cintan-cintun dsb…”. [Pada waktu itu saya masih lagi bersama dengannya dalam sebuah organisasi dakwah kampus. Alhamdulillah kami masih berhubungan walaupun sudah tidak semesra dulu. Bukan kerana benci disebabkan tindakan saya keluar daripada organisasi tersebut, sebaliknya disebabkan kesibukan dan juga jadual yang berbeza].

Ada benarnya kata-kata si fulan tu. Saya masih menjadikan kata-katanya itu sebagai panduan sehingga ke hari ini. Cuma adakalanya saya terleka dan disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia. Bahkan pernah ke satu tahap, hidup saya hampir-hampir menjadi tidak keruan dek penangan cinta buta (buta? or is it? sigh). Alhamdulillah, saya telah tersedar dari lamunan yang telah menyelimuti saya dalam jangkamasa yang agak panjang. Saya bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah tampil memberikan bimbingan serta tunjuk ajar dalam menghadapi dilema tersebut.

Jujur saya akui betapa sedikit-sebanyak pelajaran saya terganggu dek dilema yang melanda diri saya. Namun, segalanya masih belum terlewat. Insya Allah, mulai detik ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kembali pelajaran saya yang telah jauh ketinggalan ini. Oleh demikian, barangkali saya akan “bercuti” buat sementara waktu daripada menulis di laman blog ini. Namun tidak bererti blog ini akan terus tenggelam ditelan zaman. Insya Allah saya akan berkunjung dari masa ke masa. Cuma barangkali penulisan saya tidak akan sekerap dahulu lagi. Namun sebarang komen yang dikirim akan tetap dilayan mengikut kelapangan saya. Saya juga akan merencana semula jadual hidup saya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir dan juga ujian-ujian setiap posting. Insya Allah, kewajipan yang tergalas di bahu akan tetap dilaksanakan.

Mohon jasa baik kenalan sekalian untuk mendoakan supaya urusan saya dipermudahkan dan saya dikurniakan kejayaan yang diidamkan. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Ameen.

Kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang turut berdepan dengan musim peperiksaan, semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kita semua. Bittaufiq wan-Najah~

“…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. [TMQ Ali Imran:159]

*****

Jangan jadi macam dia orang ni pulak ye... hehehe... | Exam Cheaters

*****

p.s.  Maaf kerana penulisan saya kebelakangan ini sebahagiannya bersifat peribadi. Tapi tak salah rasanya, sebab tujuan asal kewujudan blog ini adalah sebagai perkongsian peribadi mengenai ilmu dan juga pengalaman saya… =)

Assalamualaikum, sudah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Maaf, bukannya sebab tak minat ataupun malas. Saya agak kesibukan semenjak kebelakangan ini. Ditambah lagi dengan sedikit masalah kesihatan yang sedang saya hadapi. Mohon supaya didoakan saya cepat sembuh agar saya dapat menjalankan segala kewajipan yang tertanggung di bahu saya… Ameen. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas kebaikan kalian.

Maaf juga kerana tidak dapat berkongsi sebarang isu mahupun ilmu pada kali ini. Banyak sebenarnya peristiwa dan musibah yang menimpa umat sepeninggalan saya. Untuk mengikuti kupasan yang terbina berdasarkan perspektif yang Islami, saya syorkan supaya kalian berkunjung ke laman http://www.mykhilafah.com. serta beberapa portal Islami yang lain.

Sewaktu sakit ini,  saya menyedari betapa kesakitan mampu mempengaruhi pertimbangan dan emosi kita. Betapa sakit juga menyebabkan kita menyedari kecilnya kita di sisi Allah. Betapa kerdilnya dan lemahnya diri kita selaku hamba-Nya. Semoga kesakitan yang sedang saya alami ini menjadi kafarah ke atas dosa-dosa dan juga kesilapan saya yang lalu. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan bagi saya dalam menghadapinya. Dan seterusnya menyembuhkan penyakit yang sedang saya hadapi ini. Insya Allah, saya akan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan, namun sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mampu menyembuhkannya. Firman Allah SWT;

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; [TMQ as-Syu’araa’ (26) : 80]

Wassalam…

 

Alhamdulillah, akhirnya keputusan exam telahpun keluar dan saya telahpun lulus (result penuh belum keluar lagi, sekadar dinyatakan lulus atau gagal sahaja buat masa ni). Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang tidak jemu mendoakan kejayaan saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang layak dan berhak membalas jasa baik kalian… Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada guru-guru yang tak jemu memberi tunjuk ajar serta melayan kerenah saya selama ini.

Insya Allah saya akan berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang… Siapa tahu, dalam professional exam tahun depan, bakal muncul nama-nama Muslim dalam senarai viva distinction pula… Amin, ya Allah, perkenankanlah…

P/s: dah saban tahun tiada nama Muslim dalam senarai viva distinction (cemerlang) di fakulti saya. Insya Allah saya akan usahakan semampu mungkin. Kalau bukan saya pun, saya akan cuba bantu rakan-rakan lain… Doakanlah ye…

Wassalam.


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: