apo nak dikato

Posts Tagged ‘pengalaman

Saya dan HT pada Hari ini

Saya masih lagi meneruskan pengkajian bersama HT sehingga ke hari ini; dan sekarang sedang mengkaji buku Nizamul Islam karya Taqiuddin an-Nabhani dalam halaqah. Buku tersebut merupakan salah-satu daripada buku-buku mutabannat (yang mesti dikaji dan ‘dibedah’ oleh daris). Bukan bertujuan untuk mendoktrin semata, sebaliknya bagi melahirkan kesepaduan fikrah demi menjamin keberlangsungan jamaah. Seandainya fikrah yang ada dalam setiap ahli bercampur-aduk, maka ini akan menyukarkan gerak kerja tanzim (organisasi). Ini telah terbukti sekiranya kita meneliti sebuah harakah Islam yang tidak mempunyai fikrah yang clear-cut untuk ahlinya. Natijahnya timbul team-team kecil dalam gerakan tersebut (you-know-who).

Sekiranya ada antara kalian yang tak bersetuju dengan pendekatan sedemikian, terpulanglah. Jangan anggap ianya bertujuan untuk melahirkan golongan fanatik, kerana kami juga digalakkan untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama’ lain. Pentarbiyahan HT ini berperanan membentuk kerangka berfikir dan mencorak syakhsiyah Muslim sahaja. Bahkan kepimpinan HT (termasuk yang di peringkat global) sentiasa terbuka kepada teguran. Mekanisme muhasabah berjalan di setiap peringkat, dan kami dididik supaya tidak mengagungkan dan memandang tinggi ketokohan.

Baca baki entri ini »

Semenjak dari itu, keinginan untuk lebih mengenali HT semakin bertambah dari hari ke hari. Namun disebabkan saya tak mengetahui siapa yang harus dihubungi, dan juga disebabkan saya telah mengenali fikrah IM melalui seorang kenalan, maka hasrat saya tertangguh buat seketika… Saya diperkenalkan dengan bentuk pentarbiyahan IM melalui ‘proksi’nya di Malaysia, dan mengikuti usrah ala IM buat pertama kalinya ketika itu. Insya Allah, pengalaman kecil saya sepanjang bersama gerakan-gerakan yang mempunyai fikrah Islam dan manhaj IM ini akan dikongsikan dalam siri yang lain. Pentarbiyahan saya bersambung ketika saya memasuki tahun pertama pengajian, namun dengan sebuah wadah lain yang turut menggunakan fikrah IM. (turut akan dikongsikan kemudian, insya Allah)

Pada semester kedua tahun pertama, pihak kolej telah membuat rombakan bilik. Pelajar first year dikehendaki berkongsi tiga orang sebilik dalam sebuah bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang. Saya ditempatkan ke sebuah bilik dengan dua orang roommate baru. Seorang yang happy-go-lucky, seorang pula yang mempunyai link dengan jemaah Islam. Rakan saya yang pertama tu seringkali tiada di bilik, atas dua sebab. Pertama, kerana dia suka belajar bersendirian di luar (library agaknya), kedua disebabkan dia gemar keluar (chill out).

Rakan kedua saya tu pulak merupakan seorang yang berkarisma dan juga mempunyai potensi kepimpinan. Atas sebab itulah dia menjadi perhatian senior-senior yang nak merekrut ahli. Ada beberapa gerakan Islam di kampus yang mendekatinya. Guess what? Sudah semestinya salah satu daripadanya ialah HT. Daripada dialah saya berkesempatan mengenali HT lebih mendalam melalui halaqah yang diadakan. Daripadanya jualah saya berpeluang untuk mengenali beberapa orang syabab HT.

Baca baki entri ini »

(Mukaddimah dalam post saya ini agak panjang, jadi kalau kesuntukan masa – mungkin sebab online kat cyber café – boleh terus skip ke subtajuk ‘First Encounter’)

Mungkin anda pernah mendengar tentangnya, dan mungkin juga ini merupakan kali pertama anda mengetahui akan kewujudannya. Mungkin anda pernah menghadiri seminar anjuran mereka, menandatangani kempen membantah kenaikan harga minyak dan membaca Sautun Nahdhah (yang pernah diedarkan di beberapa masjid setiap Jumaat).

Mungkin juga anda merupakan penggerak, ataupun syabab HT sendiri. Dan tak mustahil juga sekiranya anda merupakan orang yang pernah meng’copy-paste’ artikel-artikel yang menceritakan tentang ‘kesesatan’ dan keburukan HT. Tak kurang juga yang menggariskan satu persatu ‘kesesatan’ mereka (kemudian memetik daripada sumber HT sendiri yang berbahasa Arab namun penerangan yang diberikan itu lari daripada konteks yang sebenar); ataupun seorang yang menyeru supaya mereka pulang ke Palestin, tempat asal kelahiran amir HT pertama, almarhum Sheikh Taqiuddin An-Nabhani.

Mungkin anda merupakan salah seorang daripada jutaan umat Islam yang menyetujui dan turut mendokong perjuangan menegakkan khilafah, dan menyetujui tariqah perjuangan mereka. Boleh jadi juga anda merupakan seorang yang menganggap kehadiran HT di Malaysia sebagai ‘jemaah perosak’ yang mengganggu perjuangan anda melalui pilihanraya demokrasi (dek ketegasan pendapat mereka tentang keharaman untuk terlibat dalam demokrasi).

Baca baki entri ini »


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: