apo nak dikato

Posts Tagged ‘hizbut tahrir

Assalamualaikum,

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis-majlis ilmu yang akan dianjurkan dalam masa terdekat ini di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan majlis-majlis tersebut.

Advertisements

Assalamualaikum, Alhamdulillah… setelah 7 bulan laman ini dibiarkan bersawang akhirnya saya berkesempatan untuk kembali menulis di sini. Insya Allah, saya akan kembali menulis di laman rumah sendiri setelah sekian lama menyepikan diri. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian para pengunjung, mudah-mudahan segala perkongsian saya di sini bermanfaat dan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Kepada para pengunjung yang menghantar komen, maaf kerana saya membuatkan kalian ternanti-nanti. Insya Allah saya akan cuba berikan respon mengikut kemampuan saya.

Insya Allah, saya juga akan menunaikan “hutang” saya yang sudah agak lama tertangguh… Kepada sdr Wan Solehah al-Halbani, besarlah harapan saya agar sdr dapat kembali membaca ulasan saya – mudah-mudahan penulisan saya yang tak seberapa ini dapat menjernihkan kekeliruan sdr terhadap Hizbut Tahrir. Saya juga mengharapkan agar sdr Wan Solehah berhenti daripada terus menyebarkan maklumat yang salah terhadap HT. Dalam masa yang sama, saya berharap agar beliau meninggalkan budaya takfir yang begitu mudah beliau lemparkan kepada HT, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.” (Sahih Bukhari – Hadis no. 2227)

“Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian” (Sahih Bukhari – Kitab al-Adab, hadis no. 2442)

“Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya” (Sahih Bukhari – Kitab al-Adab, hadis no. 6013)

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya” (Sahih Bukhari – Hadis no. 5752)

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan”. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadis ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Wallahua’lam…

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog ini… Agak kesibukan dengan sedikit urusan semenjak kebelakangan ini. Insya Allah saya akan cuba luangkan lebih masa untuk terus menulis dan berkongsi melalui uslub blogging ini.

Post kali ini dibuat sebagai respon kepada salah seorang pemberi komen di laman ini, iaitu sdr Wan Solehah al-Halbani, berkaitan isu demokrasi dan juga dakwaan beliau terhadap Hizbut Tahrir. Perlu ditegaskan bahawa respon saya ini adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili pihak Hizbut Tahrir.Respon saya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan akan dikongsikan secara berperingkat. Mudah-mudahan respon saya ini dibaca oleh sdr Wan Solehah dan menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh beliau kepada Hizbut Tahrir. Diharapkan agar kita dapat berbicara secara rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi dalam perbincangan. Tiada siapa yang menyombong, jauh sekali hendak merendah-rendahkan seorang insan yang berusia 64 tahun. Harap maklum.

Dalam komen beliau (sila rujuk SINI), sdr Wan Solehah telah membuat dakwaan seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir adalah pertubahan dan pergerakan Islam yang KAFIR kerana ia mengamalkan agama demokrasi yang KAFIR. Para pengamal agama demokrasi adalah orang-orang KAFIR kerana perbuatan mereka yang mengamalkan agama demokrasi itu bererti :

1. Mereka membuat, menguat kuasa dan mentaati undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;
2. Mereka melantik manusia (para pemerintah) sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;
3. Mereka mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia yang menolak pengabdian manusia kepada Allah;
4. Mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah;
5. Mereka mempercayai bahawa tidak wujud Jihad,Perang dan Revolusi dalam Islam untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang kafir ini.

Orang Islam tidak boleh bunuh orang Islam yang lain. Tetapi orang Islam boleh membunuh orang Islam yang sudah terbatal syahadah mereka serta orang Islam itu mempertahankan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang kafir.

Dakwaan begini adalah tidak berasas sama sekali. Bahkan jauh bertentangan dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan isu demokrasi. Hizbut Tahrir menolak demokrasi, tetapi sdr Wan Solehah mendakwa Hizbut Tahrir mengamalkan demokrasi pula. Dari mana sdr Wan Solehah mendapat maklumat tentang Hizbut Tahrir ini?

Hizbut Tahrir melalui amir keduanya, Syeikh Abdul Qadim Zallum, telah mengeluarkan sebuah buku yang membahaskan mengenai keharaman menerapkan, mengamalkan dan menyebarkan demokrasi. Sila rujuk buku yang berjudul “Ad Dimuqrathiyah Nizham Kufr: Yahrumu Akhdzuha ow Tathbiquha aw Ad Da’watu Ilaiha” atau dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk “Demokrasi Sistem Kufur: Haram Mengambilnya, Menerapkannya atau Menyebarkannya” (boleh download di SINI). Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menolak sistem demokrasi, dan melihat demokrasi sebagai sebuah sistem kufur.

Sungguhpun demikian, Hizbut Tahrir tidak pula mengkafirkan kelompok Muslim yang mengamalkan demokrasi. Inilah yang membezakan Hizbut Tahrir dengan sdr Wan Solehah. Sdr Wan Solehah menghukum mereka yang mengamalkan demokrasi sebagai kafir. Pendapat yang ghuluw ini merupakan amalan kelompok takfir, iaitu golongan yang gemar mengkafirkan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Lebih menyedihkan apabila insan seperti sdr Wan Solehah menghalalkan darah kaum Muslimin yang mendukung demokrasi kerana beranggapan bahawa syahadah mereka sudah terbatal. Inilah contoh klasik pihak yang ghuluw dan cenderung mengkafirkan pihak lain. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua… Ameen…

Kelima-lima point yang disenaraikan oleh sdr Wan Solehah juga langsung tidak kena dengan apa yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir selama ini.

Seterusnya, sdr Wan Solehah meneruskan lagi dakwaan beliau seperti berikut:

Hizbu at-Tahrir mendakwakan bahawa tidak ada JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam Islam terhadap sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini di atas beberapa sebab :

1. Jihad, Perang dan Revolusi bukan tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam;
2. Tidak wujud Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF, kesemua perang dalam Islam adalah Jihad dan Perang yang DEFENSIF sahaja;
3. Taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu kita tidak memerangi sesebuah kerajaan Jahiliyah pada zaman Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi Malaysia kita ini memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah pada zaman Jahiliyah Mekah, Baginda hanya berperang setelah wujudnya sebuah kerajaan Islam di Medinah.

Sekali lagi ingin saya bertanya, dari manakah sumber maklumat yang sdr Wan Solehah peroleh berkenaan Hizbut Tahrir?

Sejak bila pula Hizbut Tahrir mengatakan bahawa tidak wujud jihad dalam bentuk ofensif? Sila rujuk Soutun Nahdhah keluaran ke 74 – “JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?”. Jelas sekali bahawa Hizbut Tahrir menerima keberadaan kedua-dua jenis jihad iaitu ibtida’iyyah (ofensif) dan juga jihad difaiyyah (defensif). Terbukti bahawa dakwaan sdr Wan Solehah terhadap Hizbut Tahrir adalah tidak berasas sama sekali.

Saya dapati sdr Wan Solehah sendiri keliru dengan pendirian Hizbut Tahrir berkenaan soal jihad ini. Hizbut Tahrir tidak pernah menolak jihad. Sebaliknya Hizbut Tahrir menolak penggunaan kekerasan / mengangkat senjata sebagai method untuk menegakkan khilafah. Ini jelas dibuktikan berdasarkan sirah nubuwwah… Adakah sdr Wan Solehah sudah terlupa akan kisah “Kita belum diperintahkan lagi”?

al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah menyeru kepada Rasulullah: “Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran sekiranya tuan hamba mahu, esok hari akan kami serang pihak Quraisy dengan pedang kami ini”. Jawab Rasulullah: “Kita belum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke tempat kamu”. Dengan itu mereka semua pun pulang ke tempat masing-masing dan terus tidur hingga ke subuh hari.

Berdasarkan sirah ini, Hizbut Tahrir mengambil pengajaran daripadanya dan menjadikannya sebagai thariqah dalam menuju kebangkitan. Sepanjang 13 tahun Rasulullah saw berdakwah di Mekah, baginda telah membatasi kegiatannya dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat bukan fizikal (pemikiran). Baginda saw tak pernah melakukan aktiviti apapun yang bersifat fizikal, sebagaimana dikatakan kdp para Sahabatnya setelah Bai’at Aqabah II:  “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)”.

Baginda menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jemaah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Baginda tidak mengatakan kepada mereka : “Kita belum mampu”, tetapi baginda mengatakan “Kita belum diperintahkan melakukan hal itu”. Rasulullah saw mengizinkan mereka melakukan perang, setelah baginda bersama kaum Muhajirin hijrah ke Madinah & setelah berdirinya daulah Islam di sana. Masa itulah diturunkan firman Allah swt :-

“Telah diberi izin (untuk berperang) bagi orang-orang yang telah diperangi, kerana mereka telah dizalimi” (Al-Hajj : 39)

“Mafhum Mukhalafah” dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang) dan dirikanlah solat” (An Nisa’:77)

Ayat ini diturunkan pada masa Daulah Islam belum wujud, sementara telah ada satu gerakan dipimpin Rasulullah saw yang anggotanya adalah individu-individu Muslim yang berusaha keras untuk mendirikan daulah Islam  dengan menghabiskan waktu 13 tahun lamanya. Setelah itu, timbul keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal. Akan tetapi sebelumnya kaum Muslimin sebagai sebuah kesatuan gerakan telah dilarang melakukan aktiviti fizikal tersebut. Malah, mereka diperintahkan untuk bersabar dan menahan emosi sebagaimana yang berlaku kepada Sumayyah & Bilal r.a. Bahkan, sebahagian besar dari mereka diizinkan berhijrah ke Habsyah demi menghindarkan diri dari fitnah (paksaan untuk meninggalkan Islam).

Tidak diturunkannya izin yang membolehkan tindakan kekerasan pada masa itu, menunjukkan adanya larangan keras melakukan tindakan kekerasan tersebut dalam usaha mendirikan daulah Islam pada setiap masa. Sedangkan diturunkannya izin melakukan tindakan kekerasan muncul setelah tegaknya daulah Islam, menunjukkan bahawa aktiviti fizikal merupakan salah satu perkara yang tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan melainkan perkara tersebut termasuk aktiviti dan tanggungjawab daulah Islam.

…bersambung

Jemputan Ke DISKUSI WANITA, APRIL 2011 :’KECANTIKAN- MEMIKAT ATAU MENJERAT?’
Tarikh: 3 APRIL 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tghr
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Tel/Fax: 03-8922 3149
Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma

Assalamualaikum…

 

“Hidup Sejahtera di Bawah Naungan Khilafah

Ceramah terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre:
BOLEHKAH NEGARA ISLAM TERTEGAK MELALUI DEMOKRASI?

Tarikh: SABTU, 12 Mac 2011
Masa: 8:30 pagi – 01:00 ptg
Tempat: Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

 


Gaddafi, the enemy of Allah, His Messenger and the Ummah kills hundreds or even thousands of people, bombarding them by plane and lethal weapons; and his son threatens to slaughter the people of Libya and fight against them until the last man.

 


With complete arrogance, conceit and criminality Gaddafi’s son – Saif ash-Shaytan – says they will continue to slaughter the people of Libya to the last man!! Gaddafi and his son brought hired murderous mercenaries to slaughter and shed the clean and innocent blood!! We are not surprised because Gaddafi, the enemy of Allah who has denied the Sunnah of the Prophet صلى الله عليه وسلم and tried to distort the Qur’an. His history is full of heinous massacres of hundreds, even thousands of people in Libya and beyond!With regards to the Islamic movements, including Hizb ut-Tahrir, and even all the people of Libya, Gaddafi has not observed any respect of either ties of kinship or of covenant! We will never forget the execution of thirteen members of Hizb ut-Tahrir, where he executed them inside the schools and universities in front of the teachers and students, and in front of their families and children.

We pray to Allah, The Mighty, The Irresistible, The Avenger, The Supreme to make the blood of those killed at the hands of Gaddafi the blood of martyrdom, and to make these people in the company of the Prophets, the sincere, the martyrs and the righteous. Oh! What a beautiful companionship. May Allah take revenge on this tyrant, and take him with such penalty as comes from one Exalted in power.

إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ

“Indeed His punishment is painful, severe.” [Hud, 11:102]

O heroes in Libya!

Indeed you have written a bright history with your patience, strength and bravery before the oppression and terror of the enemy of Allah. We ask Allah to give you perseverance and strength so as to uproot this criminal puppet, and confine him, his son and his entourage to the dustbin of history with the other traitors. The ummah will stone their graves as they stoned the grave of Abu Rughaal.*

And I stone his grave every year
As the people stone the grave of Abu Rughaal

O sincere sons of Libya’s army!

How long will you continue silent and motionless without making a move that Allah and His Messenger love!! Is it not time that your hearts submit to the command of Allah? Do you not love to make a shining history for yourselves as the supporters (ansaar) of the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم did!? We call upon you to overthrow the Gaddafi regime, and support the people of Libya, and to work with Hizb ut-Tahrir, which you know and whose members you know well – so as to declare Libya as a Khilafah on the model of prophethood, which will bring Islam back to this world, with its doctrine and system. Thus, you bring to yourselves glory in this world, but what you will have with Allah is greater.

 

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ

“Indeed, those who resist Allah and His Messenger will be among the most humiliated.” [Al-Mujaadila, 58:20]

 

Osman Bakhash
Director, Central Media Office
Hizb ut-Tahrir

18 Rabi al-Awal 1432H
21 February 2011

 

* Ibn Ishaq said: Al-Lat was a ‘sacred’ House in Ta’if, it was to them just as the Ka’ bah was to the rest of the Arabs. They sent a man called Abu Rughal to show him (Abraha, leader of the people of the Elephant) the way to Mecca. They went on till they arrived at a place called Al-Maghmas where Abu Rughal died. Abu Rughal was buried there and afterwards, and the Arabs used to stone his grave.


Calendar

Disember 2017
J S A I S R K
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 112,743 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: