apo nak dikato

Khilafah Centre (Pejabat Urusan HTM)

Assalamualaikum.

Anda mempunyai persoalan tentang Hizbut Tahrir? Terlalu banyak persoalan dan kekeliruan terhadap Hizbut Tahrir yang bermain di fikiran anda? Atau anda sering mendengar tentang kesesatan Hizbut Tahrir melalui ceramah dan pengisian yang diberikan oleh penceramah di kawasan anda? Barangkali anda telah terbaca artikel yang “membongkar selubung Hizbut Tahrir”? Anda pernah melihat pihak Hizbut Tahrir menjalankan demonstrasi dan ingin mengenali mereka secara lebih lanjut? Ataupun anda sering menerima risalah “Soutun Nahdhah” edaran Hizbut Tahrir Malaysia pada setiap hari Jumaat di masjid anda, lalu ingin mengetahui fikrah dan thariqah yang mereka bawa secara lebih mendalam?

Jika anda menjawab “YA” pada salah satu atau sebahagian daripada persoalan ini, maka dengan segala hormatnya dipersilakan untuk hadir bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak Hizbut Tahrir Malaysia sendiri di Pejabat Urusan mereka yang bertempat di No. 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Khilafah Centre juga boleh dihubungi melalui nombor telefon/faksimili 03-89223149. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk berkunjung, anda juga boleh melawat laman web rasmi mereka iaitu http://www.mykhilafah.com (Laman Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia) atau bertemu terus dengan syabab (aktivis Hizbut Tahrir) berhampiran.

Insya Allah, para syabab (aktivis Hizbut Tahrir) sentiasa terbuka kepada perbincangan sihat dan pertukaran pendapat serta menyampaikan maklumat. Janganlah anda membuat kesimpulan sendiri atau menerima bulat-bulat semua yang diceritakan sebelum anda melakukan tabayyun (clarification) / mencari kepastian terhadap persoalan dan persepsi yang anda terima daripada pihak ketiga. Hal ini bertepatan dengan apa yang dinukilkan dalam ayat berikut;

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [al-Hujurat: ayat 6]

Wallahua’lam.

Berikut merupakan link berkaitan dengan Khilafah Centre (Pejabat Urusan Hizbut Tahrir Malaysia)

HTM Lancar Pejabat Urusan di Khilafah Centre – (http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1664-htm-lancar-pejabat-urusan-di-khilafah-centre)

Wikimapia – Khilafah Centre (Hizbut Tahrir Malaysia) – (http://wikimapia.org/11518065/Khilafah-Centre-Hizbut-Tahrir-Malaysia-Office)

Youtube – Perasmian Khilafah Centre – (http://www.youtube.com/watch?v=pULiJFz6ByY&feature=related)

3 Respons to "Khilafah Centre (Pejabat Urusan HTM)"

salam….

saudara ,,saya ingin bertanya mengapa saya tidak dapat melayari laman web mykhilafah..adakah ia ditutup @sebagainya…mohon maklumat…..

Assalamualaikum. Maaf, saya dimaklumkan bahawa laman web mykhilafah sedang berdepan dengan sedikit masalah teknikal. Insya Allah sedang diperbaik dan akan beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat… Terima kasih atas sokongan dan kunjungan yang dilakukan.

Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2016
F S S M T W T
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: