Archive for September 14th, 2009
Malas Petanda Awal Kegagalan
Posted September 14, 2009
on:- In: santai | tsaqafah
- Tinggalkan Komen
Assalamualaikum.
“malas petanda awal kegagalan”
Demikianlah perkataan yang tertulis di dinding sebuah rak buku di sebuah bilik. Termenung sekejap saya dibuatnya. Walaupun mesejnya ringkas dan kita semua sudah sedia maklum mengenainya, namun ayat tersebut benar-benar memberikan kesan kepada diri saya. Maklumlah, manusia ni kan pelupa (bukan Melayu je tau yang mudah lupa) – perlu diberikan peringatan demi peringatan supaya tidak hanyut dibawa arus kehidupan. Usahkan perkara yang besar, benda yang remeh seperti di mana kunci bilik pun kadang-kadang ada juga yang boleh terlupa. Apatah lagi tentang kewajipan yang telah sekian lama dilalaikan.
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada penulis (merangkap seorang pengamal vandalisme – part ni yang tak baik, jangan ikut tau) atas nasihat yang diberikan. Kini semangat yang semakin pudar kembali membara semula. Dengan berbekalkan semangat ini, saya akan berusaha menangani kekecewaan dan juga seribu satu permasalahan yang sedang saya hadapi pada waktu ini. Moga-moga urusan saya dipermudahkan. Banyak sungguh dugaan yang melanda. Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini, Allah telah mempermudahkan saya dalam menghadapinya satu persatu.
Bila difikirkan semula, barangkali inilah antara punca mengapa umat Islam pada hari ini terkebelakang dan berada dalam “kegagalan”. Kerana umatnya semakin “malas” berfikir dan mengambil tahu darihal saudara seagama mereka. Jika adapun yang prihatin, tidak ramai pula yang terdorong untuk melakukan sesuatu bagi merubah kedudukan ini. Dalam kalangan yang bertindak ini pula, tiada tindakan yang tuntas mampu diambil. Ada juga yang berusaha bersungguh-sungguh, namun tidak terdaya kerana keterbatasan dari segi kemampuan. Para penguasa pula disibukkan dengan urusan masing-masing, akhirnya umat Islam terpecah kepada berbilang negara – yang tidak sama sekali mampu untuk menangani tekanan dan juga penindasan baik dari dalam mahupun dari luar. Rasanya tak perlu bagi saya untuk “mensyarahkan” secara panjang lebar mengenai peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” agar kita menyedari peri pentingnya kesatuan dalam menghadapi segala macam cabaran. Baca baki entri ini »