apo nak dikato

Posts Tagged ‘taubat

Assalamualaikum, selang beberapa hari yang lalu saya menerima sebuah SMS yang membawa berita yang mendukacitakan. Seorang senior saya telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi penyakit yang dialaminya di HKL pada jam 7.15 petang. Dalam keadaan yang keletihan setelah menjalani hari yang sibuk, diri saya seolah-olah tersentak dan terdiam seribu bahasa.  “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun…”

baqarah156(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” [al-Baqarah (2) : 156]

Saya tidak begitu rapat dengan arwah, tetapi kami saling mengenali dan pernah berbual beberapa kali ketika beliau masih menuntut di universiti terutamanya apabila Balai Islam kolej bersidang (Balai Islam merupakan sebuah jawatankuasa yang menguruskan aktiviti surau kolej dan hal-hal penghuni Muslim). Setelah arwah tamat pengajian, kami tidak lagi berhubungan kerana masing-masing terikat dengan komitmen tersendiri. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal dunia, saya telah menerima makluman daripada seorang lagi senior saya, bahawa arwah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jangkitan pada sistem pernafasannya (atypical pneumonia). Namun setelah beberapa hari, keadaan bertambah buruk dan beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Di HKL, beliau telah disahkan menghidap penyakit tuberkulosis dan telah menerima rawatan baginya. Malangnya badannya tidak dapat menerima kesan ubat tersebut dan beliau telah dikejarkan ke Institut Perubatan Respiratori bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.  Rawatan asal dihentikan dan digantikan dengan alternatif lain. Keadaan arwah bertambah baik dan beliau dibenarkan pulang.  Selama dua bulan keadaan arwah semakin baik dan pulih. Saya tak berkesempatan untuk menziarahi arwah kerana ketika itu saya sedang berada di Banting untuk posting Primary Care Medicine selama sebulan.

Baca baki entri ini »

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.

Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”

[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

Baca baki entri ini »

“Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

“Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

“Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

“Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Baca baki entri ini »


Calendar

Jun 2017
J S A I S R K
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 110,477 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: