apo nak dikato

Mencari Malam al-Qadar (Lailatul Qadar)

Posted on: September 11, 2009

1. Assalamualaikum, cepat benar masa berlalu. Kini kita sudah memasuki fasa sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Pada fasa ini jugalah kita dianugerahkan Allah SWT dengan sebuah nikmat yang teramat besar, iaitu malam al-Qadar. Dengan penuh kesedaran dan rendah diri, saya menyeru supaya kita semua bersama-sama berusaha gigih dalam memperbanyak amalan-amalan pada khasnya malam-malam ganjil dalam tempoh 10 malam terakhir ini. Namun, tidak bererti pada malam-malam lain kita lalai pula ya.

2. Rasanya sudah banyak artikel-artikel, ceramah, dan juga majlis ilmu yang membicarakan tentang malam al-Qadar serta perihal mengenainya. Tidak kurang juga yang membawakan pelbagai mitos serta amalan yang lari daripada garis panduan syarak. Justeru, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk memberikan huraian dan syarah secara mendalam mengenai lailatul qadar. Sebaliknya sekadar ingin mendorong supaya kita semua, khasnya tangan yang sedang menaip ini dan juga mata yang sedang membaca penulisan ini, agar berusaha menghidupkan amalan semampu mungkin sepanjang fasa 10 malam terakhir ini, insya Allah.

3. Dalam masa yang sama, jangan pula kita mengabaikan kewajipan yang lain. Saya dapati ada sebilangan orang (semoga Allah mengampunkan kita semua), begitu bersemangat apabila menceritakan tentang lailatul qadar serta keajaiban yang terjadi pada malam tersebut (yang kebanyakannya diambil daripada sumber yang tidak berasas), sedangkan amal yang wajib pun tidak terurus apatah lagi ibadah sunat. Sikap sebegini hendaklah dijauhkan daripada diri kita semua. Jangan sampai amalan puasa kita menjadi sia-sia dan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.

4. Ketika kecil dahulu, saya seringkali mendengar kisah-kisah daripada kenalan, mengenai tanda-tanda malam al-Qadar. Ada yang benar sebagaimana yang dicatatkan oleh nas, manakala sebahagian yang lainnya pula ditokok tambah tanpa sebarang nas. Misalnya pokok sujud, air paip menjadi beku, munculnya seorang tua berjubah putih, dan sebagainya. Sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati dalam menerima perkhabaran sedemikian. Dalam masa yang sama, perbetulkan niat kita, bahawasanya kita bukannya berusaha mencari keajaiban yang dikatakan berlaku pada malam tersebut. Sebaliknya kita mengejar keredhaan Allah serta berusaha mendapatkan doa yang makbul pada malam tersebut.

5. Bagi mereka yang berminat hendak mengetahui lebih lanjut tentang pembahasan mengenai tanda-tanda malam al-Qadar, sila klik di SINI bagi membaca artikel berkaitan yang ditulis oleh seorang penulis profilik yang telah banyak menerbitkan buku-buku ilmiah yang tersebar luas di pasaran. Dalam artikel tersebut, beliau memetik Q&A yang dijawab oleh Syeikh Soleh Uthaimeen (Asy-Syaikh Al-’Allamah Al-Faqih Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin -rahimahullah-)

6. Artikel berikut juga baik untuk dijadikan pembacaan mengenai lailatul qadar. Sila klik di SINI untuk membaca artikel “Lailatul Qadar dan Perihalnya” yang ditulis oleh Ustaz Emran bin Ahmad. Sekalung penghargaan kepada beliau, dan semoga Allah memberkati segala sumbangannya di jalan Allah. Ameen.

7. Marilah kita menyahut seruan Nabi Muhammad SAW, junjungan mulia, berdasarkan hadis ini:

“Carilah (lailatulqadr) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”

Hadis Riwayat Muslim

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,  [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?  [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

8. Pesan seorang kenalan saya, Lailatul Qadar bukanlah sekadar dinanti, bahkan perlu dicari, sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang telah dipetik tadi…  Justeru, marilah kita mencari malam al-Qadar…

9. Antara amalan-amalan yang dianjurkan (berdasarkan sunnah Rasulullah SAW) dalam menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan (sumber):

* Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman. Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: “Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)

* Melakukan iktikaf. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

* Membanyakkan doa. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Fastabiqul Khairat~

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2009
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: