apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Seminar 26 Julai – Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 13, 2009

Assalamualaikum..
Anda semua dijemput untuk menghadiri Seminar Terbuka:

Tarikh : 26hb Julai 2009 bersamaan 4hb Sya’ban 1430 H
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor
Aktiviti : seminar, pameran khilafah, tayangan multimedia, jualan buku, vcd dan cenderahati

Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir
Masuk adalah percuma

Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

Sedikit review untuk seminar ini:

  1. Seminar ini akan membawa perbincangan tentang realiti demokrasi dan keharamannya. Realiti yang dimaksudkan di sini adalah definisi demokrasi, sejarahnya, konsepnya, janji manisnya, penipuan dan kerosakan serta kedurjanaan yg dibawanya selama ini. Juga akan terangkan bagaimana umat Islam selama ini ‘tertipu’ oleh demokrasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

  2. Selepas tu, akan diterangkan tentang keharaman demokrasi dengan nas-nas syarak yang jelas.
    Seminar ini juga akan menerangkan perbezaan antara demokrasi dengan Islam, khususnya dengan syura. Kita juga akan terangkan pendapat ulama yang mengambil demokrasi berdasaran kaedah syara’ yang salah. Juga akan dibedah, didedah dan diperjelaskan bagaimana kaedah yang salah ini telah dipergunakan oleh umat Islam untuk menghalalkan demokrasi.

  3. Seterusnya akan dterangkan tentang sistem Khilafah yang bertentangan sama sekali dengan demokrasi. Membongkarkan ketakutan Barat terhadap Khilafah dan usaha mereka agar umat Islam tetap berpegang kepada demokrasi. Akan diterangkan bagaimana Khilafah dahulu menjadi peneraju dan penyelamat dunia termasuk pendedahan kisah kehidupan orang-orang kafir zimmi di dalam Daulah yang sayangkan Daulah Islam. Daulah menjaga mereka sepertimana hak-hak kaum muslimin berbeza dengan realiti hari ini yang mana Barat menindas umat Islam yang ada di negara mereka.

  4. Akhirnya adalah pendedahan bahawa di seluruh dunia umat Islam sudah mula sedar bahawa demokrasi hanyalah menipu dan menindas mereka. Disertakan bersama bukti-bukti bahawa umat Islam di seluruh dunia telah mula menolak demokrasi dan mencari alternative lain iaitu Khilafah. Hanya Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat dan usaha untuk mengembalikan Khilafah semula memerlukan sokongan dari seluruh umat Islam.

Jadi, marilah kita beramai-ramai, membawa rakan taulan ke seminar ini yang sungguh menarik ini. InsyaAllah akan membawa pendedahan perspektif baru akan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil alamin di Malaysia dan di seluruh dunia.

seminar demokrasi dipenghujung hayat

seminar demokrasi dipenghujung hayat

Terima kasih kepada Faizal (syababtajdid) atas teks ini dan juga poster di atas

Dikirim dalam events | Tagged: , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Khilafah Conference 2009: Fall of Capitalism & Rise of Islam

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 22, 2009

HT America

Hizb ut-Tahrir America has organised a Khilafah Conference on Sunday 19th July 2009 at the Aqsa School, 7361 W 92nd Street, Bridgeview IL.60455


Visit the conference website for further details: http://www.khilafahconference2009.com/

Dikirim dalam events | Tagged: , , , , | 5 Komen »

Kematian itu Pasti – Belasungkawa

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 10, 2009

Assalamualaikum, selang beberapa hari yang lalu saya menerima sebuah SMS yang membawa berita yang mendukacitakan. Seorang senior saya telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi penyakit yang dialaminya di HKL pada jam 7.15 petang. Dalam keadaan yang keletihan setelah menjalani hari yang sibuk, diri saya seolah-olah tersentak dan terdiam seribu bahasa.  “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun…”

baqarah156(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” [al-Baqarah (2) : 156]

Saya tidak begitu rapat dengan arwah, tetapi kami saling mengenali dan pernah berbual beberapa kali ketika beliau masih menuntut di universiti terutamanya apabila Balai Islam kolej bersidang (Balai Islam merupakan sebuah jawatankuasa yang menguruskan aktiviti surau kolej dan hal-hal penghuni Muslim). Setelah arwah tamat pengajian, kami tidak lagi berhubungan kerana masing-masing terikat dengan komitmen tersendiri. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal dunia, saya telah menerima makluman daripada seorang lagi senior saya, bahawa arwah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jangkitan pada sistem pernafasannya (atypical pneumonia). Namun setelah beberapa hari, keadaan bertambah buruk dan beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Di HKL, beliau telah disahkan menghidap penyakit tuberkulosis dan telah menerima rawatan baginya. Malangnya badannya tidak dapat menerima kesan ubat tersebut dan beliau telah dikejarkan ke Institut Perubatan Respiratori bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.  Rawatan asal dihentikan dan digantikan dengan alternatif lain. Keadaan arwah bertambah baik dan beliau dibenarkan pulang.  Selama dua bulan keadaan arwah semakin baik dan pulih. Saya tak berkesempatan untuk menziarahi arwah kerana ketika itu saya sedang berada di Banting untuk posting Primary Care Medicine selama sebulan.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam issues, medic, santai | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Selamat Datang ke Alam Kampus

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 3, 2009

Assalamualaikum, penulisan entri pada kali ini ditujukan khas bagi adik-adik junior yang baru beberapa hari menjejakkan kaki ke alam kampus, mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan kepada kalian dalam menempuh hari-hari mendatang dan menyesuaikan diri dengan suasana baru yang berbeza dengan zaman sekolah kita dahulu. Insya Allah. Penulisan kali ini diolah berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri dan juga kisah-kisah serta pengajaran yang telah saya peroleh daripada senior-senior terdahulu.  Saya bukanlah seorang pakar mahupun kaunselor bertauliah, justeru setiap perkongsian saya ini adalah bersifat amatur dan boleh disanggah seadanya. Memandangkan perkongsian kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya, maka sudah semestinya tidak semua isinya applicable bagi kesemua freshies. Barangkali apa yang saya kongsikan itu hanya sesuai bagi pelajar perubatan semata-mata dan tidak terdapat pada kursus-kursus lain… Wallahu’alam.

Saya tidak berhasrat untuk bercerita mengenai aspek-aspek teknikal seperti pemilihan kursus, pendaftaran kelab/persatuan, pembayaran yuran,  dan sebagainya, kerana perkara-perkara tersebut sudah semestinya akan disentuh secara mendalam oleh pihak universiti dan juga pihak kolej khususnya sepanjang minggu orientasi ini. Oleh itu,  cukuplah jika saya nasihatkan supaya junior sekalian agar tidak teragak-agak untuk bertanya sekiranya terdapat sebarang kekeliruan mahupun pertanyaan.

Cuma ada satu perkara yang ingin saya tekankan kerana kita semua seringkali terlepas pandang mengenainya, iaitu tentang pengambilan biasiswa. Ketahuilah bahawa pinjaman PTPTN itu adalah haram di sisi syarak kerana mengandungi unsur-unsur riba’. Hanya sanya, riba’ tersebut telah dicantikkan dan cuba disembunyikan di sebalik istilah ‘caj perkhidmatan’. Untuk membaca lebih lanjut mengenai hakikat PTPTN di sisi Islam, sila klik link berikut:   Caj Perkhidmatan PTPTN – Halal atau haram? . Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita menjadikan hukum syarak sebagai garis panduan dalam setiap perbuatan kita. Janganlah kita berdolak-dalih dengan menggunakan hujah pragmatik semata-mata kerana hendak mewajarkan sesuatu yang telah haram di sisi Islam. Misalnya dengan berhujah, “Ala, JAKIM dan Majlis Fatwa dah kata OK, OK lah” tanpa menilai dengan teliti hujah balas di pihak yang berpegang kepada hukum haram. Ataupun berkata, “Kalau macam tu, macam mana orang-orang kampung yang susah tu nak sambung belajar? Kau budak medic boleh lah cakap camtu, sebab kau dapat biasiswa JPA,” tanpa menyedari bahawa yang mengurniakan rezeki itu bukanlah PTPTN tetapi Allah SWT. Saya mengenali secara peribadi, seorang sahabat yang sanggup mengikat perut, bertungkus-lumus mengumpul wang untuk membiayai perbelanjaan adiknya semata-mata untuk mengelakkan riba’ serta mencari keredhaan Allah. Jika beliau boleh berkorban sedemikian, mengapa pula kita tidak boleh? Takutlah kepada azab Allah yang menanti mereka yang engkar terhadap hukum Allah, sedangkan mereka mengetahuinya.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam events, issues, medic, santai | Tagged: , , , , , , , , , , , | 2 Komen »

Kolokium bersama HT (dikemaskini – link kepada Laporan)

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 2, 2009

Seringkali kita dengar tentang bagaimana kejamnya komunis di Tanah Melayu, membunuh dan menyiksa penduduk Tanah Melayu. Namun jarang kita dengar kekejaman Kapitalis yang menjajah, merampas dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Tanah Melayu. Inilah akibat propaganda yang berjaya masuk ke dalam pemikiran penduduk Malaysia ketika ini, komunis dicaci dan dibenci tapi kapitalis dipuji. Nantikan diskusi dengan panel dari HTM untuk permasalahan ini. Datanglah ke Kolokium kami.

Laporan Kolokium – Sila KLIK

Kolokium bersama HT: Komunis Ditentang, Kapitalis Ditatang

Kolokium bersama HT: Komunis Ditentang, Kapitalis Ditatang

Sukacita dijemput Muslimin dan Muslimat ke Kolokium Bersama Hizbut Tahrir yang akan diadakan pada:

Tarikh : AHAD, 5 JULAI 2009

Masa : 9.00 pagi

Tempat : KHILAFAH CENTER, SEKSYEN 7

Alamat : NO. 47–1 , JALAN 7/7A, SEK.7, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

(BERTENTANGAN BANGUNAN DENGAN RESTORAN SUP URAT KETIN (uk))

Penyertaan adalah PERCUMA.

Jemputlah datang beramai-ramai.

Anjuran : HIZBUT TAHRIR MALAYSIA – Cawangan Kuala Lumpur.
Segala pertanyaan sila email ke ahmus@yahoo.com

Kolokium bersama HT – Komunis ditentang, Kapitalis ditatang

Dikirim dalam events, issues | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Ceramah Perdana: Sistem Khilafah Islam (dikemaskini – Link kepada laporan)

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 24, 2009

Assalamualaikum,

Ceramah Perdana : Sistem Khilafah Islam

Disampaikan oleh Ustaz Abdul Hakim Othman

Tempat: Surau Bangi Perdana, Seksyen 3 Tambahan, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi.

Tarikh : 28 Jun 2009 (AHAD)

Masa : 8.00 malam – 10.00 malam


Laporan Ceramah Perdana – Khilafah adalah Kewajipan*


mapsuraubangiperdana1

Muslimin dan Muslimah dijemput hadir bagi

mengimarahkan lagi majlis ilmu ini.

Jualan dan Pameran juga dibuka

* tajuk ceramah yang sebenar.

Dikirim dalam events | Tagged: , , , , , , , , | 2 Komen »

Tazkirah Ringkas Menjelang Ramadhan yang Dirindui…

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 23, 2009

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.

Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”

[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam events, tsaqafah | Tagged: , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’.

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 23, 2009

Assalamualaikum,

Convicted extremists set up underground Hizb ut-Tahrir network in Uzbekistan prison

Interfax-Religion 19 June 2009

Tashkent. A group of convicted Hizb ut-Tahrir extremists, who continued their illegal activities in prison, has been uncovered in Uzbekistan.

“A group of convicted extremists from the Hizb ut-Tahrir banned religious organization continued to engage in unlawful activities by setting up an underground network at the detention facility 64/29 in Navoiy region [western Uzbekistan],” a law enforcement source told Interfax.

“Twelve members of the banned Hizb ut-Tahrir organization, sentenced to between 9 and 13 years of imprisonment, found themselves on the dock again for continuing their activity while in prison,” the source said (…)
Source: EuropeNews

Subhanallah, demikianlah kesungguhan para daie di sana dalam menyebarkan risalah Islam. Biarpun dikurung dan ditindas, dakwah tetap berjalan tanpa mengira keadaan, tempat dan waktu. Hatta di penjara sekalipun, para syabab saudara seakidah kita tetap gigih menyampaikan risalah Islam demi menegakkan Islam dan meruntuhkan kezaliman rejim Karimov yang sekular. Ibarat pepatah ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’, demikianlah dapat kita gambarkan kesungguhan dan keikhlasan para daie di sana. Sikap sebeginilah yang seharusnya dicontohi oleh kita semua – khususnya tangan yang menaip dan juga mata-mata yang sedang membaca artikel ini. Janganlah kerana tidak mahu ditimpa kesusahan, kita sanggup berkompromi dan membiarkan sahaja pelanggaran syarak berleluasa di sekitar kita. Janganlah kerana khuatir akan dipulaukan, maka kita diamkan sahaja maksiat dan dosa yang dilakukan. Firman Allah SWT;

ankabut2

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? [al-Ankabut: 2]

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam events, issues | Tagged: , , , , | 2 Komen »

SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM: Pontian 21 Jun 09

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 19, 2009

Seminar Penghayatan Islam: Menyelusuri Kebangkitan Islam yang Dijanjikan

Seminar Penghayatan Islam: Menyelusuri Kebangkitan Islam yang Dijanjikan

Tempat: Delima Hall, Hotel Pontian, Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian

Tarikh : 21 Jun 2009 (AHAD)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

Muslimin dan Muslimah dijemput hadir bagi

mengimarahkan lagi majlis ilmu ini.

Dikirim dalam events | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Geopolitik: Asia Selatan Medan Baru bagi AS

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 4, 2009

Assalamualaikum…

basmalah

annaml50

“Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyadari.” an-Naml ayat 50

Assalamualaikum

Kebelakangan ini saya jarang sekali berkesempatan untuk menonton berita. Namun saya dapati krisis yang melanda umat Islam di Lembah Swat Pakistan tidak begitu mendapat perhatian daripada media tempatan. Wallahu’alam, barangkali ada, tetapi saya tak perasan kerana sudah jarang menonton berita mahupun membaca akhbar. Sedangkan isu ini teramatlah dekat di hati kita kerana di sana umat Islam sedang dilagakan sesama mereka demi kepentingan geopolitik Amerika. Tentera Pakistan dikerah menentang pejuang Islam, dan orang awam mati terpijak di tengah-tengah. Akhirnya umat Islam juga yang rugi dan kehilangan nyawa tanpa mengira di pihak mana sekalipun mereka berada. Sedangkan Amerika pula dengan mudahnya berjaya memperalat Pakistan sebagai bidak catur yang sedia dikorbankan.

Hasrat Amerika untuk menguasai senario geopolitik di Asia Selatan jelas terbukti dengan segala polisi-polisi yang diterapkan oleh pentadbiran Bush dan diwarisi serta diperhebat ketika di zaman Obama. Bermula dengan penambahan jumlah tentera di Afghanistan, diikuti dengan pengeboman demi pengeboman di Lembah Swat, kini Amerika melanjutkan lagi kesengsaraan umat Islam di sana dengan mengerah tentera Pakistan untuk menyekat mujahideen daripada menyerang kepentingan AS dan sekutunya di Afghanistan. Hasilnya, beribu-ribu orang hilang tempat tinggal, wanita-wanita Islam dibiarkan tanpa perlindungan, orang-orang tua dan kanak-kanak berada dalam ketakutan dan putus asa dan tidak terhitung lagi bilangan keluarga yang menderita. Rumah, pasar, sekolah dan kedai-kedai bertukar menjadi reruntuhan dan darah kaum Muslimin ditumpahkan tanpa henti.[1]

Inilah ‘harga’ yang perlu dibayar oleh kaum Muslimin. Sedangkan dalam masa yang sama, umat Islam di kawasan lain disibukkan dengan isu-isu perebutan kuasa, pengkhianatan, serta lain-lain isu yang merugikan.
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam events, issues | Tagged: , , , , , , , , , | 6 Komen »