apo nak dikato

Archive for the ‘history’ Category

– Syaikh Muhammad Hasan, Mesir, Februari 2011
– Syaikh Abdullah Nahari, Mesir, April 2011
– Syaikh Abdul Majid Al-Zindani, Yaman, Mac 2011
– Syaikh Al-Zaghby, Mesir, Mac 2011
– Syaikh Dr. Hazim Shawman, Mesir, Mac 2011
– Syaikh Hatim Farid, Masjid Bilal, Alexandria Mesir, April 2011
– Syaikh Hazim Salah, Mesir, Februari 2011
– Syaikh Ali bin Hajj, Algeria, Oktober 2010
– Syaikh Nadir Al-Tamimi, Palestina, Mac 2011

Advertisements

Assalamualaikum,

1. Hari ini telah genap 87 tahun semenjak khalifah terakhir dipecat dan sistem khilafah Islam dimansuhkan secara rasminya oleh Kemal Atarturk lalu digantikan dengan sistem sekular yang bersifat kebangsaan.

2. Bermula dengan runtuhnya khilafah, satu demi satu ikatan Islam terungkai sebagaimana yang telah dinukilkan dalam hadis berikut:

 

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Daripada Abi Umamah al-Bahiliy daripada Rasulullah s.a.w. yang bersabda:

“Pasti akan dileraikan ikatan/simpulan islam, satu persatu. Maka setiap kali terlerainya satu simpulan, manusia bergantung ke simpulan yang berikutnya, dan simpulan pertama yang dirungkaikan ialah al-Hukmu dan yang akhir sekali ialah Solat.”

3. 3 Mac bukanlah sekadar tarikh meratapi keruntuhan khilafah semata-mata, sebaliknya ia merupakan pemangkin agar kita terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula khilafah yang menerapkan syariat Islam serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah dan jihad. [Sila rujuk penulisan saya sebelum ini, 3 Mac 1924 – Iktibar dan Pemangkin Kebangkitan]

4. Usaha menegakkan kembali khilafah bukanlah usaha duniawi semata-mata tanpa mempunyai ‘ruh’ Islam. Hakikatnya yang menjadi pendorong kepada kita semua untuk berusaha adalah kerana kesedaran kita terhadap hubungan kita dengan Pencipta serta keterikatan kita kepada hukum syarak. Tanpa menyedari hakikat ini, kita akan hanya berusaha demi mengembalikan kegemilangan duniawi serta berusaha meraih manfaat semata-mata. Sedangkan hakikatnya matlamat kita jauh lebih mulia daripada itu, iaitu untuk mengembalikan kehidupan Islam serta meraih keredhaan Allah SWT.

5. Ada pihak yang menentang usaha mengembalikan semula khilafah, dengan bermacam-macam hujah dan bermacam-macam dalil. Ada juga yang memperlekeh serta meremehkan usaha yang dilakukan, serta mendakwa bahawa usaha sebegini bersifat utopia, dan tidak berpijak di alam nyata.

6. Nasihat saya, usah dilayan provokasi-provokasi sedemikian. Teruskan kerja kita dengan penuh dedikasi.

7. Ada pula yang berpegang bahawa khilafah itu merupakan anugerah Allah, dan kita tak perlu berusaha ke arahnya. Mereka mendakwa kita menjadikan khilafah sebagai matlamat hidup. Sedangkan matlamat kita adalah untuk mengembalikan kehidupan Islam. Khilafah bukan tujuan hidup. Sila rujuk penulisan saya sebelum ini, Khilafah Bukan Tujuan Dakwah.

8. Semoga 3 Mac 2011 merupakan tahun terakhir kita mengenang kejatuhan daulah khilafah Islam. Semoga khilafah kedua atas minhaj kenabian akan segera kembali menaungi dan menyatukan umat Islam seluruh dunia di bawah satu kepimpinan yang ikhlas dan bertaqwa. Ameen.

9. Janji Allah dan Rasul-Nya itu merupakan satu kepastian.

عَنِ النُّعْمَانِ بنِ بَشِيرٍ قَالَ: كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ – وَكَانَ بَشِيرٌ رَجُلاً يَكُفُّ حَدِيثَهُ- فَجَاءَ أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ فَقَالَ: يَا بَشِيرُ

بْنَ سَعْدٍ! أَتَحْفَظُ حَدِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الأُمَرَاءِ؟ فَقَالَ حُذَيْفَةُ: أَنَا أَحْفَظُ خُطْبَتَهُ، فَجَلَسَ أَبُو ثَعْلَبَةَ فَقَالَ

حُذَيْفَةُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا،

ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا

فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّاً، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ

يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ، ثُمَّ سَكَتَ

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

Jemputan Ke Mini Seminar anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia: “KEJATUHAN SISTEM ISLAM: BERMULANYA EPISOD LUKA KEHIDUPAN WANITA…..”
Siapakah Petualang Yang Menjadi Dalang Dalam Peristiwa Ini?
Tarikh: 5 MAC 2011 (SABTU)
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tghr
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Tel/Fax: 03-8922 3149

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma


Sumber: mykhilafah.com (HTM Perjelas Revolusi Arab, Benar Atau Salah)

Sila klik gambar untuk membaca artikel asal di laman mykhilafah.com

 

BANDAR BARU BANGI – Lebih 150 orang peserta telah memenuhi Bilik Seminar Khilafah Centre di sini Ahad lalu sebagai tanda perihatin mengenai isu revolusi Arab yang semakin memuncak kini. Hadhirin nampaknya teruja ingin mengetahui penyelesaian hakiki dari perspektif Islam yang dibincangkan pada Munaqashah (Diskusi) bertajuk “Revolusi Arab – Kebangkitan Benar atau Salah” anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan kerjasama Khilafah Centre (KC).

Tanpa mengira peringkat umur dan latarbelakang, kehadiran peserta agak ramai kali ini sehingga memenuhi semua tempat duduk yg disediakan hingga ada yang terpaksa duduk ditangga. Namun itu tidak menjadi halangan bagi mereka untuk mendengar penjelasan dan analisis yang disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Ust Abu Hafiz Ismail selaku Ketua HTM Kawasan Bangi dan Ust Abdul Hakim yang juga merupakan Presiden HTM.

Abu Hafiz membawa peserta mengimbau lintasan sejarah negara-negara umat Islam yang telah dan sedang bergolak seperti Iran, Arab Saudi, Iraq, Indonesia hingga ke Tunisia, Mesir dan terakhir dan paling menyayat hati adalah Libya. “Semua negara ini pernah berada di bawah naungan Daulah Khilafah yang kemudiannya diganti oleh sistem beraja dan demokrasi hasil penjajahan kuffar dan pengkhianatan pemimpin umat Islam itu sendiri”, ujar Abu Hafiz.

Namun apa yang berlaku sebenarnya terutama di Tunisia, Mesir dan Libya hanya reformasi dalam bentuk perubahan pemimpin, bukannya sistem. Beliau juga menjelaskan kepada peserta berhubung campurtangan Barat yang sentiasa mencari pengaruh di seluruh pelusuk dunia terutama Timur Tengah yang menjadi laluan sutera (the silk road) serta ketakutan Barat akan kembalinya Khilafah Islamiyyah. Oleh kerana itulah, Barat tidak pernah leka dengan situasi yang berlaku di negara-negara tersebut dan cuba meletakkan ajennya yang lain sebagai pemimpin.

Majlis dihangatkan lagi dengan wawancara dengan salah seorang pelajar Malaysia di Mesir iaitu Saudara Azizi yang menceritakan pengalaman beliau sendiri belajar di sana dan realiti kehidupan sebenar di bawah pemerintahan Hosni Mubarak sebelum ini. Para peserta Munaqashah juga diselitkan dengan tayangan video yang merupakan temubual Press TV bersama dengan Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Osman Bakhach mengenai perkembangan terkini di Libya.

Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman pula dalam ucapannya mengatakan, memang telah berlaku suatu kebangkitan di negara-negara Arab tersebut dan ini merupakan satu perkembangan yang amat positif terhadap kebangkitan Islam. Sayangnya sebahagian besar umat Islam yang bangkit itu bukan untuk merubah sistem, tetapi kerana kebangkitan emosi yang ingin menumbangkan rejim sedia ada. “Kebangkitan hakiki ialah adalah apabila umat Islam itu ingin berubah dari segi pemikiran yakni pandangan hidup yang berasaskan akidah dan sistem, dari sistem kufur menuju sistem Islam. Inilah kebangkitan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW, yakni merubah akidah manusia dan sistem hidup manusia, dari kekufuran menuju Islam” katanya dengan penuh semangat.

Abdul Hakim seterusnya menekankan kepentingan pemahaman umat yang jernih mengenai ‘thalabun nusrah’ sebagai usaha Rasulullah dan menjadi hukum syarak ke atas umat Islam di dalam perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Thalabun Nusrah yang diperolehi dari ahlul quwwah inilah sebenarnya yang akan dapat merubah kepimpinan sekular yang ada sekarang kepada kepimpinan Khilafah” jelasnya.

SN Keluaran 25 Februari 2011 - MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

Seperti biasa, Munaqashah diakhir dengan bacaan doa dan majlis bersurai kira-kira jam 1.30 petang.

Sebahagian daripada paparan yang pasti sukar ditemui dalam media arus perdana. Wallahua’lam.

Nota: Video memaparkan seruan khilafah dalam bahasa Arab. Antara intipatinya:

1) Memuhasabah Ben Ali (mantan presiden Tunisia) dan penguasa Arab yang lain atas sikap mereka yang membisu terhadap penindasan Israel serta ketundukan mereka kepada neo-imperialis Amerika.

2) Disahut dengan laungan menentang campur tangan asing (recourse) terhadap isu ini. Sebaliknya menyeru kepada khilafah sebagai penyelesaian.

3) Para demonstran diberikan peringatan oleh jurucakap supaya menjalankan masirah (tunjuk perasaan secara aman) dengan tertib.

4) Terdapat placard yang memaparkan “Tidak kepada demokrasi, Tidak kepada Kapitalisme, Ya kepada Khilafah Islam”

5) Sewaktu berarak, para demonstran melaungkan “Kami akan berkorban dengan darah dan nyawa kami, demi Islam!” dan disulami gemaan “Khilafah! Khilafah! Khilafah!”

6) Apabila para demonstran bersemuka dengan anggota tentera yang sedang berkawal, mereka memuhasabah seraya berkata;

“Wahai tentera kaum Muslimin!”

“Di manakah kalian di Palestin? Di manakah kalian di Iraq?”

“Bebaskan dirimu dari belenggu penguasa, laksanakan kewajipanmu!”

“Wahai tentera kaum Muslimin, kami bersedia untuk bersama kalian – dengan darah, jiwa dan anak-anak kami!”

“Runtuhkanlah rejim-rejim yang menggigit dan dokonglah perlantikan pemimpin yang menyatukan umat Islam!”

 

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: HiJRAH-BUKAN SEKADAR LINTASAN SEJARAH; TETAPI HUKUM YANG MASIH BERJALAN

Tarikh: Ahad, 5 Disember 2010
Masa: 8:30 pagi – 01:00 ptg
Tempat: Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Assalamualaikum, umum rata-ratanya tidak mengetahui apakah signifikan di sebalik tarikh tersebut. Bahkan saya percaya kebanyakan pengunjung masih belum dilahirkan pada tahun tersebut. Ketahuilah bahawa tarikh tersebut merupakan titik hitam yang menandakan bermulanya malapetaka dan kesengsaraan umat Islam dengan jatuhnya daulah khilafah Islam yang terakhir, iaitu Turki Uthmaniyyah. Kini 86 tahun sudah berlalu, dan selama itu jugalah umat Islam telah hidup menderita ibarat anak ayam yang kehilangan ibunya. Dalam keadaan yang lemah dan berpecah-belah ini, musuh-musuh Islam telah mengambil kesempatan seluas-luasnya untuk menindas umat dan memerah kekayaan serta hasil mahsul yang melimpah ruah di bumi milik umat Islam. Kita juga telah menyaksikan betapa kita semua telah dipecah-belahkan menjadi negara-negara kecil, lemah dan tidak berdaya untuk membela diri apabila berdepan dengan penindasan. Selebihnya adalah sejarah yang kita semua telah sedia maklum melalui realiti yang kita hadapi pada hari ini serta paparan berita-berita malang yang saban hari ditayangkan di kaca televisyen, media elektronik, dan juga media cetak.

Ramai yang mempertikaikan, dan tidak kurang juga yang memperlekehkan sebarang usaha untuk mengembalikan kemuliaan deen ini yang meliputi aspek pemerintahan. Sebahagian mereka berandaian bahawa usaha sebegini tidak lebih daripada sekadar mimpi indah di siang hari yang mustahil akan tercapai. Ada pula yang pasrah menerima apa yang sedang menimpa kita semua lalu bergantung harap kepada ketibaan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa al-Masih tanpa sebarang usaha. Manakala yang lain pula berandaian bahawa khilafah itu merupakan anugerah kepada insan yang beriman dan beramal soleh, oleh itu tidak perlu bagi kita berusaha ke arah menegakkannya. Sebaliknya cukuplah dengan memfokus kepada soal akidah dan ibadah mahdhah semata-mata. Dan selebihnya pula mengambil sikap endah tak endah berkenaan isu ini, bahkan paling menyedihkan ada juga yang menentang sebarang usaha sebegini kerana khuatir kepentingan diri terancam.

Demikianlah serba ringkas mengenai tanggapan ataupun persepsi umat terhadap isu ini. Sungguhpun masih ramai yang pesimis terhadap perjuangan ini, dan tidak kurang juga yang menentang sebarang usaha ke arahnya, namun saban hari seruan ini semakin lantang berkumandang di segenap pelusuk dunia Islam. Kekuatan demi kekuatan mulai terbina atas batu asas yang telah ditegakkan berpandukan thariqah dakwah Rasulullah SAW. Umat semakin hari semakin menyedari akan kewajipan ini. Biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan, sekatan dan karenah umat, namun perjuangan ini tetap akan diteruskan.

3 Mac bukanlah tarikh bagi mengenang nostalgia kegemilangan silam dan sekadar menangisinya. Sebaliknya tarikh ini menjadi iktibar kepada kita semua dan seterusnya bertindak sebagai pemangkin bagi kita semua dalam menuju kebangkitan. Perjuangan ini bukanlah sekadar perjuangan politik yang kosong tanpa sebarang nilai ruhiyah. Bahkan sebaliknya perjuangan ini tertegak atas kesedaran bahawa kita semua terikat dengan hukum syarak yang menjadi bukti ketaatan kita kepada-Nya. Iman bukanlah sekadar keyakinan, iman perlu dibuktikan dengan amal. Dan amal pula tidak terhenti setakat ibadah mahdhah dan akhlak yang mulia. Cukuplah 86 tahun yang kelam dalam sejarah umat Islam. Marilah kita bersama-sama merapatkan saf perjuangan bagi mengembalikan kemuliaan deen Allah ini.

Kewajipan mengembalikan syariah di bawah naungan khilafah sama seperti wajibnya kita menunaikan solat, membayar zakat, dan kewajipan yang lainnya. Baik fardhu ain, mahupun fardhu kifayah, kedua-duanya tetap merupakan kewajipan. Yang membezakannya hanyalah sejauhmana kemampuan kita dalam memainkan peranan kita semua. Jangan sampai kita termasuk dalam golongan yang kerugian dan ketinggalan dalam mengejar peluang untuk berbakti kepada ad-deen ini. Wa iyazubillah…

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.” [TMQ Al-Anfaal: 24]

Apabila kita berbicara tentang khilafah, bukan bererti kita yang beriya-iya hendak melantik diri kita sendiri sebagai khalifah. Juga bukan kerana hendak mengejar nikmat duniawi semata. Jauh sekali hendak terlebih sudu daripada kuah dalam mencapai sesuatu yang bukan dalam bidang kita. Sebaliknya peranan kita sebagai mahasiswa yang berkesedaran adalah dengan mengingatkan umat akan kewajipan ini, serta menyeru kelompok yang mempunyai kekuasaan untuk menerapkan kembali hukum Allah, syariah dan khilafah yang telah sekian lama ditinggalkan. Dalam masa yang sama, kita berinteraksi dengan ummah serta mengingatkan tentang keterikatan kita semua dengan hukum syarak, serta matlamat akhir kita selaku seorang Muslim, iaitu untuk mencapai keredhaan Allah (mardhatiLlah). Apabila kita berbicara tentang khilafah, bukan bererti kita mengabaikan tanggungjawab dan peranan kita yang lainnya.

Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa kita bukanlah robot yang telah diprogramkan untuk menyebarkan data-data tentang khilafah semata-mata. Kita manusia, hamilud dakwah yang bernyawa serta mempunyai hati nurani. Kita juga mempunyai kehidupan yang tersendiri, kita menuntut ilmu dan bekerja, kita bersosial dengan masyarakat, kita mendirikan rumah tangga, kita mendidik anak-anak dengan tarbiyah Islami, kita mendirikan solat, kita menunaikan zakat, kita melaksanakan haji apabila berkemampuan. Pihak yang mengkritik barangkali tidak menyedari hakikat ini, dan atas sebab itulah mereka melihat sebarang pihak yang berusaha kepada khilafah ini hanya berusaha kepada kekuasaan sedangkan kosong dari segi ruhiyah-nya. Benarkah dakwaan sedemikian? Tentulah tidak sama sekali! Bahkan sebaliknya usaha sebegini berdiri di atas kesedaran untuk mentaati segala perintahnya, termasuklah dalam aspek kenegaraan. Sekali lagi ingin saya ingatkan, bahawa keimanan wajib dibuktikan dengan amal. Dan amal pula tidak terhenti sekadar ibadah mahdhah semata.

Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Biarpun sudah dijanjikan Allah akan diberikan kekuasaan bagi orang-orang yang beriman, kita tetap wajib berusaha ke arahnya. Berusaha di sini bukanlah sekadar merengek-rengek meminta kekuasaan, sebaliknya meliputi persiapan melengkapkan diri dan masyarakat dengan tsaqafah Islam baik dari sudut ruhiyah mahupun siyasiyah.

Wallahua’lam…


Calendar

Disember 2017
J S A I S R K
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 112,743 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: