apo nak dikato

Posts Tagged ‘Revolusi



Mesir : Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Perubahan Sistem Menuju Khilafah



Sumber: mykhilafah.com – sila klik untuk membaca artikel berkaitan.

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia ini kita masih lagi dikurniakan kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati limpahan rezeki kurniaan Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Pada tengahari tadi, saya telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Sudah agak lama juga saya tidak mengunjungi masjid tersebut. Pada kali ini, sengaja saya memilih untuk solat Jumaat di masjid tersebut bagi mengisi kekosongan waktu cuti yang amat jarang diperoleh ini. Selalunya saya hanya menunaikan solat di dalam kariah saya sahaja. Seusai solat, kedengaran pengumuman daripada luar yang meminta para jemaah untuk tunggu sebentar bagi mendengar seruan yang ingin disampaikan. Suara tersebut sayup kedengaran, lalu menyukarkan saya untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya yang membuat pengumuman tersebut.

Saya pun mengambil keputusan untuk menghampiri kawasan di mana suara tersebut berpunca. Senyuman lebar terukir di wajah saya apabila melihat wajah-wajah yang dikenali berhimpun dengan sepanduk dan kibaran bendera ar-Rayah dan al-Liwa’, berdiri megah melaungkan takbir. Ya, merekalah para syabab Hizbut Tahrir Malaysia.

Gambar Seruan diambil daripada Mykhilafah.com

 

Saya mengambil keputusan untuk berdiri dalam kelompok hadirin yang mendengar seruan tersebut. Pembukaan bicara disampaikan oleh Ustaz Umar, Naib Presiden HTM. Penyampainya pula merupakan seorang kenalan lama saya. Kami berkenalan sewaktu menghadiri sebuah seminar anjuran Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir Malaysia. Masya Allah, seruan yang disampaikan begitu bersemangat dan menjentik jiwa para pendengar.

Seruan tersebut menyentuh mengenai peristiwa kebangkitan umat di Tunisia, Mesir dan beberapa negara kaum Muslimin yang lain. Beliau menyatakan bahawa revolusi tidak sewajarnya berkisar mengenai menumbangkan rejim semata-mata, hanya untuk digantikan dengan rejim yang lain. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa hanya dengan mengembalikan syariah dan khilafah sahajalah umat Islam akan kembali bangkit.

Cuaca yang panas terik tidak menghalang sebilangan hadirin daripada terus kekal mendengar seruan yang disampaikan itu. Dalam pada itu, beberapa orang syabab HTM turut mengedarkan risalah rasmi mereka iaitu Soutun Nahdhah keluaran ke-247 MESIR – BANGKITLAH MENUJU PERUBAHAN HAKIKI DENGAN KHILAFAH!” kepada hadirin yang berada di sekitar perkarangan masjid.


Sebaik sahaja seruan selesai dibacakan, Ustaz Umar menyampaikan kata dua serta mengingatkan umat Islam supaya bersama-sama Hizbut Tahrir Malaysia menumbangkan rejim zalim yang sekular serta menegakkan kembali Khilafah atas Minhaj Kenabian. Seruan tersebut disahut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Saya tampil bersalaman dengan para syabab sekalian sebaik sahaja majlis bersurai. Ada antara mereka yang tidak saya kenali. Merekalah generasi baru pelapis yang bakal meneruskan lagi kesinambungan dakwah yang didokong. Ada juga syabab senior yang menyahut mesra salam yang diberikan. Demikianlah eratnya ukhuwwah antara kami. Biarpun berasal dari latarbelakang yang berbeza, namun itu tidak menjadi penghalang antara kami dalam menjalin ukhuwwah Islamiyah. Kerana kami mendokong aspirasi yang sama, iaitu ingin mengembalikan Islam dalam kehidupan. Ikatan fikrah Islamiyah yang terbina mengukuhkan lagi hubungan sesama kami biarpun berjauhan. Alhamdulillah.

Update: Laporan daripada MyKhilafah.com – Mesir: Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Kebangkitan Hakiki

 

*Lewat petang tadi, saya mendapat makluman bahawa demonstrasi berasingan juga telah diadakan bermula di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Demo tersebut dianjurkan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap rakyat Mesir yang berdepan dengan rejim zalim Hosni Mubarak. Saya dikhabarkan bahawa demonstrasi tersebut berjalan lancar sehinggalah sewaktu mereka hendak bersurai, apabila pihak FRU menyerbu mereka yang sedang beransur pulang.

 

 

 

Assalamualaikum,

Gelora kebangkitan sedang membara di beberapa negara kaum Muslimin.

Rejim di dunia Arab sedang bergoncang, retak menanti belah.

Gelombang tersebut akan merebak ke seluruh dunia Arab, dan seterusnya menggegarkan istana-istana para penguasa yang zalim. Tidak mustahil akan menjengah ke dunia Islam di rantau lain.

Namun, semua ini akan menjadi sia-sia sekiranya revolusi tersebut hanya menuntut perubahan “wajah” sedangkan rentak permainannya masih sama.

Runtuhnya sebuah rejim belum tentu akan menjamin tiada lagi rejim yang akan menunggang sentimen kebangkitan tersebut untuk meraih kekuasaannya. Pakistan di bawah Musharraf sudah menjadi bukti. Runtuhnya Nawaz Sharif, kemudian diganti dengan Musharraf. Awas! Jangan sampai anda diperkudakan!

Jangan sampai umat Islam menjadi ibarat keluar daripada mulut rejim, masuk ke mulut rejim yang lain.

Sedarlah umat Islam, tiada jalan lain bagi kalian melainkan jalan yang ditempuh oleh junjungan mulia Muhammad SAW.

Kembalikanlah syariat Islam dan Khilafah.

Demokrasi bukanlah jalan keluar. Sebaliknya demokrasi akan hanya menyengsarakan kalian. Lihatlah apa yang terjadi di Iraq dan Afghanistan – bumi Islam yang dijajah Amerika dan cuba digula-gulakan dengan demokrasinya. Lihatlah natijah demokrasi di Indonesia dan juga penangannya di Malaysia. Prinsip kebebasan membuka ruang kepada kemungkaran.

Despotism itu buruk, begitu juga idea kebebasan yang hadir dalam sistem demokrasi. Apa gunanya menggantikan  suatu keburukan dengan suatu keburukan yang lain?

Jangan sekadar retorik, jangan sekadar mengkhabarkan perkembangan semata-mata. Kemudian kita masuk semula ke dalam kitar robot. Bangun, kerja, makan, minum, tidur. Cukuplah dengan doa yang telah kupanjatkan kepada umat Islam di sana… Jangan, jangan, jangan…

Bergeraklah… Teruskan momentum kebangkitan yang sedang melanda. Pandulah ia dengan garis panduan  al-Quran dan as-Sunnah.

Sirah Nubuwwah telah menunjukkan garis panduannya. Perjuangan menegakkan daulah Islam tanpa kekerasan. Kebangkitan yang menuntut perjuangan politik dan perang pemikiran. Bukannya melalui anarchy dan pertumpahan darah.

Bergeraklah… Bangkitlah dari tidurmu yang lena… Segalanya bermula dari dalam diri anda…

Wallahua’lam…

 

The Time Is Now

 

 


Calendar

Disember 2018
J S A I S R K
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 118,217 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: