apo nak dikato

Posts Tagged ‘Psikiatri

Assalamualaikum,

Pertamanya, saya ingin mengucapkan salam takziah ke atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi pada malam semalam. Maaf kerana saya tidak arif dalam adat-istiadat istana. Namun sebagai seorang Muslim, marilah kita mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” sebaik sahaja mendengar berita kemangkatan baginda.  Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan ke atas baginda Sultan .

——

Isu mengenai penggunaan kalimah Allah masih lagi hangat dan menyentuh sentimen. Sentimen tersebut disemarakkan lagi dengan peristiwa serangan terhadap dua buah surau di Johor. Sebelum ini kita digemparkan dengan serangan demi serangan di rumah-rumah ibadat seperti gereja dan juga sebuah kuil Sikh. Kalau diikutkan, memang sedap kalau kita nak membuat spekulasi yang pelbagai. Ada yang kata isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan perhatian daripada permasalahan yang sedang melanda negara (ekonomi, perbicaraan seorang pemimpin, ketirisan dsb). Ada juga yang mendakwa bahawa isu ini dicetuskan bersempena pilihanraya Sarawak yang bakal berlangsung pada tahun ini bagi memancing undi. Tidak kurang juga yang mengeluarkan spekulasi bahawa terdapat anasir luar yang cuba mengkucar-kacirkan negara. Namun seluruh rakyat diminta agar tidak bertindak terburu-buru dan tidak termakan dengan spekulasi yang cuba dimainkan oleh segelintir pihak. Dengan bertindak menahan diri daripada bertindak bodoh, secara tidak langsung kita akan berjaya menggagalkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak-pihak tertentu. Dengan bertenang dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan , kita akan berjaya mengekalkan keharmonian dan mengelakkan ketegangan daripada berterusan.

Pendirian saya mengenai isu ini telahpun dinyatakan dalam post-post sebelum ini.

—–

Saya agak terkilan dengan tindakan segelintir rakan-rakan sekelas saya yang mentertawakan keadaan pesakit dalam sebuah seminar. Buat makluman, sekarang saya sedang menduduki posting Psychiatry yang merupakan posting terakhir saya sebelum peperiksaan profesional terakhir. Peristiwa ini berlaku selang beberapa minggu yang lalu dan benar-benar menyentap hati nurani saya. Namun, disebabkan kelemahan saya dalam berinteraksi dan menangani hal ini secara berhemah, sedikit salah faham telah tercetus antara saya dan beberapa orang rakan. Bukanlah niat saya hendak mencetuskan perseteruan, apatah lagi dengan tekanan peperiksaan yang semakin hampir. Namun besarlah harapan saya agar kita semua, khasnya para doktor dan juga bakal doktor untuk tidak mentertawakan keadaan pesakit biarpun kelihatan kelakar. Kalau dah tak boleh tahan sangat pun, janganlah sehingga tertawa terbahak-bahak. Walaupun pesakit tersebut tiada dalam seminar tersebut, namun tindakan mentertawakan keadaan pesakit merupakan perlanggaran terhadap etika dan nilai moral.

Di samping itu, secara tidak langsung perbuatan tersebut menyemai lagi stigma terhadap keadaan pesakit. Sedangkan sebagai bakal pengamal perubatan, kita sepatutnya berusaha untuk menghilangkan stigma yang melanda pesakit-pesakit tersebut. Cuba bayangkan seandainya pesakit yang sedang ditertawakan itu merupakan saudara kita sendiri, ataupun ibu bapa kita, apakah perasaan kita? Adakah kita masih ingin tertawa terbahak-bahak? Fikir-fikirkanlah. Saya percaya inilah yang dinamakan sebagai empati (sila betulkan kalau saya tersilap). Alhamdulillah selang beberapa hari kami telah bertemu dan menyuarakan isi hati serta saling bermaafan.

——

Beberapa hari yang lepas pihak kolej saya telah menganjurkan majlis makan malam tahunan. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menghadirinya, namun setelah “dipaksa” oleh beberapa orang kenalan akhirnya saya mengalah dan mengambil keputusan untuk hadir. Ini merupakan kali terakhir jamuan ini diadakan untuk kita semua sebelum kita tamat belajar. (Mudah-mudahan ini merupakan majlis jamuan yang terakhir saya hadiri selaku seorang pelajar sarjana muda. Ameen…). Mengapa saya keberatan? Pertamanya, saya percaya kebanyakan kita sudah sedia maklum bahawa majlis-majlis sedemikian kebiasaaannya akan disulami dengan acara-acara yang mengundang “dosa kering”. Ditambah lagi dengan tindakan sebilangan besar hadirin yang ber”tabarruj” dengan menggayakan bermacam-macam fesyen. Belanja yang besar dikeluarkan untuk membeli pakaian yang baru dan bergaya. Gadis-gadis pula ada yang sanggup berbelanja besar untuk menghias rambut. Malang sekali, masih ada juga yang “tidak cukup kain”. Mungkin sebab fabrik yang digunakan tersebut terlalu mahal agaknya. Wallahua’lam. Tak perlu saya huraikan lebih lanjut rasanya.

Faktor keduanya (dan merupakan faktor utama sebenarnya), err… disebabkan saya “takut” hendak bertemu dengan si fulanah yang pernah saya ceritakan dahulu (bagi mereka yang tidak mengetahuinya lebih baik kekal dalam keadaan sedemikian). Ternyata, perkara yang paling saya cuba elakkan terjadi juga akhirnya. Sewaktu majlis sudah tamat dan hadirin sedang berkerumun untuk bergambar kenang-kenangan, saya terserempak dengannya. Terasa seolah-olah sedang berada dalam mode “slow-motion”. Hiruk-pikuk di dewan beransur-ansur menghilang biarpun suasana dewan sedang riuh. Kaku… dan akhirnya dia berlalu pergi… Tak perlulah saya ceritakan secara detail mengenai perasaan saya ketika itu, dan betapa hati saya benar-benar memberontak ingin mendekatinya dan mencurahkan isinya. Namun Alhamdulillah, saya berjaya membunuh hasrat tersebut kerana setelah puas memikirkannya saya telah mencapai kesimpulan bahawa sama ada diterima ataupun tidak, hasilnya lebih banyak mengundang permasalahan dan kemudaratan. Alhamdulillah, rasional berjaya mengatasi emosi…

Wallahua’lam… cukuplah sekadar di sini… Wassalam.


Calendar

April 2024
J S A I S R K
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?


    • hasiah pukim: Mohon keizinan untuk memetik kata-kata puitis puisi di atas....mengagumi bakat insan pemuisi yang digeruni...
    • muhammadghazi: Dipersilakan untuk menyebarkannya, mudah-mudahan sumbangan kecil ini diterima sebagai amal kebajikan di sisi-Nya... Amiin...
    • muhammadghazi: Sama-sama.

    Truth About Democracy – Click to Read the Article

    Democracy is not compatible with Islam

    Truth About Democracy

    Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 13 other subscribers

    Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

    Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

    Persoalan tentang Baiah al-Inah

    Blog Stats

    • 132,877 visits

    Top Rated

    Reminder to All Muslims around the World

    “Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]