apo nak dikato

Posts Tagged ‘2010

Assalamualaikum

1) Iman dan Dugaan:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [TMQ al-Ankabut: 2]

Banyak benar dugaan sepanjang berada di sini. Benarlah kata-kata seorang kenalan saya (saya olah semula berdasarkan memori), “Bila dah kerja nanti lagi banyak dugaannya. Sebab itulah tak hairan kalau ada yang futur daripada medan dakwah. Tidak kurang juga yang menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya”.

Banyak benar dugaan yang dihadapi. Banyak perkara yang menuntut keimanan yang tinggi.  Apabila kerja banyak sehingga melewati waktu makan tengahari. Tinggal 10 minit je lagi sebelum masuk bekerja semula. Nak pergi makan ke atau solat Zuhur? Apabila hendak menunaikan solat Jumaat, keluar lewat kerana merawat pesakit. Kawan dah pergi ke masjid yang terletak 2km daripada tempat kerja. Nak pergi naik bas atau tidur sahaja di bilik? Apabila on call, bilik rehat cuma ada satu, dan kita berkongsi dengan seorang lagi doktor perempuan.  Macam-macam boleh terjadi. (Jangan terkejut jika saya katakan pernah terjadi kes yang “tak diingini” di sini). Adakah kita hendak duduk sama, atau pergi keluar dan tidur di wad? Apabila keluarga pesakit yang meracau mula mengamalkan jampi khurafat kerana menganggap terdapat rasukan – adakah kita hendak membiarkannya atau menegur?

Semua ini menuntut daya tahan keimanan yang tinggi. Tanpa bekal iman, tak mustahil kita akan tewas dan akur dengan kemaksiatan. Alhamdulillah, Allah memelihara saya. Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan taulan dan juga asatizah yang mendidik saya selama ini. Saya bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak mendabik dada mengatakan sayalah yang paling alim. Tujuan saya menulis ini hanyalah sebagai peringatan ikhlas kepada pembaca. dan juga diri saya sendiri Mungkin ada yang memandang remeh perkara-perkara sebegini. Namun kita perlu sedar bahawa sekecil-kecil perbuatan kita pun akan dihisab. Inikan pula perkara yang menyentuh soal halal-haram. Wallahua’lam.

2) Khilafah

Alhamdulillah, beberapa hari lepas telah berlangsung Persidangan Media Antarabangsa Hizbut Tahrir pada hari Ahad (18 Julai) yang lalu. Terdahulu, Hizbut Tahrir telah menganjurkan masirah dan juga seminar bagi mengingatkan umat Islam terhadap keruntuhan daulah khilafah serta kewajipan mengembalikannya semula di seluruh dunia pada 28 Rejab. Alhamdulillah, respon daripada umat semakin hari semakin meluas. Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan daripada agen-agen Barat dan musuh Islam, namun semua itu tidak akan sesekali melemahkan keazaman para syabab dan juga umat yang beriman dalam menggerakkan segenap upaya untuk menunaikan kewajipan yang telah tertangguh sejak sekian lama ini.

Wahai kaum Muslimin, sahutlah seruan ini. Kewajipan ini bukanlah hak milik ekslusif Hizbut Tahrir, sebaliknya ia merupakan kewajipan bagi kita semua. Khilafah merupakan hak dan kewajipan kita semua.

Pihak-pihak yang skeptik terhadap perjuangan ini pernah membangkitkan persoalan ini, “Jika benar kamu (Hizbut Tahrir)  ingin mengembalikan khilafah atas manhaj kenabian, mengapa pula kamu menangisi kematian Uthmaniyah yang mengamalkan sistem raja warisan?”

Maka saya lontarkan kembali persoalan berikut, “Kamu pula merujuk kepada siapa dalam berpegang kepada sistem demokrasi pada hari ini?”

Sedarlah bahawa biarpun terdapat kelemahan dan kesilapan, khilafah Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah tetap merupakan kesinambungan daripada khulafa’ ar-Rasyidin dan juga warisan Nubuwwah. Hukum Islam masih dominan dan mekanisme muhasabah tetap berlangsung. Wallahua’lam…

Setakat ini sahajalah dahulu. Mudah-mudahan perkongsian saya ini bermanfaat. Maaf sekiranya terdapat kekurangan. Sudilah kiranya menegur andainya terdapat kesalahan padanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan kepada kita semua supaya meneguhkan iltizam dan berusaha sedaya upaya untuk istiqamah dalam beramal – biarpun sedikit. Dalam masa yang sama, kita teruskan berdoa kepada Allah supaya menjadikan kita Mukmin yang lebih baik berbanding semalam. Ameen…

Advertisements

sila klik untuk mengunjungi sumber primer serta mendapatkan maklumat lanjut

Assalamualaikum

Assalamualaikum…

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Mencari Penyelesaian Gejala Sosial dalam Masyarakat

Tarikh
: Sabtu, 22 Mei 2010
Masa
: 8:30 pagi – 01:00 ptg
Tempat
: Masjid Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya, Muslimin dan Muslimat sekalian diundang ke Seminar Terbuka: Siri Jelajah Malaysia 2010 – “Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia” anjuran pihak Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre (KC). Maklumat program adalah seperti berikut:

(1)

Tarikh: 22 Mei 2010 (Sabtu)

Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan LKH, De Choice Hotel, Jalan Masjid, Tawau, Sabah.

Pembentang:

1) Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)

2) Ustaz Ridhwan Hakim (AJK Pusat HTM)


(2)

Tarikh: 23 Mei 2010 (Ahad)

Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Masjid Daerah Sandakan (Dewan VIP Aras Bawah)

Pembentang:

1) Ustaz Abdul Hakim (Presiden HTM)

2) Ustaz Umar Hussein (Timbalan Presiden HTM)

Masuk Percuma (Juadah ringan disediakan)

Poster Seminar


Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya pihak Hizbut Tahrir Malaysia mengundang Muslimin dan Muslimat untuk hadir ke Seminar “Khilafah dan Alam Melayu – Sejarah yang Disembunyikan”. Berikut merupakan maklumat berkaitan:

Tarikh: 9 Mei 2010 (Ahad)

Masa: bermula 9 pagi

Tempat: Dewan Taming Sari, Kompleks Silveritage,

Medan Gopeng, Ipoh

Yuran penyertaan sebanyak RM15 dikenakan kepada peserta. Bagi pelajar dan warga emas, bayaran dikenakan sebanyak RM5. Penyertaan adalah terhad.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

Umar Hamzah (016-5034355)

Zahari (013-5825013)

Abu Irfan (013-5962685)

Seminar Terbuka HTM : Siri JelajahMalaysia 2010-Perlis

“Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia”

Tempat: Dewan Seminar Sri Mawarni Inn, Medan Raja Syed Alwi, Kangar Perlis (berhadapan bangunan Kurnia Insurans)

Tarikh : 1 Mei 2010

Masa : 9.00 malam

Bayaran: RM 5

Ahli Panel: 1. Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)

2. Ustaz Umar Husein (Timbalan Presiden)


Juadah Ringan Disediakan

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir


Calendar

Julai 2018
J S A I S R K
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 116,149 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
Advertisements
%d bloggers like this: