apo nak dikato

Khilafah 1001 Malam (?)

Posted on: Mac 29, 2011

“I ni pro ‘Barat’. Sistem liberal democracy bukan sempurna tapi BETTER than sistem monarki atau “khilafah” PADA MASA KINI. I am talking about NOW, bukan kisah2 seribu satu malam dulu dulu ya atau hikayat merong mahawangsa. antum a’lamu biumur dunyaakum.”

 

Assalamualaikum,

Jangan terkejut, quote di atas bukanlah nukilan saya sendiri. Sebaliknya nukilan tersebut merupakan respon yang muncul daripada seorang fulan sewaktu kami berinteraksi dalam sebuah forum maya. Persepsi sedemikian bukanlah suatu yang unik dan jarang diketemui. Bahkan sudah acapkali saya temui individu-individu yang berpandangan sedemikian rupa dalam interaksi-interaksi yang saya lakukan selama ini.

Mereka gagal melihat bagaimana khilafah mampu untuk survive dalam zaman mutakhir yang serba mencabar ini. Mereka beranggapan bahawa khilafah sudah tidak relevan dalam zaman yang serba canggih ini. Sebaik sahaja mendengar perkataan khilafah, terus terlintas di benak pemikiran mereka gambaran seorang khalifah yang buncit, berpakaian mewah serta dikelilingi hamba-hamba perempuannya sedang bersenang-lenang di dalam harem.

Benarkah demikian?

Benarkah khilafah sudah tidak relevan dalam zaman mutakhir ini?

Benarkah liberal demokrasi lebih baik berbanding khilafah? (Saya tidak akan menyentuh bab monarki kerana melibatkan sebuah perbincangan yang berasingan).

Saya boleh membuktikan bahawa persepsi tersebut salah, dengan hanya mengemukakan beberapa contoh melalui link berikut:

BOOK: Constructing the Khilafah’s Foreign Policy

BOOK: Constructing an Industrialised Muslim World

BOOK: The Environmental Problem – Its Causes & Islam’s Solution

BOOK: The Quest for Economic Progress – An Islamic Blueprint for Pakistan

Demikianlah sebahagian daripada kajian yang telah dijalankan. Malangnya people only see what they want to see. Jadi, sampai bila-bila pun perkataan khilafah akan disinonimkan dengan pemerintahan zaman purbakala yang mustahil untuk diterapkan pada zaman serba canggih ini. Mereka akan membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap kajian-kajian sebegini, dan akan terus asyik ditenggelami ilusi kehebatan dan keagungan sistem liberal demokrasi cedokan Barat. (Sila rujuk BOOK: Democracy in Crisis untuk menilai sendiri kebejatan sistem demokrasi yang hanya indah khabar daripada rupa).


Islam merupakan deen yang syumul. Semua orang tahu tentang hakikat ini. Tetapi dari segi pelaksanaannya, mereka tidak pula yakin dengan kesyumulan Islam. Sehinggakan terpaksa mengeksport sistem pemerintahan liberal demokrasi yang kononnya lebih baik daripada khilafah. Aneh. Hakikatnya, dengan kesyumulan Islam, kita tidak perlu kepada aturan atau tatacara daripada Barat mahupun Timur.

Nanti ada pula yang membentak, “kalau macam tu, jangan guna komputer, jangan guna internet sebab kedua-dua benda ni berasal daripada Barat!” – hujah yang sudah kerap kali diulang tayang. Jawab saya, kena fahami konsep hadharah dan madaniyah. Huraiannya boleh dicari, dan sekiranya ada permintaan insya Allah saya akan cuba menjelaskannya dalam penulisan akan datang. Secara ringkasnya, kita dilarang daripada mengambil hadharah selain daripada Islam. Namun dalam aspek madaniyah (misalnya teknologi, sains, dan juga segala yang tidak berkait dengan hadharah kufur) kita dibenarkan untuk mengambilnya.

Lebih Mengetahui akan Urusan Dunia Kamu

Dengan menggunakan hadis Rasulullah SAW, “antum a’lamu biumur dunyaakum”, si fulan seolah-olah cuba membuat kesimpulan bahawa manusia bebas membuat sebarang perubahan dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan duniawi – termasuklah dalam urusan sistem pemerintahan. Manusia bebas sebebas-bebasnya untuk menggubal sebarang peraturan atau tatacara dalam urusan pemerintahan kerana “kalian lebih arif dalam urusan dunia kalian”. Benarkah kefahaman sedemikian?

Inilah hujah yang dimanipulasikan oleh segelintir kelompok sekularis dalam meneruskan agenda pemisahan agama daripada urusan kehidupan. Kononnya tindakan mereka didasarkan oleh hujah ‘Islami’ sebab mereka menggunakan hadis Rasulullah SAW. Kalau nak diikutkan, hadis tersebut sebenarnya menyentuh tentang urusan cucuk tanam pohon kurma (aspek teknikal) dan tiada kaitan dengan ‘keizinan’ untuk membebaskan diri daripada ‘belenggu’ ‘agama’ dalam urusan-urusan duniawi. Untuk memahami asbabul wurud dan syarah hadis tersebut, sila rujuk kepada asatizah yang diyakini keilmuannya. Internet merupakan sumber maklumat yang baik, tetapi tak semestinya menjadi sumber kefahaman bagi sesebuah disiplin ilmu. Untuk mendapatkan kefahaman, sewajarnya kita merujuk kepada asatizah ataupun mentor yang tsiqah dalam memberikan huraian serta tunjuk ajar.

Demikianlah serba sedikit respon saya terhadap persepsi yang salah ini. Alhamdulillah saya sudah berusaha mengikut kemampuan saya untuk memberikan penjelasan kepada si fulan dan buat masa ini si fulan masih lagi belum memberikan respon selanjutnya. Barangkali sedang sibuk dengan urusan peribadi. Insya Allah sekiranya si fulan tidak keberatan, barangkali boleh diaturkan pertemuan dalam masa terdekat dengan syabab Hizbut Tahrir Malaysia yang sentiasa terbuka kepada perbincangan demi mencapai kesepakatan dalam kebenaran.

Mudah-mudahan Allah swt memberikan petunjuk jalan kebenaran bagi kita semua dan melindungi kita daripada terjerat dengan helah retorik yang sebenarnya membinasakan. Ameen.

Wallahua’lam…

Struktur Khilafah - Sila Klik untuk Maklumat Lanjut

2 Respons to "Khilafah 1001 Malam (?)"

Salam akhi,

Nak tergelak ana baca tajuk di atas…ada lagi manusia moden yang menggaitkan KHILAFAH dengan hikayat 1001 malam? Hehehe.

Ni boleh ana jadikan bahan puisi ana akan datang…nampaknya! :)

Wasalam.

Assalamualaikum,

Hehe… itu la pasal… ^^,

Alhamdulillah si fulan tu bersedia untuk berdialog dengan syabab HTM, tetapi sekarang ni sedang sibuk dengan sedikit urusan. Insya Allah… =)

Saya menantikan karya akhi FM… hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mac 2011
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: