apo nak dikato

PTPTN ada riba’, alternatifnya?

Posted on: Januari 25, 2011

Assalamualaikum,

Semenjak kebelakangan ini ada beberapa orang kenalan saya yang heboh membincangkan persoalan PTPTN dan juga sistem ujrah yang telah diperkenalkan. Saya pun pelik juga, mengapa tiba-tiba sahaja isu PTPTN ini menjadi hangat semula. Bila diteliti, rupa-rupanya ia berkaitan dengan sistem ujrah yang diperkenalkan. Pada mulanya saya ingatkan sistem ujrah ini memang applicable secara automatik kepada semua peminjam PTPTN. Katanya sistem ujrah ini bebas riba’, jadi (kononnya) sudah tiada sebab lagi untuk rakyat Malaysia menolak PTPTN. Rupa-rupanya, peminjam perlu membuat permohonan bagi menukar pinjaman mereka kepada sistem ujrah. Dan saya dapati ada sebahagian daripada kenalan saya yang tidak berjaya untuk menukarnya! Bertitik-tolak daripada itu, maka timbullah isu PTPTN dalam kalangan kenalan saya.

Apabila menyentuh isu PTPTN ini, ada pihak yang mengambil sikap bertaklid penuh kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, yang menghalalkan sistem ujrah. Ada juga yang berpegang bahawa sistem ujrah ini masih lagi mempunyai unsur riba’. Saya tidak berhasrat untuk mengulang semula segala perbincangan mengenai unsur riba’ dalam pinjaman PTPTN, kerana saya percaya perkara tersebut sudah cukup dibincangkan oleh UZAR dan juga di beberapa laman lain. Pendirian saya, pinjaman PTPTN masih mengandungi unsur riba’ biarpun sudah “disucikan” dengan sistem ujrah. [Pandangan rasmi Hizbut Tahrir Malaysia berkenaan Caj Perkhidmatan PTPTN di SINI]

Adapun mengenai keputusan JFK, saya tidak menolak kemungkinan bahawa jawatankuasa tersebut menerima tekanan daripada pihak tertentu dalam membuat keputusan tersebut. Namun saya tidak berniat untuk mempertikai kredibiliti JFK, harap maklum. Sekadar menyatakan kemungkinan yang ada. Justeru, adalah wajar bagi kita untuk meneliti dalil dan kaedah yang digunakan sebelum kita mengambil keputusan untuk bertaqlid buta.

Sewaktu mencari-cari maklumat lanjut mengenai sistem ujrah ini, saya menemui beberapa persoalan yang menyentuh aspek pelaksanaan sistem ujrah ini dalam sebuah laman forum maya al-Fikrah.net (AFN). Seorang forumer (merangkap salah seorang moderator AFN) membangkitkan beberapa syubhah berkaitan sistem ujrah dan juga darihal pinjaman menurut Islam secara amnya. Sila klik di SINI bagi merujuk kepada sumber asal. Berikut saya kongsikan petikan daripada laman tersebut. Sekalung penghargaan kepada forumer tersebut dan semoga Allah memberkati sumbangan beliau. Buat makluman, beliau juga merupakan admin sebuah laman dwibahasa Arab-Melayu – ad-diyari.com.

 

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟ 

WaLlahu a`lam.

SISTEM HUTANG DAN PINJAMAN MENURUT ISLAM

1- Islam membenarkan meminjam dan berhutang.

2- Semua pinjaman dan hutang hendaklah dibayar balik.

3- Walau bagaimanapun, meminjamkan wang dalam Islam adalah atas tujuan menolong, dan bukan untuk keuntungan.

4- Sebarang keuntungan dalam pemberian hutang atau pinjaman adalah dinamakan riba.

5- Islam membenarkan seseorang memberi pinjam wang, tetapi tidak membenarkan dia menuntut melebihi wang yang dipinjamkan.

6- Sebarang pertambahan jumlah yang perlu dibayar melebihi nilai hutang adalah dinamakan riba.

7- Dalam sistem moden, riba ini diberikan nama lain seperti kos operasi, pelarasan pinjaman, kos perkhidmatan, upah, bunga, interest dan sebagainya.

8- Penamaan seperti ini sebenarnya adalah cubaan untuk menghalalkan riba yang jelas diharamkan oleh Allah.

9- Rasulu Llah melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya dan dua saksinya, dan dia berkata: «Mereka adalah sama» [Muslim/ 1598]

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال: هم سواء

10- Dalam Islam, hutang adalah dibenarkan untuk menampung keperluan asas apabila tiada pilihan lain.

11- Hutang bukanlah jalan untuk bermewah-mewah atau memenuhi kehendak nafsu.

12- Justeru, sebenarnya hutang adalah jalan terakhir untuk meneruskan kehidupan.

13- Dewasa ini, ramai yang berhutang tanpa sebab.

14- Contoh hutang yang dicela seperti ini ialah seperti berikut:

a. Membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan.
ULASAN: Islam menyuruh berkahwin mengikut kemampuan. Kemampuan bermakna tanpa hutang.

b. Membuat pinjaman untuk melabur.
ULASAN: Benar, melabur akan memberikan lebih banyak keuntungan pada masa depan melaluï dividen atau bonus. Namun, membuat pinjaman bank tanpa sebab menyebabkan anda termasuk dalam golongan pemberi riba!

c. Membuat pinjaman untuk membesarkan rumah.
ULASAN: Ini cara paling cepat untuk membesarkan rumah, dengan membayar secara beransur-ansur kepada pihak bank.

d. Contoh-contoh lain yang kena tepat ke atas batang hidung kita, sedangkan kita tidak mengakuïnya.

15- Dalam zaman moden ini, pinjaman yang paling mudah adalah melaluï bank, kerana prosesnya mudah dan jumlah yang boleh dipinjam adalah lebih tinggi.

16- Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa sebenarnya pinjaman melaluï bank ini adalah riba, kerana nilai yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman.

17- Sesetengah pihak mempermainkan agama dengan mengubah `aqad pinjaman kepada nama lain seperti pembiayaan atau sewaan komoditi.

18- Hal ini berlaku apabila peminjam meminta untuk meminjam wang, tetapi pemberi pinjam mengatakan bahawa bank membeli satu komoditi (atau barangan) dan peminta pinjam dikehendaki membeli komoditi itu daripada bank dengan harga yang lebih tinggi.

19- Di dalam `aqad atau di atas kertas, ia nampak seperti suatu urusniaga jual-beli barang iaitu bank membeli satu barang dan peminta pinjam membeli barang itu daripada bank.

20- Walau bagaimanapun, ini adalah satu percubaan untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan di dalam Al-Qur’an.

21- Peminta pinjam datang untuk meminjam wang dan bukan untuk membeli komoditi tersebut.

22- Justeru, ini adalah cara yang tercela dalam pemberian pinjaman, kerana ia menipu peminta pinjam dalam `aqad dan perjanjian, semata-mata untuk meningkatkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh peminjam.

23- Sistem ini seharusnya dibasmi dengan mengelakkan diri daripada membuat pinjaman yang tidak perlu.

24- Pihak berkuasa agama sebenarnya boleh memainkan peranan dengan menggunakan wang Baytu l-Mal sebagai pinjaman kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

25- Pinjaman tersebut hendaklah dalam konteks yang dibenarkan oleh syara`, dan bukan untuk tujuan bermewah-mewah, membazir atau sebagainya.

26- Bagi mereka yang sudah terlibat, maka ketahuïlah bahawa riba diharamkan oleh Al-Qur’an, dan Rasulu Llah melaknat 4 golongan bersabit riba: pemakan, pemberi, penulis perjanjian dan saksi.

27- Marilah kita sama-sama menyedari dosa riba ini, dan meminta ampun kepada Allah, semoga dia melepaskan kita daripada hutang dan riba ini, amin.

28- Kepada mereka yang sengaja cuba menghalalkan riba dengan permainan bahasa dan `aqad, dengan mengubah nama dan istilah, maka ingatlah kata-kata hadis «Man sanna».

WaLlahu a`lam.

Demikianlah serba-sedikit pembahasan mengenai isu PTPTN ini. Tujuan penulisan ini diterbitkan bukanlah bermakna saya memusuhi pihak PTPTN. Sebaliknya saya ingin memuhasabah kemungkaran ataupun helah riba’ yang sedang berleluasa dan menghimpit para pelajar pada hari ini.

Sewaktu membincangkan isu PTPTN ini, ada juga yang menerima hakikat bahawa ia mengandungi unsur riba’ namun mereka berpendapat bahawa sudah tiada alternatif jalan keluar bagi membantu siswa dalam melanjutkan pelajaran. Kos pembelajaran pada hari ini menyukarkan para siswa untuk meneruskan pengajian mereka sekiranya mereka tidak membuat pinjaman. Bahkan ada yang berdolak-dalih dengan mengatakan bahawa ada sesetengah pihak hanya tahu mengharamkan sesebuah perkara tetapi tidak menyediakan alternatif baginya. Seolah-olah bebanan terletak di bahu mereka untuk menyediakan alternatif, sedangkan hakikatnya bahawa negara lah yang bertanggungjawab menyediakan peluang pendidikan kepada warganegaranya. Bahkan sewajarnya peluang pendidikan disediakan secara percuma, memandangkan menurut Islam menuntut ilmu itu merupakan satu perkara wajib.

Alternatif

Berikut merupakan senarai alternatif jangka pendek dan juga jangka panjang setakat yang terlintas di fikiran saya.

Jangka Pendek

1) Biasiswa JPA
2) Yayasan Anak Negeri (Yayasan Sabah, Yayasan Selangor etc)
3) Pinjaman MARA – saya tak pasti ada riba’ ke tak.
4) Biasiswa daripada syarikat korporat (Petronas, Shell)
5) Bekerja sambilan.
6) Pusat Zakat
7) Pinjam daripada saudara mara
8) Pinjam daripada orang kaya (fastabiqul khairat!)
9) Mungkin boleh mulakan kempen “Sponsor a Scholar” (fastabiqul khairat!)

Jangka panjang

1) Ubah kerajaan, ubah sistem
2) Sediakan peluang pendidikan percuma
3) Atasi ketirisan dan karenah birokrasi. Perangi RASUAH
4) Salurkan dan alihkan dana daripada perbelanjaan yang sia-sia (hiburan, F1, pertunjukan bunga api etc) kepada dana bagi menampung tajaan pendidikan.
5) Galakkan amalan menderma dan amal kebajikan.

Hakikatnya, sudah menjadi kewajipan bagi negara untuk menyediakan peluang pendidikan yang adil dan percuma bagi warganegaranya. Dalam sistem sekarang ini, hampir mustahil bagi kita untuk mendapatkan peluang pendidikan secara percuma. Oleh demikian, kita wajib berusaha mengerah segenap kemampuan kita untuk mengubah sistem sedia ada pada hari ini kepada sistem Islam. Laksanakanlah tanggungjawab kita selaku seorang Muslim. Bukan kerana kita ingin mendapat manfaat daripadanya. Sebaliknya apa yang lebih utama adalah demi meraih keredhaan Allah SWT. Wallahua’lam.

Alternatif jangka pendek yang saya senaraikan itu bukanlah jalan keluar yang utama, apatah lagi untuk menjadi penyelesaian tuntas dalam menangani isu kos pendidikan ini. Marilah kita berganding bahu untuk menerapkan sistem Islam yang akan menegakkan syariah dan khilafah bertunjangkan Al-Quran dan as-Sunnah.

Wassalam…

10 Respons to "PTPTN ada riba’, alternatifnya?"

berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .

Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam

http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

Terima kasih sdr eyriqazz atas perkongsian…

jangka panjang tukar kerajaan???????????
kerajaan ape yg boleh bg institusi percuma??????????????//
cakap biar logik..kerajaan cina, cina jela free..haih

Assalamualaikum. Terima kasih sdr hidayah atas komentar yang diberikan. Mengapa tak logik pula… Cuba selak semula sejarah peradaban Islam. Zaman khilafah dulu bukan sahaja penuntut ilmu dapat belajar secara percuma, bahkan disediakan kemudahan lagi untuk belajar – percuma.

Menuntut ilmu itu kefardhuan bagi Muslimin (mafhum hadis). Maka sudah menjadi kewajipan bagi negara untuk memudahkan rakyatnya menunaikan kewajipan tersebut, sebagaimana negara menyediakan masjid dan pusat pungutan zakat – bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan solat dan juga zakat. Untuk huraian lanjut, sila rujuk artikel berikut Pembiayaan Pendidikan: Tanggungjawab Siapa?

Saya menyerukan perubahan hakiki kepada sistem Islam, dan bukannya sekadar perubahan kosmetik semata-mata. Bukannya keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa…

Dan saya dengan berbesar hati serta merendah diri ingin menyeru supaya sdr hidayah agar turut bersama-sama menyertai usaha murni ini… Bukan untuk dapatkan manfaat duniawi semata-mata, sebaliknya untuk mengejar matlamat yang jauh lebih utama iaitu mardhatillah – keredhaan Allah…

Wallahua’lam…

ngok betul hidayah ni…cepat sgt melatah..tukar kerajaan bukan bermakna bagi kat Cina or India..kan admin ckp “tukar” bukan bermaksud “beri”…ini bermaksud mungkin “tukar pemimpin” atau “tukar” apa sahaja pentadbiran yg mengamalkan riba saja tanpa perlu menukar kerajaan sedia ada..tula,belaja pandai2 tapi minda takat tumit…

Terima kasih sdr Engyneur atas respon yang diberikan.. Tapi harap agar bahasa yang digunakan itu “dimolekkan” sedikit… Buat makluman, saya tidak akan edit komen pihak lain di blog ini… Jadi harap agar tuan punya komen mengamalkan self censorship apabila berikan komen… Insya Allah…

Wallahua’lam…

assalamualaikum…
saudara madghazi. sy nie dlm dilema.. sy stadi di institut swasta di terengganu.. org tranung. uh, sy mgambil kos ijazah kat institut nie. kwn sy sblm nie dapat yayasan trg. tp taon sy nie, dapat ptptn. rm54000. besar jumlah tu.. kalau mara okeh lagi. jadi nak tanye serba sedikit la. patot amek ke tolak. sbb kalau sy nak tajaan yayasan trg, sy perlu dptkn penolakan dari ptptn. nk tolak tu tak pandai. sy bertanye pd bahagian pelajar diorang ckp x boleh tolak. mane hak saya? tu satu. lagi satu nye, dlm surat perjanjian ad nilai 1%, ujrah…. pening sy fikir.. 54k tu byk. ptptn…sampai ke tua laa. jadinya, nak tanye ad tak cara2 utk menolak ptptn ni? bantu laa sy nie. sy rela berhutang 70k dgn kerajaan negeri bbding berhutang 60K dgn kerajaan pusat…

Assalamualaikum, maaf kerana lambat reply. Saya agak kesibukan semenjak kebelakangan ini. Maaf saya tak pernah meminjam PTPTN, jadi tak pasti bagaimana prosedur yang perlu dilakukan untuk menolaknya. Seingat saya ada borang yang perlu diisi… Hm, betul tu… Sebenarnya banyak alternatif yang ada, tetapi tidak begitu di-highlight… Sewaktu saya belajar dahulu, hanya wakil daripada PTPTN dan JPA sahaja yang datang memberikan taklimat…

Maaf kerana tak banyak membantu… Alhamdulillah saya mengagumi kesungguhan sdr untuk mengelakkan diri daripada terjerat dalam urusan riba’… Semoga Allah mempermudahkan urusan sdr serta memberkati kita semua… Ameen…

saya ada pergi tny ptptn hr tu, dia kata klu amek ujrah tak wajib guna cara potong gaji. mungkin baru tukar kot

Wallahua’lam… saya pun tak pasti apa perkembangan terkini PTPTN. Maaf kerana lewat memberikan respon…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2011
F S S M T W T
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: