apo nak dikato

Yang goreng atau yang rebus… kedua-duanya tetap haram…

Posted on: September 1, 2010

Assalamualaikum, maaf seandainya tajuk post ini menimbulkan kekeliruan kepada pembaca… Sebenarnya tajuk ini timbul daripada sebuah analogi hasil buah fikiran seorang kenalan saya sewaktu kami bertemu tidak lama dahulu. Kami bertemu dalam keadaan yang tak disangka. Isteri beliau sedang sarat mengandung pada waktu itu, dan sedang menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata kedua pasangan tersebut. (Alhamdulillah, bayi tersebut selamat dilahirkan dan ibunya juga sihat walafiat setelah melahirkan anak).

Saya sedang membeli juadah ringan di kedai runcit hospital ketika waktu rehat apabila saya ditegur olehnya. (Nota: pertemuan ini berlaku sebelum ketibaan bulan Ramadhan). Sudah agak lama juga kami tak bertemu. Justeru, sementara menunggu isterinya bersalin, saya mengundang beliau untuk makan malam bersama-sama di sebuah gerai berhampiran hospital. Isterinya baru memasuki fasa awal bersalin dan doktor baru sahaja memecahkan selaput amnion bagi menggalakkan kelahiran. (Perkara ini lebih mudah difahami sekiranya pembaca mempunyai latarbelakang perubatan).

Banyak perkara yang dibincangkan, daripada hal-hal peribadi sehinggalah kepada perbincangan masalah umat Islam pada hari ini. Namun apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah berkaitan dengan analogi yang beliau berikan sewaktu kami berbincang mengenai hal pembelian kereta. Ceritanya begini…

Ketika waktu rehat tengahari pada hari tersebut, rakan-rakan sekerja saya ada membincangkan tentang gaji yang baru sahaja diterima. Bertitik-tolak daripada situ, timbul pula persoalan mengenai kereta apa yang hendak dibeli. Seorang rakan saya bertanya kepada saya, “Kereta apa yang you nak beli nanti?”

Saya menjawab bahawa saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Tambahan pula, gaji yang saya ada inipun tidak mencukupi untuk membeli sebuah kereta secara sah.

“Apa pula tak cukupnya, kan boleh buat loan bayar bulan-bulan… You cuba buat loan daripada Bank X, sebab interest-nya lebih rendah daripada Bank Y” ujar rakan saya tersebut. Terkedu saya dibuatnya. Bukankah interest itu merupakan riba’? Tidakkah rakan sekerja saya yang seorang ni menyedari hakikat tersebut? Andainya tiada riba’ sekalipun, saya berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa pembelian melalui kaedah sewa-beli itu adalah tidak sah kerana terdapat pertindihan akad – dua akad dalam satu transaksi (insya Allah akan dibincangkan sekiranya ada permintaan).

Apabila diceritakan kisah tersebut kepada kenalan lama saya itu, beliau telah memberikan analogi berikut (saya olah / paraphrase bagi memudahkan pemahaman);

“Pernyataan tersebut seolah-olah seperti membuat perbandingan antara babi goreng dengan babi rebus. Lebih baik makan babi rebus sebab kurang kolesterol berbanding makan babi goreng deep fry. Yang rebus lebih baik untuk kesihatan”…

Saya teramat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Tanpa disedari, umat Islam pada hari ini sudah semakin hilang sensitiviti terhadap hukum syarak. Mungkin disebabkan istilah-istilah yang digunakan bagi mengaburi umat Islam. Istilah riba’ ditukar menjadi interest ataupun bunga. Mungkin juga disebabkan oleh kejahilan. Ataupun sebenarnya mereka menyedari akan keharamannya, tetapi menutup sebelah mata demi mencari jalan mudah. Wallahua’lam…

Apa yang pasti, riba’ pada hari ini sudah semakin sukar untuk dielakkan sehinggakan rakan sekerja saya yang menjaga solatnya sekalipun tetap terkena debu-debu riba’…

Astaghfirullah… Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan kemaksiatan dan dosa besar sama ada yang disedari mahupun tidak…

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru kepada umat Islam sekalian supaya menggiatkan lagi amal ibadah dalam rangka mencari malam al-Qadar pada 10 malam-malam terakhir Ramadhan… Mudah-mudahan kita bertemu dengannya… Ameen…

Renung-renungkanlah…

Wassalam…

7 Respons to "Yang goreng atau yang rebus… kedua-duanya tetap haram…"

Salam akhi..

Ana ada permintaan.. Boleh tak terangkan macamana yang dikatakan dua akad dalam satu transaksi??

Ana kurang faham..

Mungkin akhi boleh ke sini untuk terangkan kepada rakan2 tentang riba’ http://shirashafrida.blogspot.com/2010/08/beberapa-fakta-riba.html

atau terus ke sumber primer, http://syurgadidunia.blogspot.com/

Wallahualam..

setuju…. nasib baik ana pakai keta cash… walaupun buruk di mata…. :)

entry sdr kali nie betul2 membuka mata…. memang ramai yg tak sedar dalam mengejar keselesaan hidup…

-abuhakeem-

Assalamualaikum… Ukht WM. Insya Allah saya akan cuba bantu dalam masa terdekat. Beberapa tahun lepas ada seorang syabab telah menghuraikannya beserta dengan sebuah artikel yang berkaitan kepada saya. Insya Allah saya akan cuba mencari semula artikel tersebut.

Sdr Abu Hakeem. Benar sekali. Kita perlu lakukan sebaik mungkin untuk meningkatkan kesedaran Islami dalam jiwa setiap individu Muslim… Insya Allah…

P/s: Sedang mencari kereta ala qadar yang selamat untuk dipandu. Kalau ada kenalan yang nak menjual, harap dapat maklumkan kepada saya ye… Terima kasih… =)

Salam, maaf sebab lambat berikan maklumbalas. Baru-baru ni saya terjumpa sebuah artikel yang membincangkan hukum dua akad dalam satu transaksi. Versi bahasa Indonesia. Sila kunjungi link berikut: http://syiar-islam.web.id/?p=100

Namun artikel ini hanyalah sekadar pencerahan ringkas dan bukannya menggantikan tempat ustaz/ah sepenuhnya. Sila rujuk kepada asatizah untuk huraian lanjut ye.

salam.

izinkan ana menyampuk lagi tuan blog… huhu

hurm.
artikel yg disarankan sungguh menepati dan dlm masa yg sgt sgt jelas.

tapi dlm satu situasi lain yg lebih mudah, saya beri contoh al ijarah thumma al bai’ (aitab). biasanya dlm hal sewa beli kereta di msia, secara perbankan islaminya banyak menggunakan principle ni. dengan kata lain islamic hire purchase.

di sini jelas, pembeli mahu membeli kereta. namun, sebab tak ada duit, dia nyatakan hasrat isi hatinya kpd pihak bank. cthnya, A berkenan nak beli peugeot merah (hehe). lepas tu bank akan beli keta tu then bg sewa kat si pembeli td. konon2nya, si pembeli td akan sewa keta tu dr bank sampai dia hbs bayar `duit sewa’ tu, atau sampai tempoh tertentu, si pembeli@penyewa td kena beli keta tu dr bank….

maka AITAB jelas mengandungi 2 akad dlm 1 transaksi. iaitu sewa dan jual beli. defen dr pihak shariah committee bahawa tdk berlaku 2 akad dlm 1 transaksi ialah; bahawasanya client paham yg dia org kena sewa dulu baru beli dan borang agreement terbahagi kpd 2 borang berasingan i.e. borang sewa dan borang jual beli. masa tanda tgn tu lah berlaku 2 akad berbeza (borang berbeza). hak pemilikn kereta hanya diserah kpd pembeli (jatuh pd pembeli) pd akad ke 2 i.e. brg ke 2 i.e. berkuat kuasanya 2nd agreement. (butir2 agreement blh berbeza2 mengikut jenis bank atau berdasarkan persetujuan bank-pembeli)

ni baru ulasan ttg kontrak antara bank dgn pembeli. belum lagi kontrak antara bank dgn penjual kereta dan pihak penjual kereta dengan pembeli. bukan masalah 2 akad dah ni. berakad-akad…ternyata kebanyakan urusan jual beli dilakukan dgn penjual kereta yg juga menjadi org tgh dengan bank, yg kemudiannya menyerahkan kita kembali pd bank, yg mana jika berlaku masalah dlm kontrak tetap saja cari pembeli dan bukan pihak bank, dan pihak pembeli juga cari penjual (keadaan berbeza2 mengikut jenis kontrak dan kandungan kontrak – dlm kes lain, ada urusan jual beli berlangsung terus antara pembeli dgn bank, maka seolah2 pihak penjual kereta `invisible’, krn bank telah terlebih dahulu membeli kereta itu i.e. banklah si penjual kereta!).

sebab tu lah ada pihak boleh keluarkan statement “bank bukan pemberi pinjam tetapi peniaga”…jeng jeng jeng…mcm mana dengan status transaksi “loan”? Tak ada pun qard al-hasan… yg ada semua `perniagaan’. adakah maksudnya bank ialah “peniaga hutang”???

(back to earlier para – hehe) maka dgn demikian, wajarkah akad dibezakan hanya melalui borg berbeza pdhal borang tersebut (kalau dipertimbangkan berdasr logik pun tak dpt diterima akal) saling berkait, jika tidak, tiadalah transaksi tersebut. dan tetap saja ianya 1 transaksi i.e. AITAB. – tetap saja secara realitinya,
tak boleh beli terus, atau tak boleh sewa saja. kena “ijarah”+”al-bai'”.

w.pun dlm buku teks menjelaskan perbezaan AITAB dgn konvensional, dan mcmlah hujah pakar perbankan membezakan AITAB dgn cara masing2, ternyata semuanya indah khabar dr rupa. pelaksanaannya tetap jauh dr teorinya.

oklah, kembali kpd perenggan sebelumnya. persoalannya? betul ke kita beli kereta sbb nak sewa? betul ke masa tempoh sewa kita betol menyewa??? ada pun umat tersepit lagi tertipu ditpu dan tertindas. niat tetap nak beli kereta cumanya dgn alasan `tak ada cara lain, maka terpaksa ikut cara bank’. lagipun, semua org tak faham agreement dia w.pun dijelaskan oleh pihak bank. tahu, `yes’ je sbb nak beli kereta. terima saja sbg betul krn yakin tahap keislamannya… ni sebenarnya pun dah timbul masalah dlm hukum syara’…. erm… no komen lah hal ni. huhu

juz take care everyone… fahami betul2 agreement anda sebelum setuju. fahami ilmu Islam sebelum terjun ke dlm sesuatu…

wallahu’alam.

demikianlah satu cth RINGKAS ttg 2 akad dlm 1 transaksi dari ana yg lemah ini..

oh ya, lagi satu kaedah kebiasaan.

pembeli akan memajak kereta pilihan kpd bank dlm tempoh tertentu pd kadar sewa yg ditentukan (dgn terma dan kondisi lainnya). pada tempoh akhir pemajakan, akad jual beli akan dilaksanakan yg mana pembeli akan membeli keta yg dipajak pd harga yg ditetapkan.

(eh, mcm sama je ye penerangan saya, yg berbezanya kaedah penerangan . huhu)

pelikkan, dah tanda tangan awal2, dan berakad siap2… dah namanya AITAB…

jelas tak apa masalah di sini?

soalan ini saya tinggalkan pada antum semua dulu… ;)

Terima kasih adik atas huraian mantop yang diberikan (huhu). Btw, Peugot merah? Hehe

Em, insya Allah saya akan cuba memahami huraian tersebut dahulu. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang persoalan bolehlah diajukan di sini demi kebqikqn bersama…

=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2010
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: