apo nak dikato

Renungan Buat Saudara Seperjuanganku dalam PAS dan kaum Muslimin amnya…

Posted on: Ogos 23, 2010

Assalamualaikum,

Pertamanya ingin saya jelaskan sejelas-jelasnya bahawa penulisan ini langsung tidak berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Kedua, saya langsung tidak berniat untuk mencetus api permusuhan melalui penulisan ini. Ketiga, seruan saya pada kali ini langsung tidak mempunyai motif politik demokrasi kepartian. Keempat, saya bukanlah ejen yang diupah oleh mana-mana pihak untuk menulis demi kepentingan parti lawan. Kelima, pendirian saya terhadap demokrasi dan juga jalan menuju kebangkitan tetap sama seperti sebelum ini. Keenam, saya mohon supaya rakan-rakan seperjuangan daripada PAS supaya menerima penulisan ini sebagai nasihat daripada saudara seaqidah yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan melainkan kepentingan Islam.

Ceritanya begini…

Saya mempunyai sebuah akaun dalam laman rangkaian sosial dan saya mempunyai rangkaian kenalan yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai. Salah seorang daripadanya merupakan seorang penyokong kuat DAP – salah satu daripada komponen yang membentuk Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS.

Kita semua sudah maklum akan fakta-fakta berikut. 1) DAP memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. 2) DAP mendokong perlembagaan berparlimen dan memperjuangkan kesamarataan melalui konsep “Malaysian Malaysia” dan terkini “Middle Malaysia”. 3) Pimpinan DAP pernah mengeluarkan kenyataan membantah pelaksanaan hudud (apatah lagi syariah Islam) sekeras-kerasnya. Antara ucapan yang dapat saya nukilkan termasuklah kenyataan “Langkah mayat saya dahulu…”. Terkini isu hudud ini kembali bangkit apabila Karpal Singh mengemukakan pandangan beliau berkenaan hudud. Hudud tidak dapat menyelesaikan masalah sosial katanya.

Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut maka timbullah polemik berkenaan isu hudud ini. Pihak BN khasnya UMNO memainkan isu ini habis-habisan demi kepentingan politik mereka. Saya meragui keikhlasan mereka dalam memperjuangkan isu hudud ini. Saya dapati kebanyakan mereka (dan bukan semua ya…) memainkan isu ini semata-mata untuk mengenakan PAS serta menarik sokongan Melayu Muslim kembali kepada mereka. Jika benar mereka memperjuangkan Islam, mengapa sehingga ke hari ini mereka masih bersungguh-sungguh mempertahankan perlembagaan kufur yang jelas bertentangan dengan Islam?

Berbalik kepada kenalan saya itu (merangkap penyokong tegar DAP), beliau memaparkan sebuah artikel yang dipetik daripada laman rasmi DAP Malaysia berkenaan isu hudud. Artikel tersebut merupakan pernyataan media (media statement) yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 22 Ogos 2010. Bagi saya, tiada apa yang baru pada artikel tersebut, kerana saya sudah benar-benar faham akan ideologi yang didukung oleh DAP melalui perlembagaan parti dan juga kenyataan pemimpin-pemimpin mereka.  Namun apa yang menyebabkan saya tertarik untuk berkongsi tentang isu ini dalam penulisan kali ini adalah disebabkan oleh komen-komen yang menyusul di bawah artikel tersebut pada akaun kenalan saya itu. Berikut merupakan komen-komen yang diberikan antara penyokong DAP itu (saya label sebagai ‘A’) dan juga seorang lagi temannya, ‘B’.

A: [In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:

…”Religion

Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.] ~ of quote.

———-

B: PAS is also consistent with it’s struggle to make malaysia an islamic country with hudud as it’s law.

———-

A: ‘B’ – Practicality is the word here. How many seats does PAS have in PAKATAN RAKYAT to have to say that it can implement the HUDUD!!! Besides to implement the HUDUD, the HUQUQ has to be first established. To establish HUQUQ, human rights, equality & total justice have to be implemented first of all! =)

———-

B: Do you mean ,when the PAS govt draft the Hudud law for both Kelantan and Terengganu then, they already established the so call Huquq ? The constituition failed them from going ahead though.That give them the upperhand over UMNO on religious ground.

———-

B: In politics everything is possible.Especially with no law pass to prevent hoping (anti hoping law). You might see defections which will swing everything to their favour. There is no permanent friends or enemies in politic.

———-

A: ‘B’ – You know as well that Hudud is a law. If it is a law than it has to be accepted by society as a whole. PAS at the moment does not have enough seats to make Hudud a law in this country. Hence the constitution is left to remain unchanged. Huquq is actually human rights in Islam. And as a human right, there must be equality among all races regardless of status and religion and justice which is totalitarian.

———-

B : It’s not as easy as you think ,acceptance by society as a whole. just ask the DAP leadership and see how many agreed with Karpal and TGNA.

———-

B : The worse scenario is UMNO has less seat than PAS in the next PRU.Do you think PAS will resist cooperation with UMNO if it can achieve it’s dream.The last PRU talk failed b’cos UMNO has more seat than PAS and as such it does not benefit PAS as they still can’t achieved their goal.

———-

A : ‘B’ – You still haven’t got it. The majority of seats represents the voice in the parliament. PAS just does not have the number of seats to do so. Hudud cannot be made a law in this country unless the majority of seats in the parliament says so. In order to implement hudud, under Islam huquq must first be established. Huquq is human rights in Islam and that means no special privileges for Malays. Every person is treated equally. At the moment, I am not sure that PAS can be agreeable even to all Malays……=)

———-

B : UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority. It’s simple mathemathics . If PR win narrowly next PRU don’t rule out a PAS UMNO govt from defections like I said earlier.

———-

A: UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority???? I doubt so! We still have PKR! And I don’t think UMNO will ever agree with Hudud as it will take away their special privileges. =)

———-

B : PAS will definitely go ahead with the HUdud ,just like when they draft the Hudud in Kelantan and Terengganu which I doubt has established Huquq (assuming the constitution never failed them then)

———-

B : When you lost the govt of the day anyting is possible,by doing so at least they still have some part to remain in govt. this is politic.

———-

A : ‘B’ – As I have said, PAS will not be able to get enough seats in the Parliament to implement Hudud

———-

B : A merger of PAS-UMNO will make it possible

———-

B : It’s possible if PAS has more seat than UMNO and they merge to form the govt,with PAS as tai kor.Do you think they will resist if UMNO agreed to them .It’s only a probabilities but don’t rule out.

———-

A : ‘B’ – Would UMNO give up Malay status in order to unite with PAS & implement Hudud? I would rather think it is unlikely.

———-

B : Are you sure PAS and PKR has given up Malay status.It’s like chameleon when they speak to different audience without really dealing into that in a Chinese majority audience.

———-

B : Both parties try to shows fairness to all but at the same time holding to clause 153 of the constituition when dealing with Malay

———-

A : ‘B’ – PAS may have implemented Hudud in Kelantan but it is the Federal Government which retains the Malay status under the federal constitution Article 153. Very simply put, PAS will have to put up enough seats in the Parliament in order to amend the constitution. PAS cannot have hudud & Malay special privileges at the same time because it is not according to Islamic Huquq (Human Rights)

———-

B : I’m glad DAP is holding to it’s stand on Malaysia as a secular state.There should never be any compromise on their part.Bravo!

———-

Iktibar

1. Komen-komen tersebut datang daripada penyokong DAP sendiri dan bukannya rekaan saya. Jelaslah bahawa mereka bukannya ‘tidak faham’ tentang hudud, tetapi mereka ‘tidak mahu’ kepada hudud.

2. Ada dalam kalangan pejuang PAS (termasuk pimpinan) yang cuba “melunakkan” hudud pada pandangan non-Muslim dengan cara menerapkannya “hanya kepada Muslim”. Tetapi tindakan tersebut bukan sahaja tidak bertepatan dengan syarak (sudah dijelaskan sebelum ini, dan akan dijelaskan semula insya Allah sekiranya ada permintaan), bahkan ‘tidak laku’ dalam kalangan non-Muslim secara umumnya. Buktinya, sila lihat semula pendirian DAP berkenaan hal ini. Mereka bukannya tak bersetuju dengan hudud ke atas non-Muslim, tetapi mereka tidak bersetuju terhadap penerapan hudud sama sekali!

3. Realiti politik demokrasi pada hari ini jelas menunjukkan bahawa hampir-hampir mustahil bagi PAS untuk menerapkan Islam melalui demokrasi. “Practicality is the word here”, komen si A. Sepertimana yang dipaparkan dalam komen tersebut, jelas daripada maksudnya yang tersirat menunjukkan bahawa DAP bijak bermain dalam sepak terajang demokrasi bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai selagimana Melayu Muslim berpecah kepada tiga parti iaitu UMNO, PAS, dan PKR. Biarpun UMNO berjaya membentuk kerajaan gabungan bersama PAS, majoriti masih tidak akan tercapai kerana PKR masih ada. Semestinya PKR tidak akan bergabung dengan UMNO kerana kewujudan PKR sendiri lahir daripada konflik yang menyebabkan pemimpin mereka iaitu Anwar Ibrahim dipecat dan disingkir daripada kerajaan. Lainlah kalau DSAI sanggup menjilat ludahnya sendiri sepertimana sebilangan pemimpin Semangat 46 yang kembali kepada UMNO setelah mereka “membakar jambatan”.

Namun bukan itu sahaja yang menjadi penghalang, sebaliknya kita perlu jelas bahawa Perlembagaan Malaysia sendiri merupakan penghalang terbesar kepada cita-cita PAS dalam menerapkan syariah Islam. Sekiranya mereka hendak mengubah undang-undang negara, maka dengan sendirinya akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan. Ini jelas termaktub dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Inilah jerat ataupun mekanisme penghalang yang telah berjaya ditanam oleh Lord Reid dan suruhanjayanya sewaktu mereka menggubal perlembagaan Malaysia. Jerat inilah yang menjadikan ‘warisan’ tinggalan British berkekalan di Malaysia dan akan berterusan sehinggalah ada dalam kalangan mereka yang memegang kekuasaan dan ikhlas  (ahlu quwwah) tampil untuk mengubahnya.

4. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tentang keharaman mengamalkan, menerapkan  serta menyebarkan demokrasi biarpun setelah dijelaskan dalil-dalil keharamannya. Saya tidak akan memaksa kalian sehinggalah kalian sendiri menerimanya setelah menilai hujah-hujah tersebut. Alhamdulillah, setelah melalui siri demi siri pembahasan pendirian saya bukan sahaja tidak goyah bahkan semakin teguh.

Namun, ingin saya jelaskan di sini, bahawa perjuangan menegakkan Islam melalui demokrasi bukan sahaja tidak menuruti thariqah dakwah Rasulullah SAW, bahkan realitinya juga tidak akan sama sekali berpihak kepada Islam. Sebaliknya saban hari Islam semakin terpinggir bersama-sama kekuasaan Melayu-Muslim yang saban hari semakin terhakis. Tidakkah kalian menyedari hakikat ini? Ataupun kalian cuba menipu diri sendiri?

Hujah “Pemimpin kami terdiri daripada kalangan ulama’, mustahil mereka tidak mengetahuinya. Mustahil kamu lebih pandai daripada mereka” adalah tidak absah. Sampai bila lagi kalian cuba berkompromi dengan memperkenalkan pelbagai istilah seperti tahalluf siyasi, negara berkebajikan dan sebagainya? Sedangkan sekutu kalian dalam Pakatan Rakyat, DAP,  dengan jelas sekali tidak akan berkompromi terhadap pendirian mereka. Manakala PKR pula hanya memperjuangkan agenda sempit mereka yang cuba disalut dengan slogan “keadilan”. Usah berharap pada UMNO dan juga Barisannya.

Sudah tiba masanya untuk kalian meninggalkan gelanggang demokrasi yang kufur itu. Lebih lama kalian berada di dalamnya, lebih banyak keburukan yang akan menimpa berbanding kebaikan. Marilah kita bersama-sama berjuang mengikut thariqah perjuangan Rasulullah saw. Perjuangan tanpa kompromi, perjuangan tanpa kekerasan, dan perjuangan yang ikhlas demi menegakkan Islam dalam kehidupan – baik di peringkat individu, masyarakat, mahupun aspek kenegaraan.

Wahai Umat Islam khasnya di Malaysia,

Sudah tiba masanya untuk kalian membebaskan diri daripada belenggu ini. Sudah tiba masanya untuk kalian kembali menerapkan Islam secara syumul tanpa sebarang kompromi. Tidak perlu mengambil sikap apologetik, kerana kita bukannya pesalah! Tidak perlu bermuka-muka, kerana kita bukannya hipokrit!

Tinggalkan politik demokrasi kepartian, amalkan politik Islam yang hakiki. Politik yang berpaksikan amar makruf nahi mungkar dalam ertikata yang sebenar. Politik yang meletakkan Islam tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripadanya. Politik yang merentas sempadan palsu rekaan penjajah kuffar.

Ayuh, bersempena dengan bulan yang mulia ini marilah kita mengukuhkan iltizam kita terhadap Islam. Marilah kita tinggalkan segala kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi. Marilah kita berjuang menegakkan Islam secara hakiki, kembalikan syariah Islam melalui perjuangan intelektual tanpa kekerasan. Kembalikan Islam melalui perjuangan khilafah – perisai bagi kaum Muslimin. Dengan kembalinya khilafah, Islam akan dikembangkan ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad. Melalui khilafah juga kita akan menyatukan kembali umat Islam di seluruh dunia serta membela nasib mereka yang tertindas.

Semua ini akan hanya tinggal retorik sekiranya tiada kesedaran untuk bangkit dalam diri kalian. Justeru, marilah kita merenung sejenak apa yang saya kongsikan dalam artikel ini dan tanyalah kepada diri kita sendiri, “Sudahkah aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim tanpa memikirkan darihal ini? Sekiranya aku membiarkan sahaja seruan ini tanpa memikirkan natijah yang timbul seandainya status quo pada hari ini tidak diubah, adakah aku tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Cukupkah dengan melaksanakan ibadah mahdhah dan berakhlak mulia semata-mata, lalu meminggirkan aspek kenegaraan serta penerapan syariah Islam? Cukupkah dengan syiar (simbol) tanpa syariah?”

Segalanya bermula daripada diri anda. Benar, hidayah merupakan ketentuan Allah, tetapi kitalah yang berusaha untuk mencarinya.

Renung-renungkan. Wallahua’lam.

13 Respons to "Renungan Buat Saudara Seperjuanganku dalam PAS dan kaum Muslimin amnya…"

maaf… macam mana kita nak mengIslamkan bangsa lain di negara ni?

kalau beginilah apa yg pihak non-muslim mahukan(iaitu menolak hak agama Islam), maka apalah makna tolak ansur yg diberikan selama ini. aku pun rasa dunia ni terlalu tepu dengan fitnah. kelibat Divide n Rule terlalu dalam. entah lah, penat mata aku nengok semua ni….

saya berpihak pada anda untuk beberapa pandangan yg jujur terutama tentang ‘mengongnya’ DAP serta sikap penolakan mereka terhadap hudud…saya maklumi, hukum hudud bukan sesuatu yg mudah ditelan DAP sebagaimana ia juga sebenarnya lebih susah untuk diterima oleh kebanyakan muslim sendiri….maka kalau DAP menolak hudud kerana jahil, kerana ragu atau kena sifat penolakan ‘semulajadi’ mereka kepada Islam, maka itu bukanlah sesuatu yg mengejutkan…..
saya lebih ghairah utk membuang sikap pesimis terhadap hudud ini dikalangan muslim sendiri…..anda juga tahu, bahawa kita masih gagal meyakinkan muslim di malaysia utk bersedia kepada hudud…membuang keraguan mereka kepada hudud tapi kita dah bising bercerita, menulis dan berceramah tentang non muslim juga ‘kena hudud’…inilah semangat kita yg tak tahu nak letak priority. Pas masih gagal ‘menarik dan memaksa’ kerajaan UMNO di Malaysia melaksanakan hudud kepada muslim tapi dah ada suara lantang yg dok sebut2 bahawa bukan muslim juga kena hudud…non muslim juga kena hudud. Saya bukan menafikan hak syarak ttg perkara ini cuma saya rasa kita kurang cermat dlm mencari priority. Usahakan dulu hudud utk muslim baru kita boleh cerita ‘apa hudud utk non muslim pula…
saya pernah menulis panjang pd wuzara ttg pandangan saya terhadap perkara ini…..

jadi anda tak perlu ‘terkejut’ dgn sikap DAP terhadap hukum Islam, apa pun pandangan mereka, merka ini adalah golongan yg tidak beriman kepada Islam…tapi saya dah lama ‘koma’ dengan sikap muslim sendiri terhadap hukum Islam khususnya hudud….sampai sekarang biarpun beberapa siri penjelasan telah diberikan, mereka masih tegar menentang….hmmm fikir-fikirkan

setuju dengan artikel sdr. namun, biler kita kata tentang hudud ia hanyalah satu daripada rantaian sistem pentadbiran dalam Islam yg mencakupi undang2 jenayah.

kalau kita nak laksanakan hudud, ia bermakna kita kena laksanakan seluruh sistem itu… mudah kata kita tukar sistem demokrasi seperti yg sdr katakan… (sebab tu saya setuju). bab PAS memujuk UMNO or UMNO ajak PAS sudah semakin sukar jalannya… walaq pada pemimpin pun sekarang berpada2…

melalui chanelling guru saya, dia kata, tertegaknya Daulah Khilafah ini mahal harganya… jgn lah kita sangka hanya dengan berkempen diinternet dan berhujah sana-sini kita dah mampu membangunkan negara daulah Islam… sememangnya ia menuntut harga yang paling mahal…. percayalah… dan bersedialah jika kita ingin bersama…. InsyaAllah…

-abuhakeem-

Assalamualaikum… Maaf kerana lewat memberikan respon. Pertamanya terima kasih atas kesudian kalian meninggalkan komen di sini.

Sdr Kerol, apabila kita berinteraksi dengan non-Muslim, ada perkara yang boleh kita bertolak ansur dan ada juga perkara yang menuntut kita untuk teguh dengan pendirian kita. Namun dalam kita bertolak ansur sewajarnya kita meletakkan kepentingan Islam sebagai tolok ukurnya. Maaf sebab saya reply melalui telefon bimbit jadi tak “larat” nak menaip panjang. Insya Allah jika sdr
berkelapangan kita boleh bertemu untuk membincangkan hal ini secara
lebih lanjut. Jika sdr menetap di sekitar lembah klang jemputlah hadir ke Khilafah Centre yang terletak di Bangi. Sila klik pada tab Khilafah Centre di bawah banner blog ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Salam sdr myhoney, seperti yang saya nyatakan memang bukan suatu yang mengejutkan apabila mengetahui aktivis DAP menentang penerapan hudud. Namun jika sdr meneliti penulisan saya pada kali ini, sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan bukanlah terhenti di situ. Sebaliknya saya ingin menunjukkan realiti perjuangan yang sedang kalian tempuhi. Perjuangan menerapkan hudud tidak akan tercapai melalui jalan demokrasi disebabkan oleh perkara-perkara yang telah saya huraikan di atas. Karpal Singh dengan angkuh dan yakin mengatakan bahawa hudud tidak akan berjaya kerana beliau memang sedia maklum dengan selok belok perundangan. Tambahan lagi, dengan kewujudan Perkara 4(1) dalam Perlembagaan maka mustahil bagi kita untuk merealisasikan penerapan syariah selagimana kita masih mendaulatkan Perlembagaan itu sendiri. Akhirnya kekuasaan Muslim semakin terhakis disebabkan kompromi demi kompromi yang diberikan saban hari. Saya yakin sebenarnya sudah ramai yang menyedari hakikat ini namun saya hairan mengapa masih ada lagi yang setia berharap pada perjuangan demokrasi. Adakah disebabkan ego yang menebal sehingga kalian sanggup menutup sebelah mata dan menipu diri sendiri?

Kita perlu sedar bahawa bukan semua umat Islam di luar sana yang mempunyai kesedaran seperti sdr. Justeru apabila mereka melihat seolah-olah PAS telah menjadi tunggangan DAP & PKR maka semestinya mereka tidak akan menyokong kalian. Sekaligus menyukarkan lagi kalian dalam mencapai matlamat tersebut. Jadi jangan terkejut apabila kita melihat badan assabiah seperti Perkasa masih mendapat sokongan daripada sebilangan orang Melayu.

Semua ini hanyalah pembahasan dari sudut realiti. Dari sudut hukum syarie-nya pula saya percaya sdr myhoney sudah sedia maklum daripada perbincangan demi perbincangan lepas. Saya tidak akan memaksakan pegangan saya kepada sdr, sebaliknya terpulang kepada penerimaan sdr sendiri.

Wallahua’lam

Sdr abuhakeem, benar sekali ungkapan anda itu. Sebab itulah saya katakan bahawa semua seruan dalam blog saya ini akan menjadi tidak lebih daripada sekadar retorik seandainya ia gagal
menjentik kesedaran dalam diri insan yang membacanya. Penggunaan internet hanyalah sebagai salah satu uslub dalam menyebarkan fikrah. Saya tidak mampu hendak mengetuk setiap pintu rumah disebabkan komitmen saya yang mengehadkan pergerakan saya. Saya juga tidak berkemampuan untuk membeli kenderaan yang membolehkan saya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berdakwah. Justeru saya memanfaatkan setiap peluang dan kekuatan yamg ada untuk kepentingan Islam. Alhamdulillah saya mampu mendapatkan akses ke internet dan dikurniakan sekelumit ilmu, maka saya gunakannya demi mencapai keredhaan-Nya.

Tujuan saya menjelaskan perkara ini bukanlah untuk membela diri saya, jauh sekali hendak mendabik dada mengatakan saya dah banyak menyumbang. Sebaliknya saya sekadar menyatakan bahawa sebenarnya ruang dakwah itu luas. Hatta terpenjara sekalipun dakwah masih boleh berlangsung. Hal ini terbukti melalui kisah para daie di Asia Tengah yang tetap gigih berdakwah biarpun dipenjarakan (sila rujuk kepada artikel saya yang bertajuk “Benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung”).

Mungkin ada yang meremehkan usaha kecil ini kerana beranggapan bahawa mereka yang menulis di blog dengan nama samaran ini merupakan penakut yang hanya berani beretorik. Mereka tersilap. Dengan hanya menulis artikel sebegini sahaja sebenarnya seseorang itu sudah “mempertaruhkan” segala yang ada dalam hidupnya. Nama samaran? Hubungi sahaja contact email dan kalian akan mengetahui identiti sebenar penulis apabila dia membalas emel kalian.

Apapun harap usahlah dipanjangkan lagi isu ini. Yang penting kita teruskan menyumbang demi Islam dengan penuh keikhlasan tanpa memperlekehkan usaha pihak
lain. Apatah lagi apabila kita semua berada di pihak yang sama iaitu pihak yang memperjuangkan kebenaran. Wallahua’lam…

Maaf andainya penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.

Wassalam…

saya quote tulisan anda:

“Kita perlu sedar bahawa bukan semua umat Islam di luar sana yang mempunyai kesedaran seperti sdr. Justeru apabila mereka melihat seolah-olah PAS telah menjadi tunggangan DAP & PKR maka semestinya mereka tidak akan menyokong kalian. Sekaligus menyukarkan lagi kalian dalam mencapai matlamat tersebut. Jadi jangan terkejut apabila kita melihat badan assabiah seperti Perkasa masih mendapat sokongan daripada sebilangan orang Melayu.”

pada saya, pandangan anda tentang sokongan org ramai yg mungkin berkurang bila melihat PAS seolah menjadi tunggangan PKR dan DAP adalah kurang tepat….sebaliknya, dalam siri pilihanraya memperlihatkan peningkatan sokongan terhadap pakatan rakyat dan meningkatnya ahli kelab penyokong Pas di kalangan non muslim…..jika bukan kerana permainan politik kotor UMNO dan Barisan Nasional serta pengkhianatan SPR anda mungkin dapat melihat satu ‘fenomena’ baru dlm kecenderungan rakyat terhadap PR.

“Perjuangan menerapkan hudud tidak akan tercapai melalui jalan demokrasi disebabkan oleh perkara-perkara yang telah saya huraikan di atas. Karpal Singh dengan angkuh dan yakin mengatakan bahawa hudud tidak akan berjaya kerana beliau memang sedia maklum dengan selok belok perundangan. Tambahan lagi, dengan kewujudan Perkara 4(1) dalam Perlembagaan maka mustahil bagi kita untuk merealisasikan penerapan syariah selagimana kita masih mendaulatkan Perlembagaan itu sendiri. Akhirnya kekuasaan Muslim semakin terhakis disebabkan kompromi demi kompromi yang diberikan saban hari.”

Demokrasi bukan matlamat….ia sekadar alat atau laluan utk memperjuangkan agama Allah….penerapan hudud sebagai sebahagian dari agenda perjuangan. Jika laluan demokrasi utk penerapan hudud menemui kesukaran, masih ada agenda perjuangan lain yg menemui kejayaan melalui demokrasi…sahabat saya dari kalangan HT yg membuat seruan di masjid selepas solat jumaat atau mengedarkan SN kepada para jemaah, bukankah telah menggunakan saluran demokrasi di negara ini?….
apa pun usaha atau ikhtiar utk melaksanakan hudud Allah mesti diteruskan dengan apa saja peluang yg munasabah yg kita ada…soal akan menemui kejayaan atau tidak, Allah lebih mengetahuinya.
Karpal Singh sekadar seorg kafir dlm DAP yg degil menentang hudud Allah, apakah tidak ada kemungkinan kafir2 DAP lain yg lunak dan lebih rasional dlm menilai hukum hudud?? maka tidak patut merasa lemah hanya kerana kata2 karpal yg dah tua dan berkerusi roda, sedang org lain yg gagah perkasa dlm DAP masih boleh “kita cuba’….:D

sekadar pandangan, saya juga tidak memaksa persetujuan anda terhadap pandangan saya…

setuju tuan blog.. itulah yg saya cuba lakukan… bg saya, para penulis blog ini adalah seperti pejuang di belakang tabir yg melicinkan dan membuka jalan perjuangan nyata kelak… InsyaAllah…

semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan sdr….

http://abu-hakeem.blogspot.com/2010/08/umno-pas-pengalaman-hidup-ini-yang.html

-abuhakeem-

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Salam,

Sdr myhoney,

Saya tidak membuat statistik terhadap pernyataan tersebut, justeru saya tidak boleh membuktikan pernyataan saya secara tuntas. Namun apa yang pasti, ada sebilangan kenalan saya yang berkecimpung dalam politik demokrasi mempunyai pandangan yang senada dengan saya. Ayah kepada seorang kenalan saya merangkap penyokong PAS di Perak telah kembali menyokong BN setelah melihat perkembangan yang berlaku di sana. Pemberian hak pemilikan 999 tahun dsb. Kini ayah beliau berkempen terhadap PR di Perak. Tujuan saya membawa kisah ini bukanlah untuk memburukkan PAS, sebaliknya sekadar hendak menunjukkan realiti yang terjadi. Sikap berkompromi perlu ada hadnya. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai…

Soal Kelab Penyokong PAS juga perlu diteliti dari sudut syarak juga. Apakah hukum non-Muslim menyertai gerakan Islam? Adakah penyertaan mereka benar-benar untuk menjayakan matlamat perjuangan PAS atau sekadar berdiri atas dasar “my enemy’s enemy is my ally”?

Mengenai pernyataan Karpal pula, ia bukanlah berkisar tentang sosok tubuh yang sudah berkerusi roda. Sebaliknya menyentuh tentang idea dan pegangan yang dibawa oleh sosok tersebut.

Zaid Ibrahim juga merupakan seorang pengamal undang-undang. Beliau turut menolak kemungkinan hudud terlaksana kerana beliau memahami selok-belok perundangan kufur ini. Beliau benar-benar faham bahawa hudud tidak akan dapat diterapkan melalui perlembagaan sedia ada. Kewujudan Perkara 4(1) merupakan titik tolak kepada hakikat tersebut.

Perjuangan di dalam sistem akan gagal, lantaran kewujudan Perkara 4(1).

Wallahua’lam…

Sdr Abuhakeem… saya tersentuh dengan perkongsian pengalaman sdr yang dipaparkan melalui link yang diberikan itu. Semoga kita istiqamah dalam perjuangan, ameen…

Sdr Fakeh Khalifah Saka. Saya berlepas diri daripada pernyataan sdr. Wallahua’lam…

assalamu’alaikum wbt,

kehadapan ummuhanah, sy memohon penjelasan berkenaan dengan kata2 anda ini:

“sahabat saya dari kalangan HT yg membuat seruan di masjid selepas solat jumaat atau mengedarkan SN kepada para jemaah, bukankah telah menggunakan saluran demokrasi di negara ini?….”

apakah yg anda maksudkan dengan menggunakan saluran demokrasi di negara ini? kaedah apa yg pd pandangan anda menggunakan saluran demokrasi? seruan itu atau pengedaran SN per se? atau perkara lain disebalik aktiviti tersebut?

mohon maaf kerana sepangjang kajian saya terhadap gerak kerja mereka, sy belum nampak kedua aktiviti tersebut menggunakan `saluran demokrasi’. namun, mungkin saja yg anda maksudkan sbg `saluran demokrasi’ itu berbeza, maka mohon penjelasan.

“apa pun usaha atau ikhtiar utk melaksanakan hudud Allah mesti diteruskan dengan apa saja peluang yg munasabah yg kita ada.”

cukupkah sekadar melaksanakan syariat Allah berdasrkan `tolok ukur’ MUNASABAH dipandangan manusia sedangkan syariat telah pun menetapkannya. apa boleh memincangkan syariat dlm menegakkan syariat?

dan akhir sekali…

adakah saudari sudah `berkenalan’ atau mengkaji perjuangan ini secara menyeluruh dengan sendiri?

persoalan ini sekadar utk memahami komentar anda. tiada bermaksud apa2. mudahan masing2 mendapat pencerahan.

apa2 pun, saya bersetuju dengan ummuhana bhw penentuan kejayaan adalah hak Allah….. dan kita tidak wajar meletakkan sesiapa secara spesifik akan berjaya namun yg kita harapkan adalah kebangkitan ummat Islam dan usaha dlm meraih kejayan tersebut. semestinya sesiapa pun, dari jamaah mana pun, jika memperjuangkan syariat yg benar wajar didokong dan disokong.

dan semestinya saya memahami demokrasi hanya salah satu metod PAS utk mendirikan daulah. dan bukannya utk tenggelam dlm demokrasi sekular itu. begitulah yg sering diwar-warkan. namun, tidak boleh tidak, sebagai muslim, wajib kita memuhasabah diri… sejauh mana apa yg kita lakukan itu benar2 menepati syariat… benar2 mengikut tariqah yg disediakan oleh Nya?

wallahu’alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2010
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: