apo nak dikato

Analogi

Posted on: Ogos 19, 2010

Analogi 1: Seorang fulan bersekedudukan dengan seorang fulanah tanpa ikatan pernikahan yang sah (saya percaya para pembaca maklum akan syarat-syarat sah pernikahan, antaranya adalah akad nikah dsb),  – tinggal serumah, dan setelah beberapa tahun mendapat beberapa orang anak.  Secara biologi, sememangnya hubungan mereka adalah selaku anak-beranak. Namun bagaimana pula dari sudut syarie?  Adakah hukum-hukum berkaitan ibu bapa dan anak itu sah apabila melibatkan kes sebegini? Misalnya kewajipan taat kepada ibu bapa (kecuali dalam kemungkaran) dsb?

Analogi 2: Seorang wanita bernikah dengan 2 orang lelaki. Adakah pernikahan tersebut sah, biarpun dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat nikah seperti saksi, akad, wali dsb? Ada orang cuba memberikan justifikasi bahawa sang isteri tinggal berjauhan dengan suami pertama, oleh itu dia bernikah dengan suami kedua supaya keperluannya dipenuhi. Adakah justifikasi tersebut absah?

Saya percaya, bahawa akal yang waras dan dipandu oleh wahyu tentu sekali akan mengatakan  kedua-dua contoh analogi tersebut bercanggah dengan syarak. Sekarang mari kita kaitkan analogi-analogi tersebut dengan permasalahan yang sedang membelenggu umat Islam pada hari ini, iaitu sekitar aspek kenegaraan.

Ada yang berhujah bahawa kita wajib mentaati pemerintah pada hari ini biarpun zalim selagimana tiada kemungkaran yang nyata/berleluasa (kuffar bawwahan). Kemudian disenaraikan dalil-dalil bagi menyokong hujah tersebut, misalnya hadis “kuffar bawwahan”, hadis “selagimana masih menunaikan solat”, dan juga ayat “ulil amri” dsb. Persoalannya, adakah kepimpinan yang ada dalam dunia Islam pada hari ini absah di sisi syarak? Mungkin dari segi “biologi” kepimpinan tersebut sah, bagaimana pula dari sudut syarie? Adakah “pemimpin” yang terdapat dalam dalil-dalil tersebut turut meliputi kepimpinan pada hari ini?

Syarat sah kepimpinan adalah dengan adanya baiah antara pemimpin dan umat; umat memberikan ketaatan terhadap pemimpin dalam rangka menegakkan hukum Islam dan menerapkan sistemnya. Di manakah baiah? Pada kertas undi  memangkah pemimpin???  Bagaimana pula dengan sistemnya? Ke mana perginya syariat Islam? Yang tinggal hanyalah syiar (simbol) pada frasa “Islam sebagai agama rasmi” yang kosong serta simbol-simbol seperti bacaan doa pada majlis keraian rasmi, masjid-masjid yang dibina dengan bermegah-megah (bukan semua) dsb. Yang tinggal hanyalah penerapan Islam dari sudut peribadi dan kemasyarakatan – itu pun sudah semakin terhakis lantaran tiadanya penerapan sistem  yang Islami di peringkat negara.

Mungkin ada yang berhujah bahawa hukum syarak seperti hudud dsb masih diterapkan  dan Islam masih dominan di beberapa buah negara kaum Muslimin. Ada juga yang melaksanakan proses “baiah” terhadap pemimpin mereka. Namun adakah semua ini diterima syarak, dengan wujudnya berbilang negara yang memisahkan umat Islam pada hari ini? Bolehkah umat Islam “menikahi ” lebih daripada satu  negara?

Ada yang mempertahankan status quo pada hari ini dengan menggunakan hujah sejarah, iaitu dengan merujuk kepada kewujudan kepimpinan berasingan di wilayah Islam pada zaman khilafah terdahulu. Misalnya kerajaan Andalusia, ataupun wilayah India yang membentuk kerajaan  Mughal. Namun kita perlu jelas bahawa sejarah tidak boleh dijadikan sebagai sumber hukum. Sejarah tidak pernah menjadi sebagai sebahagian daripada sumber hukum.

Di samping itu, kita juga perlu jelas bahawa pemerintah-pemerintah di wilayah-wilayah tersebut tidak pernah membuat tuntutan bahawa mereka merupakan khalifah kedua yang menyaingi khilafah Islam yang wujud pada zaman tersebut. Kesultanan-kesultanan Melayu, misalnya, tidak pernah merampas kekhalifahan daripada Khilafah Uthmaniyah, bahkan para Sultan membina hubungan erat dengan Khalifah Uthmaniyah. Sila rujuk kepada pembentangan Khilafah dan Alam Melayu bagi mendapatkan gambaran sebenar terhadap hubungan dua hala tersebut. Jelas bahawa tidak timbul isu berbilang kepimpinan kerana umat Islam masih bernaung di bawah satu khalifah, biarpun Sultan-sultan mempunyai kuasa autonomi.

Dalam masa yang sama, kita perlu mengambil kira faktor sistem pengangkutan dan telekomunikasi yang terhad pada zaman tersebut. Bayangkan berapa lama tempoh yang diambil bagi perjalanan dari Istanbul ke  Nusantara menggunakan pengangkutan pada zaman dahulu kala. Justeru menyukarkan khalifah di pusat untuk menguruskan hal-ehwal umat di kawasan jauh.  Bandingkan pula dengan kemajuan dari sudut telekomunikasi dan sistem pengangkutan pada hari ini.  Bagi saya, umat Islam sudah tiada alasan lagi untuk membenarkan kewujudan berbilang negara yang memisahkan mereka.

KESIMPULAN

Sebelum anda sewenang-wenangnya mengecop mana-mana pihak sebagai khawarij mahupun pemberontak, sila renungkan analogi-analogi dan juga huraian yang telah diberikan ini. Hentikanlah dakwaan palsu yang cuba disalut dengan dalil-dalil sedangkan dalil tersebut tidak kena dengan dakwaan yang dilemparkan.

Jangan cepat melabel orang itu dan ini. Hanya kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan, terus dicop sebagai pemberontak. Hanya kerana ingin menerapkan sistem yang menyatukan umat Islam, terus dilabel sebagai penggerak revolusi berdarah yang ingin mencetuskan huru-hara serta mengancam keselamatan. Keselamatan siapa yang terancam? Jika umat Islam, khasnya mereka yang memegang tampuk kekuasaan benar-benar ikhlas terhadap Islam, serta beriman kepada Islam sepenuhnya, mereka tidak akan sesekali berasa terancam terhadap seruan yang dibawa ini. Bahkan sebaliknya mereka akan mengalu-alukan serta mendokong aspirasi perjuangan ini.

Renung-renungkanlah… Wallahua’lam…

P.s. Analogi pertama diperoleh daripada sebuah perbualan dengan seorang ustaz ketika saya menumpang beliau untuk pulang ke rumah daripada sebuah seminar. Sudah lama ingin dikongsikan, namun tak kesampaian kerana kesibukan yang melanda. Ada juga beberapa isu lain yang dibincangkan sewaktu dalam perjalanan tersebut, insya Allah akan dikongsikan pada masa akan datang seandainya saya berkelapangan.

Selamat Berpuasa. Selamat Berbuka. Selamat Bersahur. Selamat Beramal. Bersama kita menghayati Madrasah Ramadhan yang hanya dibuka selama sebulan pada setiap tahun ini… Semoga Allah menerima segala amalan kita dan memberkati kita semua… Ameen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2010
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: