apo nak dikato

Ringkas

Posted on: Julai 25, 2010

Assalamualaikum

1) Iman dan Dugaan:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [TMQ al-Ankabut: 2]

Banyak benar dugaan sepanjang berada di sini. Benarlah kata-kata seorang kenalan saya (saya olah semula berdasarkan memori), “Bila dah kerja nanti lagi banyak dugaannya. Sebab itulah tak hairan kalau ada yang futur daripada medan dakwah. Tidak kurang juga yang menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya”.

Banyak benar dugaan yang dihadapi. Banyak perkara yang menuntut keimanan yang tinggi.  Apabila kerja banyak sehingga melewati waktu makan tengahari. Tinggal 10 minit je lagi sebelum masuk bekerja semula. Nak pergi makan ke atau solat Zuhur? Apabila hendak menunaikan solat Jumaat, keluar lewat kerana merawat pesakit. Kawan dah pergi ke masjid yang terletak 2km daripada tempat kerja. Nak pergi naik bas atau tidur sahaja di bilik? Apabila on call, bilik rehat cuma ada satu, dan kita berkongsi dengan seorang lagi doktor perempuan.  Macam-macam boleh terjadi. (Jangan terkejut jika saya katakan pernah terjadi kes yang “tak diingini” di sini). Adakah kita hendak duduk sama, atau pergi keluar dan tidur di wad? Apabila keluarga pesakit yang meracau mula mengamalkan jampi khurafat kerana menganggap terdapat rasukan – adakah kita hendak membiarkannya atau menegur?

Semua ini menuntut daya tahan keimanan yang tinggi. Tanpa bekal iman, tak mustahil kita akan tewas dan akur dengan kemaksiatan. Alhamdulillah, Allah memelihara saya. Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan taulan dan juga asatizah yang mendidik saya selama ini. Saya bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak mendabik dada mengatakan sayalah yang paling alim. Tujuan saya menulis ini hanyalah sebagai peringatan ikhlas kepada pembaca. dan juga diri saya sendiri Mungkin ada yang memandang remeh perkara-perkara sebegini. Namun kita perlu sedar bahawa sekecil-kecil perbuatan kita pun akan dihisab. Inikan pula perkara yang menyentuh soal halal-haram. Wallahua’lam.

2) Khilafah

Alhamdulillah, beberapa hari lepas telah berlangsung Persidangan Media Antarabangsa Hizbut Tahrir pada hari Ahad (18 Julai) yang lalu. Terdahulu, Hizbut Tahrir telah menganjurkan masirah dan juga seminar bagi mengingatkan umat Islam terhadap keruntuhan daulah khilafah serta kewajipan mengembalikannya semula di seluruh dunia pada 28 Rejab. Alhamdulillah, respon daripada umat semakin hari semakin meluas. Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan daripada agen-agen Barat dan musuh Islam, namun semua itu tidak akan sesekali melemahkan keazaman para syabab dan juga umat yang beriman dalam menggerakkan segenap upaya untuk menunaikan kewajipan yang telah tertangguh sejak sekian lama ini.

Wahai kaum Muslimin, sahutlah seruan ini. Kewajipan ini bukanlah hak milik ekslusif Hizbut Tahrir, sebaliknya ia merupakan kewajipan bagi kita semua. Khilafah merupakan hak dan kewajipan kita semua.

Pihak-pihak yang skeptik terhadap perjuangan ini pernah membangkitkan persoalan ini, “Jika benar kamu (Hizbut Tahrir)  ingin mengembalikan khilafah atas manhaj kenabian, mengapa pula kamu menangisi kematian Uthmaniyah yang mengamalkan sistem raja warisan?”

Maka saya lontarkan kembali persoalan berikut, “Kamu pula merujuk kepada siapa dalam berpegang kepada sistem demokrasi pada hari ini?”

Sedarlah bahawa biarpun terdapat kelemahan dan kesilapan, khilafah Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah tetap merupakan kesinambungan daripada khulafa’ ar-Rasyidin dan juga warisan Nubuwwah. Hukum Islam masih dominan dan mekanisme muhasabah tetap berlangsung. Wallahua’lam…

Setakat ini sahajalah dahulu. Mudah-mudahan perkongsian saya ini bermanfaat. Maaf sekiranya terdapat kekurangan. Sudilah kiranya menegur andainya terdapat kesalahan padanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan kepada kita semua supaya meneguhkan iltizam dan berusaha sedaya upaya untuk istiqamah dalam beramal – biarpun sedikit. Dalam masa yang sama, kita teruskan berdoa kepada Allah supaya menjadikan kita Mukmin yang lebih baik berbanding semalam. Ameen…

7 Respons to "Ringkas"

aduyaii…dokter2…
ya..saya teringat bila diutuskan oleh parents utk menjadi `babysitter’ buat doktor kami dlm tempoh awal2 kehidupannya sebagai seorg doktor… (almaklumlah, student boleh ponteng, jd la babysitter) ..fuh, dah-syat… mujurlah perlahan2 semuanya beransur2 menjadi `manageable’. (lebih2 lagi ada p.a).huhu.

maka, upahlah adik anda jd p.a anda. nescaya yg berat bisa dirasakan sedikit ringan. insyaAllah. (hehe =D)

semoga Allah kurniakan buat anda keimanan yg kuat..
dan mempermudahkan urusan anda..
dan moga Allah menetapkan anda sebagai salah seorg penegak syariatnya buat selama2nya.
insyaAllah.
amin.

p/s: demikian juga buat para pekerja yg mempunyai `beban’ kerjaya yg serupa. menangkan urusanNya, nescaya dia menjaga yg lainnya.

+.+.+.+

Hu~ Terima kasih atas tips yang diberikan. Namun rasanya tak boleh nak diamalkan, sebab saya merupakan anak bongsu… (“^_^)

Apapun, ameen atas doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Jzkk… Semoga kita semua istiqamah di jalan-Nya…

loh..kesiannye +,+
tak pe, tak pe.
Maka jadilah adik yg baik. (macam saye =D)
mintak akak/abg jd babysitter pun bleh ape.
anak2 saudara ke.
huhu

saya ade soalan,
harap sape2 (bukan stakat owner blog ni la) boleh bg jawapannya.

1) dlm sesetengah kes, adakah normal bg seorg dokter tak tahu patient dia sakit ape?

2) betul ke hukum bedah mayat tu haram. sebab menyakiti mayat. maka, bagaimana dengan profession/student perubatan yg nampaknya tidak boleh tidak utk membedah mayat. (ke boleh elak? ingat2 zaman skolah ade yg kna paksa bedah haiwan sampai mati… aiseh…). Namun, ada juga mengatakan terdapat dua pendapat dlm hal ini.

may be dokter abu ghazi boleh wat artikel khas utk isu ni kot…

3)solat jumaat… ada dokter berpendapat, they can skip solat jumaat kerana tugas mereka i.e. shift diaorg kena time tu. maka, darurat. dan kepentingan untuk mereka bersama patient.

lalu sy mengatakan, itu salah pentadbiran, tak pandai susun jadual. hehe.

apa komen tuan2 dokter sekalian berkenaan hal ini?

Tak mengapa, mungkin buat masa ni isu tersebut belum berbangkit lagi… Sebab ‘ibu kepada baby’ tu pun masih belum ditemui… Insya Allah jodoh akan ada apabila sudah tiba masanya… =)

Berikut merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan sekelumit ilmu yang ada… Jika tersilap mohon jasa baik pembaca untuk menegurnya… =)

1) Kebiasaannya doktor akan mengetahui penyakit yang dihidapi berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pesakit, pemeriksaan fizikal dan juga kajian darah serta ujian-ujian lain. Memang jarang bagi doktor untuk tidak mengetahui penyakit yang dihidapi pesakit. Namun adakalanya diagnosis yang clear-cut tidak dapat diperoleh disebabkan kekurangan daripada perkara-perkara tersebut. Ada juga penyakit yang tidak begitu jelas simptom-nya. Tidak kurang juga penyakit-penyakit yang mempunyai tanda-tanda yang hampir serupa, justeru menyukarkan doktor untuk membuat diagnosis secara tuntas. Oleh itu, tidak mustahil ada kalanya doktor tidak dapat mengetahui penyakit yang sedang dihidapi sehinggalah pemeriksaan dan ujian lanjut dilakukan.

Walau bagaimanapun, para doktor semestinya akan berusaha sedaya upaya menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang ada untuk membantu merawat pesakit. Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Kita sekadar berusaha yang terbaik… =)

2) Berkenaan dengan isu membedah mayat tu pula, rasanya sudah ada artikel yang membincangkannya secara syarie. Memang para ulama’ berbeza pendapat mengenainya. Insya Allah saya akan cuba cari semula artikel/risalah yang membincangkan isu tersebut dengan merujuk kepada kesemua pendapat-pendapat yang ada.

[Apapun, saya pun pernah bedah katak & keluarkan jantungnya. Apabila dikeluarkan, jantung tersebut masih berdenyut-denyut selama beberapa saat sebelum berhenti. Subhanallah, terasa kerdil diri ini apabila mengkaji ciptaan Tuhan. Namun pada masa tu, tak terfikir pula tentang hukum syarak mengenainya. Tetapi rasa sedih juga sebab terpaksa bunuh makhluk ciptaan-Nya. T_T ]

3) Mengenai solat Jumaat, maaf saya tak mampu nak ulas dari sudut hukum buat masa ini. Insya Allah saya akan rujuk kepada asatizah dalam masa terdekat. Tetapi saya percaya isu ini tidak sewajarnya timbul lebih-lebih lagi di negara majoriti Muslim seperti Malaysia. Ditambah lagi dengan keberadaan doktor-doktor lain yang bukan beragama Islam. Saya percaya kita boleh berpakat dengan mereka untuk tukar jadual ataupun minta digantikan. Macam saya pun, Alhamdulillah setakat ini tiada halangan. Rakan sekerja non-Muslim memahami dan sudi menggantikan saya. Sebagai penghargaan, saya pula akan menggantikan mereka sekiranya mereka hendak ke gereja pada pagi Ahad (bagi penganut Kristian). Insya Allah sedang dalam proses menyampaikan risalah Islam kepada mereka… =)

Cuma yang merisaukan saya, ada sebilangan doktor yang sengaja tidak ke masjid pada hari Jumaat. Bukan kerana tidak berkesempatan. Sebab pernah satu hari Jumaat tu saya keluar lewat daripada kerja, dan terpaksa menaiki bas untuk ke masjid. Saya pulang ke bilik sekejap untuk simpan kot putih dan ternampak ada si fulan yang sedang nyenyak tidur di bilik. Apabila dikejut, katanya, “Aku tak pergi masjid hari ni, tak sihat lah…”. Tapi bila saya balik daripada solat, saya nampak dia dahpun bersiap untuk sambung bekerja. “Eh, dah sihat ke?” Dia buat tak tahu je…

Istighfar panjang saya dibuatnya… Bukanlah nak kata saya hebat ke apa, tetapi ini soal kewajipan. Sehebat manapun dia, sia-sialah kehidupannya kalau kewajipan solat pun diabaikan. Ibarat lirik “Sepohon Kayu”,

“Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya…”

Wallahua’lam…

=)

erk (O_o)
Perenggan pertama tu, tak faham la isu nya… mcm terkeluar topik jerp. ngee~

2)mohon siarkanlah artikel tu. basically, isu ni berkaitan dgn sejarah perkembangan kajian sains dlm Islam juga.
dlm meneliti perbezaan pendapat tu, nak jugak tahu yg mana yg betul2…. (dot dot dot =D) secara ringkasnya, TOLONG la bincang isu tu. w/pun saya ni tak terjun dlm bidang tu sepenuhnya, tapi tetap saja ianya sebahagian dari hidup. (hehe) tolong la ya. nanti blh la sebarkan berkenaan itu ;)

persoalan ni, bilamana sy utarakan kpd mane2 student medic… rata2 dipenghujung discussion semua kekonfiusan…

aduyai…

oklah.
kalau dah ada masa nak buat/kuarkan artikel tu. ting tong la ke email sy artikel tu nanti ya.

sekian.

assalamu’alaikum.

*katak tu kesian sungguh.
mengkaji dengan aniaya haiwan…matlamat tak halalkan cara. wu~ =(
nasib baik la Allah jdkn diri ni spesis tak sampai ati %%%%%%%

Wa alaikumussalam… terima kasih atas maklumbalas yang diberikan…

Tentang artikel tu, insya Allah saya akan cuba cari di rumah. Rasanya tertinggal di rumah. Maaf saya tak ada versi elektronik, cuma ada versi bercetak. Nanti saya akan paparkan khas buat adik baik kita ni… hehe, memain je, jangan marah ye.

Sewaktu saya first year dulu pun pernah dibangkitkan isu ini dalam problem-based learning. Lepas habis sesi PBL pun kami masih berbincang tentang dalil-dalil yang ada sehingga ke kolej. Apabila bincang tentang membedah mayat ni, selalunya dikaitkan dengan perbincangan hukum menderma organ setelah meninggal dunia.

Di penghujung perbincangan tersebut akhirnya kami bersetuju memang ada perbezaan pendapat dalam isu ni. Sahabat saya tu berpegang bahawa dibenarkan membedah mayat berdasarkan maslahat – di samping tiada dalil khusus yang melarangnya. Saya bawa dalil hadis yang melarang mencacatkan mayat (maaf saya tak ingat ‘matan’nya word by word) tetapi dia jawab, “Itu sewaktu perang, tak boleh samakan dengan autopsi”.

Insya Allah saya akan kongsikan artikel tersebut kemudian. Selepas itu terpulanglah kepada adik baik dan pembaca lain untuk membuat penilaian.

Wassalam…

Salam, kepada adik baik… Maaf kerana lambat memberikan respon lanjutan. Alhamdulillah setelah dicari, sebenarnya artikel tersebut memang ada dalam bentuk pdf. Boleh dimuat turun daripada laman mykhilafah.com pada tab “e book”. Artikel tersebut merupakan sebahagian daripada sebuah buku yang bertajuk “Islamic Verdict on Cloning, Human Organ Transplantation, Abortion, Test-tube Babies, Life Support Systems, Life and Death” yang ditulis oleh Abdul Qadim Zallum…

Tapi kalau nakkan syarah-nya, maka sdr kenalah rujuk kepada asatizah yang lebih arif. Sekiranya ada sebarang persoalan bolehlah paparkan di sini, insya Allah saya akan cuba membantu mengikut kemampuan. Jika saya tak tahu, maka saya akan merujuk soalan tersebut kepada asatizah yang dipercayai keilmuannya… Insya Allah.

Wallahua’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2010
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: