apo nak dikato

KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD

Posted on: Jun 8, 2010

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia“KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD”

18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M

Tidak kira di darat mahupun lautan, begitulah kebiadaban yang ditunjukkan oleh tentera pengganas rejim Israel. Mangsa mereka kali ini bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana biasanya, tetapi mereka telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotilla Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan beberapa yang lain. Sebagai respons dari insiden ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ingin menegaskan bahawa:-1.    Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa kehausan darah. Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan perundingan damai dengan mereka hanyalah suatu yang sia-sia malah bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini mengukuhkan lagi bukti bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.

2.    Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di sisi syarak, namun malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh tidak melakukan hal ini sebaliknya membiarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa perlindungan keselamatan dari pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa jalan menuju Gaza penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera Israel. Tidak ada satu unit tentera umat Islam pun dihantar untuk mengiringi konvoi LL4G bagi menjamin keselamatan mereka yang membuktikan pihak pemerintah langsung tidak serius untuk menyelamatkan Gaza mahupun prihatin terhadap nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.

3.    Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang khas parlimen, persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang dilaungkan oleh pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa hal ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan kufur antarabangsa yang melahirkan negara haram Israel manakala OIC hanyalah himpunan negara-negara wathaniyah dan asabiyyah yang hanya tahu bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan untuk melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah, tetapi hanya berminat untuk bersidang dan mengeluarkan resolusi dan mendapat pula tuntutan (claim) yang lumayan darinya. Pihak pemerintah langsung tidak menunaikan kewjipan mereka untuk mengerahkan pasukan tentera untuk berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin dari cengkaman makhluk terkutuk itu.

4.    Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan duniawi atau sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan patriotisme perlu segera bingkas bangun mempersiapkan diri untuk berjihad fi sabilillah. Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad dari Allah SWT dan merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai bilakah kalian hanya sekadar berani menunjuk ’belang’ dalam acara-acara rasmi negara? Sampai bilakah kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah sekular yang hanya menghantar kalian untuk berkhidmat di bawah panji kufur PBB, bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam dan membunuh saudara-saudara kalian itulah yang sepatutnya kalian ajar hingga mereka tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati umat yang kalian perlu patuhi. Untuk apakah kalian menjadi tentera jika bukan untuk berjihad di jalanNya?

5.    Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Justeru, kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

6.    Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khalifah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar.


USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM

2 Respons to "KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD"

salam ziarah
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Jun 2010
F S S M T W T
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: