apo nak dikato

Kembali Gemilang

Posted on: Mei 15, 2010

Assalamualaikum, tatkala umat Islam sedang dilanda kemelut yang tak berkesudahan. Hinggakan ada yang hampir-hampir berputus asa dan mengalah. Ingatlah akan janji Allah, bahawa kemenangan akan tetap menjadi milik Islam. Kita akan kembali gemilang. Namun semua itu tidak akan menjadi realiti seandainya kita hanya duduk bersimpuh atau sekadar menggoyang kaki tanpa mengambil sebarang tindakan. Hayatilah ayat ke-11 surah ar-Ra’ad; yang membawa mafhum bahawa kita juga memainkan peranan dalam menentukan halatuju kita dalam kehidupan (…”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri… – sehingga akhir ayat.”)

Wahai Umat Muhammad, usahlah gusar dan berputus asa kerana kita pasti akan kembali gemilang. Islam akan kembali menguasai dunia. Risalah Islam akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah dan jihad. Umat Islam yang tertindas akan dibela dan diberikan perlindungan seadanya.

Wahai Umat Muhammad, namun semua itu tidak akan datang percuma. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Semua ini tidak akan terjadi sekiranya kita tidak mengorak langkah untuk mencapainya. Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Usahlah berasa kerdil dan tidak berdaya, kerana kita mempunyai kekuatan yang tidak ada pada kaum kuffar, iaitu Islam. Ya, Islam sebagai mabda’ yang mencorak kehidupan kita pada hari ini serta ketamadunan umat sejak berkurun lamanya.

Wahai Umat Muhammad, seruan ini akan hanya menjadi retorik yang tak berpenghujung sekiranya kalian tidak menyahutnya. Ya, seruan ini akan menjadi sia-sia seandainya kalian ingin terus kekal dalam status quo. Seruan ini juga tidak akan membawa sebarang impak sekiranya kalian enggan melepaskan kenikmatan yang palsu lagi menipu.

Ayuh, sahutlah seruan ini. Kembalilah kepada Islam dengan sepenuh hatimu. Usahlah ragu dan bimbang akan kemuliaan yang telah dijanjikan. Semua ini bukanlah retorik kosong. Semua ini akan menjadi realiti. Ingatlah, bahawa Allah tidak memerlukan kita untuk kembali memuliakan deen-Nya. Sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam dalam memacu kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. [al-Anfaal: ayat 24]

Segalanya bermula dengan diri anda. Sekiranya kesedaran dan keinginan untuk berubah telah mengetuk pintu hati kalian, sila hubungi saya dengan meninggalkan komen serta cara untuk dihubungi. Insya Allah, kita bersama-sama berusaha untuk menjadi sebahagian daripada batu asas binaan yang membuka jalan ke arah kegemilangan ad-deen serta keredhaan Allah swt. Saya bukanlah yang terbaik, jauh sekali hendak mengatakan bahawa hanya melalui saya sahajalah kalian akan menemui kebenaran. Sebaliknya tujuan saya menyampaikan seruan ini adalah supaya kita bersama-sama dapat menjalinkan sinergi dalam mencapai kemuliaan yang telah dijanjikan. Sama ada kita berjaya atau syahid dalam mencapainya.

Wallahua’lam…

Kembali Gemilang

Tanah dijarah bumi berkuah darah
Kitab dihancur senjatanya dilebur
Istana diroboh maruah diceroboh
Islam seakan terkubur selamanya

Pun begitu kenangan tetap menyala
Pada sisa Rom Parsi yang masih nostalgia
Pada kemeriahan terus dipuja
Darah dan keringat mengumpul semangat

Ketulusannya (pernah) menjulang dunia
Keadilannya (pernah) jua dinikmati
Islam pernah merentasi samudera
Menjejaki benua ke benua
Demi menawarkan sejahtera

Bagaikan air mengalir ke muara
Bagai angin menyisir tanpa henti
Islam tetap kan membara di jiwa
Buat umat di serata dunia
Dulu kini selama-lamanya

Islam bukan pada harta
Bukan jua pada senjatanya
Tapi pada iman di jiwa
Taqwa sebagai perisainya
Menghuni di jiwa penganutnya
Tak kan padam sampai bila-bila

Pasti Islam kan bangun semula
Dengan wajah di celahan hiba
Senyuman kan terukir kembali
Kerna janji sejak bermula

Tidak kan padam cahaya Ilahi
Walau dirantai seribu tirani
Walau dibelenggu seribu tragedi
Islam pasti agung kembali

Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (EMI Music (Malaysia) Sdn. Bhd.)
Penerbit : Munif Ahmad
Program Muzik : Firdaus

Disclaimer: Lirik lagu ini dipaparkan sebagai pembakar semangat, dan bukanlah bertujuan untuk promosi komersil dsb. Sekalung penghargaan kepada pengarang lagu dan penulis lirik. Semoga Allah memberkati sumbangan kalian yang ikhlas.

23 Respons to "Kembali Gemilang"

Boleh ke sebar2kan artikel dapat kembalikan kegemilangan ummah??

kalau macam tu, kenapa dulu dekat mekah, nabi x sebar2kan artikel jer? upah ar orang suruh tulis, saper nak keselamatan boleh datang berjumpa muhammad di alamat sekian2…

Assalamualaikum, boleh ke mengkritik dan mempertikai usaha orang lain dapat kembalikan kegemilangan ummah? Saya tak pernah memperlekeh usaha orang lain, jauh sekali hendak “menutup” usaha mereka. Terkadang kita tak sedar, sebenarnya banyak masa sudah terbuang dengan mengkritik dan memperlekeh usaha orang lain. Sedangkan sepatutnya masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk mempergiat lagi usaha kita untuk agama.

Ini cuma uslub, syeikh. Yang penting, niat dan tujuannya tetap sama. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk berdakwah selagimana tidak bercanggahan dengan syarak. Setakat ini, saya tak pernah jumpa nas yang mengharamkan penggunaan internet dan penyebaran artikel dalam berdakwah. Inipun bukanlah satu-satunya uslub yang digunakan. Harap mengerti.

Dalam memahami hal ini, saya percaya kita perlu faham juga konsep “hadharah dan madaniyah” serta perbezaan antara ‘thariqah’, ‘uslub’ dan ‘wasilah’. Jangan sekadar melihat sunnah Nabi secara literal semata-mata. Dalam hal ini, kita kena luangkan masa untuk belajar lagi dan lagi dengan alim ulama’ dan asatizah yang menguasai ilmu usul fiqh, usuluddin dan juga ilmu hadis. Insya Allah, kita semua masih belajar lagi. Masih banyak yang saya tak tahu.

Artikel, seruan, dsb semua ini sekadar pencetus kesedaran. Sebab itulah saya jemput untuk bertemu, supaya dapat berbicara dari hati ke hati. Supaya pertukaran pendapat dan perkongsian ilmu dapat berlaku sehingga merintis jalan ke arah kebangkitan.

Awak kritik penyebaran artikel, tapi awak sendiri guna internet & komen panjang lebar di blog saya. Dalam komen awak yang lain, awak kritik pemuda Palestin yang memakai topi (cap) dsb. Tapi nick yang awak guna tu tak menggambarkan ciri keIslaman. Bagaimana tu? You are contradicting yourself with your own arguments.

Saya dahpun jemput sdr melalui emel untuk bertemu dengan penuh ukhwah. Selebihnya terpulang kepada sdr. Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa saya bukanlah yang terbaik dan tak pernah buat silap.

Wallahua’lam.

Wa’alaikumsalam…

bukanlah niat nak timbulkan kekeruhan dalam dunia Islam yg sedia keruh ni.. cume ape yg saya buat kat blog awak ni, bcoz sy care about you.. tiap amal secara umumnya ada 3, niat, lisan, perbuatan.. dan kesemuanya ini perlu berlandaskan cara yg ditunjukkan nabi s.a.w., untuk tau perkara inilah perlu rujuk hadith dan kisah2 sahabat r.hum. Nabi kata, “sahabat2ku umpama bintang2 di langit, jika kamu mengikuti salah satu daripadanya, nescaya kamu akan dapat petunjuk..”

saya bukan nak kata apa yg awak buat ni salah, menyimpang, jauh sekali nak mengatakan sesat.. cuma saya mintak, awak rujuk balik daripada kehidupan nabi s.a.w. dan para sahabat yg mendapat petunjuk.. bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam dunia ni, itulah sebaik2 cara dalam menjalani kehidupan dunia ni dan cara yg paling menggembirakan Allah.

bukan jugak saya nak menafikan usaha2 yg lain, cuma saya nak mengajak semua untuk kembali sedar bahawa ada 1 perkara lg yg terlebih utama untuk dirisau dan difikirkan melebihi perkara2 yg lain. jangan kerana kita terlalu fanatik dengan daun2 yg segar dan bunga2 yg cantik, kita mengabaikan usaha ke atas akar pokok itu sendiri. apa gunanya Islam dipandang hebat dari luarannya, sedangkan hakikatnya rapuh menunggu rebah. Umpama 1 pohon yg kelihatan cantik, megah, hebat, menawan apabila dilihat dari kejauhan. tetapi semakin dihampiri, jelas kelihatan warna2 keindahan itu rupanya cuma cat-cat murahan yg menutupi warna2 lusuh dan layu. apabila ditiup bayu, maka berterbangan segala tanpa tersisa.

Ibnu Taimiyah rah. berkata:
“Sesungguh pihak-pihak yg berpendapat bahwa permasalahan Al-Imamah merupakan satu tuntutan yg paling penting dalam hukum Islam dan merupakan permasalahan umat yg paling utama adalah suatu kedustaan berdasarkan ijma’ kaum muslimin baik dari kalangan Ahlus Sunnah maupun dari kalangan Syi’ah . Bahkan pendapat tersebut terkategorikan sebagai suatu kekufuran sebab masalah iman kepada Allah dan RasulNya adalah permasalahan yg jauh lebih penting daripada permasalahan Al-Imamah. Hal ini merupakan permasalahan yg diketahui secara pasti dalam dienul Islam”

kene hati2 dengan ulama yg menjadi rujukan kita. kalau ulama2 sendiri pun dah x amalkan sunnah, macam mane nak jadi contoh? Imam ghazali rah. berkata, “sekiranya kamu bertanyakan tentang sunnah kepada ulama2 feqah zaman aku, nescaya mereka xkan tahu…” kalau zaman imam ghazali lagi pun, ulama2 dia dah jauh dari sunnah, bagaimane dengan skrg? sebab tu kalau ikhlas nak belajar, kene cari guru, ulama yg betul, yg berlandaskan nabi dan sahabat..

kita dah jauh daripada zaman nabi dan sahabat.. sebab tu kita x nampak lagi semua nih.. terlampau banyak pembaharuan dalam kehidupan kita, yg dulunya x wujud pun ketika zaman nabi dan sahabat. usahkan kita, tabi’in yg bercampur kehidupan mereka dengan sahabat pun sungguh berbeza sekali dengan sahabat. perbezaan sahabat dengan tabi’in begitu jauh sekali, dari segi darjat dan hampirnya mereka kepada Allah.

SAHABAT adalah orang yg melihat nabi dan beriman dengan nabi.
TABI’IN adalah orang yg melihat sahabat (tetapi tidak melihat nabi) dan beriman dengan nabi.

walaupun mereka hidup dalam zaman yg sama, namun kefahaman mereka terhadap agama jauh sekali jika dibandingkan dengan sahabat.

sekali seorang tabi’in bertanya kepada seorang sahabat, “bagaimanakah keadaan kami, sekiranya kami hidup pada zaman nabi s.a.w.??” maka jawab sahabat, “dengan keadaan kamu sekarang ini, sekiranya kamu hidup pada zaman nabi, kamu adalah daripada golongan munafiq!”

sekali seorang anak sahabat (anak sahabat ni tabi’in, sebab dia tgk sahabat, tetapi tak berpeluang untuk lihat nabi s.a.w.) telah mengumpulkan kawan2nya (yg semuanya tabi’in) dan bawa mereka kepada ayahnya (sahabat nabi s.a.w.). lalu mereka berkata, “pakcik, ceritakanlah kepada kami kehidupan pada zaman nabi s.a.w.” lalu sahabat ni mula la ceritakan kehidupan pada zaman nabi. “pada zaman nabi begini, pada zaman nabi begitu……….”) apabila timbul keghairahan terhadap keseronokan kehidupan pada zaman nabi s.a.w., kanak2 itu serentak berkata, “alangkah bagusnya kalau kami jugak hidup pada zaman nabi s.a.w..” mendengarkan ini, sahabat tadi terus berubah wajahnya, menjadi merah kerana marah. lalu dia berkata, “istighfarlah (mohon ampunlah) kalian, sekiranya kamu hidup pada zaman nabi s.a.w., aku takut, kamu xkan masuk Islam sekalipun.”

banyak lagi kisah2 seumpama ini yg menunjukkan jauhnya generasi terkemudian daripada kehidupan nabi dan sahabat.. kalau zaman tabi’in pun sedemikian rupa, bagaimana dengan zaman kekhalifahan yg terkemudian (selepas zaman khalifah ar-rasyidin)?? adakah jaminan bg mereka daripada kesesatan? sehingga kita pada hari ini begitu berbangga terhadap mereka, dan menjadikan mereka dan pencapaian mereka sebagai penaik semangat dalam usaha kita.

untuk itulah saya menyeru, kembalilah kepada kehidupan nabi dan sahabat… hanya merekalah orang2 yg mendapat jaminan keselamatan, dan juga bg orang yg mengikuti mereka dengan baik…

Assalamualaikum, terima kasih atas respon yang diberikan. Maaf kerana saya kesuntukan masa. Benar, kita semua wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai suri teladan meliputi segenap aspek kehidupan. Namun dalam kita berusaha untuk meneladani Rasulullah saw, pertama-tamanya hendaklah kita bersungguh-sungguh memastikan bahawa kita merujuk kepada sumber yang benar-benar berasal daripada Rasulullah saw serta mencontohi kefahaman sebagaimana yang difahami oleh generasi Islam terawal (salafussoleh).

Langkah pertama ialah dengan berusaha memastikan kesahihan sesebuah sumber yang dirujuk. Dalam masa yang sama merujuk kepada asbabun nuzul (bagi al-Quran) dan asbabul wurud (bagi hadis) dsb. Di samping itu memastikan bahawa kefahaman kita terhadap sumber itu benar dan bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya. Sunnah juga tidak semestinya 100% diikuti secara literal, bahkan ada sebahagiannya yang wajar dilihat secara kontekstual.

Saya tidak mengatakan bahawa sdr mortiis06 100% cuai dalam hal sebegini. Sebaliknya ini merupakan peringatan umum – termasuklah kepada empunya tangan yang menaip ini.

Wallahua’lam.

Berkenaan dengan kata-kata Ibnu Taimiyah yang sdr mortiis06 petik itu, boleh saya tahu dari mana sdr memperolehinya?

Kerana daripada pencarian saya (dalam kitab, buku dan juga di internet), saya bertemu dengan pernyataan berikut:

Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Yang wajib adalah menjadikan kepemimpinan (imârah) sebagai sebahagian dari agama dan landasan untuk bertaqarrub kepada Allah. Taqarrub kepada Allah dalam hal imârah (kepemimpinan) yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebahagian dari taqarrub yang paling utama.” (Imam Ibnu Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161).

Dan juga,

“Wajib diketahui manusia bahwa adanya wilayatul amr (pemerintah) bagi manusia adalah kewajiban yang paling agung dalam agama. Bahkan tidak tegak agama dan juga persoalan dunia tanpanya (pemerintahan).” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, halaman 390)

Wallahua’lam.

Juga kata-kata daripada ulama:

Berkata Imam ‘Alauddin Al-kasani Al-hanafi,”dan karena sesungguhnya mengangkat imam yang agung itu adalah fardhu. (ini) tidak ada perbedaan pendapat diantara ahlul haq. Dan tidak diperhatikan—perbedaan dengan sebahagian Qadariyyah—karena ijma’ shahabat ra atas hal tersebut, serta keperluan mendesak terhadap imam yang agung tersebut. Untuk keterikatan terhadap hukum. Untuk menyelematkan orang yang dizalimi dari orang yang zalim. Untuk memutuskan perselisihan yang merupakan objek yang menimbulkan kerosakan, dan kemaslahatan-kemaslahatan yang lain yang memang tidak akan tegak kecuali dengan adanya imam… ”
(Bada’iush Shanai’ fii Tartibis Syarai’, juz 14 hal. 406)

Imam Al-Mâwardî, dalam bukunya, Al-Ahkâm ash-Sulthâniyyah, halaman 5, menyatakan, “Mengadakan akad Imamah (Khilafah) bagi orang yang menegakkannya di tengah-tengah umat merupakan kewajiban yang didasarkan pada Ijma Sahabat.”

Abu Ya‘lâ al-Farrâ’, dalam Al-Ahkâm ash-Sulthâniyyah, halaman 19, menyatakan:
Mengangkat seorang imam adalah wajib. Imam Ahmad r.a., menurut riwayat Muhammad ibn ‘Auf ibn Sufyân al-Hamshî, telah berkata, “Adalah fitnah (bencana) jika sampai tidak ada seorang imam (khalifah) yang mengatur urusan rakyat

Ibn Khaldûn, dalam Al-Muqaddimah, halaman 167, menyatakan demikian:
Sesungguhnya mengangkat seorang imam (khalifah) adalah wajib. Kewajibannya dalam syariat telah diketahui berdasarkan Ijma Sahabat dan tâbi’în (generasi pasca sahabat). Ketika Rasulullah saw. wafat, para sahabat beliau segera membaiat Abû Bakar r.a. dan menyerahkan pertimbangan tentang berbagai urusan mereka kepadanya. Demikian pula yang dilakukan oleh kaum Muslim pada setiap masa setelah Abû Bakar.

Al-Haytsamî, dalam Ash-Shawâ’iq al-Muhriqah, halaman 17, menyatakan demikian:
Ketahuilah bahwa para sahabat—ridlwânullâh ‘alayhim—telah berijma (bersepakat) bahwa mengangkat imam (khalifah) setelah berakhirnya zaman nubuwwah (kenabian) adalah wajib. Mereka bahkan menjadikannya sebagai kewajiban terpenting. terbukti, mereka lebih menyibukkan diri dengan kewajiban tersebut seraya menunda penguburan jenazah Rasulullah saw.

Al-Ijî, dalam Al-Mawâqif, dan pensyarahnya, al-Jurjânî, menyatakan demikian:
Sesungguhnya telah dituturkan secara mutawâtir ijma (konsensus) kaum Muslim pada generasi pertama setelah wafatnya Nabi saw. yang menyatakan bahwa zaman tidak boleh kosong dari seorang imam (khalifah). Oleh karena itu, Abû Bakar r.a., dalam khutbahnya yang termasyhur saat wafatnya Rasulullah saw., berkata, “Perhatikanlah, sesungguhnya Muhammad telah wafat, sementara agama ini, tidak boleh tidak, harus ada yang menegakkannya.”
Seluruh sahabat kemudian segera menerima seruannya dan meninggalkan hal yang sangat penting lainnya, yaitu menguburkan jenazah Rasulullah saw. Kaum Muslim tetap menjalankan kewajiban ini pada setiap masa sampai masa kita sekarang ini, yaitu kewajiban mengangkat seorang imam (khalifah) yang ditaati untuk setiap masa.

*diambil daripada pelbagai sumber

muhammadghazi
Jazakallah atas perkongsian, sdr tufail… =)

Assalamualaikum… berkenaan dengan kata2 Ibnu Taimiyah tu di copy paste dari blog lain je… ada lagi sambungan dia lepas tu…

Kemudian beliau melanjutkan:
“Kalau demikian mk wajib atas Rasulullah s.a.w. utk menjelaskan kepada umat sepeninggal beliau sebagaimana beliau telah menjelaskan kepada umat ini tentang permasalahan shalat shaum zakat haji dan telah menentukan perkara iman dan tauhid kepada Allah s.w.t. serta iman pada hari akhir. Dan suatu hal yg diketahui bahwa penjelasan tentang Al-Imamah di dlm Al Qur`an dan As Sunnah tdk seperti penjelasan tentang perkara-perkara ushul tersebut Dan juga tentu di antara perkara yg diketahui bahawa suatu tuntutan terpenting dlm agama ini maka penjelasan di dlm Al Qur`an akan jauh lbh besar dibandingkan masalah-masalah lain. Demikian juga penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang permasalahan tersebut akan lebih diutamakan dibandingkan permasalahan-permasalahan lainnya. Sementara Al Qur`an dipenuhi dgn penyebutan tentang tauhid kepada Allah s.w.t., nama-nama dan sifat-sifat-Nya serta tanda-tanda kebesaran-Nya tentang kepada para malaikat-Nya kitab-kitab suci-Nya para rasul-Nya dan hari akhir. Dan tentang kisah-kisah tentang perintah dan larangan hukum-hukum had dan warisan. Sangat berbeda sekali dgn permasalahan Al-Imamah. Bagaimana mungkin Al Qur`an akan dipenuhi dgn selain permasalahan-permasalahan yg penting dan mulia?”

muhammadghazi

Dari mana penulis blog tersebut memetik pernyataan Ibnu Taiymiyyah itu? Atau setidak-tidaknya boleh berikan link untuk ke blog tersebut? Namun tak bererti saya nak kata dia menipu, sekadar nakkan pengesahan terlebih dahulu sebelum mengulas lebih lanjut.

Wallahua’lam.

Pada pendapat saya yg hina ini, iman datang dahulu, kemudian baru datang bantuan Allah berupa kemenangan, keselamatan, kebebasan, dan kekhalifahan. Sepertimana usaha nabi atas sahabat2 r.hum.. Setelah bermujahadah atas keimanan selama 13 tahun di mekah, ditindas, dihina, dipulau selama 3 tahun, diseksa, dan berbagai kesusahan lainnya semata2 untuk pertahankan keimanan, barulah turunnya perintah Allah untuk hijrah dan sebagai hadiah dari Allah, maka terdirinya sebuah negara Islam yg dipimpin nabi s.a.w. sendiri (Madinah al-Munawarah). Sewaktu di mekah selama 13 tahun, ayat2 al-Quran yg turun semuanya berupa ayat2 yg memperkatakan tentang keimanan, usaha2 nabi terdahulu dalam memperjuangkan dakwah atas keimanan, ayat2 berita gembira kepada orang2 yg beriman, dan ancaman2 kepada mereka2 yg ingkar / kufur kepada dakwah nabi s.a.w.. dan belum ada lagi ayat2 berkenaan hukum2 ataupun syariat agama sebagai panduan ummat. kerana iman belum sempurna, untuk taat kepada Perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah memerlukan iman, untuk itulah usaha atas keimanan dibuat.. Allah menggelar sahabat2 (di dalam al-Quran) sewaktu di mekah sebagai “wahai manusia……” tetapi apabila berhijrah ke madinah setelah 13 bermujahadah atas iman, Allah menggelar mereka sebagai “wahai orang2 yg beriman…….”

semasa awal2 usaha nabi s.a.w. di mekah, setelah berbagai muslihat digunakan pihak quraish untuk menghentikan dakwah nabi s.a.w. gagal, maka mulalah mereka berunding dengan nabi s.a.w. melalui pakciknya, abu talib. perkataan mereka disampaikan oleh abu talib kepada nabi s.a.w. “wahai Muhammad, hentikanlah pekerjaan yg sedang kau buat ini. sekiranya kau mahukan harta, akan kami kumpulkan harta dari seluruh lembah ini, dan diberikan kepada kau.. sekiranya kau mahukan wanita, akan kami kumpulkan gadis2 tercantik di lembah ini dan dibawakan kepada kau, supaya kau boleh pilih sesiapa sahaja yg kau mahu.. sekiranya kau mahukan kedudukan, akan kami angkat kau menjadi pemimpin kami..”
namun jawapan nabi kepada mereka, “sekiranya kalian mampu untuk bawakan matahari, dan letak di sebelah tangan kananku, dan bawakan bulan untuk diletakkan di tangan kiriku, nescaya sekali-kali tidak akan aku hentikan pekerjaanku ini (menyeru manusia kepada Allah)…

sekiranya Islam tersebar dengan pemerintahan, kenapa tidak nabi s.a.w. menerima sahaja tawaran quraish tersebut. dan kemudian secara perlahan atau drastik, gunakan sahajalah kuasa kepimpinan yg ada padanya untuk teruskan dakwah Islam…

Pada pendapat saya yg hina ini, kekhalifahan adalah hadiah dari Allah akibat iman dan amal yg ada dalam diri orang Islam itu sendiri. bak kata seorang penyair, “tegakkanlah negara Islam dalam dada2 kalian, maka akan tertegaklah ia di bumi kalian…”

apabila semua umat Islam kembali kepada kehidupan nabi dan sahabat, mengusahakan keimanan dan amal soleh sesuai dengan kehidupan pada zaman mereka, insyaAllah, bantuan Allah pasti akan tiba, kekhalifahan pasti akan tertegak.

“BRANGSIAPA YG BANTU ALLAH, PASTI ALLAH AKAN BANTU DIA…” (Quran)

begitu banyak janji Allah untuk membantu dan memuliakan orang2 yg beriman, tapi apa yg kita lihat hari ini, umat Islam dihinakan.. puncanya, adakah keimanan dan amal soleh yg ada pada kita melayakkan kita mendapat pandangan rahmat Allah, dan sekaligus menarik bantuan Allah untuk kita…

muhammadghazi

Kenapa masih diulang perkara yang sama? Bukankah sudah berulangkali saya katakan, saya tidak sedikitpun menafikan kepentingan iman, bahkan akidah merupakan perkara yang paling utama. Baru saya faham, mengapa pertemuan sdr mortiis sebelum-sebelum ini tidak mencapai kesepakatan. Kerana sdr tetap dengan hujah sdr biarpun sudah diberikan penjelasan berulang-ulangkali.

Berkenaan dengan tawaran Quraish itu, sdr perlu jelas mengapa Nabi SAW menolaknya. Kerana di sebalik tawaran itu, baginda SAW perlu mematuhi syarat iaitu baginda hendaklah menghentikan dakwah kepada Islam. Hal ini berbeza pula apabila baginda SAW menerima baiah daripada penduduk Yathrib (sewaktu baiah Aqabah), kerana mereka memberikan kekuasaan dan ketaatan kepada baginda tanpa meletakkan sebarang syarat supaya baginda meninggalkan dakwah Islam. Sdr menggunakan hujah yang tidak kena pada tempatnya.

Wallahua’lam. Ada beberapa perkara lagi yang ingin saya kongsikan, tetapi tak berkesempatan kerana kesuntukan masa pada ketika ini. Insya Allah, jika sdr bersetuju untuk bertemu kita akan bincang secara lebih lanjut di samping membina ukhwah sesama kita…

Wassalam

Kekhalifahan adalah janji Allah dalam Al-Quran, yang pasti Allah akan beri sebagaimana dalam surah An Nuur :

Allah berjanji kepada orang yang beriman di antara kalian dan beramal shalih pasti sungguh mereka akan dijadikan khalifah di muka bumi.

Sebagai tamsilan : Dua orang anak dijanjikan ayahnya : Nak, jika kamu lulus dan markah kamu baik dalam peperiksaan, maka ayah akan hadiahkan kalian kereta.
Anak yang pertama sibuk memenuhi syaratnya, belajar semakin rajin, siang dan malam, tak fikir kereta, maka pada waktunya, akhirnya dia lulus dengan markah yang baik.
Anak yang kedua sibuk pergi ke showroom kereta, lihat-lihat, tanya harga, duduk-duduk di dalamnya, test drive, dll. Setiap hari tidak pernah belajar hanya sibuk bicarakan kereta. Maka pada waktunya, akhirnya dia tidak lulus, karena markahnya teruk.

Tuan-tuan, begitulah kekhalifahan, ada orang yang sibuk propagandakan, bicarakan, diskusikan tetapi lupa penuhi syaratnya. Bahwa syarat supaya kekhalifahan diberikan Allah SWT adalah karena Iman dan Amal Shalih.

Assalamualaikum, sdr mortiis seakan-akan mempunyai masa yang lapang sehingga boleh bertukar-tukar pandangan melalui komen yang panjang lebar dalam blog saya. Justeru, apalah salahnya jika kita bertemu sahaja untuk membincangkan soal ini dari hati ke hati? Jika bukan dengan saya pun, insya Allah kita boleh aturkan pertemuan dengan seseorang yang saya yakini keilmuannya.

Seingat saya, memang pernah dibincangkan sebelum ini berkenaan hujah “khilafah itu hadiah daripada Allah” ini. Hujah yang digunakan juga kebanyakannya sama dengan apa yang sdr mortiis bawakan itu. Tetapi saya hairan, mengapa hujah balas yang telah diberikan tidak sampai kepada sdr mortiis pula? Boleh saya tahu dari mana sdr mortiis mengetahui hujah-hujah tersebut? Kerana pada hemat saya pihak yang menyampaikan kepada sdr mortiis itu tidak berlaku adil kerana tidak menyampaikan hujah daripada kedua-dua belah pihak. Semoga andaian saya ini tidak benar, wa iyazubillah.

Insya Allah saya akan offline dalam tempoh beberapa hari ini. Saya akan semak semula tawaran saya ini sesudah selesai urusan saya ini. Insya Allah. Bukannya tak mahu jawab di sini, tetapi saya percaya isu ini lebih baik jika dibincangkan secara bersemuka.

Wallahua’lam.

tidakkah di dalam al-Quran juga Allah mengulang-ulang sesuatu yg penting… dan di dalam hadith jugak banyak hadith2 yg nabi s.a.w. ulangi lagi dan lagi kepada sahabat2nya walaupun sudah sering didengari oleh mereka… dalam surah ‘al-kafirun’ kenapa diulang ‘walaantum a’bidunamaa’bud’ 2 kali…

bukan sengaja untuk saya mengulang2 kenyataan saya… cuma untuk menitikberatkan usaha atas iman ini melebihi usaha2 yg lain… tuan sudah jemu dengan pengulangan kenyataan saya, namun berapa banyakkah usaha yg kita buat saban waktu ini berupa usaha atas iman? berapakah waktu yg kita telah habiskan dalam seharian atau dalam seminggu atau dalam sebulan yg memfokuskan diri kita dalam usaha atas keimanan…. atau masa yg lebih telah kita berikan kepada perkara2 yg furu’, dan hanya sisa2 waktu sahaja yg kita berikan kepada usaha keimanan ini…

berkenaan dengan kekhalifahan itu, seperti yg saya mulakan ayat saya, itu hanyalah pendapat hamba yg berdosa ini, bukan diulang cetak atau diperolehi daripada mana2 sumber…

muhammadghazi

Assalamualaikum, bukan begitu maksud saya. Isunya di sini, persoalan dan isu yang dibawa itu sudahpun dibincangkan dan dijawab seadanya. Sebagai contoh, ada seorang fulan bertanya kepada seorang yang baru bekerja, “Kamu bekerja sebagai doktor ni sebab nak jadi kaya, demi kepentingan materialistik kah?”

Si fulan yang baru bekerja pun menjawab, “Bukanlah, niat saya ikhlas hendak membantu masyarakat, di samping mencari rezeki yang halal,”

Kemudian, persoalan yang sama juga diulang lagi, sehinggakan orang lain yang mendengar perbualan tersebut beranggapan bahawa sememangnya si fulan yang baru bekerja sebagai seorang doktor ini materialistik. Demikianlah yang terjadi apabila isu khilafah ini dibangkitkan berulang-ulangkali biarpun sudah dijawab dan dijelaskan perkara yang sebenarnya.

Tetapi kalau sdr mortiis nak mengulang misalnya tentang kebesaran Allah atau mengenai fadilat amalan soleh atau kepentingan menghormati sesama Muslim, sememangnya saya akan sokong sepenuhnya.

Wallahua’lam…

MENYOAL AKIDAH/IMAN ATAU KHILAFAH?

Oleh: al Ustadz Hafidz Abdurrahman, MA

Soal:
Manakah yang harus didahulukan, antara seruan untuk memperbaiki akidah ataukah menegakkan Khilafah?

Jawab:

Mendudukan Posisi Akidah dan Khilafah

Harus diakui, bahwa sebagai po¬¬¬ndasi, akidah menduduki posisi yang sangat penting dan strategis bagi kehidupan seseorang. Bagi umat Islam, akidah Islam merupakan landasan kehidupan; baik kehidupan individu, masyarakat maupun negara. Akidah Islam juga merupakan sumber kebangkitan umat Islam serta penentu maju dan mundurnya umat ini. Ini terlihat dengan jelas pada kebangkitan bangsa Arab. Bangsa yang sebelumnya tidak mempunyai sejarah, dan tidak pernah diperhitungkan oleh dunia, tiba-tiba muncul ke pentas sejarah sebagai adidaya di dunia, yang disegani oleh kawan dan lawan. Semua ini terjadi setelah bangsa ini memeluk Islam sebagai akidah dan syariat mereka. Demikian sebaliknya dengan saat ini, setelah akidah Islam itu tidak lagi dijadikan landasan kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat maupun negara, serta tidak lagi sebagai sumber kebangkitan mereka, maka bangsa ini akhirnya kembali hina dan dinistakan oleh musuh-musuh mereka, kaum kafir imperialis.
Allah SWT. berfirman:

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ
Apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid)-nya di atas dasar ketakwaan kepada Allah dan keridhaan-Nya itu yang baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? (QS at-Taubah [9]: 109).

Konteks ayat ini memang berkaitan dengan bangunan masjid, tetapi bangunan masjid di sini ada yang merupakan produk ketakwaan kepada Allah dan keridhaan-Nya, dan ada yang tidak. Allah menyatakan, bahwa produk yang dihasilkan dengan landasan takwa dan keridhaan-Nya adalah produk yang kokoh, demikian sebaliknya. Ini artinya, jika bangunan fisik saja dilandasi oleh akidah—yang dinyatakan sebagai faktor ketakwaan dan keridhaan-Nya—akan menjadi bangunan yang kokoh, lalu bagaimana dengan bangunan non-fisik yang jauh lebih kompleks ketimbang bangunan fisik? Karena itu, ayat ini juga membuktikan, bahwa akidah Islam ini merupakan pondasi kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat maupun negara, sekaligus merupakan sumber kebangkitan, yang akan menentukan kualitas umat ini.
Persoalannya, akidah seperti apa yang akan mampu mengembalikan kehidupan dan kebangkitan umat ini?
Umat Islam adalah kumpulan manusia yang diikat oleh satu akidah, yakni akidah Islam. Akidah inilah yang telah berhasil menyatukan suku Aus dan Khazraj, yang sebelumnya dilanda perang saudara yang tak kunjung henti. (Lihat: QS Ali Imran [3]: 103).
Akan tetapi, sejarah juga membuktikan bahwa perkembangan mazhab akidah Islam justru menyebabkan Khilafah Abbasiyah berdarah-darah. Pemicunya adalah perbedaan mazhab; Muktazilah versus Ahlussunnah, atau Syiah versus Sunni. Karena itu, akidah Islam yang mana? Dengan tegas bisa dikatakan, bahwa akidah Islam yang bisa menyatukan dan membangkitkan kembali umat ini adalah akidah al-Quran, bukan akidah mazhab, meskipun akidah mazhab ini—sepanjang dibangun berdasarkan dalil syar‘i—masih menjadi bagian dari akidah Islam. Akidah al-Quran ini juga bukan akidah kalam, atau kefilsafatan, tetapi akidah yang unik, dengan metodenya yang khas.
Saat ini, umat Islam masih berakidah Islam, sekalipun akidahnya merupakan akidah mazhab, kalam, dan kefilsafatan. Sebab, setiap Muslim—yang menjadi bagian dari umat ini—siang dan malam masih menyatakan: Lâ Ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh. Namun demikian, akidah umat Islam saat ini telah kehilangan tiga hal:
1. Kehilangan ikatan dengan pemikiran, kehidupan, dan sistem hukum yang mengatur kehidupannya.
2. Kehilangan konsepsi tentang apa yang akan datang setelah kehidupan (Hari Kiamat dan Hisab).
3. Kehilangan tali ikatan antarsesama Muslim sebagai sebuah komunitas, atau ukhuwah Islamiyah.

Akibatnya, akidah Islam umat ini seperti mayat, karena telah dipisahkan dari pemikirannya. Akidah umat ini juga tidak lagi mampu menggentarkan mereka akan azab Allah di akhirat serta kerinduan untuk mendapatkan surga-Nya. Terakhir, umat ini telah terbelah dan bercerai-berai menjadi bangsa dan negara, lebih dari 50 entitas politik yang tak berdaya, akibat dari hilangnya tali ikatan, yang mengikat antarsesama Muslim.

Khilafah Menjaga Kemurnian Akidah Islam
Akidah Islam adalah akidah amal; akidah yang mendorong setiap pemeluknya untuk beramal salih. Karena itu, ayat al-Quran selalu menghubungan antara keimanan dengan amal salih, tidak kurang dari 50 ayat. Istilah îmân di dalam ayat-ayat tersebut, menurut Imam Akbar Mahmud Syaltut, adalah akidah, sedangkan amal shâlih adalah syariat (hukum). Dengan kata lain, akidah adalah persoalan hati, sedangkan syariat adalah persoalan fisik; keduanya tidak dapat dipisahkan. Akidah tanpa amal tidak pernah tampak; ibarat bangunan, ada pondasi, tetapi pondasi tersebut tertimbun tanah sehingga tidak tampak. Baru tampak, jika di atas pondasi tersebut ada bangunan. Bangunan di atas pondasi itu adalah syariatnya. Demikian sebaliknya, syariat tanpa pondasi, atau akidah, akan menyebabkan bangunan tersebut rapuh, dan akhirnya dengan mudah akan runtuh.
Karena itu, Allah pun harus menguji setiap orang Mukmin dengan amalnya sehingga layak menyandang predikat Mukmin yang sejati:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji lagi? (QS al-Ankabut [29]: 2).

Dengan konsepsi tersebut, akidah Islam telah berhasil menjadikan pemeluknya jauh lebih kuat dan tegar dalam mengarungi kehidupan sehingga mampu melahirkan para pejuang penakluk dunia, menyebarkan hidayah hampir di 2/3 belahan dunia, setelah mereka mewarisi negara adidaya yang ditinggalkan oleh Rasul, yaitu Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah. Kini, setelah Khilafah yang diwariskan oleh Rasul itu dihancurkan oleh konspirasi kaum Yahudi Dunamah, Inggris dan Prancis, maka umat Islam tidak lagi mewarisi kemuliaan seperti generasi terdahulu.
Karena itu, kewajiban menegakkan Khilafah yang merupakan perkara ma‘lûm[un] min ad-dîn bi ad-dharûrah—dalam rangka mengembalikan kemuliaan Islam dan kaum Muslim—merupakan manifestasi dari akidah Islam, akidah perjuangan itu. Dengan Khilafahlah, umat ini akan bisa menjalankan seluruh perintah dan larangan yang dituntut oleh akidah Islam dengan sempurna. Dengan Khilafahlah, akidah Islam ini bisa dijaga dan dipertahankan kemurniannya.
Karena itu pula, siapa saja yang hendak menjaga kemurniaan akidah Islam, sebagaimana akidah al-Quran, tidak akan pernah berhasil meraih tujuannya tanpa berjuang menegakkan Khilafah. Jadi, mana yang lebih dulu, menegakkan Khilafah atau mengembalikan akidah? Jawabnya, tentu akidah. Akan tetapi, tidak berhenti di situ, karena akidah Islam ini harus disatukan dengan pemikiran, ikatan, dan konsepsi futuristik keakhiratan sehingga akan menghasilkan generasi pejuang. Perjuangan generasi tersebut saat ini yang paling urgen adalah menegakkan Khilafah Islam. Itulah yang menjadi problematika utama umat ini.

Walhasil, mereka yang mengklaim akidahnya sahih, tetapi tidak terdorong untuk berjuang ke sana, sesungguhnya mengindikasikan akidahnya bak mayat, dan tentu harus dipertanyakan; sahihkan akidah Anda? Wallâhu a‘lam!.

MARAJI:

1.] Lebih jauh, lihat: Mohammad Maghfur W, MA., Koreksi atas Kesalahan Pemikiran Kalam dan Filsafat Islam, Penerbit al-Izzah, Bangil, cet. I, 2002.

2.] Pembahasan lebih jauh tentang kesalahan metode kalam dan filsafat dalam membangun akidah Islam, lihat: as-Syaikh Taqiyuddîn an-Nabhâni, as-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah, Min Mansyûrat Hizb at-Tahrîr, cet. VI, 2003, I/57-65 dan 125-129.

3.] Pembahasan lebih jauh tentang karakteristik akidah Islam, yang merupakan akidah al-Quran, serta bagaimana metode membangunnya, lihat: as-Syaikh Taqiyuddîn an-Nabhâni, Ibid, hlm. 29-48.

4.] Lihat: Seruan Hizbut Tahrir kepada Kaum Muslim, Pustaka Thariqul Izzah, Bogor, cet. I, 2003, hlm. 126-127.

Abu Bakar Ash Shidiq radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan:

“tidak dihalalkan kaum muslimin memiliki dua orang amir, betapapun baiknya hal itu, tetap saja urusan dan hukum-hukum mereka akan mengalami perselisihan, jama’ah mereka akan terpecah belah, dan mereka akan saling memperebutkan kekuasaan di antara mereka, di sanalah sunnah akan ditinggalkan, bid’ah bermunculan, fitnah menjadi besar, sementara tidak ada seorang pun yang bisa memperbaikinya. (Diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi)

_______________

Terima kasih sdr Ahmad atas perkongsian yang diberikan. =)

kekhalifahan bukanlah dihancurkan oleh musuh2 Islam, bahkan dihancurkan oleh orang2 Islam sendiri… cuma dihantar orang bukan Islam untuk menghalau khalifah keluar dari istana hanyalah satu bentuk penghinaan oleh Allah buat kita orang Islam…

tuan (ahmad) sendiri mengakui, bahawa di zaman kekhalifahan sendiri sudah terdapat keretakan dalam agama (dari pelbagai aspek, bukan hanya syariat bermazhab), bagaimana untuk meyakini dengan sistem kekhalifahan dapat mengembalikan kegemilangan ummat di mata dunia?

bukanlah tulisan ini hendak menafikan syariat kekhalifahan, bahkan itulah yg dipegang nabi dan shabat2 yg mulia.. tetapi untuk bawa fikir, bahawa kekhalifahan tanpa iman dan taqwa, serupa bangunan yg dibina di tepi jurang yg bakal runtuh…

bagaimana khalifah sebuah negara Islam sendiri yg meninggalkan sunnah (lihat potret khalifah2 yg pernah menerajui negara Islam, dagu licin dari janggut, misai tebal, bertentangan dari sunnah yg dibawa oleh nabi s.a.w.) boleh membawa kegemilangan pada ummat..? (pakaian mereka (yg megah) juga berbeza dengan penampilan nabi dan sahabat2 r.hum. (yg berpakaian zuhud, bertampal2 dengan jahitan, daripada jenis kain yg kasar))

pada zaman awal Islam, orang2 tanggungjawab untuk mengutip jizyah turun dari unta, memakai pakaian yg lusuh… tetapi pada zaman kemudian, orang2 tanggungjawab untuk mengutip jizyah hanya duduk di atas kuda, dengan memakai pakaian yg megah… melihatkan ini, berkata orang2 kafir, sudah tibalah masanya untuk kita menghancurkan Islam.

pada zaman Umar r.a., sepertimana yg kita maklum, beliau sangat mengambil berat terhadap rakyatnya… bukan sekadar rakyat, tetapi gabenor2 yg dilantiknya untuk mentadbir jajahan takluk kerajaan Islam juga dipantau…

pernah sekali Umar r.a. bersafar untuk menziarahi gabenor2 itu. bukan jarak yg dekat, puluhan bahkan ratusan batu dari kota madinah… bukan seorang dua, bahkan puluhan gabenor diziarahinya…

tetapi amatlah sayang, kesemua gabenor2 itu diketuk oleh Umar r.a. dengan tongkatnya di kepala2 mereka, melainkan 3 orang… melihatkan keadaan gabenor2 itu (selain 3 orang ini) ketika mengunjungi mereka, mendiami kediaman2 yg mewah, dengan karpet yg setebal buku lali, dan pakaian2 yg megah, berkata Umar r.a. dengan nada yg marah, “apa yg sedang kau buat ini… betapa jauhnya engkau daripada apa yg dibawa nabi s.a.w…”

tetapi gabenor yg 3 ini adalah sahabat2 nabi s.a.w., yg sentiasa bersama nabi s.a.w. dalam susah dan senang. mereka adalah pilihan Allah, yg mana masih meneruskan kehidupan seperti mana KEHIDUPAN PADA ZAMAN NABI S.A.W. (zuhud, serba kekurangan).. setiap daripada mereka apabila dikunjungi oleh Umar r.a., terus sahaja dipeluk oleh Umar r.a. dengan tangisan gembira… apabila malam menjelma, duduklah gabenor dengan Umar r.a. di masjid, dan berceritalah mereka tentang KEHIDUPAN PADA ZAMAN NABI S.A.W. dengan tangisan (kerana rindu kepada KEHIDUPAN ZAMAN NABI S.A.W.) sehinggalah azan subuh berkumandang…

Pada zaman ali r.a. (menjadi khalifah), beliau mengimami solat fardhu di masjid. suatu ketika, sewaktu memberi salam ke kanan dalam tahiyat akhir, makmum di belakang melihat perubahan pada wajah ali r.a.. kemudian memberi salam ke kiri, juga makmum melihat perubahan (tidak seperti biasa) di wajah ali r.a.. (makmum ketika itu terdiri daripada tabi’in, sangat kurang sahabat2 r.hum yg masih hidup)

selesai solat, mereka bertanya kepada ali r.a. “wahai amirul mukminin, pada hari ini, kami melihat ketika tuan memberi salam ke kanan, terdapat kelainan pada wajah tuan, begitu juga ketika memberi salam ke kiri, terdapat kelainan pada wajah tuan…”

maka di jawab ali r.a. “ketika aku memberi salam ke kanan, aku dapati sudah tiada lagi wajah2 yg bersama aku ketika ZAMAN NABI S.A.W… ketika aku beri salam ke kiri, juga aku dapati tiada lagi wajah2 yg bersama aku ketika ZAMAN NABI S.A.W…”

dalam riwayat tersebut, diceritakan bahawa, bermula dari detik itu, ali r.a. tidak lagi pernah tersenyum sehinggalah beliau meninggal dunia…

==> yg di sedihkan ali r.a. bukanlah kehilangan teman2 / sahabat2 beliau yg bersama2 dengan beliau ketika zaman nabi s.a.w.. tetapi adalah nur (cahaya) wajah orang2 yg solat di belakang beliau, tidak lagi seperti nur wajah2 sahabat2 nabi s.a.w. pada zaman baginda s.a.w..

==> sekali pernah ditanya kepada ali r.a. “mengapa pada zaman kamu ini terjadi begitu banyak kerosakan (fitnah) yg mana belum ada pada zaman2 mereka yg terdahulu?? maka dijawab oleh ali r.a., kerana pada zaman mereka, orang2 yg hidup pada zaman mereka adalah orang2 yg seperti aku.. tetapi pada zaman aku ini, orang2 yg hidup pada zaman aku ini adalah orang2 seperti kamu…!!”

terlalu banyak kisah2 yg menunjukkan betapa jauhnya kehidupan orang terkemudian daripada apa yg dibawa oleh nabi s.a.w. dan sahabat2 r.hum.. juga kisah yg saya ceritakan pada komen2 saya yg awal, berkenaan perbezaan antara tabi’in dan sahabat2 r.hum… tak perlulah nak dinafikan atau dipersoalkan tentang kesahihan kisah2 itu… sebodoh2 orang pun tidak akan mengatakan perintah seorang raja tidak perlu untuk ditaati kerana disampaikan oleh seorang penyapu jalan… kalau mahukan rujukan, boleh rujuk kitab hayatus sohabah.. di dalamnya terdapat kisah2 kehidupan sahabat2 r.hum. yg sewajarnya kita contohi dalam kehidupan kita… nabi s.a.w. bersabda, “sahabat2ku seumpama bintang2 di langit. sekiranya kamu mengikuti salah seorang daripada mereka, nescaya kamu akan dapat petunjuk” dalam riwayat yg lain, “nescaya kamu tidak akan sesat”..

tak perlulah untuk diungkit kisah2 berupa keburukan dan kelemahan orang2 Islam (termasuk tabi’in dan khalifah yg terkemudian) di sini… bagi orang2 yg ikhlas mahu berfikir, cukup 1 atau 2 kisah sahaja pun memadai untuk mereka ambil iktibar.. tetapi bagi mereka yg enggan, bawalah 1000 kisah sekalipun, tetap hati mereka akan tetap menolaknya… Allah beri peringatan dalam al-Quran, “BAGI ORANG2 YANG ZALIM, TAHULAH KELAK KE TEMPAT MANA MEREKA AKAN DIKEMBALIKAN…”

bagi penutup kepada seruan saya (supaya kita semua berfikir), saya sampaikan satu kisah.. yg mungkin agak kasar, dan melampau.. tetapi ambillah pengajaran daripada kisah ini…

suatu ketika di musim haji (pada zaman tabi’in, yg mana sudah tidak ramai sahabat r.hum yg masih hidup), datanglah begitu ramai orang untuk mengerjakan haji… haji terakhir nabi s.a.w., seramai 124,000 sahabat2 r.hum. bersama nabi s.a.w. untuk mengerjakan haji… kemudian mereka bertebaran seluruh dunia untuk sampaikan agama.. pada zaman Umar r.a. sahajapun, 2/3 dunia sudah jatuh dibawah kaki sahabat r.hum.. jadi, pada zaman tabi’in ini, kita boleh anggar sendiri, berapa ramai orang yg datang untuk kerjakan haji (daripada 2/3 bahagian dunia)..

maka ketika mereka di padang arafah, telah naik 2 orang sahabat r.huma ke tempat yg tinggi, salah seorang dari mereka adalah abu dzar ghifari r.a.. memandang ke arah jemaah haji dari tempat yg tinggi, berkatalah sahabat ini kepada abu dzar r.a. “alangkah gembiranya nabi s.a.w. jika masih hidup pada saat ini, untuk melihat betapa ramainya ummat Islam datang untuk mengerjakan haji…”

lalu abu dzar r.a. (Allah kurniakan dia dengan kasyaf) menangis… hairan dengan sikap abu dzar r.a., sahabat itupun bertanya, “mengapa kamu menangis wahai abu dzar?? tidak gembirakah kamu melihat begitu ramai orang datang untuk kerjakan haji??”

lalu abu dzar menyapukan tapak tangannya yg mulia ke muka sahabat tadi… terus sahabat tadi menangis… dengan tangisan dan sayu sahabat tadi berkata, “alangkah sedihnya nabi s.a.w. jika masih hidup saat ini, untuk melihat betapa sedikitnya orang datang untuk kerjakan haji… YANG RAMAINYA HANYALAH BABI2, ANJING2, DAN MONYET2…”

==> adakah pada zaman itu tiada khalifah?? sehingga begitu hinanya orang2 Islam pada ketika itu…

==> adakah 100 tahun yg lalu dan sebelumnya, ummat Islam begitu mulia di sisi Allah?? dan mendapat jaminan syurga?? sehingga tercabutnya khalifah dari orang Islam membuatkan orang Islam menjadi begitu hina pada masa kita ini…

pada pendapat HAMBA YANG HINA ini, kemuliaan kita di sisi Allah bukanlah kerana kekhalifahan… dan kehinaan kita di sisi Allah bukanlah kerana tercabutnya kekhalifahan daripada kita… dan kekhalifahan yg dulunya ada pada kita, bukannya dirampas oleh orang2 kafir, SEKALI2 TIDAK!!! tetapi kita sendirilah yang telah menghancurkan kekhalifahan yg kita miliki.. seumpama seorang pemegang amanah, yg sudah tidak lagi menjalankan amanah yg diberikan.. lalu Pemilik barang yg diamanahkan itu, mengambil kembali barangNya… sehinggalah satu masa, yg mana pemeganag amanah itu, sekali lagi berusaha untuk mendapatkan kembali KEPERCAYAAN si Pemilik barang yg diamanahkan itu kepadanya….

Wahai Allah, bersaksilah bahawa aku telah menyampaikan…

Salam, maaf sebab lambat berikan respon… Agak kesibukan, hari ni baru berkesempatan membaca komen sdr mortiis. Sebelum ini saya cuma berkesempatan untuk approve sahaja. Apapun, terima kasih atas huraian panjang lebar yang telah diberikan.

Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh, antaranya:

1. Kita ingin mencontohi khilafah atas minhaj kenabian dan bukannya minhaj Umayyah, Abbasiyah, mahupun Uthmaniyah. Kita menjadikan sumber-sumber syarie sebagai rujukan, sekiranya tindakan seseorang khalifah itu bercanggah dengan syarak maka tidaklah kami mencontohinya. Mungkin sdr mortiis terlepas pandang akan hal ini.

2. Seperti yang telah saya nyatakan berulang kali, usaha sebegini bukanlah “kosong” dari sudut ruhiyah. Bahkan usaha ini tertegak atas keyakinan bahawa kita selaku hamba-Nya wajib mengatur kehidupan kita mengikut aturan yang telah ditetapkan-Nya. Kalau orang tu solat pun malas, suka buat maksiat, free hair dsb, mahukah dia berusaha menegakkan khilafah; yang mana khalifah akan menerapkan hukum Islam – antara lain orang yang tidak menunaikan solat, yang berzina, yang minum arak dsb akan dihukum?

Kalau seseorang itu tak mempunyai kesedaran bahawa dia wajib mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, mahukah dia hidup di bawah naungan syariat Islam?

Sudah acapkali ditegaskan perkara ini, tetapi sdr mortiis masih lagi mendendangkan hujah “khilafah tanpa iman dan taqwa”. Apa sebenarnya niat sdr? Nak katakan bahawa mereka yang tak bersama-sama dengan usaha sdr mortiis semuanya tak beriman dan jauh sekali hendak bertaqwa? Begitu ke? Maaf kalau menyinggung, sila baca dengan nada yang tenang.

3. Jika sdr mortiis tak bersetuju dengan usaha mengembalikan khilafah ini, maka apakah sdr bersetuju dengan keadaan pada hari ini? Biarlah, kan kita masih boleh solat, masih boleh puasa dengan aman, masih boleh cari rezeki. Jika benar demikian, maka bagaimana pula dengan soal ribawi, bagaimana dengan soal had, bagaimana dengan soal jihad, bagaimana dengan soal zakat, jizyah usyur, kharaj dsb?

Jika mereka yang berusaha kepada penerapan syariat Islam dalam kehidupan dikatakan “tanpa iman dan taqwa”, bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak mempunyai kesedaran bahkan yang menentang? Aneh juga sekiranya yang berusaha mengembalikan kehidupan Islam dikritik seolah-olah “tak layak”, tetapi dalam masa yang sama mereka yang bergelumang dalam kemaksiatan dibiarkan tanpa muhasabah. Sekadar pernyataan umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.

Aneh juga apabila saudara seagama ditindas dan dibunuh, kita masih boleh kata bahawa yang menindas dan membunuh itu bukan musuh… Cuba kalau penindasan dan kezaliman itu berlaku ke atas diri kita sendiri, adakah kita masih berkata sedemikian? Apabila anak kecil yang terbunuh itu merupakan anak kita sendiri, masihkah kita berfikiran sedemikian..?

4. Sdr mortiis berhujah dengan menyatakan bahawa sewaktu adanya khilafah pun umat dah teruk (seperti kisah musim haji yang sdr nyatakan tu). Jika nak diikutkan logika hujah sdr mortiis sekalipun, sebenarnya membawa kepada kesimpulan bahawa kita perlu kepada khilafah dalam mentaati perintah Allah (huraian akan diberikan dalam point seterusnya). Kerana dalam keadaan adanya khilafah Islam pun ada kemungkaran (sudah tentu, kerana umat yang bernaung di bawah khilafah itu adalah manusia dan bukannya malaikat), apatah lagi dalam sistem yang tidak menjadikan Islam sebagai tolok ukur. Sudah tentu menjadi lebih rosak lagi!

5. Alhamdulillah, kita masih lagi boleh menunaikan kewajipan kita dalam hal-hal melibatkan individu dan sesetengah kewajipan dalam bentuk kemasyarakatan. Namun malangnya, hukum syarak yang berkaitan tentang aspek kenegaraan tidak terlaksana pada hari ini. Mungkin kita tak begitu terasa mengenai peri pentingnya mempunyai kekuasaan dalam usaha hendak mentaati perintah Allah yang melibatkan individu dan masyarakat. Kerana di negara kita, kita dibenarkan beribadah dengan bebas dan aman. Tetapi cuba kita lihat saudara kita yang disekat daripada beribadah di negara majoriti kafir. Ada yang tidak diberikan masa untuk menunaikan solat sewaktu bekerja, ada yang diharamkan daripada memakai tudung, ada yang dilarang daripada berpuasa sewaktu bulan Ramadhan dsb. Tanpa kekuasaan, itulah yang terjadi.

Janganlah melihat mereka yang berusaha kepada khilafah ini sebagai orang yang gilakan kekuasaan demi kepentingan peribadi semata. Kita mencari kekuasaan supaya hukum Islam dapat diterapkan. Bahkan peranan khilafah itu sendiri meliputi aspek menyebarkan risalah Islam melalui dakwah dan jihad – di samping menjadi pelindung kepada umat Islam (mafhum hadis ‘Imam itu perisai’) serta menerapkan syariat Islam.

6. Kekeliruan dalam memahami konsep “zuhud”. Secara ringkasnya, zuhud tidak semestinya perlu memakai compang-camping dan hidup dalam keadaan serba daif. Jika kita hanya mempunyai harta bernilai sepuluh sen sekalipun, namun dengan 10 sen itu menyebabkan kita lalai daripada mentaati perintah Allah, bermakna kita tidak menghayati erti zuhud yang sebenarnya. Insya Allah akan dikongsikan lebih lanjut kemudian apabila saya berkelapangan dan masih dikurniakan hayat.

Wallahua’lam

Wallahua’lam.

1. Sekiranya yang hendak ditiru adalah zaman khalifah ar-rashidin, jadi mengapa pula seringkali artikel yg keluar menunjukkan “85 tahun yg lalu, dunia Islam telah kehilangan dot dot dot…” bukan ke zaman khalifah ar-rashidin dah 1300 tahun lebih berlalu??

2.kalau benar usaha menegakkan khalifah ini di dasari dengan nilai2 iman dan taqwa, kenapa artikel2 yg keluar, kebanyakannya menekankan soal kekhalifahan, melebihi soal iman, taqwa, dan amal soleh… bukan ke sesuatu yg sering diuar-uarkan menunujukkan itulah perkara yg terpenting dan menjadi matlamat… berapa percent nisbah ayat2 al-quran berkenaan soal iman, taqwa, dan amal soleh kalau nak dibandingkan dengan ayat berkenaan soal kekhalifahan?? kenapa tak diutamakan apa yg menjadi keutamaan al-quran??

3. bukan saya tak bersetuju dengan usaha mengembalikan khalifah, tetapi saya tak setuju dengan keyakinan bahawa dengan kekhalifahan syariat akan tertegak… manusia akan datang pada agama apabila kekhalifahan tertegak, orang yg jauh daripada Allah akan datang dekat pada Allah apabila kekhalifahan tertegak, para pendosa akan berhenti daripada dosa apabila kekhalifahan tertegak.

contoh mudah, umat Islam di Arab Saudi, kalau ditangkap berzina akan dihukum hudud… tetapi (kerana iman yg tak diusahakan) mereka boleh terus berzina bila datang ke Thailand, bahkan ke Malaysia… mereka berzina adakah kerana ketiadaan syariat yg mengawal mereka, ataupun kerana iman yg rosak dalam hati mereka??

kalaupun manusia berhenti melakukan maksiat, adakah tidak melakukan maksiat itu kerana takutkan pemerintah ataupun takutkan Allah semata-mata??

sebaliknya seorang yg beriman dengan sebenar2 iman, walaupun hanya bersendirian, tetap mustahil untuk dia melakukan maksiat, kerana rasa takut pada Allah dalam diri dia, walaupun tiada satu pun undang2 yg boleh menghukum dia…

4. sudah dijawab dalam point di atas… manusia yg dipelihara Allah walaupun mereka bukan malaikat adalah sahabat2 r.hum… kehidupan mereka sentiasa dalam menggembirakan Allah… kelebihan mereka terdapat di dalam banyak hadith… untuk itulah saya menyeru, supaya kita mengembalikan kehidupan nabi dan sahabat dalam kehidupan ummat pada hari ini..

keyakinan bahawa dengan kekhalifahan Islam akan kembali gemilang, samalah dengan keyakinan dengan ekonomi Islam akan kembali gemilang, dengan senjata Islam kembali gemilang, dengan majoriti Islam akan kembali gemilang, dengan teknologi Islam akan kembali gemilang, dengan pemerintahan Islam akan kembali gemilang… maha suci Allah… Allah zat yg Maha Agung, bersih daripada sifat berhajat pada makhluk…

5. “Tanpa kekuasaan itulah yg terjadi..” harap tuan boleh tarik balik kata2 tuan ni.. merosakkan iman… datangnya satu orang pada amal agama, semata2 taufiq daripada Allah.. bukan dengan kemudahan yg ada di sekeliling dia…

“Ada yang tidak diberikan masa untuk menunaikan solat sewaktu bekerja, ada yang diharamkan daripada memakai tudung, ada yang dilarang daripada berpuasa sewaktu bulan Ramadhan dsb.”

di negara kita yg bebas ini pun, bukan kah ramai yg tidak sembahyang sewaktu bekerja, tidak memakai tudung, dan tidak berpuasa di bulan ramadhan… jadi, persoalannya, ketidakwujudan syariat, atau persoalan iman yg tak diusahakan??

berkenaan perkara yg berlaku ditempat lain…

“Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, malaikat bertanya (kepada mereka) “Dalam keadaan apa kamu ini?” mereka menjawab, “Adalah kami ini orang-orang yang tertindas di negeri kami.” Para malaikat berkata, “BUKANKAH BUMI ALLAH ITU LUAS, SEHINGGA KAMU DAPAT BERHIJRAH DI BUMI ITU..” Orang-orang itu, tempatnya adalah neraka jahannam, dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

AN-NISA’ (AYAT 97)

“Kecuali mereka yang tertindas, baik laki-laki ataupun wanita ataupun anak-anak yang tiada daya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah)”

AN-NISA’ (AYAT 98)

Maka Allah menurunkan ayat ini sebagai ancaman hukuman bagi orang2 yang enggan memisahkan diri dari kaum yang memusuhi agama, kecuali kalau mereka itu benar2 tidak berdaya..
-diriwayatkan oleh tabrani yang bersumberkan dari ibnu abbas-

6. Berkenaan dengan konsep zuhud, rujuk kehidupan nabi dan sahabat2 r.hum.. bagaimana mereka jalani kehidupan seharian. dan orang2 terkemudian, yg terus mengekalkan kehidupan sedemikian, walaupun didatangkan harta dari pelbagai arah… boleh baca kisah harun ar-rasyid dengan anaknya… link kat bawah ni.

http://imanyakin.wordpress.com/2010/02/08/anak-laki-laki-harun-ar-rasyid/#comment-751

dan juga kisah perjalanan abu hatam rah.a.. link kat bawah ni..

http://imanyakin.wordpress.com/2010/02/11/perjalanan-syaikh-abu-hatam-rah-a-kisah-1/

banyak lagi kisah2 sedemikian, tetapi kisah terbaik adalah kisah nabi dan sahabat2 r.hum… boleh cari kat link bawah ni…

http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/keadaan-lapar-rasulullah-saw.html

semoga Allah bagi kita taufiq, untuk ikut jejak mereka…

perlu difahami, bukanlah saya menentang usaha untuk mengembalikan kekhalifahan… tetapi yang saya tentang adalah keyakinan bahawa dengan kekhalifahan agama akan kembali tertegak…

adalah menjadi maksud Allah s.w.t. mengutuskan nabi2 a.s. untuk menegakkan syariat Allah dimuka bumi… tetapi bersama nabi2 itu, adakah kekhalifahan / pemerintahan?? cuma beberapa orang nabi a.s. sahaja yang Allah kurniakan dengan pemerintahan, bagaimana dengan nabi2 yg lain??

bersama mereka adalah usaha da’wah yg mereka lakukan.. asbab da’wah inilah agama tertegak… manusia yg tak kenal Allah jadi kenal pada Allah… dengan kata lain, asbab inilah hidayat tersebar… bantuan paling afdal dari Allah untuk ummat adalah hidayat… bukan senjata, tentera, sumber asli, ekonomi, teknologi, bilangan yg ramai, dll… sekali lagi ditekankan, nusrah Allah paling afdal untuk ummat adalah hidayat…

iman adalah perkara pertama yg perlu diusahakan.. kerana dengan iman, hubungan dengan Allah akan jadi betul… sehingga dijadikan Allah tempat bergantung, tempat merujuk, tempat berharap, tempat mendahulukan, tempat bersegera, tempat mengadu dan sebagainya… sehingga selain Allah, kita dah tak berharap dengan apa pun…

saya pernah terbaca dalam satu artikel.. bertajuk “apa yg palestin perlukan…?” isinya menjerumus kepada apa yg palestin perlukan bukan tentera, senjata, kewangan, makanan dll.. tetapi adalah kekhalifahan Islam…

pada pendapat hamba yg hina dina ni, apa yg palestin perlukan adalah pandangan Allah… saat ini, palestin dan ummat Islam seluruh dunia jauh daripada pandangan Allah… sekiranya Allah memenangkan palestin, ada ke mana2 kerajaan dapat kalahkan palestin?? sekiranya Allah abaikan palestin, ada ke mana2 kerajaan dlm dunia ni dapat bagi kemenangan pada palestin??

pesan nabi kepada abdullah ibnu abbas r.huma.
“peliharalah Allah, nescaya Allah akan pelihara kamu. peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Allah berada dihadapan kamu. sekiranya kamu ingin meminta, mintalah kepada Allah. sekiranya kamu ingin memohon pertolongan, mohonlah pertolongan hanya daripada Allah. andai kata berkumpul seluruh manusia untuk beri manfaat kepada kamu, nescaya manfaat tu takkan sampai kepada kamu, melainkan apa yg telah tertulis untuk kamu. andai kata berkumpul seluruh manusia untuk beri mudharat kepada kamu, nescaya mudharat tu takkan sampai kepada kamu, melainkan apa yg telah tertulis untuk kamu. telah terangkatlah kalam, telah keringlah dakwat..”

dan teringat hamba yang hina ini kepada kisah yg terjadi ketika kewafatan nabi s.a.w.. saat itu keimanan orang2 Islam goyah sedikit… maka berkhutbahlah abu bakar r.a. “sekiranya kamu beriman kepada Muhammad, bahawasanya Muhammad telah mati, tetapi sekiranya kamu beriman kepada Allah, ketahuilah bahawasanya Allah akan kekal hidup…”

begitu juga seruan hamba yg hina ini, “sekiranya kamu bergantung kepada kekhalifahan, sesungguhnya kekhalifahan ini sudah lenyap. tetapi sekiranya kamu bergantung sepenuhnya kepada Allah, ketahuilah bahawasanya Allah itu akan kekal ada…”

kezaliman zionis terhadap saudara kita di palestin, adalah pukulan dari Allah untuk kita orang Islam… sepertimana pukulan sayang seorang ibu kepada anaknya, dengan harapan, supaya anaknya kembali sedar dari kesilapan… begitulah Allah… bukan sengaja mahu melihat hambaNya yg beriman dianiaya… tak berkuasakah Allah untuk menghapuskan rejim zionis Israil?? bahkan lebih dari itu pun Allah berkuasa… tetapi apa yg Allah kehendaki dari kita, kita belum tunaikan lagi…

selagimana kita yakin dengan selain Allah, selagi itulah Allah akan serahkan kita kepada perkara tersebut… yakin dengan duit untuk selesaikan masalah, Allah serahkan kita kepada duit, jadilah kita hamba duit… yakin dengan pemerintahan dapat kemuliaan, Allah serahkan kita kepada pemerintahan, jadilah kita hamba pemerintahan… yakin kepada wanita untuk beri bahagia, Allah serahkan kita pada wanita, jadilah kita hamba wanita… begitulah seterusnya yakin2 yang silap…

saya pernah terbaca dalam satu artikel, “dengan sumber minyak yg kita ada, kita boleh dot dot dot…” bukan sahaja membaca, malah saya pernah melihat dalam video, seorang berucap dengan lantang, “dengan sumber minyak yg kita ada, dot dot dot…”

innalillahiwainnailaihirajiun….

inilah yakin2 yg silap… bagaimana boleh dikatakan beriman, sedangkan dalam hati menjadikan selain Allah sebagai tempat bergantung… yakin dengan minyak boleh dirikan kekhalifahan… yakin dengan kekhalifahan boleh kembalikan kegemilangan Islam…

ambillah iktibar daripada peristiwa ibrahim a.s.. sewaktu dicampakkan ke dalam api yg besar… datang malaikat jibrail a.s. bersama 2 lagi malaikat, menawarkan bantuan kepada ibrahim a.s.. tetapi jawab ibrahim a.s. “sesungguhnya kepada kamu aku tak berhajat… cukuplah Allah buatku…”

inilah iman… yang hari ni nikmat ini dah tercabut daripada kita secara umumnya… bila saya cakap untuk usahakan atas iman, tuan cakap “usaha sebegini bukanlah kosong dari sudut ruhiyah”… tetapi adakah tahap iman yg ada dalam diri kita ini sudah cukup sehingga kita dengan berani mengatakan kita sudah beriman… seorang tabi’in mengatakan, aku telah menemui tidak kurang daripada 60 orang sahabat yang mengatakan mereka munafiq (ragu2 terhadap iman masing)…

seorang alim pergi ke kedai, setelah mengambil barang2, lalu dia ke kaunter untuk membuat bayaran.. setelah menyerahkan duitnya kepada tokey kedai, tokey kedai itu memeriksa duit tersebut, lalu berkata, maaf tuan, duit ini duit palsu, saya tak boleh terima… mendengarkan ini, terus alim tersebut pengsan… apabila terjaga, kerana simpati, tokey kedai tadi pun berkata, “tak apa lah tuan, ambil sajalah barang2 itu…” lalu alim itu menjawab, “jangan salah faham, saya pengsan bukan kerana duit itu duit palsu, tetapi saya teringat, sekiranya di mahsyar esok, setelah meneliti iman saya, sekiranya Allah mengatakan iman saya palsu, bagaimana keadaan saya..”

beginilah keadaan takut yang seharusnya ada dalam diri setiap orang beriman… bukannya perasaan berpuas hati terhadap keaadan iman yg belum tentu diterima ini…

berkali-kali saya sebutkan tentang iman, kerana saya sendiri khuatir keadaan iman saya… untuk itulah saya menyeru semua sahabat2 yang saya kenal kerana Allah, supaya sama2 takut terhadap keadaan iman masing2, bukan berpuas hati dengan apa yg ada…

sampai sini dululah penjelasan saya… mungkin selepas ini tuan2 terpaksa tunggu lama untuk membaca komen saya yg seterusnya… itupun kalau diizinkan Allah…

untuk makluman, pada 11, 12, dan 13 june 2010 ini, akan diadakan perhimpunan orang2 Islam, bertempat di Masjid Sri Petaling… Semua lelaki2 Islam dijemput/diharap/diminta supaya dapat menghadirkan diri… dan daripada perhimpunan itu nanti, akan dibentuk sebanyak mungkin jemaah2 yang akan dihantar ke seluruh dunia. jemaah2 ini bergerak dengan fikir yg sama, “bagaimana agama yg sempurna dapat datang dalam diri saya, keluarga saya, orang kampung saya, dan ummat nabi s.a.w. seluruh dunia sampai hari kiamat…”

saya juga insyaAllah akan bersama2 mereka untuk keluar dijalan Allah selama 4 bulan… dan mohon doa daripada tuan2 yg mulia supaya saya dapat istiqamah keluar di jalan Allah 4 bulan tiap2 tahun…

apa yg baik daripada Allah… dan yg kurang juga daripada Allah, tetapi atas kelemahan saya…

jangan lupa untuk doakan saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mei 2010
F S S M T W T
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: