apo nak dikato

3 Mac 1924 – Iktibar dan Pemangkin Kebangkitan

Posted on: Mac 3, 2010

Assalamualaikum, umum rata-ratanya tidak mengetahui apakah signifikan di sebalik tarikh tersebut. Bahkan saya percaya kebanyakan pengunjung masih belum dilahirkan pada tahun tersebut. Ketahuilah bahawa tarikh tersebut merupakan titik hitam yang menandakan bermulanya malapetaka dan kesengsaraan umat Islam dengan jatuhnya daulah khilafah Islam yang terakhir, iaitu Turki Uthmaniyyah. Kini 86 tahun sudah berlalu, dan selama itu jugalah umat Islam telah hidup menderita ibarat anak ayam yang kehilangan ibunya. Dalam keadaan yang lemah dan berpecah-belah ini, musuh-musuh Islam telah mengambil kesempatan seluas-luasnya untuk menindas umat dan memerah kekayaan serta hasil mahsul yang melimpah ruah di bumi milik umat Islam. Kita juga telah menyaksikan betapa kita semua telah dipecah-belahkan menjadi negara-negara kecil, lemah dan tidak berdaya untuk membela diri apabila berdepan dengan penindasan. Selebihnya adalah sejarah yang kita semua telah sedia maklum melalui realiti yang kita hadapi pada hari ini serta paparan berita-berita malang yang saban hari ditayangkan di kaca televisyen, media elektronik, dan juga media cetak.

Ramai yang mempertikaikan, dan tidak kurang juga yang memperlekehkan sebarang usaha untuk mengembalikan kemuliaan deen ini yang meliputi aspek pemerintahan. Sebahagian mereka berandaian bahawa usaha sebegini tidak lebih daripada sekadar mimpi indah di siang hari yang mustahil akan tercapai. Ada pula yang pasrah menerima apa yang sedang menimpa kita semua lalu bergantung harap kepada ketibaan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa al-Masih tanpa sebarang usaha. Manakala yang lain pula berandaian bahawa khilafah itu merupakan anugerah kepada insan yang beriman dan beramal soleh, oleh itu tidak perlu bagi kita berusaha ke arah menegakkannya. Sebaliknya cukuplah dengan memfokus kepada soal akidah dan ibadah mahdhah semata-mata. Dan selebihnya pula mengambil sikap endah tak endah berkenaan isu ini, bahkan paling menyedihkan ada juga yang menentang sebarang usaha sebegini kerana khuatir kepentingan diri terancam.

Demikianlah serba ringkas mengenai tanggapan ataupun persepsi umat terhadap isu ini. Sungguhpun masih ramai yang pesimis terhadap perjuangan ini, dan tidak kurang juga yang menentang sebarang usaha ke arahnya, namun saban hari seruan ini semakin lantang berkumandang di segenap pelusuk dunia Islam. Kekuatan demi kekuatan mulai terbina atas batu asas yang telah ditegakkan berpandukan thariqah dakwah Rasulullah SAW. Umat semakin hari semakin menyedari akan kewajipan ini. Biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan, sekatan dan karenah umat, namun perjuangan ini tetap akan diteruskan.

3 Mac bukanlah tarikh bagi mengenang nostalgia kegemilangan silam dan sekadar menangisinya. Sebaliknya tarikh ini menjadi iktibar kepada kita semua dan seterusnya bertindak sebagai pemangkin bagi kita semua dalam menuju kebangkitan. Perjuangan ini bukanlah sekadar perjuangan politik yang kosong tanpa sebarang nilai ruhiyah. Bahkan sebaliknya perjuangan ini tertegak atas kesedaran bahawa kita semua terikat dengan hukum syarak yang menjadi bukti ketaatan kita kepada-Nya. Iman bukanlah sekadar keyakinan, iman perlu dibuktikan dengan amal. Dan amal pula tidak terhenti setakat ibadah mahdhah dan akhlak yang mulia. Cukuplah 86 tahun yang kelam dalam sejarah umat Islam. Marilah kita bersama-sama merapatkan saf perjuangan bagi mengembalikan kemuliaan deen Allah ini.

Kewajipan mengembalikan syariah di bawah naungan khilafah sama seperti wajibnya kita menunaikan solat, membayar zakat, dan kewajipan yang lainnya. Baik fardhu ain, mahupun fardhu kifayah, kedua-duanya tetap merupakan kewajipan. Yang membezakannya hanyalah sejauhmana kemampuan kita dalam memainkan peranan kita semua. Jangan sampai kita termasuk dalam golongan yang kerugian dan ketinggalan dalam mengejar peluang untuk berbakti kepada ad-deen ini. Wa iyazubillah…

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan.” [TMQ Al-Anfaal: 24]

Apabila kita berbicara tentang khilafah, bukan bererti kita yang beriya-iya hendak melantik diri kita sendiri sebagai khalifah. Juga bukan kerana hendak mengejar nikmat duniawi semata. Jauh sekali hendak terlebih sudu daripada kuah dalam mencapai sesuatu yang bukan dalam bidang kita. Sebaliknya peranan kita sebagai mahasiswa yang berkesedaran adalah dengan mengingatkan umat akan kewajipan ini, serta menyeru kelompok yang mempunyai kekuasaan untuk menerapkan kembali hukum Allah, syariah dan khilafah yang telah sekian lama ditinggalkan. Dalam masa yang sama, kita berinteraksi dengan ummah serta mengingatkan tentang keterikatan kita semua dengan hukum syarak, serta matlamat akhir kita selaku seorang Muslim, iaitu untuk mencapai keredhaan Allah (mardhatiLlah). Apabila kita berbicara tentang khilafah, bukan bererti kita mengabaikan tanggungjawab dan peranan kita yang lainnya.

Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa kita bukanlah robot yang telah diprogramkan untuk menyebarkan data-data tentang khilafah semata-mata. Kita manusia, hamilud dakwah yang bernyawa serta mempunyai hati nurani. Kita juga mempunyai kehidupan yang tersendiri, kita menuntut ilmu dan bekerja, kita bersosial dengan masyarakat, kita mendirikan rumah tangga, kita mendidik anak-anak dengan tarbiyah Islami, kita mendirikan solat, kita menunaikan zakat, kita melaksanakan haji apabila berkemampuan. Pihak yang mengkritik barangkali tidak menyedari hakikat ini, dan atas sebab itulah mereka melihat sebarang pihak yang berusaha kepada khilafah ini hanya berusaha kepada kekuasaan sedangkan kosong dari segi ruhiyah-nya. Benarkah dakwaan sedemikian? Tentulah tidak sama sekali! Bahkan sebaliknya usaha sebegini berdiri di atas kesedaran untuk mentaati segala perintahnya, termasuklah dalam aspek kenegaraan. Sekali lagi ingin saya ingatkan, bahawa keimanan wajib dibuktikan dengan amal. Dan amal pula tidak terhenti sekadar ibadah mahdhah semata.

Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Biarpun sudah dijanjikan Allah akan diberikan kekuasaan bagi orang-orang yang beriman, kita tetap wajib berusaha ke arahnya. Berusaha di sini bukanlah sekadar merengek-rengek meminta kekuasaan, sebaliknya meliputi persiapan melengkapkan diri dan masyarakat dengan tsaqafah Islam baik dari sudut ruhiyah mahupun siyasiyah.

Wallahua’lam…

2 Respons to "3 Mac 1924 – Iktibar dan Pemangkin Kebangkitan"

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Assalamualaikum, terima kasih abu idris atas perkongsian… Para pengunjung dijemput untuk menziarahi laman blog Ar Rayah World News melalui link yang dipaparkan… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mac 2010
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: