apo nak dikato

Kenali Hizbut Tahrir – Temubual Al-Islam dan Mastika

Posted on: Februari 17, 2010

Assalamualaikum, maaf kerana sudah agak lama tidak mengimarahkan blog ini dengan penulisan baru. Mohon doakan supaya saya dipermudahkan urusan dan berupaya berdepan dengan dugaan hidup saya. Semoga Allah memberkati kalian dan membalas doa kalian dengan kebaikan. Ameen.

Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi dua buah sesi temubual bersama Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman yang dipaparkan dalam dua buah majalah iaitu Mastika dan Al-Islam. Di samping itu, turut dipaparkan rencana bertajuk “Ketibaan Khilafah Sudah Dekat – Bumi Umat Islam akan Dibebaskan Satu persatu oleh Sang Khalifah”. Mungkin ada antara kalian yang memboikot majalah-majalah tersebut ataupun tidak berkesempatan hendak mendapatkannya, jadi atas sebab itulah saya memaparkannya di sini buat tatapan bersama. Namun tidak bererti saya cuba mempromosi mahupun berniat untuk melingkupkan penerbit majalah tersebut. Paparan pada kali ini hanyalah untuk menyampaikan luahan Ustaz Hakim atas kapasiti selaku Presiden Hizbut Tahrir wilayah Malaysia dan dengan ini menjadi “lidah rasmi” bagi pihak HTM. Wallahua’lam. Gambar-gambar tersebut dikongsikan oleh beberapa orang kenalan melalui laman sosial internet dan juga ‘mailing list‘.  Sila klik pada gambar-gambar tersebut untuk melihat dan membaca dengan lebih jelas.

Sekalung penghargaan kepada penerbit dan sidang redaksi kedua-dua buah majalah. Sungguhpun temubual tersebut dijalankan bersama Presiden HTM, namun sebarang pendapat rasmi HTM hendaklah dirujuk melalui nasyrah mingguan rasmi keluaran HTM iaitu Soutun Nahdhah ataupun laman rasmi mereka mykhilafah.com. Harap maklum.

Al-Islam “Membongkar Kebenaran Hizbut Tahrir”

Mastika – Hizbut Tahrir Bukan Hendak Berperang!

Mastika – Ketibaan Khilafah Sudah Dekat!

Wallahua’lam…

6 Respons to "Kenali Hizbut Tahrir – Temubual Al-Islam dan Mastika"

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar ghazi?
Doktor ni blaja sibuk, keje pun sibuk, hihi…
Inilah realiti sistem sekular di Malaysia,
mereka yang know-who mendapat lebih peluang berbanding meraka yang know-how.
Apa pun dakwah tetap keutamaan.

Wa alaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Em tu lah, banyak benar dugaannya. Mungkin kelemahan saya jugak sebab tak mahir menguruskan antara komitmen. Insya Allah sedang berusaha menyeimbangkannya semula. Dakwah, insya Allah akan tetap berjalan biarpun di celah kesempitan. Ameen…

=)

kebetulan, saya tak membeli mastika dan al Islam dari dulu, dan sekarang lebih cenderung pada majalah solusi…kalau ada rezeki, saya cuba dapatkan.

tahniah, utk setapak langkah kehadapan dlm memperkenalkan perjuangan HT kepada masyarakat…edaran SN sgt terbatas. Sehingga sekarang majoriti kawan-kawan saya tidak mengenali HT bahkan nama HT asing sekali…apatah lagi idea yg diketengahkan mereka, hampir org di sini langsung tidak mengetahuinya…..tu yang rasa tak best nak ‘bersembang’ ngan depa…chewwah :D

Terima kasih sdr 3Z (hehe) atas komentar yang diberikan. Em, boleh saya tahu di kawasan mana tu ya? Insya Allah jika SN tidak sampai pun, saya percaya capaian mykhilafah.com boleh membantu. Sebagai permulaan, mungkin boleh syorkan kepada mereka laman ini terlebih dahulu. Dan jika 3Z memerlukan bahan-bahan, insya Allah saya boleh poskan brochure dan beberapa salinan SN yang berada dalam simpanan saya. Kalau nak jemput untuk berikan pengisian, atau penerangan pun boleh juga, insya Allah saya akan maklumkan kepada pihak HTM yang berhampiran. Jika berminat sila hantar alamat dan maklumat berkaitan ke email saya. =)

Em, yang penting adalah idea Islami yang dibawa itu tersebar dalam umat. Jika nama HT tidak begitu dikenali pun tak mengapa. ‘Nama’ itupun sekadar sebagai pertanggungjawaban terhadap apa yang ditulis serta disampaikan, dan bukan untuk tujuan komersil atau meraih publisiti dsb.

Saya pun bukanlah pembaca setia majalah-majalah tersebut, pernah membelinya beberapa kali dan selebihnya cuma membacanya (pinjam kawan – untuk save budjet, sharing is caring… hehe). Tentang majalah Solusi pula, saya pernah mendapat pengesyoran daripada beberapa orang teman. Namun masih belum berkesempatan untuk mendapatkan naskhahnya. Banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan daripada majalah-majalah tersebut. Cuma perlu dinilai dan ‘ditapis’ mengikut acuan Islam dan tidak menerima bulat-bulat semata-mata. Insya Allah.

Wallahua’lam… =)

wah panjang lebar sekali aksi balasnya…

terima kasih kerana sungguh baik hati. Saya hargai.Saya tiada masalah mengenali HT kerana hampir setiap hari berpeluang mengadap tenet menerusi mini laptop saya ni…tapi bagi yg tak minat/tak ada/ tak tahu komputer dan cuma menadah maklumat dari tv dan suratkabo….tentulah HT dan idea-ideanya tak pernah didengari mereka…

wahhh sampai mempelawa diri utk memberi pengisian….saya sangat berminat sebenarnya…..tapi tak terdaya saya menyahutnya…

tak pa, ada rezeki, tak mustahil akan tertunai juga keinginan saya di masa hadapan. ..InsyaAllah, kalau nak ikut keinginan…saya tak minat sgt dgn pengisian ghazi, saya harap dpt dengar dari presiden HTM sendiri….

Oh, saya faham, sebab itu saya minta berikan alamat sdr kalau tak keberatan. Nanti saya hantarkan brochure & SN untuk tatapan kawan-kawan yang tak minat/tak ada/tak tahu komputer… Insya Allah saya akan hantarkan dalam masa terdekat. Kos penghantaran dsb akan saya tanggung. Email saya ada dicatat dalam page “about me”…

Em, rasanya sdr tersilap faham. Bukan saya yang akan berikan pengisian sebaliknya saya akan maklumkan kepada pihak HTM berhampiran dengan tempat tinggal sdr supaya mereka boleh menghantar wakil. Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini…

[…Kalau nak jemput untuk berikan pengisian, atau penerangan pun boleh juga, insya Allah saya akan maklumkan kepada pihak HTM yang berhampiran….]

Insya Allah kalau Presiden HTM berkelapangan beliau sendiri yang akan hadir memberikan pengisian. Beliau memang peramah, dan sentiasa berusaha memenuhi undangan biarpun agak kesibukan. Buat makluman beliau selalu juga memberikan pengisian di sebuah surau di Bangi. Wallahua’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Februari 2010
F S S M T W T
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: