apo nak dikato

“Demokrasi Suci”

Posted on: Januari 30, 2010

Assalamualaikum…

Makluman: Penulisan ini dibuat berdasarkan ‘sembang-sembang’ daripada laman sosial facebook antara beberapa orang kenalan dan juga kawan kepada kawan. Identiti mereka yang terlibat dirahsiakan, gambar berikut dipaparkan sekadar sebagai bukti bahawa ia bukan rekaan saya semata-mata dan tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Sekiranya individu-individu tersebut membaca penulisan saya ini, harap dapat memberikan respon sekiranya anda tidak bersetuju dengannya.  Buat makluman saya sudah menghantar mesej peribadi kepada pihak terbabit.

Sila klik pada gambar tersebut untuk melihat imej dengan lebih jelas.

Sembang-sembang ini tercetus rentetan proses pilihanraya kampus (PRK) yang baru sahaja berlangsung kelmarin. Ramai yang tidak berpuas hati dengan sistem e-voting yang baru diperkenal pada tahun ini. Tidak kurang juga yang membangkitkan isu penyelewengan yang dilakukan oleh pihak HEP&A. Sejauh mana kebenarannya, Wallahua’lam. Saya tidak begitu mengikuti perkembangan PRK pada kali ini. Sekadar mengikuti “laporan” daripada beberapa orang kenalan yang bersemangat waja dalam membincangkan isu politik kampus ini.

gambar ehsan daripada seorang kenalan fb

Khabarnya isu ini telah dibangkitkan kepada VC, dan saya dimaklumkan bahawa terdapat demonstrasi berlaku di dalam kampus siang tadi. Berhubung dengan isu PRK ini, ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya. Pertamanya, mengapa begitu banyak masalah yang timbul ekoran pengenalan sistem baru ini? Adakah sistem tersebut tidak diuji terlebih dahulu? Namun seingat saya percubaan telah dijalankan. Kedua, sekiranya benar dakwaan penyelewengan itu terjadi sehingga menyebabkan VC campur tangan lalu membawa kepada penangguhan keputusan PRK? Saya tidak berniat hendak membuat sebarang spekulasi, orang yang terlibat secara langsung dengan PRK ataupun mereka yang mengikuti perkembangan PRK tentu lebih tahu.

Bila dah demo ni susah nak kawal emosi. Kecuali kalau memang well-organized dan dipantau. - pic courtesy of malaysiakini -

Puncanya? Pada hemah saya semuanya berpunca daripada tindakan mewujudkan kem-kem seperti Pro Mahasiswa dan Pro-Aspirasi. Masing-masing membawa “fahaman” atau kepentingan mengikut acuan politik luar kampus, iaitu politik demokrasi. Natijahnya tercetuslah “peperangan” antara dua kem ini. Bersempena PRK pada tahun lepas saya juga pernah membangkitkan isu yang sama. Apa gunanya kita membawa “proksi” politik luar ke dalam kampus? Akhirnya mahasiswa disibukkan dengan politicking yang sia-sia serta merugikan. Barangkali PRK diadakan hanya untuk menyediakan pelapis bagi meneruskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang menjadi status quo hari ini. Bukan lagi untuk mengurus sebarang urusan mahasiswa serta menjadi perantara antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti.

Demokrasi suci?

Seorang fulan dalam sembang-sembang tersebut ada menyatakan “demokrasi suci dowh, yang kotor itu pemainnya” (sila rujuk gambar). Whoa… sekejap, sekejap. Seingat saya dulu ada orang pernah cakap, demokrasi ini cuma alat. Kami memang sedar bahawa demokrasi ini bukan dari Islam. Tapi nampak gayanya macam dah jadi pejuang demokrasi je ni.  Bahkan siap katakan demokrasi itu suci. Perbincangan mengenai demokrasi sudah kerap dibincangkan namun saya percaya masih ramai lagi yang belum jelas. Ada juga yang hanya menerima sahaja apa yang diulas oleh ustaz-ustaz dan ulama’ tanpa membuat perbandingan dan pertimbangan dengan pendapat lain. Tidak kurang juga yang berhujah dengan hujah maslahat serta mengelakkan kemudaratan. Untuk mengikuti pembahasan isu demokrasi ini, sila klik pada tab “Pembahasan Demokrasi” dan kunjungi URL berkaitan yang terdapat dalam page tersebut.

Bagi yang “beriman” dengan demokrasi dan meyakini bahawa ia suci serta tidak bercanggahan dengan syarak, ketahuilah bahawa dasar demokrasi itu sendiri bercanggahan dengan akidah Islam. Bagi yang beralasan bahawa demokrasi itu hanya alat, dan demi mengelakkan mudarat yang lebih besar, cuba buka mata kalian dan lihatlah betapa rosaknya masyarakat akibat penerapan sistem ini. Inilah realiti yang terjadi pada hari ini.

Kepada yang menempelak, “Setidak-tidaknya kami ada usaha, sedangkan kamu tu duduk goyang kaki. Kalau kafir menang, baru kau tahu,” izinkan saya menjawab dengan dua perkara. Pertama, kami tidak goyang kaki. Bahkan kami berusaha mengubah sistem yang bobrok ini kepada sistem yang berteraskan wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah). Bukan sekadar retorik, bahkan telah digariskan tariqah yang mencontohi tariqah perjuangan Rasulullah saw. Kemudian disertakan dengan struktur pemerintahan dan pentadbiran yang lahir daripada sumber syarak (bukannya berasaskan perlembagaan atau akal manusia tanpa mengambilkira Al-Quran dan As-Sunnah). Tinggal nak terapkan sahaja. Bukan sebagai option, bahkan satu-satunya penyelesaian yang tuntas serta menjadi kewajipan ke atas kita semua.

Goyang kaki? Apathy? Kalau nak tahu contoh apathy, sila rujuk kepada gambar tersebut. “ak xkesah apa jadi. asalkn jagn kaco duit bank ak.” (aku tak kisah apa jadi. asalkan jangan kacau duit bank aku). Itu barulah contoh goyang kaki dan mementingkan diri.

Kedua, “kalau kafir menang baru kau tahu?”. Cuba lihat realiti politik mutakhir. Di kedua-dua belah pihak umat Islam juga yang rugi. Saban hari semakin banyak hak-hak umat Islam yang tercabar. Kini wabak “pluralisme” semakin berleluasa sejajar dengan perkembangan polemik isu “kalimah Allah”. Sila rujuk SN terkini (SN205 – AGAMA BARU ITU BERNAMA PLURALISME!) untuk mengetahui huraian lanjut.

Atas sebab itulah diserukan supaya kita semua keluar daripada jerat yang saban hari semakin menjerut leher kita. Atas sebab itulah juga diseru supaya umat Islam bangkit menyeru kepada penerapan Islam secara kaffah, sekaligus menyatukan seluruh umat Islam yang bertebaran di segenap pelusuk dunia di bawah satu pemerintahan – khilafah Islamiyyah.

Setakat ini sahajalah terlebih dahulu, sebarang komentar dan maklumbalas teramatlah dialu-alukan. Sekiranya kalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan peranan yang boleh kita semua mainkan, sila tinggalkan komen atau menghubungi saya melalui email yang dipaparkan pada ruang “About Me”. Insya Allah pertemuan secara bersemuka boleh diaturkan mengikut kelapangan masing-masing. Di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf sekiranya penulisan saya kali ini lebih pedas berbanding biasa. Maklumlah adakalanya kita perlu “keras” sedikit supaya mesej yang ingin dibawa itu dapat diterima (walaupun tak semestinya akan dipersetujui).

p.s. Sudut Pidato sudah dihidupkan kembali. Semoga ia menjadi medan bagi para daie menyampaikan fikrah Islam serta menyerang segala pemikiran yang rosak serta tidak Islami. Semoga ia tidak menjadi medan yang sia-sia.

Wallahua’lam…. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2010
F S S M T W T
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: