apo nak dikato

Derma Darah – Ayuh!!!

Posted on: Januari 10, 2010

Assalamualaikum, saya dimaklumkan oleh seorang kenalan bahawa kempen rayuan menderma darah ada dijalankan di kolej kami pada tengahari semalam (9 Januari). Menurutnya lagi, kempen tersebut dijalankan kerana bekalan darah di PPUM semakin berkurangan dan kini berada dalam keadaan kritikal. Sayang sekali saya tidak berkesempatan untuk hadir ke tempat kempen tersebut dijalankan (i.e. di dewan makan kolej) kerana mempunyai komitmen di tempat lain. Insya Allah saya akan meluangkan masa untuk menderma darah di Bank Darah PPUM pada hari Isnin akan datang sekiranya tiada aral melintang.

Marilah kita bersama-sama menyahut rayuan tersebut dan menderma darah kita kepada yang memerlukan. Tidak perlu rasanya untuk saya mengulas lebih lanjut mengenainya kerana saya percaya kita semua sudah sedia maklum. Justeru, cukuplah kiranya saya merayu buat kesekian kalinya supaya kita semua – tanpa mengira latar belakang kaum, agama, dan pendidikan – agar tampil menderma darah di bank-bank darah di seluruh negara ataupun di tapak-tapak kempen. Untuk mengetahui sebarang maklumat mengenai pendermaan darah, saya syorkan supaya kalian membaca post saya yang bertajuk “Mari Menderma Darah”, merujuk kepada laman rasmi Pusat Darah Negara, ataupun terus berkunjung ke Bank Darah bagi mendapatkan nasihat serta pandangan doktor mengenainya. Wallahua’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2010
F S S M T W T
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: