apo nak dikato

Perlu ke serang peribadi?

Posted on: Januari 8, 2010

Assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi sebuah kisah benar yang terjadi dalam sebuah laman forum komuniti. Saya tidak menyatakan nama sebenar individu yang terlibat kerana bukan niat saya untuk menjatuhkan maruah individu tersebut. Sebaliknya sekadar hendak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga sikap kita tidak menjadi fitnah kepada para daie dan juga ajaran Islam itu sendiri. Ameen.

Kisahnya begini…

Segalanya bermula apabila seorang insan (selepas ini bergelar ‘A’) membuka sebuah thread berkenaan pandangan seorang ulama muktabar mengenai pembahasan Negara Islam.  Seorang fulan (selepas ini bergelar ‘B’) dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa pembahagian Darul Islam merupakan ciptaan penjajah yang cuba memisahkan umat Islam. Selanjutnya B mengatakan, “Adapun konsep Islam yang sebenar, bumi ini tidak ada garis sempadan yang dilukis bagi memisahkan antara negara, state dan Dar.”

Si A menjawab kembali dengan membawakan dalil daripada Sahih Muslim* berkenaan pembahagian Darul Islam (Darul Muhajirin) dan Darul Kufur. Si A juga menyambung “Rasanya B tersilap. Konsep Islam yang sebenar membahagikan dunia kepada darul Islam dan Darul Kufr, namun sempadannya tidak rigid kerana Islam sentiasa berkembang bahkan wajib disebarkan melalui dakwah dan jihad – sepanjang zaman…”

Si A berusaha bersungguh-sungguh untuk berhujah dengan sebaik mungkin serta membawakan hujah-hujah yang langsung tidak bersifat provokatif. Lenggok bahasa A juga langsung tidak mengandungi unsur provokasi dan menyerang peribadi. Bahkan apabila hendak menjawab hujah si B pun, si A tidak memulakan dengan menulis, “B, kau salah. Yang betul adalah sekian, sekian…”. Sebaliknya dengan penuh hormat (lebih-lebih lagi si B lebih berusia berbanding si A), si A memulakan hujah balas dengan menulis, “Rasanya B tersilap…”

Mungkin frasa “Rasanya B tersilap…” itulah yang menyebabkan si B terasa hati. Salah A juga gamaknya. Lantas si B menjawab…

“Kalau bincang dengan A perlu ada banyak kesabaran. Juga pertimbangan yang wajar sama ada untuk melayannya atau tidak. Ini kerana lebih kerap dari jarang, ia tidak menghasilkan apa-apa yang bermanfaat kepada agama dan umat.”

Benarkah pembetulan yang dilakukan itu tidak menghasilkan apa-apa yang bermanfaat kepada agama dan umat? Cukuplah dengan saya mengatakan bahawa natijah yang amat buruk akan timbul sekiranya kefahaman yang dipegang oleh B, sudah tentu umat akan menerima status quo pada hari ini seadanya. Sedangkan hakikatnya status quo pada hari ini adalah bercanggahan dengan syarak. Kerana B berpegang bahawa tiada istilah Darul Islam, sebaliknya berpegang kepada definisi wilayah Islam yang longgar.

Mungkin ada yang akan membantah saya dengan hujah yang tersendiri. Jika berminat, saya alu-alukan untuk memberikan hujah anda di sini. Insya Allah kita boleh bincang. Jika anda berbuat demikian, bermakna anda jauh lebih baik berbanding si B biarpun si B sudah mengarang banyak buku keagamaan dan seringkali dijemput sebagai penceramah di surau-surau dan majlis ilmu. Kerana anda percaya bahawa isu ini merupakan isu yang penting (tanpa mengetepikan isu lain). Dan jika anda dapat buktikan bahawa saya tersilap (atau dalam ertikata lain, anda dapat buktikan bahawa perbincangan Darul Islam-Darul Kufur ini merupakan ciptaan penjajah), maka saya dengan berbesar hatinya akan menarik balik pendirian saya serta mengumumkannya secara terbuka sambil meminta maaf.

Demikian juga harapan saya supaya anda juga berbuat perkara yang sama sekiranya ternyata bahawa perbincangan Darul Islam ini merupakan suatu yang dibahaskan oleh ulama’. Dalam masa yang sama, hendaklah kita menyedari bahawa berhijrah dari Darul Kufur ke Darul Islam itu merupakan tuntutan syarak.

Tiada gunanya ilmu yang tinggi dan buku-buku yang ditulis sekiranya ego yang menebal dalam diri masih wujud. Apabila seseorang itu mengakui kesilapannya, perbuatan tersebut tidak akan sama sekali menjatuhkan maruahnya. Biarpun yang menegur itu lebih “jahil” berbanding dirinya. Biarpun yang menegur itu hanyalah seorang ‘beginner’. Biarpun yang menegur itu jauh lebih muda. Bahkan dirinya akan lebih dihormati kerana keikhlasannya terhadap ilmu yang disampaikan serta kesanggupan untuk menerima hakikat bahawa tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah saw.

Ini tidak, sudahlah enggan mengakui kesilapannya. Kemudian menyerang peribadi orang lain pula. Ini bukan kali pertama peristiwa sebegini terjadi. Bahkan pernah terjadi kepada diri saya sendiri (sila rujuk post Ego Seorang Ustaz). Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sikap sebegini, semoga Allah menundukkan ego kita serta menghindarkan kita daripada merendah-rendahkan keperibadian orang lain. Semoga Allah mengampuni dosa si A, si B, dan kita semua. Ameen.

Wallahua’lam… kepada sesiapa yang mengetahui siapa individu di sebalik peristiwa ini, harap agar dapat merahsiakannya demi menjaga maruah individu tersebut. Cukuplah dengan hanya mengambil pengajaran daripadanya.

Wassalam.

Nota Kaki:

* It is reported on the authority of Sulayman bin Buraydah that his father said, “Yaazid Bin Hussaib Al-Aslami reported that whenever the Messenger Muhammad (saw) sent an expedition he would elect an Ameer (and then would advise them), ‘If you appoint someone for an army or an expedition first fear Allah (swt) and treat all the Muslims who are with him well, raid and fight in the name of Allah (swt), those who disbelieve in Allah (swt). Do not take the booty and do not be traitors; do not mutilate nor torture. Do not kill children. If you see your enemy from the disbelievers, invite them to one of (the following) three and if they accept your offer do not fight them further: Invite them to Islam and if they accept ask them to relocate from Dar al-Kufr to Dar al-Islam, inform them that if they do so they will take similar to what the Muhajireen took. If they move to Dar ul-Muhajireen they will be eligible for this, otherwise they will be like the Muslim Bedouins living outside of Dar al-Islam and will get nothing from the Fai or the booty. (The final offer) if they reject to become Muslims is to ask them to pay Jizya. If they respond and pay, accept it from them and do not fight them. Otherwise have full reliance in Allah (swt) and fight them’ ”
[Sahih Muslim, Hadith no. 4294]

2 Respons to "Perlu ke serang peribadi?"

Nak buat camne ghazi…biasala bila seseorang ada ‘ijazah’ dan ‘tauliah’ khusus dalam agama.Atau sudah lama dalam menceburi bidang keagamaan…lagi2 kalau dari al-azhar atau madinah.Tak pun dari jordan or syria. Orang2 yang ada degree doktor, jurutera, ahli perniagaan, atau lain2 ijazah bukan keagamaan bila memberi pendapat Islami yang menggugat, maka secara automatik akan membuatkan para ‘ahli’ini naik kacau. Rasa tergugat, lalu hilang kewarasan akal dan bermula hujah yang tidak sepatutnya. Maka di situ akan bermula usaha menjatuhkan. Sedangkan Islam, selagi mana-mana umatnya bisa menguasai disiplin ilmunya, maka dia layak untuk berhujah, apatah lagi mempunyai kesedaran tinggi.
Sudahnya, kita akan melihat betapa ramai para pejuang Islam itu datang daripada golongan2 aliran bukan keagamaan kerana kesedaran yang tinggi dan sanggup belajar dari mereka yang tahu. Tidak seperti golongan yang tahu dan berijazah, lalu seronok duduk di kerusi-kerusi eksklusif dan menjadikan Islam itu baku. Sudahnya, mereka inilah yang akan memundurkan Islam apabila umat ini terpisah menjadi golongan agamawan dan orang kebanyakkan, dengan menganggap ‘sampah’ hujah para golongan ‘non-agamawan’ tanpa menilai terlebih dahulu.Na’uzubillah!

Terima kasih. Itulah… saya pun seperti si A, hanya menyampaikan apa yang telah saya pelajari dan saya yakini. Sekiranya apa yang saya pegang itu salah, maka tegurlah seadanya. Bukannya dengan mempertikaikan dan memperlekeh keperibadian. Apa yang menyedihkan saya, mengapa individu lain dalam forum komuniti tersebut sedikitpun tidak menegur sikap si B tersebut? Sedangkan jika orang lain yang berbuat demikian, maka tak perlu tunggu lama, akan terus dikritik secara terbuka (bahkan adakalanya keras). Tidak kurang juga yang terus di-ban oleh pihak moderator. Mengapa berlaku sikap double standard sebegini?

Usahlah berharap mereka ni akan memuhasabah pemerintah yang berbuat kemungkaran kalau tokoh sendiri yang terkhilaf pun tidak ditegur. Bukanlah niat saya nak tengok si B tu dimalukan kerana ditegur. Paling tidakpun berikanlah teguran secara berhemah. Mereka sendiri yang berhujah tiada manusia yang maksum selain Rasulullah saw. Tapi mengapa tidak “walk the talk”?

Apa yang pasti, sungguhpun rasa hormat itu masih ada namun sejujurnya kethiqahan saya terhadap si B telahpun pudar. Wallahua’lam…

p.s. Saya tidak memusuhi mereka. Mereka tetap saudara seakidah saya, biarpun mereka pernah mempertikaikan akidah saya sebagai neo-Muktazilah tanpa menyelidik secara terperinci (sebaliknya hanya merujuk kepada sumber sekunder).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2010
F S S M T W T
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: