apo nak dikato

Muslimin, Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Tengadah!

Posted on: Januari 5, 2010

Assalamualaikum, sudah sekian lama juga saya tidak menulis di sini. Terasa agak janggal dan kebuntuan dibuatnya tatkala saya ingin memulakan penulisan ini. Bukan niat saya untuk sengaja tidak menulis di sini, sebaliknya “kehilangan” saya adalah disebabkan oleh kesibukan dan komitmen lain yang perlu dilangsaikan semenjak kebelakangan ini. Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar biarpun berdepan dengan cabaran dan kesukaran.

Sewaktu penulisan ini dibuat, umat Islam di Malaysia sedang berdepan dengan sebuah isu yang sedikit-sebanyak telah membuka minda mereka. Sungguhpun masih ada lagi dalam kalangan umat Islam yang sedang lena diulit mimpi, namun secara umumnya umat Islam di negara ini sudah menyedari hakikat betapa mereka sedang berdepan dengan sebuah ancaman yang benar-benar menggugat. Isu penggunaan nama Allah ini merupakan “wake-up call” yang menuntut supaya umat Islam di negara ini untuk berhenti seketika dan memikirkan realiti yang sedang mereka hadapi.

Terdapat pelbagai reaksi yang timbul sejajar dengan perkembangan ini, ada yang menentang sekeras-kerasnya, ada juga yang menyokong. Tidak kurang juga pihak yang mengambil langkah berkecuali dalam polemik ini. Ya, benar. Pihak yang menyokong dan juga yang menentang mempunyai hujah mereka yang tersendiri. Namun pada hemat saya, isu ini bukanlah “semudah” yang disangka. Isu sebenarnya bukanlah berkenaan kewajaran golongan Kristian Katolik (dan Yahudi, i.e. agama samawi) menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Juga bukan sekadar mengenai kebimbangan bahawa umat Islam akan terkeliru dan menjadi murtad. Di sebalik semua itu, persoalan yang sewajarnya turut diberikan perhatian adalah, “Mengapa seorang hakim non-Muslim (baca: kafir) berkuasa dalam membuat keputusan berkenaan isu yang menyentuh sensitiviti Islam di dalam mahkamah kufur yang berkiblatkan kepada perundangan ciptaan manusia?”

Di samping itu, saya juga berpandangan bahawa isu ini tidak terhenti setakat itu, bahkan saya percaya sebenarnya ia merupakan “show of power” bagi golongan non-Muslim dan membuktikan bahawa umat Islam begitu lemah sehingga terpaksa tunduk kepada tuntutan demi tuntutan biarpun kita memegang tampuk kekuasaan di tanah kita sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa kekuasaan dan juga ketuanan yang selama ini dilaung-laungkan tidak bererti kerana akhirnya kita terpaksa juga tunduk kepada perlembagaan dan juga perundangan yang bercanggahan dengan syariat Islam.  Di mana silapnya?

Silapnya adalah kerana kita menerapkan sistem buatan manusia yang membuka ruang bagi manusia dalam menentukan halatuju mereka tanpa menghiraukan perintah dan larangan Allah. Jika ada pun pihak yang merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, tindakan mereka tidak lebih daripada sekadar menggunakannya untuk menjustifikasikan tindakan yang telah ataupun bakal dilaksanakan. Mungkin ada yang membantah serta mengatakan bahawa saya membuat pernyataan secara serkap jarang. Namun cuba kalian lihat kepada realiti di sekeliling kita. Adakah kita benar-benar merujuk kepada sumber wahyu? Jika benarlah demikian, mengapa masih banyak perkara yang diterapkan pada hari ini tidak menepati syariat Islam? Jangan sangka dengan menghias tindakan-tindakan tersebut dengan istilah-istilah Arab serta ayat-ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir mengikut hawa nafsu serta kepentingan, ia akan menjadikan sesebuah tindakan tersebut sebagai suatu yang syarie! Tidak sama sekali!

Isu kalimah Allah ini sendiri menjadi bukti betapa al-Quran dan as-Sunnah hanya digunakan untuk menjustifikasikan keputusan yang telah dibuat dan bukannya menjadi sumber rujukan sebelum keputusan tersebut dibuat. Adakah hakim tersebut merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis sebelum membatalkan tindakan KDN? Adakah KDN merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah sewaktu mereka melarang penggunaan kalimah Allah tersebut? Pihak yang menentang dan yang menyokong, benarkah motif mereka bertujuan untuk memelihara kemurnian Islam, atau tidak lebih daripada sekadar menjana “political mileage” semata-mata? [Saya tidak menuduh semua, sebaliknya sekadar membangkitkan persoalan ini tanpa berniat mempertikaikan niat mereka. Hanya Allah yang mengetahui hakikat di sebalik tindakan mereka.]

Sudah tiba masanya untuk umat Islam menghentikan segala perselisihan dan perdebatan dalam perkara yang sia-sia. Janganlah dibazirkan masa dan tenaga kita kepada suatu yang akhirnya merugikan kita sendiri. Jangan nanti kita hanya menang sorak kampung tergadai. Hanya kerana hendak meraih kekuasaan (yang sebenarnya tidak bererti), kita sanggup menggadaikan prinsip dan maruah Islam. Umat Islam juga sewajarnya membuang jauh-jauh inferiority complex yang membelenggu mereka. Sebenarnya kita mampu untuk bangkit sekiranya kita bersatu. Kita tidak perlu khuatir dengan ancaman demi ancaman daripada musuh Islam kerana Allah bersama dengan orang-orang yang beriman. Umat Islam sebenarnya kuat dan berpotensi, malangnya mereka sendiri yang mengizinkan musuh-musuh menindas mereka.

Sebelum saya mengundurkan diri pada kali ini, ingin saya lontarkan sebuah persoalan untuk direnungkan bersama,

“Dalam kita gencar memperjuangkan penggunaan kalimah Allah sebagai hak umat Islam, sejauhmanakah kita selaku hamba-Nya mentaati perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya dalam segenap aspek kehidupan? Adakah kita berpuas hati dengan hanya mentaati-Nya dalam sebahagian aspek seperti ibadah mahdhah dan sebahagian urusan muamalat namun mengabaikan aspek yang lainnya?”

Fikir-fikirkanlah. Kita mampu mengubahnya…

Wallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2010
F S S M T W T
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: