apo nak dikato

Coretan Ringkas di Celah Kesibukan

Posted on: November 30, 2009

Assalamualaikum… Musim peperiksaan semakin hampir. Dan kali ini merupakan antara yang terpenting dalam sejarah kehidupan saya. Kerana ia merupakan peperiksaan terakhir saya sepanjang 5 tahun pengajian di peringkat sarjana muda. Sudahkah saya bersedia? Sejujurnya setiap hari yang dilalui pasti mengundang kegelisahan dan kerisauan. Bukannya apa, semakin banyak yang dibaca dan dipelajari, rasanya semakin banyak pula ilmu dan kemahiran yang masih belum dikuasai.

Alhamdulillah, kerana Allah masih mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam mendepani hari-hari yang semakin mencabar. Tatkala saya berasa begitu tertekan dan kebuntuan, saya dikurniakan nikmat untuk kembali ‘mengadu’ kepada-Nya. Saya juga bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan sebuah keluarga yang begitu memahami serta sentiasa memberikan sokongan dalam saya menghadapi cabaran ini.

Tiba-tiba saya teringat kepada kata-kata seorang fulan… “Kita sebagai student ni kena fokus kepada dua perkara je, pertama study dan kedua Islam (dakwah dsb). Kebiasaannya orang yang terlibat dalam medan dakwah ni akan hanyut apabila mereka mula memasukkan perkara yang ketiga, i.e. main-main. Main game lah, borak-borak kosong, cintan-cintun dsb…”. [Pada waktu itu saya masih lagi bersama dengannya dalam sebuah organisasi dakwah kampus. Alhamdulillah kami masih berhubungan walaupun sudah tidak semesra dulu. Bukan kerana benci disebabkan tindakan saya keluar daripada organisasi tersebut, sebaliknya disebabkan kesibukan dan juga jadual yang berbeza].

Ada benarnya kata-kata si fulan tu. Saya masih menjadikan kata-katanya itu sebagai panduan sehingga ke hari ini. Cuma adakalanya saya terleka dan disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia. Bahkan pernah ke satu tahap, hidup saya hampir-hampir menjadi tidak keruan dek penangan cinta buta (buta? or is it? sigh). Alhamdulillah, saya telah tersedar dari lamunan yang telah menyelimuti saya dalam jangkamasa yang agak panjang. Saya bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah tampil memberikan bimbingan serta tunjuk ajar dalam menghadapi dilema tersebut.

Jujur saya akui betapa sedikit-sebanyak pelajaran saya terganggu dek dilema yang melanda diri saya. Namun, segalanya masih belum terlewat. Insya Allah, mulai detik ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kembali pelajaran saya yang telah jauh ketinggalan ini. Oleh demikian, barangkali saya akan “bercuti” buat sementara waktu daripada menulis di laman blog ini. Namun tidak bererti blog ini akan terus tenggelam ditelan zaman. Insya Allah saya akan berkunjung dari masa ke masa. Cuma barangkali penulisan saya tidak akan sekerap dahulu lagi. Namun sebarang komen yang dikirim akan tetap dilayan mengikut kelapangan saya. Saya juga akan merencana semula jadual hidup saya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir dan juga ujian-ujian setiap posting. Insya Allah, kewajipan yang tergalas di bahu akan tetap dilaksanakan.

Mohon jasa baik kenalan sekalian untuk mendoakan supaya urusan saya dipermudahkan dan saya dikurniakan kejayaan yang diidamkan. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Ameen.

Kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang turut berdepan dengan musim peperiksaan, semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kita semua. Bittaufiq wan-Najah~

“…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. [TMQ Ali Imran:159]

*****

Jangan jadi macam dia orang ni pulak ye... hehehe... | Exam Cheaters

*****

p.s.  Maaf kerana penulisan saya kebelakangan ini sebahagiannya bersifat peribadi. Tapi tak salah rasanya, sebab tujuan asal kewujudan blog ini adalah sebagai perkongsian peribadi mengenai ilmu dan juga pengalaman saya… =)

3 Respons to "Coretan Ringkas di Celah Kesibukan"

Salam,

Semoga Allah memberikan ketenangan dan ketabahan kepada akhi. Selamat menghadapi peperiksaan dengan kejayaan.

Wasalam. :)

Salam akhi,

All the best..

Jzkk kepada ukhti WM dan akhi FM. Ameen ya Rabbal ‘Aalameen. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2009
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: