apo nak dikato

Zulhijjah tiba lagi

Posted on: November 18, 2009

Assalamualaikum… Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kita telah dikurniakan kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan bulan Zulhijjah.  Bersempena dengan tibanya bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit tentang keutamaan Zulhijjah, khasnya 10 hari terawal dalam bulan tersebut, serta amalan yang dianjurkan sepanjang tempoh tersebut. Mudah-mudahan bermanfaat.

Dalam sebuah hadis ada dinyatakan mengenai keutamaan 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah:

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda:  “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.”  HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad

Antara amalan yang digalakkan ialah berpuasa sunat sepanjang tempoh 9 hari terawal.  Untuk mengetahui pembahasan lanjut, sila klik di SINI. [Sebahagian daripada entri ini ditulis berdasarkan dalil-dalil dan perbincangan daripada sumber tersebut. Sekalung penghargaan kepada penulis dan semoga Allah memberkati sumbangan yang diberikan].  Hal ini didasarkan kepada hadis berikut:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya HR Abu Daud

Kita juga digalakkan untuk sekurang-kurangnya berpuasa di hari Arafah (9 Zulhijjah), sejajar dengan hadis berikut:

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”  HR Muslim

Di samping berpuasa, umat Islam juga digalakkan untuk mempertingkat amalan-amalan ibadah seperti zikir, membaca al-Quran, solat sunat, dsb sepanjang tempoh tersebut. Hal ini kerana sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis di awal rencana ini, Allah mencintai amal-amal soleh yang dilakukan sepanjang tempoh ini jauh berbanding pada hari-hari lainnya. Selaku seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah, sewajarnya kita berusaha untuk memanfaatkan “bonus” yang telah diberikan ini.  Ayuh, marilah kita bersama-sama mempertingkat mutu amal ibadah kita serta memperbanyak ibadah sunat tanpa mengabaikan kewajipan yang lainnya.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menyumbang kepada ibadah korban sekiranya berkemampuan. Terdapat sebilangan NGO Islam dan juga pertubuhan-pertubuhan lain yang menganjurkan kutipan rayuan Qurban.  Kalian bolehlah menyumbang melalui kempen tersebut ataupun menyumbang terus kepada masjid di kariah kalian.

Sungguhpun demikian, dalam kita beramal demi mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub ilaLlah), jangan pula kita lupa kepada saudara seakidah kita yang sedang berada dalam kesusahan. Kita juga tidak seharusnya mengabaikan kewajipan kita yang lainnya, termasuklah dalam menyampaikan dakwah kepada Islam, serta menjalankan peranan amar makruf nahi mungkar. Janganlah menjadi insan yang ‘mementingkan diri’ sehingga mengabaikan saudara-saudara kita yang di luar sana. Tidak lupa juga kepada kewajipan yang telah sekian lama diabaikan oleh sebahagian besar umat  pada masakini, iaitu usaha ke arah penegakan syariah Islam serta Khilafah Islamiyah yang menerapkannya.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak melihat bahawa usaha politik Islam yang dijalankan ini sebagai sebahagian daripada kewajipan yang tertanggung di bahu kita. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa urusan ini langsung tiada nilai ruhiyah, bahkan ada yang melihat usaha sebegini sebagai suatu tindakan bodoh dan terburu-buru (kisah benar, bukan rekaan saya). Ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW diutus bukan sekadar untuk mengatur kaifiyah ibadah mahdhah semata-mata. Islam bukanlah sekadar agama yang dipenuhi dengan ritual semata-mata, sebaliknya Islam merupakan sebuah mabda’ yang mengatur segenap aspek kehidupan kita. Dalam ketiadaan khilafah Islam, banyak hukum Allah tidak dapat diterapkan. Bahkan Khilafah merupakan ibu bagi segala hukum syarak. Tidak perlu rasanya bagi saya untuk berhujah mengenai kewajipan khilafah, kerana pernah dibincangkan dahulu. Sungguhpun demikian, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya saya syorkan supaya kalian klik di SINI untuk membaca huraian serba-sedikit mengenai khilafah dan juga kewajipan menegakkannya. Semoga ketibaan Zulhijjah pada tahun ini merupakan kali terakhir disambut dalam ketiadaan khilafah yang menaungi umat Islam, membela nasib mereka yang tertindas, serta menyebarkan risalah Islam melalui dakwah dan jihad. Ameen.

Sekian sahaja buat masa ini. Renung-renungkan dan selamat beramal! (meminjam frasa yang digunakan oleh seorang penceramah).

Fastabiqul khairat~!

2 Respons to "Zulhijjah tiba lagi"

Semoga qita bisa melaksanakan puasa sunnah arafah. Amin

Ameen ya Rabbal ‘Alamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2009
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: