apo nak dikato

Salam Ramadhan al-Mubarak

Posted on: Ogos 19, 2009

1. Assalamualaikum, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita seribu keinsafan dan penghayatan terhadap nilai-nilai ruhiyah yang disemai dengan puasa di siang hari, solat tarawih di malam hari serta amalan-amalan taqarrub ilallah di antaranya. Di samping itu, saya juga ingin mendoakan supaya mudah-mudahan Ramadhan kali ini berupaya membangkitkan nilai kesedaran dalam diri setiap individu Muslim agar mereka menginginkan terterapnya syariah Islam sekaligus membelanya sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Ramadhan : Fastabiqul Khairat!

Ramadhan : Fastabiqul Khairat!

2. Marilah kita memanfaatkan setiap detik yang berlalu dengan amal kebajikan, hentikanlah perbuatan yang sia-sia dan jauhilah perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt. Perbanyakkanlah ibadah mahdhah, serta sebarkanlah sedeqah kepada mereka yang memerlukan.

3. Ramadhan bukanlah bulan untuk berpesta ria, membeli juadah yang pelbagai untuk dinikmati ketika berbuka, terlalu banyak sehingga tidak muat untuk diletakkan di atas meja makan kita. Ramadhan juga bukanlah bulan untuk bermalas-malasan dengan alasan keletihan. Bahkan jika diteliti sirah, ternyata kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan tidak sedikitpun memberikan sebarang masalah kepada umat Islam ketika itu. Bahkan ada peperangan mempertahankan ad-din yang terjadi ketika bulan Ramadhan yang mulia. Sewajarnya hakikat ini menjadi pendorong bagi kita semua untuk meningkatkan lagi produktiviti dan juga mutu kerja dalam bulan yang mulia ini.

4. Marilah kita meraikan madrasah tarbiyah bernama Ramadhan ini dengan sepenuh hati, moga-moga kesan pentarbiyahan tersebut berkekalan hendaknya dalam diri kita biarpun Ramadhan sudah melabuhkan tirainya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pencetus kepada keazaman yang lebih tinggi dalam kita memperbaik mutu ibadah kita, serta membina keperibadian Islam kita.

5. Tatkala kita sedang giat memperbanyak amal kebajikan, janganlah sesekali kita lupa pada saudara seakidah kita yang sedang menderita dek penjajahan serta penindasan musuh-musuh Islam. Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya penderitaan mereka berakhir dengan kembalinya khilafah rasyidah di atas manhaj kenabian. Khalifah yang akan memimpin ketumbukan tentera untuk membebaskan mereka daripada cengkaman musuh.

i_am_a_muslim

6. Marilah kita bersama-sama menyeru kepada penerapan syariah secara menyeluruh, dan menyeru akan kembalinya khilafah Islamiyah yang akan menerapkannya serta menyebarkannya ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah dan jihad. Sebarkanlah fikrah yang murni, serta terapkan kesungguhan yang mendalam ke dalam sanubari umat.

7. Dalam masa yang sama, marilah kita mendoakan supaya Ramadhan kali ini menjadi pendorong bagi seluruh umat Islam untuk kembali menyedari warisan yang telah lama ditinggalkan, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sungguhpun al-Quran giat dibacakan, namun ia tidak lebih daripada sekadar bacaan tanpa sebarang penghayatan. Saya tak bermaksud hendak memukul rata di sini, tetapi inilah hakikat bagi kebanyakan individu yang bergelar Muslim. Ternyata kerja kita masih banyak lagi.

8. Oleh itu, dalam kita asyik menggiatkan amalan kita, jangan sesekali kita lupa untuk mendekati saudara kita serta memberikan peringatan kepada mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan tibanya Ramadhan kali ini, menjadi titik-tolak kepada perubahan yang mendasar dalam diri mereka.

9. Bersamalah kita nantikan nampaknya anak bulan yang menandakan tibanya bulan yang dimuliakan ini. Perbincangan mengenai rukyatul hilal ada dipaparkan dalam link berikut, sila klik di SINI dan juga di SINI. Artikel tersebut merupakan artikel yang telah agak lama dikeluarkan, tetapi masih relevan terutama dalam membahaskan isu perbezaan 1 Ramadhan juga 1 Syawal dalam kalangan negara-negara kaum Muslimin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2009
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: