apo nak dikato

Daulah Islam – Respon kepada Artikel Dr. Asri (MAZA)

Posted on: Ogos 16, 2009

Assalamualaikum, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Asri (Rabbani) atas pemergian beliau. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang diredhai. Amin. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah memberkati segala sumbangan dan amal jariah beliau.

Jenazah arwah Ustaz Asri diusung untuk dikebumikan. foto diambil daripada kosmo online.

Jenazah arwah Ustaz Asri diusung untuk dikebumikan. foto diambil daripada kosmo online.

——————————————————————————

Diharapkan penulisan saya pada kali ini tidak dilihat secara negatif. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan Dr Asri, jauh sekali hendak melawan dan menafikan kepakaran serta pengetahuan beliau. Sekadar respon berdasarkan sekelumit ilmu yang saya ada, mudah-mudahan bermanfaat demi kebaikan Islam. Saya tak bermaksud hendak mempertikai kredibiliti beliau selaku seorang ilmuan dan mantan mufti melalui penulisan ini. Sekadar muhasabah sesama Muslimin tanpa sebarang niat buruk. Respon saya kali ini dibuat berdasarkan penulisan beliau yang bertajuk Daulah Islamiyyah : Dulu dan Sekarang. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di SINI.

Saya tak berhasrat untuk mengulas secara panjang lebar, sebaliknya sekadar ingin menyentuh mengenai beberapa perkara yang tidak saya setujui. Saya percaya, tak mustahil akan ada pihak yang menyatakan, “awak tu hingusan, tapi begitu berani nak lawan Dr. Asri seorang tokoh yang arif dalam bidangnya”. Kepada pihak tersebut, ingin saya nyatakan bahawa respon saya ini langsung tiada kaitan dengan keperibadian, sebaliknya merupakan sebuah respon ilmiah tanpa sebarang niat nak melawan hujah dengan beliau.

Dr. MAZA

Dr. MAZA

Izinkan saya teruskan respon saya terhadap artikel tersebut. Dalam artikel tersebut, beliau mengulas sekitar situasi yang sedang terjadi di Iran, dan juga mengenai Syiah Imamah yang dianut oleh majoriti penduduknya. Kemudian beliau meneruskan lagi dengan menghuraikan tentang sejarah kewujudan istilah “daulah Islamiyyah”. Beliau juga ada menyentuh mengenai tindakan segelintir pihak yang ekstrimis yang ‘mengkafirkan negara, bahkan mengkafirkan mengkafirkan sesama muslim’. Puak sebegini mirip kepada khawarij. Demikianlah sebahagian daripada intisari artikel tersebut.

Berikut merupakan beberapa isu yang ingin saya ulas, dan saya terbuka kepada sebarang respon dan teguran sekiranya ada kesilapan ataupun kekurangan.

1. Mempolitikkan agama atau terlibat dalam politik agama. Dalam artikel tersebut, Dr. Asri ada menukilkan;

Adapun aliran muktabar ahli sunnah, mereka lebih cenderung menyerahkan urusan politik kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam, dengan mereka mensyaratkan agar tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, berlaku keadilan dan memerintah atas asas kemaslahatan rakyat. Sesiapa sahaja yang sanggup melakukan demikian dipuji dan disokong oleh para ulama Ahli Sunnah yang ikhlas, jika tidak amar makruf nahy munkar akan dijalankan. Bukan kecenderungan mereka mempolitikkan agama atau terlibat dengan politik agama.

Ya, saya bersetuju dengan pernyataan tersebut, namun Dr. Asri tidak memperincikan bagaimanakah bentuk amar makruf nahy mungkar yang beliau nyatakan, dan bagaimana kita hendak melaksanakannya pada zaman mutakhir ini. Seterusnya beliau menambah;

Inilah yang kita lihat dihayati oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’I, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Ya, mereka merupakan pengkritik yang tegas dan berani, namun mereka tidak pernah menyeru untuk diberikan ‘kerusi’ kepada mereka. Berdasarkan kepada tulisan dan kenyataan mereka, ternyata mereka ingin mengelakkan penumpahan darah sesama kaum muslimin.

Ya, memang benar. Inilah sikap yang harus ada dalam setiap individu Muslim, lebih-lebih lagi kelompok ulama’ yang merupakan pewaris Nabi. Namun harus disedari bahawa ketika itu mereka hidup di zaman di mana sistem Islam masih diterapkan, biarpun adakalanya dicemari dengan salah laku dan pengabaian sebahagian daripada syariat Islam. Berbeza dengan hari ini, di mana Islam sudah tidak lagi diterapkan sebagai sebuah sistem yang mengatur urusan kehidupan. Sebaliknya Islam pada hari ini tidak lebih daripada sekadar ‘agama’. Apakah kita harus berdiam diri? Bagaimana reaksi kita terhadap fenomena sebegini?

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kita perlu jelas bahawa politik Islam bukanlah sepertimana yang diamalkan dalam politik demokrasi pada hari ini. Oleh itu, janganlah kita melihat melalui kerangka politik demokrasi-kapitalis, kerana ternyata ia merupakan suatu yang bobrok. Politik merupakan suatu yang mulia dan digesa dalam Islam. Bahkan selaku seorang daie, tidak dapat tidak kita pasti akan terlibat dalam politik. Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, janganlah kita menyempitkan istilah politik kepada amalan politik pada hari ini. Politik sebenarnya diertikan sebagai mengambil tahu dan menguruskan urusan-urusan umat. Oleh yang demikian, sudah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim untuk memastikan supaya setiap urusan umat berjalan sejajar dengan syariat Islam. Oleh yang demikian, pada hemat saya, perbuatan amar makruf nahy mungkar juga merupakan sebahagian daripada elemen terpenting dalam politik Islam.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Tatkala hukum Islam (bukan sekadar hudud) tidak diterapkan sepenuhnya, apakah kita akan berdiam diri dan memperakui sistem yang tak Islami yang sedang diamalkan di negara-negara kaum Muslimin pada hari ini? Sudah tentu tidak. Namun tak bererti saya menyeru supaya kalian bangkit mengangkat senjata dan menyebabkan “pertumpahan darah sesama kaum Muslimin”. Sejujurnya, saya tak bersetuju dengan tindakan pihak-pihak yang Dr. Asri nyatakan, iaitu mereka yang mengkafirkan sesama Muslim. Dalam masa yang sama, saya juga tidak rela melihat perlanggaran syariat berterusan. Cumanya, suasana pada hari ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mengangkat senjata dan saling berbunuhan. Juga tidak akan dapat diselesaikan sekiranya kita masih turut serta dalam sistem yang mengizinkan perlanggaran sebegini terjadi in the first place. Perubahan yang mendasar harus dilaksanakan. Jika masih ada yang berpegang kepada pendekatan “ubah dari dalam”, maka saya syorkan supaya kalian yang berpendirian sedemikian agar merujuk kepada natijah yang menimpa mereka yang mengambil pendekatan sedemikian. Tidak dapat tidak, akhirnya pasti akan terjerat dalam permainan dan “rule of the game”. Akhirnya, matlamat tidak kesampaian, namun dalam masa yang sama prinsip tergadai dan dikompromikan. Sekadar pernyataan umum.

Demokrasi - Sistem Kufur yang Melahirkan ISA

Demokrasi - Sistem Kufur yang Melahirkan ISA

2. Politik itu begitu anjal. Dalam artikel tersebut, Dr. Asri juga ada menukilkan;

Ya, politik itu penting namun bukanlah segala-galanya dalam kehidupan muslim. Juga politik bukan seperti ibadah khusus yang tetap dan tidak boleh diubah. Politik itu begitu anjal (fleksibel) terdedah kepada keadaan dan perubahan atas asas maslahah rakyat.

Dr. Asri yang dihormati, apakah sistem pada hari ini bertepatan dengan tegahan yang telah dinukilkan dalam hadis berikut?

“Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”. (HR Muslim) [1]

Bagaimana pula dengan hadis berikut?

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Dahulu Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, ia digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku, akan tetapi ada Khalifah dan jumlahnya banyak.’ Para sahabat bertanya, ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab, ‘Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka atas rakyat yang diurusinya.” [HR Muslim].

Terdapat dua isu di sini, yang mana pada hemat saya tidak terpenuhi dalam sistem politik dan pemerintahan umat Islam pada hari ini. Pertama, baiah dan kedua, kesatuan umat. Menyentuh mengenai baiah, adakah proses baiah itu wujud pada hari ini? Bagaimana mungkin baiah itu boleh ada sekiranya tiada khalifah. Bagaimana mungkin boleh ada seorang khalifah sekiranya tiada khilafah. Sedangkan dalam sebuah lagi hadis ada dinyatakan;

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, niscaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tiada baiah (kepada khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” [HR Muslim]

Baiah yang disentuh merujuk kepada definisinya yang khas, dan bukanlah baiah kepada amir jemaah sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah gerakan Islam. Juga bukan baiah yang diterjemah sebagai undi ketika pilihanraya.

Keduanya, bagaimanakah kita hendak menyantuni hadis yang melarang umat Islam daripada berpecah-belah? Juga yang melarang umat Islam daripada melantik lebih daripada seorang pemimpin? Adakah hukum-hukum ini wajar diketepikan semata-mata bagi memenuhi ‘maslahah umat’? Ya, memang benar politik bukanlah seperti ibadah khusus, namun terdapat beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh Islam dalam soal politik. Islam bukan terhad kepada ibadah mahdhah dan akhlak semata-mata. Islam telah memberikan garis panduan dalam segenap aspek kehidupan. Sudah semestinya apa yang telah ditunjukkan oleh Islam itu merupakan yang terbaik dan tiada yang lebih baik daripadanya. Hanya saja perlu diteliti dari segi pelaksanaannya sahaja. Kerana manusia tidak sempurna dan semestinya terdedah kepada kesilapan.  Mengapa perlu kepada sistem buatan manusia (yang tak sempurna) sedangkan Islam telah hadir dengan wahyu dalam memandu manusia?

1khilafah

3. Darul Islam, Darul Kufur, dan Khawarij. Dr. Asri juga ada menyentuh serba-sedikit tentang isu pendefinisian daulah Islamiyyah serta sikap segelintir pihak terhadap negara-negara kaum Muslimin pada hari ini. Alhamdulillah, saya pernah menyentuh serba-sedikit mengenai darul Islam – darul kufr dalam post saya sebelum ini. Secara ringkasnya, sebuah negara dikira sebagai Darul Islam apabila ia memenuhi dua ciri-ciri tersebut; 1) ditadbir dengan hukum-hakam Islam 2) keamanannya terletak di tangan Islam; tanpa mengira sama ada penduduknya itu majoriti Muslim ataupun tidak. [Dar al-Islam is defined as the land which is governed by the laws of Islam and whose security (Aman) is maintained by the security of Islam, i.e. by the authority and protection of Muslims inside and outside the land, even if the majority of its inhabitants are non-Muslims].

Namun, apabila saya berpegang kepada pendefinisian sebegini, tak bererti saya ini cenderung kepada faham khawarij. Jauh sekali hendak mengkafirkan sesama umat Islam. Jika diteliti pada ciri-ciri yang digariskan oleh definisi tersebut, sejujurnya saya nyatakan bahawa tiada sebuah pun negara kaum Muslimin yang menepatinya. Apatah lagi dengan keberadaan lebih daripada 50 buah negara kaum Muslimin yang terdapat pada hari ini, ternyata bercanggahan dengan tegahan agar kita tidak berpecah-belah. Dalam masa yang sama, Iran bukanlah sebuah model negara Islam contoh. Pemimpin pula tak semestinya hadir daripada kalangan mullah, sebaliknya dipilih berdasarkan beberapa ciri yang telah digariskan oleh syariat.

Mungkin akan ada yang membangkitkan persoalan, “Habis tu, kalau bukan negara Islam bermakna negara kafir lah? Ni gerakan takfir ni, ekstremis~!”. Saya tak maksudkan Dr. Asri yang menyatakan sedemikian, harap tak disalaherti, sekadar membuat unjuran berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui apabila membincangkan isu ini suatu ketika dahulu… Jawapan saya, ya Darul Kufr. Tetapi reaksi kita bukanlah dengan mengangkat senjata lalu saling berbunuhan. Dan dengan menyatakan sesebuah negara sebagai darul kufur bukanlah bererti saya mengkafirkan seluruh umat Islam yang tinggal di dalamnya. Analoginya, apabila saya menyatakan bahawa sistem perbankan konvensional merupakan sistem yang tak Islami, adakah bererti saya menghukum kafir ke atas semua pekerja dan penggerak yang terlibat dalam sistem perbankan tersebut?

Sepatutnya ini akan dijadikan motivasi kepada kita semua untuk berusaha semampu mungkin untuk mengembalikan tanah kaum Muslimin kepada Darul Islam dan tidak lagi mengamalkan sistem kufur serta tidak lagi berhukum dengan hukum kufur buatan manusia sehingga mengetepikan syariat Islam. Sudah semestinya usaha ini dijalankan secara aman, ilmiah, dan menyeluruh.

Pihak Hizbut Tahrir ada mengeluarkan hujah dan dalil bagi definisi Darul Islam / Darul Kufr tersebut dalam bentuk sebuah artikel tidak lama dahulu dan saya akan mengeluarkannya di dalam blog ini sekiranya dirasakan perlu…

Khatimah

Demikianlah serba-sedikit respon saya terhadap penulisan Dr. Asri. Sekiranya terdapat mana-mana perkataan saya yang mengguris perasaan mana-mana pihak, maka dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon kemaafan. Dan jika terdapat kesilapan, maka saya mengalu-alukan sebarang respon terhadapnya dengan hati yang terbuka. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan dan semoga Allah memberkati sumbangan kalian ke arah penambahbaikan diri saya. Terima kasih.

Wallahu’alam…

Wassalam…

__________________________________________________________________________________________________

Nota kaki

[1] Makna Hadis dan Faedahnya
Hadis ini mengandung pengertian, jika dibaiat dua orang khalifah, maka orang yang dibaiat lebih akhir harus dibunuh. Baiat atas orang yang pertama haruslah baiat yang sah secara syar‘ie. Orang kedua, baik ia mengetahui adanya baiat pertama yang sah itu ataupun tidak, disuruh menanggalkan baiatnya dan segera membaiat Khalifah yang sah itu. Jika ia menolak, kata as-Suyuthi, ia harus diperangi meski sampai ia harus dibunuh; kecuali jika ia mengumumkan pembatalan baiat atas dirinya, berhenti dari merobek kesatuan kaum Muslim dan memecah jamaah mereka, berhenti menentang khalifah yang sah, dan segera memberikan baiat taat kepadanya.

Hadis ini memerintahkan Daulah Khilafah. Kaum Muslim hanya boleh memiliki seorang khalifah dan satu Khilafah. Haram diakadkan baiat kepada dua orang, apalagi lebih. Ibn Hazm menuturkan, kaum Muslim di seluruh dunia tidak boleh memiliki dua orang imam/khalifah, baik keduanya saling sepakat ataupun berselisih, di dua tempat berbeza atau di tempat yang sama. Imam an-Nawawi berkata, “Para ulama telah bersepakat bahwa tidak boleh diakadkan baiat kepada dua orang khalifah pada satu masa, baik wilayah Negara Islam itu luas ataupun tidak.”.

4 Respons to "Daulah Islam – Respon kepada Artikel Dr. Asri (MAZA)"

Assalamualaikum

be aware at this new portal. some irresponsible parties try to manipulate and misused the word Khilafah for their democratic and electoral gains.

here’s the link

http://khalifah.forum.st/

they creating a portal using the Khilafah as the title but in reality its content is no more than the likes of tranungkite, detikdaily or utaraonline. what i can see its laiden with Fitnah of democracy, nationalism and secularism. interestingly most of their moderators were in fact the same person of TT, DD or UO.

and also i’m began to see some quarter of democratic ‘Islamic’ party begin to used term synonymous to Khilafah fighters in wrongly and twisted concept. maybe to synchronized with their democracy believed and electoral interest.

i’m not telling the Khilafah struggle is exclusive to any particular Harakah or Hizb. in fact its inclusive to all Muslims worldwide as its a Fard to re-established the Khilafah back. its a great news if Muslims begin to realized the important of the Khilafah.

but what i’m concern is what they depiction the Khilafah. from what they doing they already depicting the Khilafah wrongly and begin deceiving Muslims oblivious to what the truth of Khilafah is all about. this will lead to another fitnah.

please spread this word to all whom righteously struggle the Khilafah ‘al Manhaj An-Nubuwwah. let us be aware and make some effort to distinguished this fitnah.

Wasalam

Wa alaikumussalam. Syukran, thanks akhi for the reminder. This means that we must work harder to spread the true concept of khilafah to the ummah. Since there are some irresponsible group of people who misused the terms for their political mileage, we must do our best to avoid further distortion of the pure concept of khilafah.

Wallahu’alam…

coba buka blog ini akan lebih jelas tentang daulah islam http://elkhafi.wordpress.com

terima kasih husamah atas makluman…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2009
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: