apo nak dikato

Khilafah bukan tujuan dakwah…

Posted on: Ogos 4, 2009

Assalamualaikum, maaf kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog saya ni. Pertamanya, saya agak kesibukan semenjak kebelakangan ini. Kedua, setelah sekian lama tidak menulis saya berdepan dengan masalah untuk mula menulis semula. Boleh dikatakan sekarang ini saya sedang berdepan dengan masalah “writer’s block” dan sukar untuk menulis biarpun kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan kemaslahatan umat terjadi di sekeliling kita. Jadi, terlebih dahulu saya ingin mohon maaf sekiranya penulisan saya kali ini agak mendatar dan tidak memuaskan. Sebarang teguran dan saranan teramatlah dialu-alukan. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah memberkati kalian…

Di celah-celah kesibukan itu, saya berkesempatan untuk berinteraksi dengan seorang karkun (aktivis yang berdakwah menggunakan pendekatan Jamaat Tabligh) serba sedikit mengenai dakwah dan pendekatannya. Sebelum pergi lebih lanjut, ingin saya nyatakan bahawa penulisan kali ini langsung tidak berniat untuk mengata ataupun memburuk-burukkan mana-mana pihak, jauh sekali hendak menjatuhkan pihak yang turut sama memperjuangkan Islam. Sebaliknya tujuan penulisan kali ini hanyalah untuk berkongsi sedikit pengalaman saya dalam berinteraksi dan bertukar pandangan dengan seorang aktivis dakwah yang gigih menyampaikan serta menyeru kepada Islam. Mudah-mudahan melalui perkongsian ini, kita akan sama-sama beroleh manfaat serta kebaikan daripadanya. Insya Allah.

Perbincangan bermula apabila kami (saya, karkun tersebut, dan beberapa orang ilmuan dan asatizah) menyentuh tentang laporan akhbar berkenaan ijtimak tabligh di Sepang yang diadakan tidak lama dahulu. Artikel tersebut menghuraikan betapa ijtimak tersebut berperanan dalam penyatuan ummah. Seorang ustaz kemudiannya menyatakan antara kesan penyatuan yang dilihat ialah dengan kehadiran tokoh-tokoh daripada beberapa gerakan seperti UMNO, PKR, PAS, JIM dan sebagainya ke ijtimak tersebut. Di samping itu, kita dapat melihat ribuan umat Islam berhimpun dan yang paling menyentuh perasaan ialah apabila lautan umat bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah.

Kemudian seorang ilmuan seterusnya menyatakan nama sebuah gerakan Islam dan menyatakan bahawa hanya gerakan tersebut sahaja yang tidak menghantar tokoh ke ijtimak tersebut. Saya menjawab bahawa aktivis-aktivis gerakan tersebut hadir sebagai sebahagian daripada komuniti Muslim dan bukannya mencari publisiti dengan menjaja-jaja ‘label’ mereka. Mereka juga tidak menjadikan ijtimak tersebut sebagai medan untuk mengembangkan political mileage mereka. Sebaliknya mereka hadir sebagai seorang Muslim yang saling mengingati sesama saudara seagama mereka. Mereka hadir mengingatkan umat Islam akan kewajipan yang telah diabaikan sejak sekian lama. Juga mengingatkan umat Islam supaya tidak hanya mengamalkan sebahagian daripada Islam tetapi mengabaikan sebahagian yang lainnya. Serta mengingatkan bahawa politik merupakan sebahagian daripada fokus dakwah. Yang dimaksudkan dengan politik ini bukanlah terhad kepada politik-demokrasi yang sedang berleluasa pada hari ini, sebaliknya melibatkan hal-ehwal serta urusan umat Islam.

Sang karkun menyatakan bahawa aktivis gerakan tersebut ada hadir ke ijtimak tersebut, kemudian menyatakan “macam biasa, teknik dakwah mengedarkan artikel” ada dijalankan. Beliau juga mengulas mengenai seruan khilafah yang dilaungkan oleh gerakan tersebut dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar dalam mana-mana bayan mengenai isu khilafah. Beliau juga berpegang bahawa khilafah ini merupakan janji Allah dan akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya kelak. Beliau turut menyatakan bahawa khilafah yang dijanjikan itu datang melalui Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Beliau mengukuhkan lagi hujah beliau dengan memetik kata-kata mantan mufti Perlis, Dr. Asri (MAZA) bahawa khilafah bukan tujuan dakwah. Khilafah adalah BONUS! (Saya memetik daripada pernyataan karkun tersebut, sekiranya Dr. Asri tidak pernah menyatakan sedemikian rupa, maka tegurlah seadanya. Terima kasih). Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa fokus utama ialah bagaimana persiapan kita, “samada kita masuk geng imam mahdi atau geng dajjal. Subuh kita tak miss jemaah ke? tahajud tak miss ke? mata boleh jaga ke? sangka buruk dah habis padam ke? panjang lagi perjalanan nak jadi geng imam mahdi ni”.

Seorang lagi ilmuan yang turut serta dalam perbincangan tersebut bergurau dengan menyatakan “JT = Jom Tunggu (khilafah)” manakala “HT = Hari2 Tuntut (khilafah)”. Ternyata demikianlah persepsi ilmuan tersebut (dan saya percaya ia merupakan persepsi kebanyakan kita) terhadap apa yang diperjuangkan oleh HT, i.e. Hizbut Tahrir – salah sebuah gerakan Islam yang ada di dunia ini. Umum kebanyakannya melihat bahawa HT hanya asyik memperjuangkan khilafah, serta mengandaikan bahawa matlamat akhir dan ulung bagi perjuangan HT adalah untuk mengembalikan semula nostalgia khilafah. Dengan khilafah segala masalah selesai secara automatik. fullstop.

[Perbincangan dilanjutkan lagi apabila seorang lagi individu mulai mengkritik karkun berdasarkan pengalaman pahitnya bersama dengan Jamaah Tabligh. Saya enggan terus terlibat dalam perbincangan sedemikian lalu saya mengundurkan diri.]

Terdapat beberapa isu yang ingin saya sentuh, BUKAN dengan niat nak mendabik dada menyatakan “saya benar yang lain semua batil”, sebaliknya untuk berkongsi seciput ilmu yang saya ada, serta dalam masa yang sama memperbetul persepsi yang tersilap dalam masyarakat mengenai dakwah yang dibawa oleh HT. Sebelum itu, ingin saya nyatakan bahawa saya bukanlah jurucakap yang mewakili HT. Juga bukanlah niat saya untuk mengagung-agungkan HT serta membanding-bandingkannya dengan gerakan-gerakan lain. Harap tidak disalaherti. Isu-isunya adalah seperti berikut:

1. Khilafah – tunggu Imam Mahdi atau wajib berusaha ke arah menegakkannya?

2. Khilafah bukan tujuan dakwah.

1. Perbincangan mengenai sama ada khilafah akan ditegakkan oleh Imam Mahdi ataupun khilafah wujud terlebih dahulu pernah dibincangkan dalam sebuah pengisian tidak lama dahulu. Bahkan sebuah artikel telah dikeluarkan oleh pihak HTI bagi menjawab pembahasan ini. Seingat saya, artikel yang menyentuh mengenai isu ini juga ada dimuatkan dalam laman konsultasi Islam (untuk membaca huraiannya, sila klik di SINI. Saya tidak berhasrat untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, kerana jawapan yang  diberikan oleh Akh Farid Ma’ruf (pengelola blog Konsultasi Islam) yang dipetik daripada laman rasmi HTI telahpun memadai. Rumusannya, jika ada pun dalil yang membuktikan bahawa Imam Mahdi-lah yang akan mendirikan khilafah, namun kewajipan menegakkan khilafah adalah jelas dan tidak terbatal. Keduanya, tiada dinyatakan dalam mana-mana dalil Al-Quran dan as-Sunnah bahawa Imam Mahdi yang akan mendirikan semula khilafah. Ketiga, terdapat sebuah hadis menyatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul setelah khilafah didirikan. Dalam ertikata lain, sudah semestinya akan wujud khilafah terlebih dahulu. Dan khilafah itu tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha (hukum sebab-akibat). Orang yang berpandangan sedemikian merupakan seorang yang persis pendirian Qadariyah (hanya berserah kepada Allah tanpa usaha). Tapi saya tak maksudkan karkun tersebut yang berpemikiran sedemikian ya. Harap tak tersalah faham. Hadis tersebut adalah seperti berikut:

Diriwayatkan dari Ummu Salamah, berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ المَدِيْنَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيَخْرُجُوْنَهُ وَهُوَ كاَرِهٌ فَيُبَايِعُوْنَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنَ الشَّامِ فَيُخْسِفَ بِهِمْ بِالبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالمَدِيْنَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أهْلِ العِرَاقِ فَيُبَايِعُوْنَهُ، ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ الشَّامِ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيُظْهِرُوْنَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةِ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيْمَةَ كَلْبٍ فَيُقَسِّمُ المَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ.. وَيُلْقِيَ الإِسْلاَمَ بِجِرَانِهِ فِي الأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِيْنَ ثُمَّ يَتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الُمسْلِمُوْنَ وَفِي رِوَايَةٍ فَيَلْبَثُ تِسْعَ سِنِيْنَ.

“Akan muncul pertikaian saat kematian seorang Khalifah. Kemudian seorang lelaki penduduk Madinah melarikan diri ke kota Makkah. Penduduk Makkah pun mendatanginya, seraya memintanya dengan paksa untuk keluar dari rumahnya, sementara dia tidak mau. Lalu, mereka membai’atnya di antara Rukun (Hajar Aswad) dengan Maqam (Ibrahim). Disiapkanlah pasukan dari Syam untuknya, hingga pasukan tersebut meraih kemenangan di Baida’, tempat antara Makkah dan Madinah. Tatkala orang-orang melihatnya, dia pun didatangi oleh para tokoh Syam dan kepala suku dari Irak, dan mereka pun membai’atnya. Kemudian muncul seorang (musuh) dari Syam, yang paman-pamannya dari suku Kalb. Dia pun mengirimkan pasukan untuk menghadapi mereka, hingga Allah memenangkannya atas pasukan dari Syam tersebut, hingga al-Mahdi merebut kembali daerah Syam dari tangan mereka. Itulah suatu hari bagi suku Kalb yang mengalami kekalahan, yaitu bagi orang yang tidak mendapatkan ghanimah Kalb. Al-Mahdi lalu membagi-bagikan harta-harta tersebut dan bekerja di tengah-tengah masyarakat… menyampaikan Islam ke wilayah di sekitarnya. Tidak lama kemudian, selama tujuh atau, dia pun meninggal dunia, dan dishalatkan oleh kaum Muslim. Dalam riwayat lain dinyatakan, tidak lama kemudian, selama sembilan tahun. ” (Hr. At-Thabrani)

Hadits di atas, dengan jelas menyatakan, bahwa akan lahir Khalifah baru setelah meninggalnya Khalifah sebelumnya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam lafadz:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ.

“Akan muncul pertikaian saat kematian seorang Khalifah. Kemudian keluarlah seorang lelaki..” (Hr. At-Thabrani)

2. Ya, khilafah bukanlah tujuan dakwah. Sebaliknya khilafah merupakan thariqah dalam mencapai tujuan dakwah yang sebenarnya, iaitu isti’naful hayatil Islam i.e. “mengembalikan kehidupan Islam“. Salah faham begini memang selalu terjadi, kerana apabila sebut khilafah je maka orang teringat kepada HT, apabila sebut HT je, maka orang teringat kepada khilafah.

Walaupun dakwah kepada khilafah itu kelihatan dominan tak bererti itulah matlamat paling ultimate. Seruan kepada khilafah ini memerlukan pembentukan pandangan umum (public opinion) maka dengan itu seruan-seruannya tentulah akan lebih ketara.

Soal persiapan tu memang tak dinafikan peri pentingnya, sebab itulah juga pembentukan syakhsiyah Islam turut diberikan penekanan. Dalam masa yang sama aspek selain ibadah mahdhah juga wajar diberikan perhatian agar ia selari dengan syariah. Adakah wajar jika kita rajin mengunjungi surau dan masjid tetapi menaiki Mercedes Benz yang dibeli melalui sistem sewa-beli dengan perbankan yang berasaskan riba’? Adakah wajar jika kita rajin bertahajjud jika kerja kita melibatkan urusniaga yang haram (misalnya akauntan yang mengira dan mengemaskini riba’)? Adakah wajar jika kita asyik memelihara akhlak dan budi pekerti tetapi dalam masa yang sama anak kita mengambil pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pengajian? (sengaja saya bagi contoh riba’ sebab mudah dihayati).

Ramai yang beralasan bahawa dalam suasana sekarang ni kita terdesak dan dharurat. Jadi terpaksa juga ambil. Tapi sepengetahuan saya dharurat hanya apabila nyawa terancam. Kalau beli motor je tapi secara syarie, boleh mati? Kalau kerja bergaji kecil, tapi halal boleh mati? Kalau mengelakkan PTPTN boleh mati? Kalau iya pun dharurat, kenapa Mercedes Benz, Camry dsb? Sedangkan kalau kelaparan & dalam keadaan dharurat, kita cuma diizinkan memakan babi cukup sekadar mengalas perut. Ini tidak, dibantainya sampai ‘kenyang’. Sekadar menyatakan secara umum berdasarkan pemerhatian saya.

Persoalannya sekarang, adakah ia benar-benar dharurat? Apakah jalan keluar baginya? Bagaimana nak mengubah suasana yang serba tak syarie ini? Semestinya memerlukan perubahan yang mendasar, perlu kepada pembentukan daulah supaya dengan itu sistem yang rosak lagi haram ini dapat diubah kepada sistem Islam. Dakwah fardiyah tidak akan mampu mencapai matlamat ini. Dakwah kebajikan takkan mampu mencapainya.

Kesimpulan

Untuk mengatakan bahawa fokus dakwah hari ini harus terpaku kepada pembinaan akidah, ibadah, dan akhlak semata-mata merupakan satu pernyataan yang tidak tepat. Islam hadir lengkap dengan pakejnya yang menyentuh segenap aspek kehidupan. Selaku seorang Muslim yang berkesedaran, kita tak sewajarnya hanya fokus kepada segelintir perkara lalu mengabaikan hal yang lainnya. Namun tak bermakna saya ingin menyeru kalian supaya menjadi “Jack of all trade, master of none”. Sebaliknya apa yang ingin saya serukan ialah supaya kita tidak mengecilkan skop dakwah kepada aspek-aspek yang dinyatakan sebelum ini sahaja.  Dalam masa yang sama, janganlah kita memperlekeh pihak yang tak sependapat dengan kita, ataupun mereka yang tak berdakwah mengikut “cara kita” yang kemudiannya kita sandarkan sebagai “cara Nabi”. Seolah-olah gerakan lain langsung tidak merujuk kepada thariqah dakwah Rasulullah saw. Pernyataan ini bersifat umum, dan tidak ditujukan secara spesifik kepada mana-mana pihak.

Juga tidak seharusnya kita hanya memfokus kepada aspek ruhiyah semata-mata lalu mengabaikan aspek siyasiyah yang turut terangkum dalam Islam. Salah faham sebegini akan hanya menyebabkan umat Islam tersasar daripada kebangkitan hakiki ataupun an-nahdhah. Wallahu’alam.

15 Respons to "Khilafah bukan tujuan dakwah…"

Ahlan wa sahlan bik! :)

Salam…

Ijtima’Tabligh di Sepang menimbulkan kontroversi kerana dihadiri oleh PM. Tambah menarik ia diwaktu hampir dengan PR Manek Urai. Akibatnya ada sesetengah orang PAS yang menghentam tabligh. Isu ini ternyata diambil berat oleh orang-orang tabligh, sampai ada yang menghentam PAS balik bersekongkol dengan orang kafir, isu lilin dsbnya. Ada juga yang tiba-tiba menghentam PAS kerana menggunakan sistem kufur demokrasi.

Menurut apa yang dinyatakan oleh saudara yang bersama jamaah tabligh. 1) Najib tidak dijemput ke ijtima’ tersebut. 2) Tabligh tidak membezakan fahaman politik PAS atau UMNO, masa siapa saja Muslim dipersilakan untuk hadir untuk beramal.

Pandangan saya.
Tabligh ada sebuah gerakan Islam yang melakukan dakwah memfokuskan masalah keimanan dan ibadah nafilah. Oleh itu, mereka mempunyai kesatuan fikrah bagi masalah ini. Sedangkan dalam aspek politik, mereka kosong. Maka tiada kesatuan pemikiran dalam soal politik, masing-masing berpandangan atas pandangan masing-masing. Ada tabligh yang PAS, ramai juga tabligh yang UMNO, ada tabligh yang menolak politik, ada yang menolak demokrasi dan pelbagai pandangan lain mengenai politik. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai pandangan yang khas tentang politik dan hanya menumpukan dalam soal kerohanian semata. Tetapi pengalaman saya pergi ke Markaz tabligh, saya lihat ahli-ahli mereka apabila berkumpul sibuk berbincang soal bisnes dari mendengar bayan yang disampaikan.

Golongan yang kurang cerdik dalam politik, seringkali dipergunakan oleh ahli politik yang kotor seperti Najib. Malah ini bukan kali pertama perkara seumpama ini berlaku. Dalam Ijtima’ tabligh sedunia di Bangladesh suatu masa dahulu, ia turut dirasmikan oleh PM Bangladesh. Malah di sesetengah negara seperti Singapura contohnya, tabligh mendapat sokongan kerajaan dengan membenarkan mereka bergerak dan menggunakan Masjid Angulia. Tetapi selepas peristiwa 9/11, mereka juga telah mendapat tekanan di sana.

Oleh itu, selagi Tabligh dengan pendekatan dakwah sedemikian, perkara seumpama ini mungkin berulang lagi. Saya ada beberapa teknik untuk mendekati orang tabligh. BOleh kata, ia pendekatan yang diajar oleh bekas Jamaah Tabligh yang kini bersama HT. Saya dapati ia persoalan yang mampu membuka minda mereka. Kalau ada kesempatan saya kongsikan kemudian, tapi mungkin diblog saya lah. Wallahua’lam.

FM: Jzkk… maaf sebab dah lama menyepi… Insya Allah ana akan update dari masa ke masa… Lama juga duk termenung masa nak start menulis tu… hehe.

Wuzara: Ok insya Allah, jzkk sebab sudi berkongsi. Sudah agak lama juga ana berinteraksi dengan karkun tersebut, namun kebiasaannya jawapan yang lebih kurang sama diberikan. Ada juga karkun yang mengatakan bahawa mereka tidak mahu terlibat dalam debat, sedangkan apa yang cuba ana sampaikan hanyalah perkara-perkara yang sewajarnya. Langsung tiada niat nak “bertanding” siapa lebih handal berhujah. Ada yang menggunakan dalil hadis riwayat Abu Daud berkenaan janji Rasulullah sebuah istana di pinggir syurga kelak bagi mereka yang mengelakkan diri daripada berdebat (maaf saya tak ingat matannya secara tepat… Insya Allah akan cari semula kemudian…).

Tips anta memang benar-benar ana perlukan… Ana dahulukan dengan sekalung penghargaan…

Wallahu’alam…

Salam, ok dah jumpa:

“Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya” [HR Abu Daud, disahihkan oleh Albani]

hadis tu terdapat juga dalam buku adab usrah IM. cuma matan dia lain skit kut.
ana dulu JT juga…dah lama dah
kalau ikut hadis ni, mereka mungkin lupa pada ayat Quran…Und’u il sabili rabbika bil hikmah, wal mau’izhatil hasanah, wajadilhum billati hiya ahsan.Jidal tu kan interaksi perdebatan. cuma kenala jaga adab
mungkin cara Jubir HTI bg ceramah kat org JT boleh dicontohi kut.tp ana tak taula macam mana.kene elok2 la ckp.

Terima kasih Tufail atas makluman dan perkongsian. Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah berkonfrontasi dengan karkun tersebut apabila bertukar pandangan. Tetapi barangkali beliau pernah mengalami pengalaman buruk dan dikritik hebat oleh pihak lain, sehingga menyebabkan dia lebih bersifat defensif dan agak tertutup untuk perbincangan. Wallahu’alam… Sebelum ini pun dia pernah cakap, “tableg jugak lah yang kena bantai…”, barangkali sebelum ini pernah ada individu yang mengkritik keras JT.

Benar, sebenarnya tiada salahnya untuk berdebat, selagimana matlamat dan halatujunya benar serta mematuhi adab-adab yang sewajarnya. Wallahu’alam… Alhamdulillah sebelum ini juga saya pernah tampilkan dalam blog ini mengenai etika perdebatan menurut kacamata syarak (artikel Bahasa Inggeris yang saya copy-paste daripada laman rasmi HTB). =)

Jem. Tabligh tidak pernah mengatakan bahawa fokus dakwah hari ini harus terpaku kepada pembinaan akidah, ibadah, dan akhlak semata-mata.

Kalau tak percaya jemput tuan datang bermuzakkarah dengan Ulama di Madrasah Hafiz Masjid Jamek Sri Petaling, KL.

Salam, “Ummat Nabi”. Terima kasih atas undangan. Bukannya tak mahu, tetapi rasanya tujuan penulisan saya ni langsung tidak bertujuan untuk menghentam Jemaah Tabligh, jauh sekali hendak mempertikaikan peranan mereka dalam dakwah.

Apa yang saya nyatakan dalam penulisan ini adalah berdasarkan interaksi saya dengan karkun tersebut, dan bukannya bererti apa yang dinyatakan oleh beliau itu mewakili pandangan JT sepenuhnya. Harap tak timbul lagi isu sebegini selepas ini, kerana saya telahpun menyatakan ‘disclaimer’ sebegini. Seperkara lagi, pernyataan sewajarnya selari dengan perbuatan. Wallahu’alam…

>>>>Ummat Nabi berkata “Jem. Tabligh tidak pernah mengatakan bahawa fokus dakwah hari ini harus terpaku kepada pembinaan akidah, ibadah, dan akhlak semata-mata.”<<<

sy pun sudah berkenalan dgn penerangan dr JT. w/pun bkn scr formalnya di Sri Petaling. Alhamdulillah, yg terlibat dlm perbincangan adalah glgn yg berlapang dada dn sesangat bertoleransi dan saling memberi sokongan…

teringant dgn situasi yg dikhabarkan di Kalimantan Selatan… ada sesiapa tahu???

kalau nak tahu…cari la =P

Benar, majoriti karkun yang ditemui kesemuanya bersikap terbuka dan sangat bertoleransi. Yang menegur pun bukan bermakna lebih baik daripada yang ditegur. Buat kesekian kalinya ingin saya nyatakan di sini, tujuan penulisan ini bukanlah untuk memburuk-burukkan mana-mana gerakan dakwah apatah lagi individu yang terlibat dalamnya. Sekadar perkongsian ikhlas mengenai interaksi yang berjalan, dan juga respon yang telah saya berikan. Saya langsung tak berniat nak memburukkan sesiapa, bahkan apabila ada pihak yang mengkritik JT sewaktu interaksi tersebut, cepat-cepat saya menarik diri… Wallahu’alam… – ghazi

p/s: Klu yang diberikan tu terlalu umum lah, bagilah klu lagi… hehe… :P

Ana pernah muzakarah dengan sorang ulama yang join JT…ana sangat tertarik dengan cara penyampaian bayan beliau. Masa tu ana masih lagi ikut JT dan ana pun ada kecenderungan dalam IM. Maklumlah, sekian lama idea2 IM disebut2. So, ana ajakla muzakarah dengan ustaz ni (yang rasanya memang terkenal di M’sia nih). Masa tu tahun 2004 tak silap ana. Salah satu yg ana tanya psl dakwah IM sendiri dalam pandangan beliau.

Bagusnya, beliau tidak menghentam malah mengatakan tidak salah pun cara IM. Cuma beliau kata, ulama2 IM banyak yg kena bunuh masa terdahulu. Tetapi, pointnya, beliau takla nak kata orang2 IM ni tak dapat hidayah ke apa. Sebab, sebahagian JT terutama yang dari kampung dan sangat awam, apabila berkata seolah-olah mereka sahaja yang dapat hidayah Allah. Itu yang ana rasa tak manis sikit tu. Tapi, dengan syeikh ni, ana memang salut…beliau cara berkata-kata sangat tersusun dan baik…sangat manis. Melalui beliau juga ana dapat ilmu pasal tafsir ayat Ali Imran yg “kuntum khaira ummah” tu dari sudut pandangan lafaz bahasa arab.

Adik beradik beliau pun banyak karkun. ada juga yang pernah jadi timbalan pengarah jakim tak silap.

Benar, sikap mulia sebeginilah yang sewajarnya dipupuk dalam diri kita. Alhamdulillah… Em, boleh tolong kongsikan ilmu tentang ayat al-Quran yang dipelajari tu? Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan, semoga Allah memberkati kita semua… =) – ghazi

“kerjasama berganding bahu…tolong menolong bantu membantu!”
=D
cukup la tu klu tu… heran gak ea…ramai yg tak tahu rupanya… hurm

tu lah, saya pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat sana. Mungkin sdr amir boleh tolong huraikan. hehe, janganlah berteka-teki dengan saya… :P

– ghazi

asif akhi…ana tak dpt lg nak taip kongsi ilmu…dia mudah ja, tp tak sempat lak skrg.susah ana nak online ni akhi.

oh tak mengapa, insya Allah bila-bila berkelapangan… Semoga dipermudahkan urusan, dan salam Ramadhan~ =)

– ghazi

kepada penghantar email yang lain…… 1 jer saya nak cakap.. kalau kite asyik nak pandang buruk orabg jer.. memang buruk jer kita nampak….. dan jangan cakap sesuatu kalau tak memahami sesuatu perkara secara pasti… buruk akibatnya di akhirat…

Salam, terima kasih huzaimah atas peringatan yang diberikan. Semoga kita semua saling memahami dan saling melengkapi dalam mencapai matlamat yang sama iaitu mencapai mardhatillah… =)

[…] 7. Ada pula yang berpegang bahawa khilafah itu merupakan anugerah Allah, dan kita tak perlu berusaha ke arahnya. Mereka mendakwa kita menjadikan khilafah sebagai matlamat hidup. Sedangkan matlamat kita adalah untuk mengembalikan kehidupan Islam. Khilafah bukan tujuan hidup. Sila rujuk penulisan saya sebelum ini, Khilafah Bukan Tujuan Dakwah. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2009
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: