apo nak dikato

Kematian itu Pasti – Belasungkawa

Posted on: Julai 10, 2009

Assalamualaikum, selang beberapa hari yang lalu saya menerima sebuah SMS yang membawa berita yang mendukacitakan. Seorang senior saya telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi penyakit yang dialaminya di HKL pada jam 7.15 petang. Dalam keadaan yang keletihan setelah menjalani hari yang sibuk, diri saya seolah-olah tersentak dan terdiam seribu bahasa.  “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun…”

baqarah156(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” [al-Baqarah (2) : 156]

Saya tidak begitu rapat dengan arwah, tetapi kami saling mengenali dan pernah berbual beberapa kali ketika beliau masih menuntut di universiti terutamanya apabila Balai Islam kolej bersidang (Balai Islam merupakan sebuah jawatankuasa yang menguruskan aktiviti surau kolej dan hal-hal penghuni Muslim). Setelah arwah tamat pengajian, kami tidak lagi berhubungan kerana masing-masing terikat dengan komitmen tersendiri. Beberapa bulan sebelum arwah meninggal dunia, saya telah menerima makluman daripada seorang lagi senior saya, bahawa arwah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jangkitan pada sistem pernafasannya (atypical pneumonia). Namun setelah beberapa hari, keadaan bertambah buruk dan beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Di HKL, beliau telah disahkan menghidap penyakit tuberkulosis dan telah menerima rawatan baginya. Malangnya badannya tidak dapat menerima kesan ubat tersebut dan beliau telah dikejarkan ke Institut Perubatan Respiratori bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.  Rawatan asal dihentikan dan digantikan dengan alternatif lain. Keadaan arwah bertambah baik dan beliau dibenarkan pulang.  Selama dua bulan keadaan arwah semakin baik dan pulih. Saya tak berkesempatan untuk menziarahi arwah kerana ketika itu saya sedang berada di Banting untuk posting Primary Care Medicine selama sebulan.

Namun ditakdirkan Allah, pada hari Selasa, 7 Julai 2009, arwah pergi meninggalkan dunia ini setelah keadaan tiba-tiba menjadi teruk semenjak Khamis minggu sebelumnya. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama-sama para Anbiya, Siddiqqin, Syuhada’ dan Solihin dan alangkah baiknya golongan-golongan tersebut. Ameen.

Pengajaran daripada peristiwa ini:

1. Kematian itu suatu yang pasti, hanya saja kita tidak mengetahui bilakah tibanya ajal kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa mengingati kematian dan berusaha menyiapkan diri dengan sebaik-baik bekal untuk menghadapinya. Satu kerugian yang besar sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan yang ingkar terhadap Allah swt. Lebih malang lagi apabila seseorang itu ‘dijemput pergi’ tatkala dirinya sedang bergelumang dalam lembah kemaksiatan. Wa iyazubillah. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita di mana seorang insan meninggal dunia ketika sedang melakukan dosa bersama seorang maknyah. (untuk membaca laporan dan ulasan, sila klik di SINI ).  Antara kisah yang sewajarnya dijadikan pengajaran bagi kita semua. Semoga Allah mengampunkan kita semua…

aliimran185Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [ali-Imran (3) : 185]

annisa78Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, … [an-Nisa’ (4) : 78]

2. Selesaikan amanah kita secepat mungkin, langsaikan hutang kita, tuntutlah kemaafan sekiranya dilakukan terhadap manusia, dan bertaubatlah sekiranya kita terlanjur melakukan dosa sebelum terlambat. Kita tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita, oleh itu pastikan kita sentiasa berusaha melaksanakan kesemua yang telah saya nyatakan tadi agar kita tidak menanggung beban tuntutan tersebut di hari pengadilan kelak.

Sekiranya amanah yang diberikan itu tidak mampu dilaksanakan secepat mungkin (tapi dalam masa yang sama, pastikan berkualiti), maka hendaklah kita memilih seorang yang boleh dipercayai untuk meneruskan amanah tersebut sekiranya ia melibatkan kepentingan umum.

Bagi yang berhutang pula, hendaklah ia melangsaikannya sebaik sahaja ia berkemampuan. Jangan sesekali ditangguhkan apabila sudah berkemampuan. Kepada pemberi hutang pula, janganlah didesak-desak penghutang untuk membayarnya sekiranya ternyata dia tidak mampu untuk melunaskannya buat masa ini. Pemberi hutang juga dianjurkan supaya menghalalkan hutang tersebut i.e. menyedekahkan sebahagian atau sepenuhnya kepada si penghutang, sekiranya keperluannya sudah mencukupi; sebagaimana firman Allah swt:

baqarah280Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. [al-Baqarah (2) : 280]

Islam juga telah menggariskan beberapa panduan dalam urusan hutang ini, antara lain kita dikehendaki mencatit hutang kita. Untuk pembacaan lanjut, kalian bolehlah merujuk kepada ayat 281 sehingga 282 surah al-Baqarah yang menyentuh mengenai perihal urusan hutang pemiutang ini. (Seeloknya berguru ye)

Sekiranya kita melakukan kesalahan terhadap manusia pula, hendaklah kita berusaha untuk mengakui kesalahan kita serta memohon kemaafan darinya. Tiada apa yang hendak dimalukan apabila kita memulakan permohonan maaf. Bahkan itulah yang dituntut oleh Islam. Sudah menjadi lumrah dalam hubungan manusia, adakalanya akan berselisih faham sesama mereka. Tiada manusia yang sempurna, maka oleh itu sentiasalah menjadikan diri kita sebagai seorang pemaaf selaras dengan tuntutan syarak. Jika kita ingin mengharapkan kemaafan, maka hendaklah kita menjadi seorang yang pemaaf terlebih dahulu.

Bagi yang telah terlanjur melakukan dosa kemaksiatan, maka hendaklah kita bertaubat seadanya dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Tiada manusia yang sempurna dan maksum melainkan Rasul Allah, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan dalam kehidupan seharian. Dianjurkan juga untuk sentiasa beristighfar sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw sebanyak 70 (atau 100 kali) sehari. Sedangkan Rasul yang maksum ini juga beristighfar saban hari, apatah lagi kita umatnya ini yang banyak berdosa dan ada yang bergelumang dalam lembah kemaksiatan.

3. Mengingati kematian bukanlah bererti kita mengabaikan urusan duniawi. Ada juga segelintir yang mengambil sikap acuh tak acuh terhadap dunia dan hanya fokus kepada ibadah dan hari akhirat. Sedangkan Rasulullah saw,insan yang paling hampir dengan Allah swt tidak pula mengabaikan urusan duniawi, baginda tidak pula menyeru para sahabat radhiallahu ‘anhum supaya berhenti daripada perniagaan ataupun pekerjaan mereka lalu memenuhkan masjid untuk beribadah sepanjang masa. Tidak.

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa kedua-duanya tidak boleh diabaikan, bahkan hendaklah diatur selaras dengan tuntutan syarak. Tidak sewajarnya timbul polemik di mana sebelah pihak kata “kena seimbang dunia 50, akhirat 50” manakala di pihak lain menyatakan “Mana boleh, sepatutnya dunia ni tumpukan sikit je, akhirat yang kekal abadi”. Apa yang penting bukanlah perbincangan sedemikian, sebaliknya kita selaku seorang Muslim hendaklah berusaha memastikan bahawa setiap perbuatan kita (baik yang melibatkan urusan duniawi mahupun ukhrawi) sentiasa berada dalam batasan syarak. Tiada gunanya jika seseorang itu cukup solatnya, tetapi masih membeli kereta dan rumah menggunakan sistem perbankan yang berasaskan riba’. Demikian juga tiada gunanya jika seseorang itu berjaya dalam kerjayanya bahkan dihormati dalam masyarakat tetapi mengabaikan kewajipannya seperti solat, tidak menjaga aurat dan sebagainya. Demikianlah adanya…

Rasanya cukuplah setakat ini perkongsian yang dapat saya bawakan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekurangan, ataupun kelemahan, maka tegurlah seadanya. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan dan semoga Allah memberkati kita semua. Saya bukanlah insan terbaik yang tak pernah melakukan dosa, namun hakikat ini langsung tidak menghalang saya daripada meneruskan kewajipan yang tertanggung di bahu setiap individu Muslim yang mukallaf, i.e. berdakwah menyebarkan risalah Islam serta memberikan peringatan. Oleh itu, besarlah harapan saya, supaya para pembaca sekalian turut sama melibatkan diri dalam menyampaikan risalah Islam ini. Tiada manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sepanjang hayatnya, oleh itu janganlah kita tertipu dengan slogan “Aku pun banyak kekurangan lagi, inikan pula nak berdakwah kepada orang lain”. Sedarlah insan~

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2009
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: