apo nak dikato

Selamat Datang ke Alam Kampus

Posted on: Julai 3, 2009

Assalamualaikum, penulisan entri pada kali ini ditujukan khas bagi adik-adik junior yang baru beberapa hari menjejakkan kaki ke alam kampus, mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan kepada kalian dalam menempuh hari-hari mendatang dan menyesuaikan diri dengan suasana baru yang berbeza dengan zaman sekolah kita dahulu. Insya Allah. Penulisan kali ini diolah berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri dan juga kisah-kisah serta pengajaran yang telah saya peroleh daripada senior-senior terdahulu.  Saya bukanlah seorang pakar mahupun kaunselor bertauliah, justeru setiap perkongsian saya ini adalah bersifat amatur dan boleh disanggah seadanya. Memandangkan perkongsian kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya, maka sudah semestinya tidak semua isinya applicable bagi kesemua freshies. Barangkali apa yang saya kongsikan itu hanya sesuai bagi pelajar perubatan semata-mata dan tidak terdapat pada kursus-kursus lain… Wallahu’alam.

Saya tidak berhasrat untuk bercerita mengenai aspek-aspek teknikal seperti pemilihan kursus, pendaftaran kelab/persatuan, pembayaran yuran,  dan sebagainya, kerana perkara-perkara tersebut sudah semestinya akan disentuh secara mendalam oleh pihak universiti dan juga pihak kolej khususnya sepanjang minggu orientasi ini. Oleh itu,  cukuplah jika saya nasihatkan supaya junior sekalian agar tidak teragak-agak untuk bertanya sekiranya terdapat sebarang kekeliruan mahupun pertanyaan.

Cuma ada satu perkara yang ingin saya tekankan kerana kita semua seringkali terlepas pandang mengenainya, iaitu tentang pengambilan biasiswa. Ketahuilah bahawa pinjaman PTPTN itu adalah haram di sisi syarak kerana mengandungi unsur-unsur riba’. Hanya sanya, riba’ tersebut telah dicantikkan dan cuba disembunyikan di sebalik istilah ‘caj perkhidmatan’. Untuk membaca lebih lanjut mengenai hakikat PTPTN di sisi Islam, sila klik link berikut:   Caj Perkhidmatan PTPTN – Halal atau haram? . Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita menjadikan hukum syarak sebagai garis panduan dalam setiap perbuatan kita. Janganlah kita berdolak-dalih dengan menggunakan hujah pragmatik semata-mata kerana hendak mewajarkan sesuatu yang telah haram di sisi Islam. Misalnya dengan berhujah, “Ala, JAKIM dan Majlis Fatwa dah kata OK, OK lah” tanpa menilai dengan teliti hujah balas di pihak yang berpegang kepada hukum haram. Ataupun berkata, “Kalau macam tu, macam mana orang-orang kampung yang susah tu nak sambung belajar? Kau budak medic boleh lah cakap camtu, sebab kau dapat biasiswa JPA,” tanpa menyedari bahawa yang mengurniakan rezeki itu bukanlah PTPTN tetapi Allah SWT. Saya mengenali secara peribadi, seorang sahabat yang sanggup mengikat perut, bertungkus-lumus mengumpul wang untuk membiayai perbelanjaan adiknya semata-mata untuk mengelakkan riba’ serta mencari keredhaan Allah. Jika beliau boleh berkorban sedemikian, mengapa pula kita tidak boleh? Takutlah kepada azab Allah yang menanti mereka yang engkar terhadap hukum Allah, sedangkan mereka mengetahuinya.

Pembantu Mahasiswa

Pembantu Mahasiswa (fasilitator) merupakan sebahagian daripada pihak urusetia yang bertugas mengelolakan pendaftaran dan minggu orientasi. Mereka sentiasa bersedia untuk membimbing kalian. Cuma diharapkan agar kalian menjaga adab dan tidak berkasar apabila berinteraksi dengan mereka. Hormatilah mereka kerana mereka sanggup mengorbankan waktu cuti mereka dan juga bersusah-payah membuat persiapan demi persiapan bagi menyambut kemasukan kalian.  Ucapkanlah salam ataupun selamat sejahtera setiap kali bertemu mereka dan janganlah kedekut untuk memberikan senyuman. Rasanya kalian semua sudah cukup matang untuk memikirkan semua ini, kerana perkara-perkara sebegini merupakan adab-adab yang sudah disemai dalam diri setiap individu Muslim semenjak kita kecil lagi. Hormati yang lebih tua, sayangi yang lebih muda, dan sebagainya.

Adakalanya tindakan mereka kurang menyenangkan, misalnya dengan meninggikan suara, perangai gedik, ataupun menyindir kita. Biasalah tu, mereka pun manusia juga. Jadi janganlah ambil hati dengan sikap mereka. Saya percaya bukan semua Pembantu Mahasiswa (PM) yang bersikap sedemikian. Kadang-kadang, itu bukanlah sikap mereka sebenarnya, sebaliknya dilakukan sebagai memenuhi objektif program ataupun aktiviti yang dijalankan.  Misalnya, ketika zaman saya dahulu para pembantu mahasiswa ada menjalankan aktiviti “kapal karam” terhadap kami. Dalam aktiviti tersebut, kami digambarkan sebagai sedang berada dalam sebuah kapal yang sedang karam dan kami dikehendaki merayu kepada nakhoda (PM) supaya kami dimuatkan dalam kapal penyelamat. Maka bermacam-macamlah bentuk rayuan yang dilakukan oleh kami semua. PM pula buat-buat jual mahal dan ada juga yang memarahi serta menengking kami. Selagimana mereka tak berpuas hati dengan rayuan kami, selagi itulah kami tidak dilepaskan pulang. Ramai juga yang bengang, dan terasa seperti diperbodohkan. Bahkan saya sendiri masih tidak mengetahui apakah objektif sebenar penganjuran aktiviti tersebut. Tetapi tidaklah sampai menarik muka di hadapan mereka, kerana saya tahu, mereka i.e. PM pun tak suka sebenarnya buat perkara sebegini. Mungkin ada yang suka (barangkali kerana mereka dapat menunjukkan belang/autoriti mereka) , tapi saya percaya tak semua yang bersikap sedemikian.

Pengajarannya di sini, janganlah kita terasa hati ataupun memberontak semata-mata kerana isu kecil dan terpencil. Banyakkanlah bersabar, kerana insya Allah setiap aktiviti yang diaturkan dalam minggu orientasi itu mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Akan tetapi lainlah halnya jika aktiviti-aktiviti tersebut menyebabkan kita melanggar batasan syarak, misalnya melibatkan pergaulan yang keterlaluan antara lelaki dan perempuan, bertepuk-tampar sesama mereka, melalaikan kita daripada solat, dan sebagainya. Jika perlanggaran syarak berlaku, maka sebagai seorang Muslim yang berkesedaran kita hendaklah bertegas dan menegur secara berhikmah. Tetapi jangan pula kita bangkit dan menyuarakan bantahan dengan suara yang lantang. Adab perlulah dijaga. Terkadang mereka (PM) terlepas pandang isu-isu sebegini. Lebih-lebih lagi apabila PM yang mengendalikan aktiviti tersebut terdiri daripada senior non-Muslim.  Tentu ada yang pernah mendengar mengenai penganjuran debat yang keterlaluan pada tahun lalu, i.e. ‘Stupid Debate’ (sila klik di SINI untuk laporan berita mengenainya) – sekadar memberikan contoh.

Buddyline dan ‘Orientation’

Sudah menjadi tradisi bagi pelajar perubatan secara turun temurun mengamalkan sistem buddyline, yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara senior dan junior serta perkongsian nota-nota serta koleksi soalan-soalan tahun-tahun lepas. Di samping peranan-peranan yang telah dinyatakan, ada juga buddyline yang proaktif dalam mengukuhkan hubungan sesama mereka, misalnya dengan menganjurkan majlis jamuan secara berkala, ada juga yang mengumpul duit untuk membeli hadiah kepada buddy senior ketika hari konvokesyen, dsb.

Umumnya, seorang senior tahun akhir akan mencari seorang junior untuk dijadikan buddy. Ada juga yang mencari lebih daripada seorang kerana perbezaan bilangan pelajar saban tahun. Buat makluman, bilangan kemasukan pelajar di fakulti perubatan semakin bertambah saban tahun bagi menampung keperluan doktor yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, ada dalam kalangan senior yang perlu mengambil lebih daripada seorang buddy. Proses pencarian buddy ini berbeza-beza bagi setiap senior, semuanya mengikut kesesuaian masing-masing. Ada senior yang tak terlalu cerewet dalam memilih buddy, ada juga yang begitu teliti dalam memilih buddy. Dan tidak kurang juga yang menggunakan kaedah yang ‘brutal’ dalam mencari buddy – melalui proses yang dikenali sebagai “orientation”. ‘Orientasi’ yang dimaksudkan bukanlah orientasi yang formal, sebaliknya dijalankan secara tak formal dan mirip kepada perbuatan ragging (mereka yang belajar di sekolah berasrama tentu sedia maklum dengan perkataan tersebut).

Sejujurnya, saya tidak bersetuju dan menentang sebarang perbuatan tersebut, kerana berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, proses ‘orientasi’ (sila ambil perhatian – dalam pengikat kata) tersebut dipenuhi dengan pelbagai perbuatan yang memalukan, mencalar maruah, menjatuhkan keyakinan diri, serta disulami dengan cacian, makian serta carutan.  Proses ‘orientasi’ ini dijalankan selepas tamat program rasmi, di mana junior akan dibawa ke bilik-bilik senior untuk menjalani proses tersebut. Ada yang disuruh melakukan perbuatan yang kebudak-budakan, misalnya berlakon sebagai kuda, gajah, dan sebagainya. Ada juga yang disuruh melakonkan perbuatan yang keji seperti beronani (maaf kerana saya terpaksa menyatakannya di sini bagi menggambarkan betapa kejinya proses ‘orientasi’ tersebut). Ada yang diperbodohkan dengan perbuatan bertegur sapa (istilah yang digunakan: greet) kasut berjenama Dr. Cardin yang dikatakan sebagai super duper senior kami semua. Tidak kurang juga yang dikeji dan dikutuk “Aku tak pernah jumpa orang hodoh macam kau ni” dan sebagainya (verbally abused).

Tujuan saya berkongsi mengenai perkara ini bukanlah untuk menakut-nakutkan junior-junior sekalian. Sebaliknya sekadar menyiapkan kalian seandainya amalan sebegini masih lagi terjadi pada masa sekarang dan juga akan datang. Tabahkan hati sekiranya kita dipaksa menjalani program sebegini. Alhamdulillah, seingat saya sekarang ini pihak pentadbiran kolej sudah semakin prihatin dalam membanteras amalan sedemikian. Bahkan pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) juga telah menyediakan talian langsung/hotline bagi memudahkan junior membuat laporan sekiranya mereka diperlakukan sedemikian rupa. Oleh itu, kalian tidak perlu risau lagi dengan amalan sebegini. Saya pernah bertemu dengan junior-junior (tahun-tahun lepas) dan kebanyakan mereka sudah berazam untuk tidak meneruskan lagi tradisi tersebut. Biarlah ia menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah. Rakan-rakan batch saya juga telah mengambil langkah untuk berbincang dengan pihak pentadbiran kolej dalam memastikan supaya ‘orientasi’ tidak lagi melibatkan perkara-perkara keji dan memalukan yang telah dinyatakan tadi. Namun tak mustahil juga ada dalam kalangan kami yang tidak berpuas hati dan berhasrat untuk ‘membalas dendam’ kepada junior-junior (saya berdoa supaya tidak ada yang berbuat demikian, amin). Oleh itu, saya nasihatkan supaya kalian cepat-cepat masuk ke bilik dan tidur sesudah tamat program rasmi (tapi jangan lupa solat Isya’ pula ye…).

Ada juga pihak yang masih menyokong amalan ‘orientasi’ tersebut, dengan alasan supaya junior tidak berlagak, cocky, memijak kepala, dan tidak hormat kepada senior. Ada juga yang berhujah bahawa perkara tersebut akan mengeratkan lagi hubungan antara senior yang membuli dan junior yang dibuli. Kerana setelah tamat program orientasi tersebut, para senior akan kembali kepada diri mereka yang sebenarnya. Jadi adik-adik nanti akan terfikir, “Oh rupa-rupanya senior ni baik sebenarnya…” dan terjalinlah hubungan yang akrab antara mereka.

Sebaik mana sekalipun niat, namun ia tidak akan sesekali menghalalkan cara. Seperkara lagi, hormat (respect) bukanlah suatu yang diminta ataupun dipaksakan ke atas orang lain, sebaliknya ia perlu diusahakan. It should be earned. Bagi junior yang masih cocky tu, tak payahlah ambil mereka sebagai buddy. Abaikan saja… Tapi tu lah, saya bukanlah seorang yang berpengaruh dalam kalangan rakan-rakan. Jadi apa yang boleh saya lakukan hanyalah dengan menasihati dan memberikan peringatan. Selebihnya terpulanglah kepada penerimaan masing-masing. Kita semua dah dewasa, kan. Ada yang dah bernikah dah pun.

Rasanya cukuplah setakat ini buat masa ini. Insya Allah dalam siri seterusnya saya akan kongsikan mengenai aspek akademik (teknik belajar dsb) serta isu-isu berkaitan. Di samping itu, saya juga ingin berkongsi mengenai gerakan dakwah di kampus dan juga peranan kita selaku mahasiswa Muslim baik di dalam kampus mahupun di tengah-tengah masyarakat. Namun harus diingat, bahawa saya bukanlah insan yang terbaik. Tetapi tidak salah sekiranya saya berkongsikan pengalaman saya agar dapat dijadikan garis panduan dalam meneruskan kehidupan di alam kampus.  Sekiranya ada yang tidak kena, maka tegurlah seadanya. Insya Allah…

Sebelum saya mengakhiri kalam, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada adik-adik ke alam kampus, semoga kalian berjaya mencapai cita-cita yang dipegang dan dalam masa yang sama dapat membentuk jatidiri Muslim serta melaksanakan kewajipan lain yang turut tertanggung di bahu kita. Amin.

… bersambung

Wallahu’alam…

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh…

4 Respons to "Selamat Datang ke Alam Kampus"

[Assalamualaikum. Maaf, sy nak luahkan juga rasa tak puas hati dan bengang ni..Baru balik dari meeting dan lalu depan bilik salah seorang sahabat (dan beberapa shbt lain duduk sekali dalam bilik tu) —> sedang merangka plan untuk me’ragging’ juniors baru minggu depan.]

Sy mungkin antara student yang bernasib baik sebab ‘tercampak’ di kolej lain masa pendaftaran tahun 1 dulu. Even ke fakulti pun di’escort’ pembantu mahasiswa dari kolej tu untuk mengelak perkara yang bukan2 – terutamanya dipanggil ke bilik-bilik senior untuk di’ragging’. Sejak 1st year, sy dah tanamkan azam yg sy takkan terlibat sekaki, setangan, atau apapun istilahnya untuk perkara2 mengarut begini…buat tambah dosa kering je..

Selepas beberapa minggu tamat orientation weeks, barulah sy dapat berkenalan dengan seniors muslimat, dan itu pun melalui usrah dan program-program lainnya.Sy tak rasa ‘kelewatan’ itu merugikan sy; jika dibandingkan kawan2 sy yg patuh utk diragging seniors masa tu (mungkin keterlaluan bila sy sebut begini- seniors2 yg me’ragging’ dengan melampau, w/pun cuma verbally, tetap sj mereka yg perlu ‘diajar’ terlebih dahulu)

Rasanya, zaman-zaman tu orientation weeks teruk juga. Macam-macam kisah yg sy dengar, perit juga nak disebut satu-satu.Sampai ke dewan kuliah, diserbu layaknya tentera nak tawan musuh- dari arah depan dan belakang dewan mereka masuk bising-bising. Jangan sekali-kali angkat muka untuk tengok siapa gerangan ‘tarzan’ yang sesat dan mengamuk tu..Kalau bertembung di tengah jalan, rasanya kalau boleh seniors tu nak kita tunduk lebih dari askar2 jepun tu buat kat komando dia..

First impression masa kali pertama terlibat dgn adegan ‘kanak-kanak ribena’ macam tu- ” tak professional langsung walaupun bakal doktor. Attitude teruk…”

But, ini kelompok yang extreme sangat la.Bukan semuanya begitu. Kalau juniors lelaki, sy dengar jauh lebih teruk kena. [Chinese students jangan cakaplah..memang melampau]. Senior pertama yg akan dikenali oleh juniors (selain PM) mestilah senior yg rajin meragging, memang akan diingat sampai bila2 – dan tidak mustahil akan di’cop’ dan dibenci juniors.

Persoalannya, kalau hormat yang nak diraih atas alasan usia yang cuma tua beberapa tahun, kenapa perlu menayang sikap kebudak-budakan, tak matang, arrogant dan mengada-ngada berlagak seolah-olah juniors tu adalah orang2 yang tak layak untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah? Tak adakah pendekatan lain yg lebih berhemah? Tak guna ilmu melangit, kalau perkara-perkara asas begini dipandang sepi….Atau mungkin juga mereka bangga dengan kedudukan mereka sbg senior medical student – jadinya, alasan ragging tu bukan nak ajar juniors, tapi di sudut hatinya yg paling dalam tu sebenarnya nak menunjuk2 yg dia tu hebat sgt, can survive in this medical school.Bukan berniat nak bersangka buruk, tapi kalau diperhatikan apa yg berlaku setiap tahun, sy tak nampak ada faedahnya semua tu..

Siapa kata kalau lepas diragging akan jadi rapat?

Kalau student chinese boleh buat macamtu, sy tak hairan. Sebab standard mereka adalah manfaat (jujur saja). Kalau tak ikut apa seniors cakap, nanti kena pulau, x dapat buddy, seniors dan rakan sebatch takkan tolong langsung. Sebab tu, lepas orientation weeks yg menyeksakan tu mereka jadi rapat dengan seniors dan kawan2. BTW, seniors mereka wajar dan layak dihormati sebab mereka ‘kotakan’ janji mereka untuk bantu juniors n that’s y kelompok mereka sangat excellent. Dan satu lagi, kalau perasan hubungan antara student melayu (lebih sesuai kalau sy gunakan “muslim”) dengan mereka akan semakin renggang sebaik saja orientation week berakhir. U know what happened every year right??

Kalau students muslim? sy rasa pendekatan kita perlu berbeza 180 darjah dari kelompok tu. Alangkah baiknya kalau kita boleh berukhuwah dalam keadaan yg sesuai dgn syara’ dan tidak menimbulkan rasa tak puas hati, dendam, fobia etc org lain pd kita.Kita berakhlak baik sepatutnya bukan bertujuan untuk meraih pujian, atau rasa hormat manusia pada kita, tetapi wajib kerana itu memang sudah perintahNya.

Peranan seniors sgt2 penting. Janganlah pula jadinya juniors yang “mengajar” kita bagaimana menzahirkan rasa hormat pada manusia. Imam syafie pun dah sebutkan dgn nasihatnya yg sgt berhikmah; Hormati yg tua, sayangi yg muda – tak ada syarat siapa yg perlu menghormati siapa dulu. Dua-dua pihak kena sama-sama sedar diri..but, kalau dilihat apa yg jd tradisi dulu seolah-olah seniornya yg perlu lebih dulu diajar, bukan junior -> ibu ketam tak akan pernah berjaya mengajar anaknya berjalan lurus…

Kalau betul nak mengajar, treatlah juniors as adik2 kita – bagaimana kita sayang dan layan dengan baik mereka di rumah, begitulah juga yang patut kita lakukan pada juniors. Bagaimana kita membantu adik2 kita, begitulah yg kita buat untuk mereka.Bagaimana kita doakan kebaikan untuk adik2 kita, begitulah jua hendaknya pada juniors..Kalau x boleh dan rasa berat sgt utk treat as ‘adik’, sekurang2nya, sedarlah yg mereka juga manusia yg layak utk dihormati.

Cuba hitung, berapa ramai seniors yang puas me’raging’ kita dulu, datang bertanya khabar, membantu kita dalam proses pembelajaran, atau sekurang-kurangnya menasihati kita supaya tidak lalai sepanjang bergelar anak kampus. Bukan mengharap ‘balasan’ (balasan atas apa?), tapi itulah kelompok “kita” – yg sepatutnya izzah dengan ajaran agamanya agar berlemah lembut sesama saudara Islam, saling menasihati dan beramal soleh dengan kesabaran; tp yg diaplikasikan sebaliknya.

Hal ini mungkin kecil bg sesetengah pihak, atau mungkin menganggap komen ini berbaur emosi dan hasutan (eh?)..apa2 pun, pandai2lah kita fikirkan natijah dari setiap perbuatan kita nanti. Doa org yg teraniaya tu sampai kepada Allah, langsung tanpa hijab!

Assalamualaikum, terima kasih kak kerana sudi memberikan komentar. Benar, saya pun tidak bersetuju dengan pendekatan ‘orientasi’ sedemikian. Lebih-lebih lagi kerana kebanyakan aktiviti yang dilakukan itu ternyata mendatangkan aib serta bercanggahan dengan syarak. Budaya ‘look down’ yang diamalkan juga langsung tidak memberikan kebaikan dalam membina rasa hormat kepada senior, bahkan akan hanya membina jurang antara senior dan junior yang baru masuk.

Kalau student chinese boleh buat macamtu, sy tak hairan. Sebab standard mereka adalah manfaat (jujur saja). Kalau tak ikut apa seniors cakap, nanti kena pulau, x dapat buddy, seniors dan rakan sebatch takkan tolong langsung. Sebab tu, lepas orientation weeks yg menyeksakan tu mereka jadi rapat dengan seniors dan kawan2. BTW, seniors mereka wajar dan layak dihormati sebab mereka ‘kotakan’ janji mereka untuk bantu juniors n that’s y kelompok mereka sangat excellent. Dan satu lagi, kalau perasan hubungan antara student melayu (lebih sesuai kalau sy gunakan “muslim”) dengan mereka akan semakin renggang sebaik saja orientation week berakhir. U know what happened every year right??

Benar, saya bersetuju. Kita ni, kalau benda yang buruk senang saja nak ikut. Tapi benda yang baik tidak pula nak dicontohi. Student Chinese me’ragging’, kita pun me’ragging’. Tetapi tidak ramai pula yang sudi membantu serta memberi tunjuk ajar dalam ertikata yang sebenarnya kepada para junior. Orang yang paling kuat me’ragging’, tidak pula menjadi orang yang terkehadapan dalam membantu adik-adik yang di’raggingnya dahulu… Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, barangkali tepat, barangkali tidak. Wallahu’alam.

p.s. Dalam batch saya, sayalah antara orang pertama yang dipanggil dan di’orientate’ pada hari pertama di kolej. Seorang rakan saya yang turut di’orientate’ pada malam tersebut menjadi murung dan terus meletakkan jawatan daripada menjadi penghulu bagi minggu orientasi pada keesokan harinya. Ironinya, buddyline-nya terputus dan akhirnya dia langsung tidak mendapat sebarang nota mahupun soalan tahun-tahun lepas. Maka timbullah persoalan, di manakah wajarnya ‘orientasi’ sebegini?

Kita mesti lakukan sesuatu bagi menamatkan budaya yang sia-sia dan merosakkan ini.

Wallahu’alam…

salam………..bgus2 ana skong web site nie di buat

salam, terima kasih fadzil. Lama tak jumpa. Insya Allah panjang umur bertemulah kita… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2009
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: