apo nak dikato

Geopolitik: Asia Selatan Medan Baru bagi AS

Posted on: Jun 4, 2009

Assalamualaikum…

basmalah

annaml50

“Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyadari.” an-Naml ayat 50

Assalamualaikum

Kebelakangan ini saya jarang sekali berkesempatan untuk menonton berita. Namun saya dapati krisis yang melanda umat Islam di Lembah Swat Pakistan tidak begitu mendapat perhatian daripada media tempatan. Wallahu’alam, barangkali ada, tetapi saya tak perasan kerana sudah jarang menonton berita mahupun membaca akhbar. Sedangkan isu ini teramatlah dekat di hati kita kerana di sana umat Islam sedang dilagakan sesama mereka demi kepentingan geopolitik Amerika. Tentera Pakistan dikerah menentang pejuang Islam, dan orang awam mati terpijak di tengah-tengah. Akhirnya umat Islam juga yang rugi dan kehilangan nyawa tanpa mengira di pihak mana sekalipun mereka berada. Sedangkan Amerika pula dengan mudahnya berjaya memperalat Pakistan sebagai bidak catur yang sedia dikorbankan.

Hasrat Amerika untuk menguasai senario geopolitik di Asia Selatan jelas terbukti dengan segala polisi-polisi yang diterapkan oleh pentadbiran Bush dan diwarisi serta diperhebat ketika di zaman Obama. Bermula dengan penambahan jumlah tentera di Afghanistan, diikuti dengan pengeboman demi pengeboman di Lembah Swat, kini Amerika melanjutkan lagi kesengsaraan umat Islam di sana dengan mengerah tentera Pakistan untuk menyekat mujahideen daripada menyerang kepentingan AS dan sekutunya di Afghanistan. Hasilnya, beribu-ribu orang hilang tempat tinggal, wanita-wanita Islam dibiarkan tanpa perlindungan, orang-orang tua dan kanak-kanak berada dalam ketakutan dan putus asa dan tidak terhitung lagi bilangan keluarga yang menderita. Rumah, pasar, sekolah dan kedai-kedai bertukar menjadi reruntuhan dan darah kaum Muslimin ditumpahkan tanpa henti.[1]

Inilah ‘harga’ yang perlu dibayar oleh kaum Muslimin. Sedangkan dalam masa yang sama, umat Islam di kawasan lain disibukkan dengan isu-isu perebutan kuasa, pengkhianatan, serta lain-lain isu yang merugikan.

Sementara itu, Amerika juga berusaha mengukuhkan lagi hegemoninya di rantau tersebut dengan tercetusnya perang antara Sri Lanka dan LTTE (yang telah berakhir dengan tewasnya LTTE beberapa hari yang lalu). Jika dilihat secara kasar, semestinya kita takkan dapat melihat kepentingan Amerika dalam konflik ini. Namun jika diteliti, ternyata konflik di Sri Lanka sebenarnya memberikan kelebihan dari segi geopolitik terhadap Amerika.

Kedudukan Sri Lanka yang strategik bagi menguasai Lautan Hindi menjadikan negara tersebut sebagai ‘sasaran’ AS. Keterlibatan AS dalam politik Sri Lanka telahpun bermula semenjak pentadbiran terdahulu lagi. [2] Melalui kerjasama (baca: hubungan tuan-budak suruhan) AS-Sri Lanka, ia akan menguntungkan AS kerana secara tidak langsung AS mampu menguasai Terusan Palk yang memisahkan negara tersebut daripada benua kecil India. Dalam masa yang sama, AS dapat menguasai laluan yang menghubungkan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Melalui penguasaan laluan strategik sebegini, AS dapat 1) menyekat ancaman China dan pengaruh Britain dan negara Eropah lain 2) menyekat usaha India untuk menjadi kekuatan laut yang menguasai perairan tersebut.

Objektif pertama dapat dicapai kerana AS menguasai laluan yang digunakan oleh Britain dan negara Eropah lain untuk mengeksport barangan ke Timur Jauh (Jepun, Korea, China). Manakala objektif kedua dicapai dengan penguasaan Terusan Palk. Tanpa penguasaan terhadap laluan di Terusan Palk, India terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar bagi menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh jarak perjalanannya. Secara tidak langsung, ini akan membantutkan usaha India untuk menjadi kuasa laut yang menguasai perairan tersebut.

Ringkasnya, Asia Tengah kini menjadi medan utama dalam arena geopolitik. Melalui penguasaannya, AS bukan sahaja dapat menundukkan “pesaing-pesaing”nya seperti Britain dan EU, bahkan dapat menyekat perkembangan ancaman kuasa baru seperti India dan China. Ditambah dengan polisi AS di Afghanistan, AS juga dapat mengurangkan pengaruh Rusia dan China di Asia Tengah dan dalam masa yang sama memperalatkan Pakistan demi kepentingannya. Ternyata, kepimpinan Pakistan bukan sahaja telah mengkhianati rakyatnya dengan tunduk kepada telunjuk AS, bahkan mereka (Zardari dan PM Yusuf Raza Gilani) telah mengkhianati umat Islam keseluruhannya. Demikian juga dengan Presiden Karzai of Afghanistan yang secara terbuka telah mengaku sanggup diperalatkan dalam satu sidang media tidak lama dahulu.

Sampai bilakah umat Islam akan terus diperalatkan dan dipermainkan sebegini? Semoga Allah menyelamatkan umat Islam dengan kembalinya khilafah di atas minhaj kenabian yang akan membela dan menaungi mereka serta menegakkan syariat Islam di mukabumi ini melalui dakwah dan jihad. Ameen.

Rujukan:
[1] SN 183 – Lembah Swat Bermandi Darah
[2] Q&A: The Conflict in Sri Lanka

6 Respons to "Geopolitik: Asia Selatan Medan Baru bagi AS"

eh, macam mana bila letak cursor kat AS boleh keluar As-Sunnah ni? Maaf saya tak pandai nak mengubahnya… Tetapi harap maklum sebenarnya AS merujuk kepada Amerika Syarikat @ United State of America.

Assalamualaikum wbt.

Minta tunjuk ajar ya akhi…. nie blog baru ana kat wordpress, baru nak berjinak-jinak dengan WP nie, dah lame dah guna Blogger. Oh, maaf khi, mungkin akhi tertanya-tanya siapa ana, ana AuraKhalifah. Surprise, hehehe.

Apa-pun, sila jenguk2 di http://1khilafah.wordpress.com/
Tinggalkan juga komen. Insya Allah ia akan tidak langsung memperbaiki kekurangan yang ada…. Wassalam…..

Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih kerana sudi maklumkan di sini. Insya Allah ana akan update. Blog yang lama masih aktif lagi ke? Buat masa ni ana akan tambah je link baru. Kalau blog lama dah tak aktif, baru ana akan edit & tukar kepada yang baru… Jzkk.

Wassalam…

Blog AuraKhalifah tu masih lagi aktif. Cuma 1Khilafah nie adalah merupakan kesinambungan daripada AuraKhalifah, post2 dalam AuraKhalifah juga ader dalam tu… baru nak blaja nak guna wordpress nie…

Erm, camner akhi letak link kat sidebar tu? Bleh tlg bgtau?

Salam,anta pergi dekat dashboard, sebelah kanan ada bar untuk links, klik pada arrow di hujung bar tu. Kemudian klik pada “add new”, pastu enta letaklah details yang diminta. Ana pun tak berapa mahir. Tapi macam-macam sebenarnya kita boleh letak kat sidebar tu… Maaf kalau tak banyak membantu…

ok. ana akan try buat. syukran atas tunjuk ajarnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Jun 2009
F S S M T W T
« May   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: