apo nak dikato

Di celah kesibukan…

Posted on: Mei 23, 2009

Assalamualaikum, dah lama juga saya tak menghantar entri ke dalam blog ni. Bila nak mula menulis tu, perlahan sikit jadinya sebab kena “panaskan enjin” dulu…

Alhamdulillah, tempoh sebulan di Banting telahpun berlalu dengan baik, walaupun masih banyak peluang yang tidak dapat saya manfaatkan sepanjang berada di sana. Masa seolah-olah berlalu begitu pantas, kini saya dah pun kembali ke kampus. Tempoh ‘honeymoon’ (meminjam istilah yang digunakan rakan saya) sudahpun berakhir, kini saya kembali kepada rutin sebagaimana sebelum ini – padat dan mencabar ketahanan diri. Sungguh, bidang yang saya ceburi ini memang benar-benar mencabar ketahanan diri saya. Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bertahan. Mudah-mudahan saya mampu mengharunginya sehinggalah ke akhir nanti. Dan semoga Allah permudahkan urusan yang bakal dihadapi kelak. Amin…

Sudah banyak cerita yang saya dengar – ramai yang ‘kecundang’ di tengah jalan, dan ada juga yang menarik diri daripada bidang ini ketika di tahun akhir pengajian. Bahkan ada yang dah pun mula bekerja tetapi meletak jawatan kerana tidak tahan dengan bebanan kerja yang dihadapi saban hari. Pengalaman pertama kali on call (dalam ertikata yang sebenar) pada malam semalam merupakan mukaddimah kepada kehidupan sedemikian.  Orang kata, belajar medic ni memang susah, tapi pada saya bila dah kerja nanti berkali ganda lebih mencabar. Maka timbul persoalan di benak pemikiran saya, “Mampukah aku mendepani cabaran sebegini dengan keadaan diriku sekarang ni?”

Aku perlu berubah!

Masih belum terlambat untuk saya berubah, walaupun sekarang saya sudahpun masuk tahun terakhir pengajian. Insya Allah, tempoh lebih kurang 10 bulan sebelum peperiksaan akhir ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menyiapkan diri sebelum masuk ke dunia pekerjaan kelak. Saya tak mahu menjadi liabiliti kepada insan di sekeliling saya. Saya juga tak mahu menyebabkan insan lain menderita dek kecuaian saya. Cukuplah dengan segala macam masalah yang telah saya timbulkan selama ini. Cukuplah dengan perangai saya yang memeningkan kepala pensyarah saya selama ini. Cukuplah dengan segala karenah yang merungsingkan dan menyinggung rakan-rakan saya selama ini… I’m turning over a new leaf…

Namun dalam masa yang sama, kewajipan yang lain tidak sepatutnya diabaikan. Insya Allah, dengan pengurusan diri yang baik, semua kewajipan akan dapat dijalankan tanpa mengorbankan salah satu daripadanya. Sudah tiba masanya untuk saya memuhasabah semula diri saya dan membuat rombakan di mana yang patut.  Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Rasanya cukuplah di sini buat masa ni… Sekadar “memanaskan enjin”… Maaf sekiranya entri saya kali ini tidak begitu bermanfaat. Sekadar santai meluahkan perasaan. Mana yang baik, jadikanlah sebagai pedoman, yang buruk maka tegurlah seadanya…

Wassalam…

p.s. Terima kasih FM kerana sudi berkongsi puisi-puisi yang indah dan membakar semangat di sini sepanjang ‘pemergian’ saya… Semoga Allah memberkati FM.

2 Respons to "Di celah kesibukan…"

Salam,

Selamat kembali akhi! :)

Semoga sukses dalam menangani masalah dakwah dan kehidupan.

Wahai kawan,
Sedarlah hidupmu punya misi
Untuk meraih redha Illahi
Engkau juga punya visi
Tuntunan dari samawi.

Walaupun hidup penuh liku
Hanya syariat penyelesaian buatmu
Jika kau pilih jalan keparat
Kelak dirimu menjadi bangsat.

Wasalam. :)

Salam, terima kasih akhi atas doa yang dan puisi merangkap tazkirah yang diberikan… Insya Allah saya akan usahakan yang terbaik… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mei 2009
F S S M T W T
« Apr   Jun »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: