apo nak dikato

Melumat Kerikil

Posted on: April 27, 2009

night_colours

 

Melumat kerikil

Malam ini,
Dalam kelam cahaya bulan
Dia lihat kita melumat kerikil

Dari kerdip sinar bintang
Kelip matanya memancar jengkel

“Ah! itu hanya kumpulan kecil manusia gila
Memahat usaha sia-sia!”

Siang nanti,
Bila mentari mula tinggi
Kiranya mata tidak tertipu lagi
Rupanya dalam sepi malam ini
Kita tekun mengukir nyata sebuah mimpi
Kota kukuh besi kursani

Temboknya tebal berdepa
Tiangnya sayup melonjak angkasa
Lantainya merentas lautan memukat benua

Bumbung teduh mustadafin sedunia
Dinding tangis mustakbirin durjana

fikrul mustanir
Maharani
1 Jamadil Awal 1430

4 Respons to "Melumat Kerikil"

fikrul mustanir ada blog ke, banyak puisi dia

Salam,

Masih dalam pembinaan…tengah nak cari tema & konsep yang sesuai.

Sekarang ni ana hanya tumpang memeriahkan blog kawan. Di sini Ghazi bermurah hati beri ana kunci untuk memasukkan tulisan ana sendiri. Terima kasih Ghazi! :)

Ada juga tulisan ana yang ana hantar ke forum Bicara Muslim.

Wasalam.

Salam, saya yang sepatutnya berterima kasih kepada FM kerana sudi menyumbang di blog ini. Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha di jalan-Nya. Nanti bila FM dah ada blog, maklumkanlah di sini ye. Boleh saya add & sebarkan kepada rakan & taulan…

Wuzara tak berminat nak berkarya kreatif ke? Teringin juga nak menghayati sentuhan wuzara pula… =)

Puisi ini menyedarkan pihak yang sering memandang remeh usaha orang lain, dan beranggapan bahawa usaha tersebut sia-sia semata-mata… Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam kalangan mereka yang bersikap sedemikian terhadap sumbangan orang lain… Ini berdasarkan pemahaman saya lah, kalau tak menepati mesej sebenar puisi tersebut, harap diperbetul… Jzkk.

Salam.

Mengenai massage yang ana ingin sampaikan dalam puisi ini, sebahagiannya adalah, sebagaimana yang dinyatakan oleh akhi Ghazi.

Makna sepenuhnya ialah, mengenai mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula Negara Islam mengikut method kenabian(semoga kita tergolong dari kalangan tersebut). Malangnya usaha mereka ini dicemuh (kadang kala dihalang) oleh golongan yang kabur pengetahuan (ana analogikan dengan ‘kelam cahaya bulan’) terhadap usaha yang para pejuang Islam lakukan itu adalah Perintah Allah SWT.

Namun bagi golongan yang mencemuh ini bila mereka mendapat informasi yang jelas dan terang (ana tamsilkan dengan ‘siang dan matahari mula tinggi’) atau Negara Islam itu sudah ‘tertonggoh’ di depan mata (‘mata tidak tertipu lagi’), barulah mereka akan mengetahui bahawa usaha yang sedang dilakukan oleh para pejuang Islam (sebelum ini mereka cemuh dan musuhi) merupakan method yang tepat dan berkesan dan bukan hanya impian kosong kaum muslimin yang tidak boleh bertukar menjadi realiti, kerana ia Janji Illahi. Dan Negara Islam itu adalah sebuah Negara Super Power (‘temboknya tebal berdepa’) yang kekuasaannya merentas benua (ana tamsilkan dengan ‘lantainya’).

Negara ini adalah negara yang dipandang mulia (‘tiangnya sayup melonjak ankasa’). Negara ini juga adalah rahmat kepada golongan tertindas (mustadafin) dan kecelakaan kepada imperialis yang menindas dan bongkak (mustakbirin).

Salah satu kelemahan puisi ialah maksudnya terdedah kepada tafsiran berbeza dari para pembacanya. Tafsiran ini pula bergantung kepada pengetahuan pembaca tentang topik yang disentuh oleh puisi tersebut.

Oleh itu puisi hanya boleh dijadikan salah satu dan bukan satu-satunya uslub dalam dakwah.

Wallahu’alam. :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2009
F S S M T W T
« Mar   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: