apo nak dikato

Paman Sam

Posted on: April 23, 2009

Paman Sam

 

Ini foto Paman Sam

Aku jumpa di laci generasi kelabu

Dirakam puluhan tahun dahulu

 

Ketika itu Paman Sam masih gantang

Tiada siapa berani menentang

 

Jika dia menuding

Pasti akan ada yang terkencing!

 

Sekali dia mengherdik

Seantero dunia henti berdetik!

 

Itu belum lagi jika dia mencubit

Sudah tentu ada yang tercirit-birit!

 

Suara Paman Sam

Ketika itu terlalu merdu

Bak suara buluh perindu

Bila dia mengalunkan lagu kebebasan

Ramai yang tenggelam dalam keasyikan

 

Gaya Paman Sam mengatur rumah tangganya

Ketika itu memang flamboyan

Tidak hairanlah jika dia menjadi gilaan

Pergaulan antara anak lelaki dan perempuannya liberal

Ekonomi rumahnya kapitalis

Peraturan dalam rumahnya sekularis

Penghuni kamar utama ditentukan secara demokratis

 

Waduh! Paman Sam

Engkau ketika itu ibarat ARTIS!

Jualan album mu selalu laris.

 

Nak tahu betapa hebatnya si Paman Sam ini?

Dia pernah bergusti tangan dengan sang Beruang

Dan dia keluar sebagai pemenang

Akhirnya porak-peranda rumah tangga pihak lawan

Akibat kalah wang pertaruhan

 

Nak tahu lagi betapa hebatnya si Paman Sam ini?

Pernah dia turunkan tandatangan pada sekeping kertas tandas

Lalu dia bertempik, ”Ini adalah wang kertas!”

Astaga! Seantero dunia boleh percaya!

Dan menganggap kertas tandas itu berharga!

Tidakkah ini HEBAT namanya?

 

Itu cerita dahulu

Telah bertahun berlalu!

 

Hari ini,

Paman Sam tidak lagi bergensi

Dia sudah terlalu tua kini

Taringnya sudah berganti gusi

Cakarnya sudah tidak seperti besi

 

Lampin kencingnya pun kini sudah lama tidak berganti

Entah kan esok atau lusa…menanti hari

Samseng Dunia itu akan pergi

 

Bersedialah kamu wahai Umat, untuk mempersiapkan diri

Keluarlah dari kamar tidurmu dengan wajah penuh berseri

Aturlah rumah tanggamu sendiri, dengan wahyu sebagai aspirasi

Tanpa campur tangan dari Paman Sam lagi.

 

Fikrul Mustanir

Maharani

23 April 2009

6 Respons to "Paman Sam"

Assalamualaikum.

sajak yang hebat!..kelakar (gelak sungguh2), tapi isinya sinikal dan terkena batang hidung peminat-peminat yang ber’tuhan’kan uncle sam nih..one more thing, sepatutnya, uncle sam ni didiagnos sebagai psychiatric patient with grandiose delusion…

p/s: blog ini dah ada co-writer ke? nice…

Wa alaikumussalam,

Terima kasih kerana sudi memberi komentar kepada sajak tu. Cuma saya tidak berapa menangkap maksud di hujung bicara.

‘Psychiatric patient’ saya faham, maksudnya pesakit jiwa. Tapi ‘grandiose delusion’ saya tak tahu…maklumlah saya doktor tidak, tabib pun bukan. Saya sekadar penyair jalanan. Hanya kerana adanya kecanggihan pada teknologi komputer sahaja yang menyebabkan puisi saya mampu merentas benua…hehehe.

Tentang ‘co-writer’ biarlah akhi Ghazi yang menjelaskannya sebab saya hanya ‘si Damak’ yang menumpang lalu, sedangkan dia adalah ‘Pak Malau’ di sini.

Viva buat para Pejuang Khilafah!

Wasalam.

Salam, FM, ana belum posting Psychiatric lagi, jadi tak dapeklah den nak nolong eh… hihi… sdr insyirah bolehlah tolong jelaskan ye…

Mengenai ‘co-writer’ pula, Alhamdulillah FM telah bersetuju untuk menyumbangkan karya beliau yang mantap dan menyentuh perasaan kepada blog saya… Idea ni timbul sewaktu saya menyiapkan page ‘Himpunan Puisi Perjuangan’… “Alang-alang dah buka page khas ni, apa kata kalau ajak je terus FM jadi author..?” petikan monolog saya… =)

Bilamana FM dah menjadi author di blog ni, makin banyaklah pengalaman yang dapat saya timba daripada beliau, baik dari segi pemikiran mahupun gaya penulisannya… Belajar daripada orang veteran, lebih dahulu makan garam… Tapi jangan makan garam banyak sangat ye, nanti dapat darah tinggi pulak… hehehe

=)

Assalamualaikum…
sekadar sedikit perkongsian
tak sempat nak edit komen di atas sebelum dihantar..kesilapan teknikal akibat terlalu obses dengan psychiatry..(tiada niat selain itu :) )

Grandiose delusion – fixed, false beliefs, in which one has SPECIAL power, superior, wealthy, endowed with unusual abilities, beyond those of a normal person.

In this case, hanya dijadikan analogi..Maksudnya, ada “orang” yang merasakan (lebih tepat lagi, PERASAN) mereka adalah sangat hebat, berkuasa, istimewa dan jauh lebih baik dari orang lain. Mereka merasakan diri mendapat kelebihan untuk menguasai dan wajar dihormati, dituruti kehendaknya dan jangan sekali-kali dibantah…

cth lain, kes ayah pin..(dari konteks perubatan)..he’s having mental problem with grandiose delusion..

p/s: Muhammad Ghazi > the diangosis work-up for Uncle Sam -> schizophrenia n other psychotic disorders (revised semula bila dah masuk psy posting nanti)…

sekian…

Salam,

Terima kasih atas perkongsian makna ‘grandiose delusion’ tu. Memang elok jika kreativiti ini digarap untuk mengambarkannya dalam bentuk puisi.

Malangnya kemampuan saya tidak sampai ke situ. Buat masa ini dalam berkarya saya masih “merayap di akar belum lagi mencecah ke pucuk.” :)

Wasalam.

Salam,

Akhi Ghazi…walaupun ana vateran tapi belum pencen. Jawatan hamlid dakwah yang ana sandang sekarang ini, insya’Allah, adalah tetap tanpa berpencen! Hehehehe!

Wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2009
F S S M T W T
« Mar   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: