apo nak dikato

Offline selama 1 bulan

Posted on: April 19, 2009

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa saya akan offline selama lebih kurang sebulan bermula daripada tarikh ini. Dalam tempoh tersebut, saya akan berada di Banting atas urusan pembelajaran. Sungguhpun demikian, saya akan mencuri sebarang kesempatan untuk mengemaskini komen di blog ini sekiranya tiada aral melintang [Perkhidmatan internet ada disediakan di sana, tetapi agak terhad]. Di samping itu, saya juga berhasrat untuk memanfaatkan tempoh sebulan di sana untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum saya kembali ke kampus utama. Oleh yang demikian, penumpuan akan diberikan kepada usaha tersebut, tanpa mengabaikan kewajipan saya yang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung sekalian, baik dari kalangan yang kerap memberikan komen ataupun mereka yang sekadar menjadi pembaca senyap. Semoga setiap penulisan saya ataupun artikel copy-paste yang saya letakkan di blog ini mendatangkan manfaat kepada para pengunjung sekalian. Segala maklumbalas yang diberikan teramatlah berharga demi penambahbaikan ataupun muhasabah ke atas diri saya sendiri. Di samping itu, saya juga mengalu-alukan sebarang usaha copy-paste terhadap artikel saya untuk sebaran am. Semoga Allah memberkati segala usaha kita di jalan-Nya.

Mohon didoakan supaya saya selamat dalam perjalanan ke sana, dan selamat kembali semula ke kampus utama.

Wassalam…

Label: ,

2 Respons to "Offline selama 1 bulan"

Bagus…nanti ada masa update lagi …

Ok, insya Allah bila-bila berkelapangan ana akan update…

Menarik juga Banting ni… Dekat dengan Pantai Morib, orangnya pun kebanyakannya peramah & mudah didekati. Jauh berbeza dengan bandar-bandar besar seperti KL, PJ dsb. Banting tak seteruk yang disangka (no offence to Banting folks). Sebelum sampai ke sini, ana andaikan Banting ni pekan yang agak terpencil (pekan koboi), jalan yang teruk, pembangunan yang tak sistematik etc. Rupanya semua jangkaan ana meleset. Walaupun tak sehebat bandar-bandar yang pesat membangun, tetapi setidak-tidaknya Banting selesa untuk didiami (kecuali bagi orang-orang bandar yang tak biasa dengan suasana luar bandar). Pembangunannya boleh tahan juga. Ada The Store, Tesco, KFC, McDonalds, dsb. Taman depan hospital pun menarik untuk aktiviti riadah. Ohye, terlupa pula nak nyatakan awal-awal, rumah Datuk Sidek pun dekat je daripada hostel kami. Cadang nak ziarah beramai-ramai bila berkelapangan kelak…

Demikianlah pemerhatian ana sepanjang 3 hari berada di Banting…

Minta diri dulu ye… Lama-lama sangat online, nanti marah pulak kawan-kawan lain yang nak gunakan perkhidmatan internet ni… hehehe

=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2009
F S S M T W T
« Mar   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: