apo nak dikato

Q&A Khilafah – bahagian 2

Posted on: April 5, 2009

Assalamualaikum, berikut merupakan sambungan kepada post Q&A Khilafah yang terdahulu.

Bagaimanakah layanan yang akan diterima oleh non-Muslim yang menetap dalam khilafah?

Seorang ulama’ terdahulu, Imam Qarafi menyatakan, “Menjadi kewajipan bagi kaum Muslimin terhadap ahlu zimmah (warga daulah non-Muslim) untuk membela mereka yang lemah, memenuhi keperluan mereka yang miskin, memberi makanan, menyediakan pakaian, bersopan-santun terhadap mereka, dan bersabar dengan karenah mereka (termasuklah jiran-jiran kamu), walaupun hakikatnya kaum Muslimin diberikan keutamaan. Kaum Muslimin juga sewajarnya menasihati mereka dalam urusan mereka dengan penuh ketulusan, dan melindungi mereka daripada sesiapa yang cuba menyakiti mereka atau keluarga mereka, sesiapa yang cuba merampas kekayaan mereka, ataupun sesiapa yang mencabuli hak-hak mereka”.

ahlu-zimmah in the shade of Khilafah

Dalam lipatan sejarah, ahlu zimmah telah sekian lama hidup di bawah naungan panji Islam. Sepanjang tempoh itu juga, mereka telah menikmati hak-hak yang setaraf dengan kaum Muslimin. Sungguh, mereka menikmati keamanan, kebahagiaan, kemakmuran, dan juga keselamatan sebagaimana yang diperoleh kaum Muslimin ketika itu. Hal ini juga diperakui oleh seorang sejarawan Barat, Will Durant yang menukilkan, “Ahlu zimmah yang beragama Nasrani dan Yahudi pada masa pemerintahan Khilafah Umayyah menikmati sikap toleransi yang tidak pernah mereka temukan di negeri-negeri Nasrani pada masa sekarang. Mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan mereka, dan boleh memelihara gereja dan rumah ibadah mereka” [The Story of Civilization, Will Durant]

Terdapat segelintir pihak yang cuba memberikan gambaran bahawa konsep ahlu zimmah itu sendiri merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi terhadap non-Muslim. Ada juga yang menganggap bahawa ahlu zimmah merupakan warganegara kelas kedua di dalam khilafah Islam yang terdahulu. Isu pembayaran jizyah juga cuba dimanipulasikan sehingga wujud persepsi negatif terhadapnya. Oleh yang demikian, sudah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk menyampaikan perkara yang sebenarnya secara jujur, tanpa sebarang kompromi mahupun dolak-dalih. Secara ringkasnya, hak-hak yang akan diterima oleh ahlu zimmah adalah seperti berikut (diadaptasi daripada Soutun Nahdhah bil. 158 – “Menegakkan Syariat Islam bukan Fascism” ) :

Mereka terikat dengan syariat Islam melainkan di dalam aspek ibadah, pakaian, perkahwinan dan makanan serta minuman yang mana mereka dibenarkan untuk mengamalkan tatacara agama mereka. Tetapi, selain daripada itu, termasuklah uqubat (penghukuman) dan muamalat (transaksi) mereka wajib terikat dengan syariat Islam. Disebabkan itulah mereka juga akan diberi jaminan hidup yang sama dengan warganegara lain yang beragama Islam. Mereka akan mendapat jaminan dari segi keperluan tempat tinggal, makanan dan pakaian sama seperti jaminan yang diberikan kepada warganegara Muslim. Semuanya akan dilayan sama rata. Daulah Islam memandang mereka kesemuanya adalah manusia yang mesti diberikan hak yang sama agar mereka dapat mengecapi kehidupan yang wajar sebagai seorang manusia.

Mereka juga diberikan hak yang adil sebagai warganegara Daulah untuk bekerja di pejabat pentadbiran Khilafah. Mereka akan dibenarkan memegang mana-mana jawatan selain daripada jawatan yang berkaitan pemerintahan dan penghukuman. Ini adalah kerana kedua-dua jawatan tersebut melibatkan perlaksanaan syariat Islam. Mereka akan diberikan peluang seluas-luasnya di bahagian operasi dan pentadbiran. Tidak ada golongan majoriti atau minoriti di dalam Daulah Islam kerana semuanya diberikan hak yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam.

Mereka wajib diberikan hak perlindungan. Dan mereka tidak boleh dicederakan atau dibunuh kerana ini adalah berlandaskan hukum tentang ahlu zimmah (kafir yang menjadi warganegara Daulah Islam). Ini berdasarkan sabda Rasulullah, “Sesiapa yang menyakiti zimmi, sesungguhnya dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya dia menyakiti Allah” [HR Tabarani]. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah amat prihatin dengan ahlu zimmah. Ahlu zimmah akan diberi perlindungan dan oleh kerana itu mereka wajib membayar jizyah sebagai tukaran jaminan keselamatan yang diberikan oleh Daulah Islam kepada mereka [Ad-Daulah Al-Islamiyyah, Syeikh Taqiyuddin an Nabhani].

Jizyah

Saya tergerak untuk menyentuh secara lebih khusus mengenai jizyah kerana isu ini merupakan salah satu daripada dakyah yang cuba disebarkan oleh musuh Islam bagi menyekat seta menakut-nakutkan mana-mana non-Muslim daripada menyokong aspirasi khilafah.

Jizyah secara ringkasnya merupakan bayaran yang dikenakan ke atas ahlu zimmah yang tidak memeluk Islam tetapi hidup di bawah perlindungan daulah Islam. Kaum Muslimin wajib memberikan perlindungan ahlu zimmah yang membayar jizyah dengan titisan darah mereka. Perinciannya akan disambung dalam perenggan-perenggan seterusnya.

Dalil bagi jizyah merupakan dalil yang qatie, iaitu berdasarkan ayat 29 surah at-Taubah;

29tauba“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.

Sungguhpun dari segi ketetapannya bersifat qath’i, namun bila ditinjau dari perincian-perincian hukumnya, maka penunjukan dalilnya adalah zhanni (zhanni dilalah). Mazhab Hanafi misalnya mensyaratkan penggunaan istilah ‘jizyah‘; dan ketika memberikannya harus tampak jelas kehinaan bagi pembayarnya. Sedangkan mazhab Syafi’i tidak mensyaratkan hal ini, bahkan membenarkan mengambilnya dengan sebutan zakat mudla’afah, zakat berlipat ganda, serta tidak perlu menampakkan kehinaan, melainkan cukup tunduk saja terhadap hukum-hukum Islam. (untuk mengikuti perbincangan mengenai hukum syara’ secara ringkas, saya syorkan supaya kalian membaca artikel mengenai jenis-jenis hukum syara serta perbincangannya yang dimuatkan dalam blog seorang teman saya, fatba. Sila klik di SINI )

Jizyah dikutip daripada non-Muslim sama ada dalam kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) mahupun golongan agama bukan samawi seperti Hindu, Buddha, Majusi dsb serta kelompok atheist seperti puak komunis dsb. Antara syarat-syarat dikenakan jizyah dalam kalangan ahlu zimmah adalah: lelaki, baligh, berakal, dan berkemampuan (tidak fakir mahupun miskin). Dalilnya berdasarkan pesanan Rasulullah saw kepada Muaz bin Jabal ra tatkala baginda saw mengutus beliau ke Yaman. Jizyah tidak dikutip daripada golongan perempuan, kanak-kanak yang belum baligh, dan golongan fakir-miskin dalam kalangan ahlu zimmah. Sungguhpun demikian, para rabbi, paderi, dan juga sami dsb tidak diberikan pengecualian kerana dalil-dalil bagi jizyah tidak memberikan pengecualian sedemikian. Justeru, selagimana golongan tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka mereka juga wajib melunaskan jizyah.

Kewajipan jizyah digugurkan sekiranya seseorang ahli zimmah itu memeluk Islam. Jizyah juga digugurkan sekiranya seseorang ahlu zimmah itu jatuh miskin dan tidak mampu untuk membayarnya. Tuntutan jizyah tidak digugurkan sekiranya seseorang ahli zimmah itu meninggal dunia setelah cukup tempoh setahun. Bayaran jizyah akan dituntut daripada wasiat (bequest) yang ditinggalkan oleh si ahlu zimmah sebagaimana hutang-hutangnya yang lain. Namun sekiranya si mati itu tidak meninggalkan wang yang mencukupi dalam wasiatnya, maka tuntutan jizyah ke atasnya digugurkan kerana termasuk dalam kategori kemiskinan dan tidak mampu membayarnya.

Tempoh pembayaran jizyah adalah setiap tahun. Bagi memastikan bahawa bayaran jizyah disempurnakan sebelum tibanya bulan Muharam pada tahun berikutnya, maka boleh ditetapkan 3 bulan yang terakhir sebagai tempoh pembayaran jizyah tahunan. Hal ini tertakluk kepada kebijaksanaan khalifah dalam melancarkan urusan pembayaran tersebut kerana tiada penetapan yang khusus daripada nas-nas syarak berkenaan isu ini.

Demikian juga dari segi penetapan jumlah bayaran yang dikenakan. Jumlah bayaran dibuat berdasarkan kemakmuran dan juga kemampuan penduduk di sesebuah kawasan. Dalam membuat penetapan tersebut, khalifah berhak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membuat penilaian dari segi kemakmuran sesebuah kawasan. Oleh yang demikian, ahlu zimmah di Kuala Lumpur misalnya perlu membayar jumlah yang lebih berbanding ahlu zimmah di kawasan pedalaman (setelah khilafah tertegak semula). Namun, jangan pula ada pihak yang melihat ini sebagai suatu bentuk penindasan. Sebaliknya ia merupakan keadilan kerana bayaran di sesebuah tempat ditetapkan mengikut kemakmuran dan kekayaan tempat tersebut. Namun sekiranya ada di kalangan ahlu zimmah di Kuala Lumpur yang tidak mampu bayar jumlah yang telah ditetapkan, maka tuntutan jizyah ke atas mereka akan digugurkan. Harus diingat bahawa adil tak semestinya bererti sama rata dan sama banyak.

Mungkin ada juga pihak yang berasa tidak adil kerana hanya ahlu zimmah sahaja yang dikenakan jizyah. Harus diingat bahawa kaum Muslimin pula dikenakan zakat. Seperkara lagi, dalam sistem khilafah tiada pengutipan cukai yang keterlaluan sebagaimana yang terjadi dalam sistem hari ini. Sebagai contoh, ingin saya paparkan jumlah bayaran yang dikenakan pada zaman Umar ra.

jizyah-umar

Sebagai latihan saya mempersilakan pembaca sekalian untuk melakukan pengiraan sendiri untuk melihat berapakah nilai yang patut dibayar oleh ahlu zimmah lelaki, baligh, dan berkemampuan pada zaman Umar ra (bukan sebab saya malas ye… hehe). Berikut merupakan maklumat-maklumat yang diperlukan.

gold-coins-images

Harga emas menurut Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia

1 Oz bersamaan dengan 31.01 gram

Sungguhpun demikian, penetapan sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar ra ini adalah tertakluk kepada ijtihad khalifah itu sendiri berdasarkan ‘urf (kebiasaan atau adat) dan juga kepakaran pakar-pakar ekonomi sekalian dalam membuat penilaian.

Dan semestinya penetapan ini tidak akan menindas ahlu zimmah dengan bayaran yang keterlaluan dan tidak juga menyebabkan baitul mal tidak menerima jumlah yang sepatutnya daripada jizyah.

Sewaktu saya pertama kali mengetahui perkara ini, barulah saya mendapat gambaran secara kasar bagaimana khilafah dapat diserasikan dengan perkembangan sains dan teknologi serta kerumitan masyarakat pada hari ini. Saya percaya, masih ada lagi pihak-pihak yang beranggapan bahawa sistem khilafah ini merupakan suatu sistem yang ketinggalan zaman dan tak sesuai dengan masyarakat pada hari ini. Kononnya sistem khilafah ni tak lebih daripada sistem ‘kampung’. Semoga penerangan saya yang tak seberapa ini mampu menjernihkan pemahaman dan andaian sedemikian. Setidak-tidaknya saya berharap supaya ia membuka minda kalian yang berfikiran sedemikian untuk lebih mendalami sistem khilafah, i.e. sistem yang ditunjukkan oleh nas-nas syarak.

Ingat, sebagai seorang Muslim, motivasi untuk menegakkan khilafah sebenarnya tidak lahir daripada manfaat duniawi yang diperoleh daripada penerapan sistem tersebut. Sebaliknya ia lahir daripada kesedaran kita terhadap kewajipan menegakkan sistem khilafah ini – kefardhuan yang telah sekian lama dilalaikan. Nasihat kepada diri saya sendiri khususnya…

Wallahu’alam…

sumber rujukan utama (di samping rujukan lain) untuk subtopik jizyah ialah Al-Amwaal fi Daulatil Khilafah, karya Abdul Qadeem Zallum. Versi bahasa Inggeris – Funds in the Khilafah State.

p.s. Terdapat beberapa dalil yang ingin saya muatkan tetapi masih belum dapat ditampilkan sebelum saya mendapat pengesahan daripada asatizah dan pakar fiqh yang terpercaya (tsiqah). Insya Allah saya akan update sesudah mendapat pengesahan daripada mereka. Stay tuned & terima kasih kerana sudi membaca. Sebarang kesilapan mohon ditegur untuk kebaikan bersama, insya Allah.

bersambung… insya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2009
F S S M T W T
« Mar   May »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: